You are on page 1of 45

Kitar Semula

Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar


FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3
jam televisyen

FAKTA 2

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari
yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3

18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun
2005)

FAKTA 5

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
mentol lampu 100 watt selama 4 jam

Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11
November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa
kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika
dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71
% ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 %
menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat
yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan
amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce


(Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar
Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa
Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak
langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada
dilupuskan ke tapak pelupusan.

Pengurangan:

 Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi


mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.

Penggunaan semula:
 Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian
daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.

Kitar semula:
 Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran.

Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui


kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang
pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula”
dan akhirnya “kitar semula”.

  
Pengurangan

DEFINISI

Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang


yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau
pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang
dikurangkan. Ini termasuklah :

 Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,


 Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,
 Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah,
mempunyai jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.

Pengurangan

DEFINISI

Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak
diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana
penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :

 Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,

 Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,

 Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai jangka
hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.

MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA?

Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya
merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.

CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA.

a) Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik pembungkus.

o Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di kitar semula atau yang diperbuat
daripada bahan-bahan kitar semula.

o Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika anda membeli barang dalam kuantiti yang
sedikit.

b) Apabila anda membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda
mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.
c) Anda boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang. Ini
adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti panduan mudah seperti
di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah ataupun di tempat kerja.

Beli apa yang anda perlu


Elakkan pembelian barang yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penghasilan sisa. Barang-barang
yang jarang digunakan boleh dipinjam atau dikongsi dengan orang lain.

Beli barang yang boleh digunakan semula


Beli produk berasaskan botol kaca atau tin dan bateri yang boleh dicas semula. Barang — barang seperti
ini boleh digunakan berulang kali, seterusnya mengurangkan penghasilan sisa.

Beli pembersih rumah serba guna


Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih rumah.

Beli barangan dalam bungkusan yang sedikit


Ia dapat mengurangkan pembuangan bungkusan dalam tong sampah anda. Untuk barang yang selalu
digunakan, beli dalam kuantiti yang banyak kerana ianya dapat menjimatkan wang anda serta
mengurangkan pembungkusan.

Jual atau derma barang — barang yang tidak diperlukan


Menderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat
mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualan car-boot untuk
memperoleh wang tambahan.

Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukan


Kita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line.

Mengurangkan pembelian produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya


Kebanyakan barang-barang berbahaya seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana
mengandungi bahan kimia. Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini.

Sebolehnya beli barang yang tidak bertoksik


Kebanyakan barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak boleh
digunakan semula.

Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya


'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus limau
adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti kepada alat
penyegar udara kimia.
Penggunaan Semula

DEFINISI

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan


bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-
bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai
contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi
mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat
memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula,
kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan
pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan
dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO 2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-
kelebihan penggunaan semula adalah :

 Pemeliharaan sumber semula jadi


Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan
tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan
barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal
yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan
sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

 Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.


Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang
penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-
barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk
perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang
lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit
adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

 Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa
pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan
pengguna-pengguna individu.

o Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan


pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang
pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan.
Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar.
Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

o Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan


sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang
boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik
untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda!
Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana
ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk
menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum
anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula.
Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan
dengan kehidupan seharian kita.

APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?

Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg
untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan
berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.

Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul
surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya
semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus
barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah.

Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.

Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak – kanak,
supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.
Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar
semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!

Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman
permainan kanak-kanak.

Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah
atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.

Kitar Semula

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah
bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia
menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi,
plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan
kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada
dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu
bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri
semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

 Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih
banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
 Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan
sisa .

 Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya


mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

 Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang
tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar
kepada alam sekitar semula jadi.

 Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan
daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

 Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar
semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti
kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

 Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula
hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam
mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

 Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di
negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian
besar meliputi kawasan tadahan air.

 Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih


tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.

 Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan
penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan
dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

 Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab


3 JULAI (SMKPS) – Sedarkah kita dalam sehari berapa banyak sampah yang telah kita
buang?  Sebenarnya dalam sehari kita telah  menghasilkan lebih daripada 18,000 tan
sampah dan ini  mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja..
 Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun
jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula
semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar
semula sebelum bumi ini musnah.


 Pastikan anda letakkan sampah ke dalam tong yang betul
 Apakah maksud kitar semula ?
 Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai
dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya
masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula.
 Apa kepentingan kitar semula ?
 1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
 Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
 2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
 Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika
dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar
semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.
 3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
 Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula
dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti
kehidupan kita.
 4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
 i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan
sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan
kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana
ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Apakah bahan yang boleh dikitar semula ?
Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-
item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.


 KACA
 Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan,
botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca
perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU


 ALUMINIUM

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar
semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH
KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar
lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar
semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

PLASTIK

Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg
pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan
seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar
semula berwarna KUNING
Cara memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat
1) Ubah cara anda membuang sampah

Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar
semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas,
plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.

2) Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di
tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk
menyimpan bahan kitar semula.

3) Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul
plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik dan lain-
lain

4) Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Di sekolah
pelajar boleh diterapkan dengan sikap kitar semula kertas yang telah digunakan, plastik makanan
di kantin dan tin minuman yang dibeli. Amalan ini akan dapat menjaga persekitaran sekolah
daripada kekotoran.

5) Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting
jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi
selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi
sebahagian hidup anda.
Mahukah kita hidup kita seperti ini nanti !!!

Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce),


guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini
sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai
sebahagian hidup kita.

SUDUT KARYA

Program ‘ Kitar Semula ‘ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai
alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.

Pernahkah anda dengar perkataan ‘ Kitar Semula’? Saya pasti anda tentu pernah mendengarnya
melalui televisyen atau mana-mana media massa. Maksud kitar semula adalah merujuk kepada
memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk
dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan
kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi
masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan
program tersebut.
 
 Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan.
Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh
juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak
lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan
jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir
75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-
pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.
 
 Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong kitar
semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta di
kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan
seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak
kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik
anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungan
sampah yang berleluasa.
 
 Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan
bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan. Pusat-
pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain itu,
dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat untuk
menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa yang
menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang ramai
untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan
wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah dibersihkan
untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.
 
 Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masih
dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah
kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio Televisyen
Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada
yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan bagi
menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan alam
sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang
ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumat tentang
kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk menyertai
program kitar semula ini.
 
 Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang
sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut
dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukan
sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dan
tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.
 
 Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk
menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan
bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.

KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN

Monday, 7. August 2006, 06:50:46

Oleh: Mohd. Shah A. Hassan

SETIAP HARI, KITA MENGHAPUSKAN 15,000 TAN SAMPAH. TETAPI KITA SEMAKIN
KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.

Kita biasanya tidak memikirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi
kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya
begitu sahaja.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa
menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih
membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam
sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang,
Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

APAKAH KITAR SEMULA?

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula
bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap.

KENAPA KITAR SEMULA?

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Pada ,masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan
dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita.
Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan
menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita
dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat
mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula
bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.
Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan
untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga
mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Kitar semula untuk menjimatkan tanaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan
dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca
menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang
diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara
hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

CARA DAN TEMPAT UNTUK KITAR SEMULA


Syarikat pengutip bahan kitar semula

Anda cuma perlu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula daripada sampah-sarap
dari tempat kediaman atau premis perniagaan atau pejabat anda. Kemudian, hubungilah
syarikat pengutip bahan kitar semula. Anda juga boleh menghubungi Unit Kesihatan Awam
Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan bantuan. Nombor-nombor yang boleh anda
hubungi adalah seperti yang berikut:-

 089-228259 [Unit Kesihatan Awam; u.p En. Mohd Shah]

 089-224625, 013-8924625 [City Express, u.p.: En. Joseph]

Tong kitar semula

Masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna yang bersesuai.
Tong-tong ini boleh didapati di sekolah-sekolah dan beberapa bangunan kerajaan. Kemudahan
ini disediakan untuk menampung bahan kitar semula dalam jumlah yang kecil hingga sederhana
sahaja.

Pusat kutipan

Bahan kitar semula yang lebih banyak dan lebih besar perlu dihantar ke pusat-pusat ini. Pada
masa ini terdapat lima pusat kutipan yang masing-masing terletak di Bandar Nam Tung (sebelah
gelanggang bola keranjang), Bandar Pasar Raya (hadapan Supermarket Servey), Taman Indah
Jaya (sebelah Supermarket Happymart), Taman Fajar (hadapan gerai Fajar) dan si Bandar Sibuga
Jaya (hadapan Pasar Sibuga Jaya).

CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA DI RUMAH DAN DI PEJABAT

Ubah cara anda membuang sampah

Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar
semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas,
plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.

Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di
tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk
menyimpan bahan kitar semula.
Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul
plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik, dll.

Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting
jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi
selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi
sebahagian hidup anda.

Nota:
Artikel ini diubahsuai daripada risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (Persekutunan).
Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar
semula yang terdapat di kawasan kampung saya.

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula.
Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana
mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.
( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan
terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang
terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam
sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara
barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang
seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas,
plastik dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUAL bahan-bahan
kitar semula ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawa
sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.

Terdapat juga penduduk kampung  yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk
menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah,
menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas
dan pasu kaca yang telah dibersihkan.
Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN
KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan
Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah
memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk
MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK. Sebagai contoh
terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau
makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya
menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan
antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik
sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,
tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di
mana kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan
bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita
dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik 3 jam televisyen.

ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan
sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas,
sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan
pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang
memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga
32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan
kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan
plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya
dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula
ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.
Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka
amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah.
Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah
menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana
harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.
Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan
lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan
pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja.
Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk
kampung.

5. Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini
dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar
semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula
tidak akan tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan
kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan
negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau
tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar
Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk
meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar
semula. kempen dan  program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat
supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar
semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi
dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah
untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada
pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi
menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih
peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat
mengelakkan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang
strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong
yang betul.

4. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan
kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak
membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang
penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar
semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)             Jadual

ii)            Graf

iii)           Carta Pai

iv)           Peta  Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat
Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada
ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap
bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya
seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada
segenap lapisan masyarakat.

(Nombor 10). LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri murid

2. Surat kebenaran membuat kajian

3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga

4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga

5. Borang soal selidik

6. Gambar / foto yang berkaitan

(Nombor 11). RUJUKAN

Buku Teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3


Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3


Artikel  

Lagi Artikel

Kitar Semula: Penjanaan Pendapatan Untuk Wanita


Laman Web Rasmi IKIM
Siti Fatimah Binti Abdul Rahman
Fellow Kanan
Rabu
22 Rabiul Akhir 1431
08/06/2007 | Utusan Malaysia 7 April 2010
4:42:41 Petang/Malam

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan
untuk lain-lain kegunaan. Misalnya, menggunakan plastik bungkus barang yang
   Carian @ IKIM
kita perolehi dari kedai untuk membungkus sesuatu. Atau, menggunakan balang-
balang biskut hari raya untuk menyimpan benda-benda lain. Boleh dikatakan 1
hampir semua orang mengitar semula. Bezanya, sejauhmana kesungguhan mereka com_list
dalam usaha ini.
Artikel

Dengan mengitar semula, kita sebenarnya menggunakan sesuatu barangan itu


dengan sepenuhnya. Amalan ini amat digalakkan oleh agama Islam kerana ia Cari
mengelakkan pembaziran.
  Baru
Saidatina Aishah pernah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. menjahit dan
menampal baju serta kasut Baginda (Riwayat Bukhari). Ini menunjukkan bahawa Ethics as the Master
Baginda tidak terus membuang baju atau kasut Baginda yang koyak, sebaliknya Discipline
membaiki baju dan kasut itu agar jangkahayatnya dapat dipanjangkan. Inilah 06/04/2010
teladan penggunaan sumber secara penuh atau menyeluruh dari junjungan kita,
Rasulullah s.a.w. Wajarkah
Perkahwinan Bawah
Saidina Abu Bakar pula dilaporkan pernah berpesan kepada keluarganya agar Umur?
membersihkan salah satu pakaian yang dimilikinya untuk dijadikan sebahagian 02/04/2010
dari kain kafan beliau. Bagi Abu Bakar, tidak perlu membeli kain kafan yang baru
hanya untuk dikebumikan bersama beliau bila kain baru itu akan memberi lebih
banyak manfaat kepada orang yang masih hidup. Kita lihat betapa sahabat Shariah and Civil
Rasulullah ini juga menunjukkan sikap tidak membazir dalam penggunaan sesuatu Laws at Loggerhead
barang. Perbuatan inilah yang perlu kita contohi sepanjang zaman. Again
30/03/2010
Selain penggunaan sumber yang cekap atau menyeluruh, kegiatan kitar semula ini,
jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, boleh menjana pendapatan untuk Proaktif
kita. Ada dua cara untuk menjana pendapatan dari kegiatan kitar semula ini. Membangunkan
Pertama, dengan menjadi "orang tengah" antara bahan buangan dengan industri Modal Minda dan
yang menggunakan bahan buangan tersebut sebagai bahan mentahnya. Contoh, Jiwa Rakyat
pembeli dan penjual suratkhabar lama. Kedua, kita boleh menjana pendapatan 26/03/2010
melalui kegiatan kitar semula ini dengan menukar bentuk bahan buangan itu
menjadi sesuatu yang berharga. Meneruskan
Perjuangan
Contoh yang boleh dilihat di negara kita ini ialah kraf tangan, khususnya bakul, Menegakkan Agama
25/03/2010
yang dibuat dari suratkhabar mahupun kertas majalah. Begitu juga, kita biasa
melihat bunga hiasan yang diperbuat dari daun getah. Kedua-dua kerja tangan ini
dihasilkan dari bahan buangan dengan menggunakan daya reka cipta dan kehalusan Engaging Religious
seni tangan wanita. Barangan ini pula kemudiannya dijual dengan harga yang agak Leaders to End Child
tinggi. Misalnya, sebuah bakul dari kertas itu dijual pada harga RM30 - RM50. Abuse
23/03/2010
Jika kita melayari internet, banyak lagi contoh bagaimana wanita-wanita di luar
negara menukarkan bahan buangan menjadi barangan lain yang tinggi harganya. Islam Pemangkin
Misalnya, (i) ada wanita yang membuat anting-anting dan perhiasan wanita dari Masyarakat Prihatin
‘key' mesin taip dan komputer; (ii) ada wanita yang memotong beg plastik 19/03/2010
bungkusan dan mengaitnya menjadi beg tangan yang cantik; (iii) ada juga wanita
yang memberi nafas baru kepada pakaian dengan menampal pakaian itu dengan
  Tertinggi Dilayari
kain atau denim yang terpakai; (iv) ada juga yang membuat barang perhiasan
wanita dari beg plastik yang dimampatkan; dan, (v) ada yang membuat beg tangan Islam Hadhari bentuk
dan beg galas dari perca kain atau kain terbuang. modal insan berkualiti

Dengan daya reka cipta mereka, wanita-wanita ini berjaya memberi nilai tambah 54296 dibaca
kepada barang buangan dan menjadikannya barang berharga yang boleh menjana
pendapatan untuk mereka. Jelas bahawa aktiviti kitar semula boleh menjana
pendapatan untuk wanita. Apa yang penting, wanita tersebut perlu memiliki: (i) Nilai Islam asas
rasa cintakan alam sekitar dan mahu menyumbang kepada pengurangan jumlah bentuk masyarakat
sampah dengan mengitar semula barang buangan yang ada; (ii) daya reka cipta majmuk harmoni
untuk mengubah bahan buangan menjadi sesuatu yang berharga; (iii) kemahiran 50147 dibaca
untuk mengubah bentuk bahan buangan tersebut seperti kemahiran menjahit,
mengait dan lain-lain; (iv) minat untuk menceburi bidang ini; dan, (v) pengetahuan Islam Hadhari
untuk memasarkan hasil kerja tangan mereka itu. perkukuh Rukun
Negara, Wawasan
Menyedari kemampuan kegiatan kitar semula ini untuk menjana pendapatan bagi 2020
wanita, IKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 47485 dibaca
dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, akan menganjurkan Seminar "Penjanaan
Pendapatan Untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula" pada 12 - 13 Jun 2007
Tamadun gemilang
ini. Seminar ini berhasrat membincangkan: (i) peranan wanita dalam pemuliharaan
mesti selari kehendak
alam sekitar; (ii) amalan kitar semula di kalangan wanita; (iii) peluang menjana
syariat
pendapatan dari kegiatan kitar semula; dan, (iv) perkongsian pengalaman dengan
46738 dibaca
mereka yang terlibat dalam penjanaan pendapatan melalui kegiatan kitar semula.

Adalah diharapkan melalui seminar ini, kaum wanita akan lebih maklum mengenai Peranan ummah jaga
peluang yang terbuka untuk mereka melalui kegiatan kitar semula dan merebut alam
peluang tersebut. Sekiranya ini berlaku, mereka bukan sahaja akan menjana 43782 dibaca
pendapatan untuk diri dan keluarga, tetapi juga akan menyumbang kepada alam
sekitar dengan mengurangkan jumlah bahan buangan yang ada di negara ini. Islam Dan Pengurusan
Bencana Alam
Kembali | Cetakan | 7070 dibaca 41563 dibaca
 
Buli Tidak Selaras
Dengan Pendekatan
Islam Hadhari
40756 dibaca

Muka ini dijana dalam masa 0.0953 saat

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) - 234432-H


2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62046200 Faks : 03-62014189 " Pemantapan
Email : info@ikim.gov.my Kefahaman Islam
Menerusi Usaha
© 1992 - 2010  INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) Cemerlang "

Peta Laman  | Bantuan  | Tukar Saiz Font [+] [-]


Syarat-Syarat  | Dasar Privasi  | Hak Cipta  
 
Tingkatkan kempen kitar semula
Gorgone Nov 3, 06 4:12pm
Di dalam ruangan ini saya ingin menyuarakan pendapat saya
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar.
Pertama sekali saya mengucapkan syabas kepada kementerian
berkenaan kerana mengambil inisiatif menggalakkan masalah kitar
semula di Malaysia sejak tahun 1994.

Saya mencadangkan agar pihak kementerian berkenaan


menganjurkan satu pertandingan merekabentuk tong kitar semula di
dalam dan juga luar kediaman. Jika dikaji, semua sampah- sampah
berpunca dari rumah. Andainya terdapat satu sistem atau tong kitar
semula yang direkabentuk secara praktikal, tindakan ini bakal
mendidik rakyat, mengasingkan bahan kitar semula dari rumah lagi.

Selain itu, saya ingin menyarankan agar pihak berkenaan


menganjurkan pertandingan rekabentuk tong kitar semula ini kepada
tiga golongan sasar iaitu: professional (arkitek, interior designer,
industrial designer, speacialist), pelajar (terdiri daripada pelajar-
pelajar arkitek, interior designer, industrial designer, pertukangan)
dan juga golongan rakyat biasa.

Ini kerana gabungan ketiga-tiga idea golongan ini, bakal


menghasilkan satu prototaip tong kitar semula yang lebih praktikal.

Mungkin ada pihak menganggap cadangan ini agak remeh dan


membosankan. Tetapi cuba kita lihat berapa banyak wang kerajaan
dibelanjakan untuk menjayakan kempen kitar semula selama ini.
Berjayakah kempen tersebut? Saya juga berharap kerajaan dapat
menggubal satu undang-undang mewajibkan penggunaan tong kitar
semula di setiap rumah.

Selain itu pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang


berterusan iaitu, memberikan tong atau plastik kitar semula yang
mempunyai kod warna yang berbeza secara percuma, bagi mendidik
rakyat Malaysia.

Walaupun, perkara ini remeh atau kecil tetapi bayangkan bagaimana


impak positifnya terhadap alat sekitar kita (tidak perlu merawat
sungai, tidak perlukan tapak pelupusan yang banyak).

Sedarlah, 14 tahun lagi negara kita akan mencapai status negara


maju, jika persekitaran di dalam negara masih tidak dapat diuruskan
dengan baik, alangkah ruginya kita. Saya berharap kerajaan melihat
contoh dari Australia di daerah Fremantle di mana syarikat swasta
yang menguruskan proses kitar semula, bergabung tenaga pihak
berkuasa tempatan masing-masing.

Langkah itu memberikan pulangan yang menguntungkan kepada


kedua-dua pihak.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!
MAKLUMAT UMUM

Penyampai : TIMBALAN MENTERI KategoriUCAPAN


: PERASMIAN
Tarikh : 05/21/2005 Bahasa : Bahasa Melayu
Hari : Sabtu
Majlis : PELANCARAN KEMPEN KITAR SEMULA, PESTA
KONVOKESYEN KE 33
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tempat : BANGI
Berkaitan : KITAR SEMULA
Isu/Majlis

TEKS UCAPAN PENUH

Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis

Y.B. Dr. Amran Kasimin


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangi

Y.B. Dato’ Lew Yean Keong


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seri Kembangan

Y. Bhg Prof. Dato’ Dr Mohd Salleh Mohd Yasin


Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Dan Datin

Yang Berusaha
Encik Muhammad Shukri Kamarudin
Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-33

Yang Berusaha
Encik Prakas a/l Krishnan
Pengurus Program Kempen Kitar Semula

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia
Para Penduduk Kawasan Bangi serta
Hadirin dan Hadirat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk memberi
sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan kempen kitar semula Pesta
Konvokesyen ke 33 UKM pada pagi ini.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan rasa bangga saya
terhadap keprihatinan pihak UKM dan inisiatif para pelajarnya untuk
mewujudkan amalan budaya mengitar semula di Kampus ini.

Usaha-usaha sebegitu sememangnya amat dihargai oleh Kerajaan kerana


ianya dapat membantu Kerajaan dalam mempermudahkan amalan kitar
semula di dalam dan setiap rakyat Malaysia.

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Sememangnya, salah satu daripada masalah alam sekitar yang semakin


meruncing di Malaysia pada ketika ini ialah jumlah pembuangan sisa pepejal
yang semakin meningkat serta bilangan tapak pelupusan sisa buangan yang
semakin berkurangan. Pada masa ini purata setiap daripada kita
menghasilkan sisa pepejal kira-kira 0.8 kg sehari dan kadar ini dijangka
meningkat lagi sekiranya kita tidak mula mengawal cara pembuangan sisa
pepejal kita.

Walaupun terdapat teknologi-teknologi canggih untuk pelupusan sisa pepejal


wujud pada masa kini, dan Kerajaan sedang dalam proses meningkatkan
penggunaan teknologi tersebut, namun usaha-usaha ini tidak akan
mencukupi. Sebenarnya di samping pelupusan sisa pepejal, kita harus juga
menumpukan perhatian kepada isu pengurangan sisa pepejal itu sendiri. Di
situ kefahaman dan
pembudayaan amalan kitar semula oleh segenap lapisan masyarakat dapat
memainkan peranan yang amat penting.

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Dengan melaksanakan kitar semula, masalah kekurangan kawasan tanah


untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat diminimakan. Di samping
itu, kita juga dapat mengurangkan keperluan mengimport barangan kitar
semula misalnya pada tahun 2002, kita telah mengimport sebanyak kira-kira
790 ribu tan kertas terpakai yang bernilai lebih daripada RM 1.22 billion. Kita
juga mengimport lebih daripada 6,000 tan barangan kaca dan plastik kitar
semula pada setiap tahun. Mengapa kita perlu membazir membelanjakan
wang yang banyak untuk membeli barangan kitar ini daripada luar negara
sedangkan barangan ini boleh diperolehi dengan mudah dan banyaknya dari
negara kita sendiri. Dari segi industri, amalan kitar semula dapat
mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baru, manakala
industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang-peluang perniagaan
dan pekerjaan. Paling penting

kitar semula dapat menolong memelihara alam sekitar dan justeru itu dapat
meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Oleh kerana sebab-sebab tersebutlah, Kerajaan melalui Kementerian


Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil langkah memperkenalkan
kitar semula kepada orang ramai. Pihak Kementerian telah melancarkan
Program Kitar Semula Kebangsaan pada Disember 2000 untuk
memperkenalkan kepada masyarakat tentang prinsip pengasingan sisa
disamping mewujudkan kesedaran tentang kitar semula. Kemudiannya pada
Jun 2002, pihak Kementerian telah melancarkan Program Kitar Semula Fasa
II dengan meletakkan surirumah dan kanak-kanak sebagai sasaran utama
program ini. Matlamat program ini adalah untuk mengurangkan penghasilan
sampah negara melalui amalan 3R iaitu reduce, reuse dan recycle. Sasaran
Kementerian adalah untuk mengurangkan penghasilan sampah sebanyak 22
% daripada jumlah sampah yang dihasilkan dalam tahun 2020 kelak. Untuk
itu, Kementerian telah mengadakan Program Kesedaran, yang antaranya
seperti paparan iklan-iklan kitar semula di TV, radio-radio, papan-papan
iklan dan kenderaan-kenderaan awam seperti bas sekolah, bas awam dan
LRT yang bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat
tentang pentingnya amalan mengurangkan penghasilan sampah. Di samping
itu, Kementerian turut menyediakan infrastruktur seperti tong-tong kitar
semula dan pusat-pusat pengumpulan barangan kitar semula untuk
kemudahan masyarakat. Sehingga Oktober 2004, terdapat 1,650 players
yang terlibat di dalam industri kitar semula ini yang terdiri daripada pelbagai
pihak seperti PBT, syarikat konsesi, institusi pendidikan, pengitar semula
(recyclers/collector), NGO, persatuan penduduk dan pihak-pihak lain yang
terlibat.

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya dihormati sekalian,

Pada masa kini, Kementerian berpandangan, bahawa dengan mewujudkan


projek perintis (projek pilot) program kitar semula untuk sesuatu
kawasan/tempat/organisasi yang tertentu, adalah pendekatan yang terbaik
dalam mempertingkatkan pembudayaan amalan kitar semula. Kerana
seterusnya, ia akan dijadikan model untuk direplikasikan pula ke
kawasan/tempat/organisasi yang lain. Antara projek perintis yang sedang
dilaksanakan oleh Kementerian adalah :
1. Kementerian sedang giat dalam pelaksanaan untuk menjadikan
Putrajaya sebagai model untuk Program Kitar Semula. Ianya selaras
dengan keputusan YAB Perdana Menteri yang meminta supaya semua
agensi kerajaan terutamanya diPutrajaya mengamalkan kitar semula
dan seterusnya amalan ini diperluaskan pula kepada penduduk
kawasan perumahan, sektor komersil, sektor pendidikan dan semua
pihak yang menghuni di Putrajaya. Kementerian berharap supaya
program kitar semula ini dapat dilaksanakan dengan baik di Putrajaya
supaya ia dapat dijadikan model untuk pihak-pihak lain terutamanya
PBT di negara ini.

2. Kementerian juga telah memulakan program kitar semula di


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan dimulakan
dengan projek perintis di dua (2) buah balai iaitu di Balai Taman Seri
Hartamas dan Balai Shah Alam yang meliputi pejabat, balai dan
kuarters Jabatan Bomba tersebut. Seterusnya pelaksanaan program
tersebut akan direplikasikan pula ke balai, pejabat dan kuarters bomba
yang lain dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan daripada
projek perintis tersebut. Seterusnya Kementerian bercadang untuk
memperluaskan pelaksanaan program kitar semula ini ke pihak badan
beruniform yang lain seperti Polis dan Tentera.

3. Di samping itu, beberapa hotel di sekitar Kuala Lumpur juga telah


memulakan langkah dalam mewujudkan budaya amalan kitar semula
dengan melaksanakan projek perintis dengan kerjasama syarikat
swasta yang telah dilantik. Adalah diharapkan langkah-langkah ini
akan diikuti oleh hotel-hotel yang lain.

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya dihormati sekalian,

Kementerian berpandangan, bahawa rangkaian (networking) di antara


pihak-pihak yang terlibat di dalam industri kitar semula adalah penting bagi
perkongsian maklumat antara satu dengan yang lain. Sehubungan itu,
Kementerian telah menerbitkan Buletin Kitar Semula yang memaparkan
aktiviti-aktiviti, produk atau teknologi kitar semula players kitar semula.
Dengan pengedaran buletin kitar semula ini kepada semua pihak,
diharapkan akan mewujudkan rangkaian (networking) yang berterusan
antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Setiap dari kita semua, tidak kira individu, komuniti, NGO, Sektor
pendidikan, sektor swasta dan pihak-pihak lain yang terlibat sebenarnya
berupaya untuk memainkan peranan bagi mengurangkan sampah. Ini boleh
di lakukan dengan mengamalkan 3R iaitu,
(i) Mengurangkan sampah dari sumber, iaitu elakkan langkah-langkah
yang dapat menghasilkan sampah yang tidak perlu dari peringkat
permulaan lagi.

(ii) Jangan membuang barangan yang masih baik, sebaliknya guna


semula barangan tersebut, seperti memberikanya kepada orang lain
yang lebih memerlukan.

(iii) Hantar barangan kitar semula seperti kertas, kaca, plastik tin
minuman serta barangan lain yang boleh dikitar semula kepada
penerima-penerima yang boleh mengitar semula barangan ini.
Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Kejayaan Program Kitar Semula yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan amat
bergantung kepada penglibatan daripada semua pihak, samada individu,
komuniti, NGO, sektor pendidikan atau sektor swasta. Kerajaan memerlukan
sokongan dan bantuan daripada anda semua dalam usaha menerapkan
budaya kitar semula dalam masyarakat kita. Sehubungan itu, saya bagi
pihak Kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UKM kerana
turut membantu pihak Kerajaan dalam usaha mewujudkan budaya kitar
semula melalui pelancaran kempen kitar semula di UKM ini. Dengan
pelaksanaan kempen kitar semula di UKM ini, seperti yang telah saya
katakan tadi, Kementerian berharap ianya akan dijadikan projek perintis dan
seterusnya akan dicontohi pula oleh kampus-kampus yang lain.

Saya ingin menegaskan bahawa program ini seharusnya dijadikan suatu


usaha yang konsisten kerana ini merupakan faktor penting yang
memastikan kejayaan sesuatu program kitar semula itu. Untuk itu, saya
berharap supaya UKM dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan
Kementerian saya secara berterusan bagi membantu pihak-pihak lain yang
berminat menjayakan pelaksanaan aktiviti kitar semula.

Tuan-tuan, Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Semoga kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak UKM ini
bersama-sama dengan penglibatan para mahasiswa dan mahasiswinya
mendapat tindakbalas positif dari seluruh warga UKM. Kita perlu
meneruskan usaha untuk memastikan program ini berjaya diterapkan di
kalangan masyarakat khususnya di kalangan generasi muda yang akan
mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Sehubungan itu, saya
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya
Sekretariat Pesta Konvokesyen ke 33 dalam usaha menjayakan Kempen
Kitar Semula di peringkat UKM ini. Dan dengan ini saya dengan sukacitanya
merasmikan Kempen Kitar Semula, Konvokesyen ke 33, UKM.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b.t


 

Monday, October 13, 2008


KITAR SEMULA

3R. Pernah dengar, pernah terbaca atau pernah terlintas di fikiran kita apakah yang dimaksudkan
dengan 3R? Ada yang akan mengaitkan dengat satu rancangan televisyen yang diterbitkan
syarikat swasta satu ketika dahulu. Tapi pada ketika dan waktu ini, penulis ingin membawa
minda kita kepada satu program yang telah lama dilaksanakan oleh pihak berkuasa tetapi tidak
nampak fizikalnya secara keseluruhan.

Reuse, Reduce dan Recycle. Entah mengapa secara kebetulan pada hari ini juga akhbar Utusan
Malaysia dalam ruangan Mega telah berbicara mengenai perkara yang sama tetapi lebih
mengkhusus kepada kitar semula plastik. Kadang kadang sendiri bingung memikirkan perkara
yang telah berlarutan sekian lama sejak berzaman. Seandainya pada satu ketika dahulu, teknologi
telah menghadkan untuk kita mengitar semula barang barang yang telah kita pakai. Tetapi hari
ini, apakah alasan kita untuk menidakkan semua yang telah sedia ada.

Kitar semula merupakan satu program jangka panjang yang membolehkan barangan yang boleh
di gunapakai dikitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk. Penulis pernah terbaca
mengenai bagaimana sebuah telefon bimbit yang dibuang dalam kuantiti yang banyak boleh
menghasilkan jongkong emas. EMAS! Satu komiditi yang amat bernilai dan boleh membawa
keuntungan kepada mereka yang terlibat dalam industri terbabit.

Penulis juga terlibat secara lansung dalam industri kitar semula dengan menjadi penjual kepada
barangan yang boleh dikitar semula. Penulis telah membuat sedikit duit dengan semua 'sampah'
yang telah dijual kepada pembeli yang terdiri daripada wakil wakil kilang kitar semula di dalam
negara ini. Kertas dan plastik merupakan dua material utama yang menjadi 'RM' kepada penulis,
Orang lain membuang merata rata dan penulis telah mengutipnya di sekitar kawasan kerja dan
menjadikan imbuhan kepada penulis.

'Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Maaf dipinta kerana kerajaan sendiri tidak
pernah menolong sesama sendiri dalam menjayakan kempen kitar semula. Kerajaan telah
mensabotaj kerajaan. Tidak percaya! TIDAK, TIDAK, TIDAK!!! Tetapi itulah realitinya.
Kerajaan menghabiskan wang yang banyak dalam kempen Kitar Semula tetapi tidak ada
rancangan komprehensif dalam menjadikan ia sebagai realiti.

Satu soalan yang tidak cerdik-Wujud atau tidak tong sampah kitar semula di pejabat kerajaan ?
Hairan kan...'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Wujud atau tidak tong sampah kitar semula
di sekolah sekolah dan pejabat sekolah sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ? Tidak ada. Mungkin jawapan ini berbeda bagi sesetengah
sekolah tetapi pengalaman penulis dengan sekolah, tidak ada lagi tong sampah berwarna di
sekitar kawasan sekolah.

Sekolah merupakan satu persekitaran yang tepat dalam mendidik para pelajar yang akan menjadi
generasi akan datang dalam kempen kitar semula. Pelajar boleh digalakkan untuk membuang
sampah mereka ke dalam tong sampah kitar semula yang disediakan. Bayangkan betapa
banyaknya kuantiti kertas yang digunakan di sekolah yang akhirnya akan dibakar setelah jangka
waktu. Entah berapa ribu pokok yang dapat diselamatkan kerana sekolah mengitar semua kertas
yang tidak berguna. Tidak terkira bilangan sekolah rendah dan menengah dan tidak terkira
bilangan ozon yang dapat di selamatkan oleh mereka yang tidak tahu apa apa ini. Mengapa tidak
ada tong sampah kitar semula di setiap sekolah.

Di sekolah, bukan sahaja kertas yang terlalu banyak tetapi juga plastik daripada kantin sekolah.
Dengan tong sampah kitar semula yang di sediakan, mungkin yang tinggal dalam tong sampah
biasa adalah sisa makanan dan paling cepat penuh adalah tong sampah kitar semula. Tidak salah
rasanya jika kita mencuba walaupun terlewat. Pepatah Inggeris berkata-Better late than never.

Selain daripada sekolah rendah dan menengah, satu lagi institusi yang banyak menggunakan
kertas adalah IPT sama ada IPTS mahupun IPTA. Ada dikalangan institusi ini yang
menggunakan teknologi untuk menghantar tugasan namun jangan diambil mudah bilangan kertas
yang akan dibuang setiap tahun oleh sesetiap intitusi. di sini, lagi banyak kertas, plastik dan kaca
yang boleh di dapati sama ada di kafeteria mahupun di kelas dan di pejabat sama ada pentadbiran
mahupun penguatkuasaan. Tidakkah mereka ini yang bertaraf intelek tidak ingin menyumbang
kepada persekitaran yang lebih terkawal dan lebih sihat antara satu sama lain. Mungkin ada
sesetengah ipt ini yang mempunyai kursus dan seminar mengenai alam sekitar dan sudah tentu
perkataan kitar semula akan di keluarkan. Pupus sudah kah intelek yang berani membawa isu
tong kitar semula disetiap bangunan, premis, kolej dan juga kafeteria kerana ini akan membantu
kepada kesedaran kendiri yang lebih baik dikalangan siswa dan siswazah yang mempunyai
inisiatif sendiri kelak.

Pada satu ketika, perkataan putus asa dan hampa pernah wujud di dalam kepala otak penulis
kerana setelah mengumpul sekian lama, tidak ada satu pun tong sampah kitar semula yang
berhampiran dengan penulis walaupun dalam daerah yang penulis duduki. Daif bukan. Nampak
sangat ketaranya bagaimana tidak kesampaian tong kitar semula ke sesuatu tempat. Patut atau
tidak cuma 1 sahaja diletakkan tong sampah kitar semula di kawasan perumahan. Isi rumah di
Kuala Lumpur boleh mengeluarkan sampah sepenuh KLCC dalam jangka masa 1 minggu sahaja.

Penyampaian dari segi pengambilan sampah kitar semula ini juga perlu diperbetulkan kerana kita
tidak lagi boleh bergantung kepada lori sampah yang lama kerana tong sampah kitar semula
berasingan sampahnya. Kadang kadang, ada juga yang tidak pandai membaca dengan membuang
mengikut suka hati dalam tong sampah kitar semula. Kasihan. Dah dewasa, masih tidak pandai
membaca. Mungkin program 3M itu perlu diperbaharui.

Fikir Dulu Sebelum Buang


Posted by budak-kom at 2:27 PM
0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)
Kitar   semula   didefinisikan   sebagai    pemprosesan  barang-barang  lama  untuk  dijadikan  barang-barang baru. Ini
juga merangkumi konsep guna  semula  iaitu menggunakan semula barang tersebut sama ada untuk tujuan  asal
mahupun tujuan lain. Terdapat  4  jenis   bahan  yang   dikitar  semula  secara komersial iaitu
kaca, kertas, tin aluminium dan plastik

 Terdapat beberapa cara untuk mengitar semula :


   - masukkan ke dalam tong kitar semula
   - hantar ke pusat kitar semula
   - hantar ke pusat pengumpulan barangan kitar

Pihak berkuasa tempatan (PBT) menghabiskan 40 hingga 70 peratus perbelanjaannya untuk melupuskan sampah
sarap.  Pada tahun 2003, hanya 3% iaitu 186,150 tan sisa pepejal yang dikitar semula di Malaysia

 
Pengenalan

Setiap hari, negara kita menghasilkan 15,000 tan sampah, tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya

Kita biasanya tidak memikirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik
sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan diangkut ke
tapak pelupusan sampah.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit
untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran,
resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan mengitar
semula sebagai antara sebahagian hidup kita.

Apa itu Kitar Semula?

Kitar Semula merupakan satu process mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses, dan mengguna
semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

  

Mengapa
Mengapa perlu Kitar Semula?

·  untuk memelihara ruang hidup kita

pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20
hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. sebaik sahaja sebuah tapak
pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang
dan menularmencerobohi ruang hidup kita.

 ·  untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

 ·  untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu
punca pencermaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dan mengurangkan ancaman alam sekitar
seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

 ·  untuk menjimatkan kos

Dalam tempoh jangka panjang, mengitar semula adalah menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara
tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang
perlu dilupuskan akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk
pelupusan sampah akan dikurangkan.

 ·  untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia
mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan bagi menampung permintaan tempatan? kita juga
mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang       lain.

·  untuk menyelamatkan hutan

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara bersih.
Bagaimana

Bagaimana untuk Kitar Semula?

Anda cuma perlu mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula iaitu dari sampah yang lain. Pengutip
sampah akan lakukan yang selebihnya ATAU anda boleh terus ke Lokasi Tong Kitar Semula dan memasukan tin
aluminium, tin keluli dan plastik ke dalam tong berwarna jingga, kaca ke dalam tong berwarna coklat dan kertas
ke dalam ting berwarna biru.

Hari mengumpul/membeli barangan kitar semula di kawasan PBT MDS :-

Hari ahad jam 11.00pg hingga 1 tengahhari


 

Penafian : Majlis Daerah Segamat (MDS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami setelah melayari laman ini.

Di reka oleh Webmaster MDS


© Hak Cipta Terpelihara Majlis Daerah Segamat 2005

KITAR SEMULA(RECYCLE        
Program ‘ Kitar Semula ‘ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya
mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.

Pernahkah anda dengar perkataan ‘ Kitar Semula’? Saya pasti anda tentu pernah
mendengarnya melalui televisyen atau mana-mana media massa. Maksud kitar semula
adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang
dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol
plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai
dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai
perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut.
 
 Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan.
Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-
puluh juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa
tidak lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas.
Bayangkan jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat
menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini
menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.
 
 Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong
kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta
di kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan
buangan seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat
kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula
mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak
daripada berlakunya pembungan sampah yang berleluasa.
 
 Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi
bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang
berkaitan. Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-
masing. Selain itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik
minat masyarakat untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau
hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula
akan menggalakkan orang ramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-
kanak. Contohnya dengar memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca,
seekor anak patung yang sudah dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-
macam lagi.
 
 Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik
masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan
faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau
Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang
agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga
boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau
‘homepage’ berkenaan alam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui
kebanyakan masyarakat dan orang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi
dengan animasi, fakta dan maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan
akan menarik minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini.
 
 Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang
membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan
longkang patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini
kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana
pembiakan lalat, lipas dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas
jika mereka tidak berubah sikap.
 
 Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk
menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan
penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di
serata dunia.

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di


Malaysia

Pelawat: 00008239

You might also like