P. 1
Modul Rumusan

Modul Rumusan

|Views: 6,668|Likes:
Published by AyulAshrul
MOdul rumuan oleh cikgu asrul
MOdul rumuan oleh cikgu asrul

More info:

Published by: AyulAshrul on Jun 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

Sekolah Menengah ____________________________

Modul Intensif
Penulisan Rumusan
Dan Pemahaman
SPM

BAHASA MELAYU A+

NAMA
:_____________________________________________________

TINGKATAN :
_____________________________________________

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ASRUL

Rumusan

•Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
•Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk
isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
•Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan
sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala,
strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
•Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan
ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan
(isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
•Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau
sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh
tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi
tersirat.

•Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha
untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan
ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).
•Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah
cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa
cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua
pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar
keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).
•Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di
bawah rumusan anda.
•Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana
sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.

Contoh Rumusan Lengkap 1:

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi
tumpuan pekerja asing
dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak melebih 120 patah perkataan.

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah
tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh
dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan
golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan
pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih
baik berbanding dengan di negara asal mereka.
Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini
memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan.
Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini
ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini
amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku
pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang
kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.
Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap
buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih
rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih
pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada
pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja
di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi
membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas
menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung
Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan,
jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi
menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak
sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian
besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.
Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih
kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan
terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan
dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.

PendahuluanPetikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Isi-isi Tersurat

1

peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

2

banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi

3

keadaan negara kita yang aman dan makmur

4

permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia

5

ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing

6

keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad

7

kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan

8

Isi-isi Tersirat

1

peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas

2

jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia

3

perumahan setinggan akan semakin berleluasa dan menyesakkan kawasan bandar

KesimpulanKesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat
dikurangkan.

Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik
berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaan di
sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan
mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang
tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka
ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang
juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas.
Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat

dikurangkan.

(121 patah perkataan)

Format mudah menulis rumusan

Petikan membincangkan _________________________________________________________.

Punca yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing yang pertama,___________
___________________________________________________________________________________.
Kedua,_____________________________________________________________________________.
Ketiga,_____________________________________________________________________________.
Keempat,___________________________________________________________________________.
Kelima,_____________________________________________________________________________.
Keenam,____________________________________________________________________________.
Ketujuh,____________________________________________________________________________.

Antara kesan-kesan kemasukkan pekerja asing ialah _____________________________________
_______________________________________________________________________. Selain itu, ____
________________________________________________________.

Kesimpulannya, kerajaan mestilah _________________________________________________
agar/supaya_________________________________________________________________________.

Latihan Rumusan 1:

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebih 120 patah perkataan.

Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu.
Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan
prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk
memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka
berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli.

Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki
negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh
siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki
pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan
mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak
berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu
terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui
penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan
dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan.

Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu,
apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual
tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan
sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan
barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir
menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan,
alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan
sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh
sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula
kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin
berada di mana-mana sahaja.

PendahuluanPetikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.

Isi-isi Tersurat

1

golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan

2

pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia

3

teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web

4

kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui
kegagalan

5

pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir
sama

6

penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar.

7
8

Isi-isi Tersirat

1

tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat

2

masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut.

3

mengurangkan harga dan mempromosikan barangan buatan tempatan

KesimpulanKesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat
dibanteras.

Jawapan Rumusan(Peringatan: Jangan melebih 120 patah perkataan)

Petikan membincangkan ___________________________________________________________
____________________________________________________________________________________.
Punca lambakan barang tiruan di Malaysia ialah yang pertama, __________________________________
____________________________________________________________________________________.
Kedua, ______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________.

Selain itu, ____________________________________________________________________________
Seterusnya,____________________________________________________________________________
___________________________________.
Punca seterusnya, __________________________________
____________________________________________________________________________________.
Di samping itu, ________________________________________________________________________
_________________________________________
Akhir sekali, _________________________________
____________________________________________________________________________________.

Langkah Mengatasi masalah ini ialah ________________________________________________
___________________________________________. Selain itu, ________________________________
____________________________________________________________________________________.

Kesimpulannya, _________________________________________________________________
___________________________________agar/supaya________________________________________
_____________________________________________________________________________________
.

(____ patah perkataan)

Latihan Rumusan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan
kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan
sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat
mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang
lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa
menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih
baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi
cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang
telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar
yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin
dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan.
Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian
seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu
nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah.

Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan
tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia
kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya
kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti
merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih
berfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil
langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan
aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai
Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

Pendahuluan

Isi-isi Tersurat

1
2
3
4
5
6
7
8

Isi-isi Tersirat

1
2
3

Kesimpula
n

Jawapan Rumusan(Peringatan: Jangan melebih 120 patah perkataan)
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

(____ patah perkataan)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->