You are on page 1of 18

“PORTAL MAYA ADALAH PELENGKAP KEPADA PROSES PEMGAJARAN DAN 

PEMBELAJARAN YANG MERUPAKAN TREND PENDIDIKAN TERKINI DAN 
SEHARUSNYA DIMANFAATKAN OLEH SEMUA PIHAK”. 
BINCANGKAN KEPENTINGAN PORTAL MAYA DALAM PERKEMBANGAN 
ORGANISASI ANDA.

1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman teknologi maklumat kini perkembangan pendidikan  bergerak pantas seiring 

dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi 

menyebabkan wujudnya pelbagai portal yang dihasilkan oleh banyak pihak yang dapat 

dimanfaatkan   oleh   warga   pendidikan.   Kertas   kerja   ini   akan   membincangkan   tentang 

kepentingan Portal Maya dalam memperkembangkan organisasi sekolah untuk membantu 

meningkatkan   prestasi   para   pelajar,   meningkatkan   keprofesionalan   guru   serta 

meningkatkan pengurusan serta pentadbiran sekolah.

  Portal Maya dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada para pelajar, guru, 

ibu   bapa   atau   pentadbir   sekolah.   Pengurusan   sekolah   seharusnya  memainkan   peranan 

untuk menggalakkan penggunaan Portal Maya oleh semua warga sekolah supaya prestasi 

sekolah   dapat   dikembangkan   bagi   memastikan   sekolah   berkembang   menjadi   sebuah 

organisasi yang berkualiti. Portal atau gerbang pendidikan merupakan trend pendidikan 

terkini   yang   seharusnya   dimanfaatkan   oleh   semua   pihak   (Bahagian   Teknologi 

Peendidikan: 5­4).

1
Bahan­bahan   yang   disediakan   dapat   digunakan   oleh   para   pelajar   untuk   menambah 

maklumat serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu pada semua 

peringkat pengajian. Guru juga dapat manfaatkan Portal Maya   dengan menjadikannya 

sebagai   bahan   rujukan,   latihan   atau   satu   aktiviti   pembelajaran   kendiri.   Manakala 

pentadbir sekolah pula boleh mengakses laman­laman web tersebut bagi memantapkan 

pengurusan   sekolah   agar   tugasan   yang   dijalankan   dapat   dilaksanankan   dengan   lebih 

berjaya dan berkesan. 

2.0 PORTAL MAYA

Pelbagai definisi diberikan  oleh para ilmuan kepada `portal’.  Portal yang terdapat dalam 

internet diberi definisi sebagai ‘pintu gerbang’ (Ismail Zain; 130). Mankala Dr. Tan Chey 

Chee dalam bukunya Teaching and Learning with Tecnology mengatakan portal sebagai;

‘PortaL  are special web sites intended to be a `first stop` for internet surfers. (The 

word ‘portal’ means door or gate.)’(Tan Chey Chee:220)

Portal adalah pusat sehenti ‘one stop center’, di mana seseorang pelajar laman web boleh 

mendapatkan maklumat khusus,  contohnya tentang ekonomi, alam sekitar, pendidikan 

2
dan   perkhidmatan   seperti   e­mail,   forum,   sembang­sembang,   berita,   bulletin   dan 

sebagainya   (Bahagian   Teknologi   Pendidikan:   5­4).   Ini   bermaksud   apabila   pengguna 

internet   tidak   tahu   di   mana   hendak   melayari   internet   mereka   akan   memulakan 

‘digerbang’ tersebut.

Portal   Maya   biasanya   dirujuk     kepada   aplikasi   ‘E­Pembelajaran’   dan   pengajaran   atau 

dikenali juga dengan ‘Pembelajaran Elektronik’ yang berasaskan web. E­Pembelajaran 

merupakan   satu   perkembangan   baru   dalam   dunia   pendidikan   hasil   daripada 

perkembangan   teknologi   maklumat   dan   komunikasi.   Portal   pendidikan   atau   ‘E­

Pembelajaran’   dapat   membawa satu  senario  pembelajaran  yang lebih efisyen dengan 

pelbagai aspek;

i. Keluwesan pengguna : Ini bermaksud pengguna dapat mengakses 

serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa 

dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal.

ii. Kos   Efektif   :   Bahan   yang   begitu   banyak   yang   terdapat   pada 

pelbagai laman mampu diakses oleh pengguna tanpa menggunakan 

kos yang mahal.

iii. Kandungan   Terkini:   bahan   yang   terdapat   dalam   internet   mudah 

dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini.

3
iv. Perkongsian Maklumat: Setiap pengguna akan mendapat maklumat 

yang sama di serata dunia.

v. Penyebaran   Serentak:   Penyebaran   maklumat   dapat   dijalankan 

secara   serentak,   Ini   bermakna   pengguna   tidak   perlu   menunggu 

giliran untuk mendapat maklumat atau meminjam sesuatu bahan 

sepertimana yang berlaku pada kaedah tradisional.

vi. Intraktif: Bahan yang bersifat intraktif mampu memberi maklumat 

serta memudahkan mendapat maklum balas.  (Ismail Zain: 129)

Portal pendidikan menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti  bahan 

pengajaran, latihan, rancangan mengajar, berita terkini, masej, forum dan e­mail. Laman 

tersebut boleh diakses oleh palajar, guru dan ibu bapa. Laman­laman portal pendidikan 

dibangunakan   oleh   agensi   kerajaan   atau   pihak   swasta,   universiti   atau   laman 

persendiarian. Antara laman portal pendidikan tempatan ialah portal pendidikan Utusan 

(www.tutor.com.my),   CikguNet   (www.cikgu.net.my)   dan   MySchoolNet 

(http://myschoolnet.ppk.kpm.my).   Portal   MySchoolNet   misalnya   berfokus   kepada 

pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan web. Bahan yang disediakan merangkumi bahan 

yang bersifat intraktif dan juga tidak intraktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, ICT, 

perkongsian   pintar,   berita,   ruangan   sembang,   forum   dan   lain­lain   lagi.   (Bahagian 

Teknologi   Pendidikan:   5­11).   Di   samping   portal   pendidikan   itu   terdapat   juga   portal 

4
pendidikan   (Educational   Web   Portal)   dan   E­pembelajaran   (E­Learning).   Bahan­bahan 

portal Pengurusan Pengetahuan (Knowladge Management) juga berfaedah kepada para 

pengguna terutama guru. Portal ini mempunyai objektif ke arah memberi kemudahan 

kepada pengguna mendapat maklumat yang dapat di akses melalui enjin pencari yang 

sedia   ada.   Maklumat   tersebut   juga   dipautkan   ke   lain–lain   laman   yang   memuatkan 

pelbagai maklumat.  Antara enjin pencari yang sering digunakan ialah;

Yahoo (http://www.yahoo.com)

Msn (http://www.msn.com)

Altavista ( http://altavista.com)

Excite (http://www.excite.com)

Infoseek (http://www.infoseek.com)

Portal   pendidikan   yang   dibangunkan   mempunyai   objektif   tersendiri.   MyschooNet 

misalnya mempunyai objektif seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan pembelajaran secara atas talian.

2. Meningkatkan kemahiran menggunakan internet di kalangan pelajar, guru dan 

pentadbir sekolah di Malaysia; dan

3. Memperluas akses kepada maklumat dan sumber npendidikan dim kalangan 

pelajar,   guru   dan   pentadbir   sekolah   di   Malaysia.   (Bahagian   Teknologi 

Pendidikan;5­10)

5
Berdasarkan   objektif   di   atas,   para   pelajar,   guru   dan   pentadbir   sememangnya   boleh 

memanfaatkan   portal   tersebut   bagi   meningkatkasn   bidang   masing­masing.   Biasanya 

portal   pendidikan   dibahagi   kepada   tiga   kategori   mengikut   kumpulan   sasaran;   pelajar, 

guru dan pentadbir.

3.0 PORTAL PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR

Terdapat pelbagai laman atau portal pendidikan yang boleh digunakan oleh para pelajar 

untuk menambaah maklumat dan pengetahuan bagi memperkaya ilmu melalui internet. 

MySchoolNet   yang   merupakan   satu   projek   yang   berkonsepkan   pendidikan   melalui 

internet   yang   menyediakan   pelbagai   maklumat   berkaitan   pendidikan,   ICT   dan 

pengetahuan am. Oleh itu portal pendidikan MySchoolNet yang telah dibangunkan oleh 

Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya dimanfaatkan  oleh para pelajar. 

Terdapat pelbagai bahan yang tersedia dalam Portal Maya khusus untuk para pelajar. Para 

pelajar boleh memperkaya ilmu dan meningkatkan kefahaman pelbagai subjek sebagai 

tambahan   kepada   apa­apa   bidang   yang   mereka   pelajari   di   sekolah.   Pelbagai   sumber 

rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;

i. Tutoran   ;   Mengadungi   modul   berintraktif   yang   merangkumi   3   tahap 

6
pembalajaran,   iaitu   peringkat   rendah,   menengah   rendah   dan   menengah 

atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, 

Matematik dan Sains.

ii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan 

perkataan   dan   hamparan   kerja,   penyunting   HTML,   penyunting   grafik, 

glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa 

tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.

iii. Tahukah Anda: Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan 

sains, geografi, manusia dan Seni Bina.

iv. Perkongsian   Pintar:   Panduan   dan   petua   dari   guru   siber   untuk   pelajar 

menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar.

v. Forum: Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar­tukar pendapat dan 

pengalaman secara atas talian sahaja.

vi. Bahan­bahan   Laian:   Berita,   artikel,   petua   kemahiran   belajar,   bicara   IT, 

pautan e­pembelajaran tempatan, e­mail, akhbar dan majalah. (Bahagian 

Teknologi Pendidikan: 5­11)

Melalui portal tersebut para pelajar dapat mengikuti laman­laman yang berkaitan subjek­

subjek   sama   ada   peringkat   UPSR,   PMR   atau   SPM.   Dalam   portal   pendidikan   yang 

dibangunkan   oleh   Kementerian   Pelajaran   Malaysia   ,   para   pelajar   boleh   mendapat 

7
maklumat   tentang   dunia   pendidikan   melalui   laman   berita.   Pelajar­pelajar   yang   lemah 

dalam   subjek   Etems   (Sains   dan   Matematik   dalam   Bahasa   Inggeris)   dapat   mengakses 

laman tersebut dan dapat pula mengulang kaji pelajaran dengan menjawab soalan­soalan 

latihan yang disediakan.   (Lampiran I: Portal Pendidikan Utusan)  Pelajar yang lemah 

dalam   bahasa   Inggeris   dapat   menggunakan   laman   ini   bagi   meningkatkan   penguasaan 

bahasa mereka. Pelajar­pelajar juga boleh melayari  Smart Net yang dibangunkan untuk 

pelajar. Bahan yang disediakan untuk pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam 

Smart Net terbukti sebagai sebuah laman web yang amat berguna bukan sahaja sebagai 

alat untuk mempelajari strategi untuk berjaya dalam penulisan bahasa Inggeris tetapi juga 

sebagai sumber bacaan dan aktiviti berasaskan internet. (Mohd Amin Embi: 161).

Laman komputer dan ICT juga terdapat dalam portal pendidikan. Pelajar yang belum 

mahir komputer atau yang ingin mendapat maklumat lebih mendalam tentang pendidikan 

komputer atau teknologi maklumat bolehlah mengakses laman ini. Pelajar­pelajar yang 

mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) pula dapat memahirkan pelajaran mereka 

melalui   laman   Mata  Pelajaran   Vokasional.     Bagi   meningkatkan   semangat   dan   minat 

pelajar   terhadap   pelajaran   atau   pembelajaran   pelajar   dapat   mengikuti   laman   Motivasi 

Diri. Dalam laman ini terdapat artikel yang membicarakan tentang motivasi seperti petua­

petua   untuk   mencapai   kejayaan   atau   kecemerlangan.   Laman   Strategi   dan   Kemahiran 

Belajar   pula   menyediakan   pelbagai   artikel   yang   dapat   membantu   pelajar   mengatasi 

8
pelbagai masalah pembelajaran seperti, membaca secara berkesan atau suasaan belajar 

yang berkesan. Portal ini juga menyediakan Laman Web Pilihan yang merupakan laman 

persendirian untuk memberi panduan kepada para pelajar mengakses laman web yang 

berfaedah berkaitan dengan tajuk­tajuk atau subjek tertentu.  

4.0 PORTAL PENGAJARAN UNTUK GURU

Para guru yang dikatakan kini mempunyai bebanan kerja yang banyak oleh itu mereka 

perlu   mendapat   panduan   dan   bimbingan   bagi   memastikan   mereka   dapat   menjalankan 

tugas   dengan   berkesan.   Guru   juga   perlu   bijak   berdepan   dengan   tekanan   atau   ‘stress’ 

semasa menjalankan tugas. Portal maya dapat digunakan oleh para guru untuk mendapat 

maklumat   tentang   perkara­perkara   yang   berkaitan.   Terdapat   portal   yang   menyediakan 

bahan yang dapat digunakan oleh guru untuk menambah idea serta pengetahuan agar 

mereka dapat menjalanmakan tugas dengan cekap. Memang sudah tidak dapat dinafikan 

lagi bahawa internet mempunyai potensi bertindak sabagai satu alat yang boleh digunakan 

oleh   guru   untuk   merealisasikan   cara   pengajaran   dan   pembelajaran   di   bilik   darjah. 

Sesungguhnya portal pendidikan banyak membantu para guru.

‘The internet can offers tachers a lot of resources, communication, capabalitity, 

instructional activities and a wealth of ideas fo how to improve your lessons.’ Tan Chye 

9
Chee: 211)

Terdapat   portal   Pendidikan   yang   diwujudkan   khusus   untuk   kaum   guru.   MyschoolNet 

menyediakan sumber rujukan yang dikhaskan untuk guru seperti berikut;

i. Pengajaran   dan   Pembelajaran:   Menyediakan   panduan   tentang   model 

pengajaran   dan   pembelajaran   seperti   Kepintaran   Pelbagai   (Multiple 

Inteligences),   Kemahiran   Berfikir   dan   Strategi   Berfikir   (KBSB), 

Pembelajaran Masteri (Mastery Learning, dan Kajian Tindakan.

ii. Pentaksiran: Maklumat tentang format dan contoh amalan penilaian dan 

pentaksiran.

iii. Pengurusan   Bilik   Darjah:   Memuatkan   pelbagai   artikel   berkaitan 

pengurusan bilik darjah.

vii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan 

perkataan   dan   hamparan   kerja,   penyunting   HTML,   penyunting   grafik, 

glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa 

tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.

iv. Perkongsian   Pintar;   Memauatkan   senarai   pemenang   Anugerah   Inovasi 

Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat 

rujukan   pemenang   dan   sebagianya.   Program   kerjasama   pendidikan 

10
bertaraf antarabangsa   seperti ‘Malaysian­British School Link Program’ 

yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di 

United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.

v. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan 

Huraian   Sukatan   Pelajaran   semua   mata   pelajaran   peringkat   KBSR   dan 

KBSM.

vi. Forum: Ruangan untuk guru berkongsi dan bertukar­tukar pendapat   dan 

pengalaman secara atas talian sahaja.

viii. Bahan­bahan   Lain:   Berita,   artikel,   petua   kemahiran   belajar,   bicara   IT, 

pautan e­pembelajaran tempatan, e­mail, akhbar dan majalah. (Bahagian 

Teknologi Pendidikan: 5­11)

Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.gov.my) mempunyai objektif untuk membantu guru 

dengan   menyediakan   rancangan   mengajar,   aktiviti   pembelajaran,   latihan   sumber   serta 

bank soalan bagi setiap waktu pembelajaran mengikut bulanan. (Ismail Zain:137) Hal ini 

jelas  menunjukan bahawa jika  para  guru  menggunakan laman  portal  yang disediakan 

maka tentunya mereka akan dapat melakasanakan tugas dengan lebih baik dan berkesan. 

Rancangan   mengajar   yang   disediakan   memberi   panduan   kepada   guru   baru   untuk 

menyediakan rancangan yang mempunyai objektif pengajaran yang lebih jelas dan dapat 

dicapai dalam jangka waktu tertentu. Bagi guru­guru lama mungkin dapat menjadilan 

11
laman ini sebagai panduan untuk mewujudkan rancangan mengajar yang terkini.  

Bahan pengajaran yang terdapat dalam portal pendidikan ini pula boleh digunakan oleh 

guru yang kesuntukan masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti. Guru­

guru Etems misalnya, dapat menggunakan bahan   yang telah disediakan dalam bahasa 

Inggeris   sama   ada     untuk   mata   pelajaran   Sains   atau   Matematik.   Ini   tentunya   dapat 

membantu guru­guru yang belum mahir menguasai bahasa Inggeris. Latihan­latihan yang 

terdapat dalam laman tersebut dapat dipindah turun (download) supaya latihan intraktif 

dapat digunakan dalam bilik darjah.

Para guru juga boleh memanfaatkan portal yang dibangunkan oleh Jaring iaitu CikguNet 

(www.cikgu.net.my).     (Lampiran:   II:  CikguNet)  Banyak   bahan   dan   sumber   maklumat 

yang  dapat diperoleh untuk menambah maklumat dan pengetahuan para guru. Antara 

sumber rujukan yang disediakan dalam CikguNet adalah seperti berikut:

i. Cikgu Ibank: Terdapat soalan­soalan peperiksaan untuk UPSR dan SPM 

yang disediakan dan dapat diakses secara percuma.

ii. Komuniti Cikgu Net: Rungangn ini merupakan ruangan forum dan chat. 

Guru­guru boleh bertukar­tukar fikiran dan idea tentang dunia keguruan 

dan   isu­isu   yang   berkaitan   dengan   dunia   pendidikan.   Ruangan   ini   juga 

menyediakan   pautan   ke   Kementerian   Pelajaran   Malaysia,   Bahagian 

12
Pendidiklan Guru dan Pusat Perkembngan Kurikulum.

iii. Berita   dan   Isu   Pendidikan:   Laman   ini   menyediakan   berita   dan   isu­isu 

pendidikan semasa. Para guru boleh mendapat pengetahuan terkini tentang 

hal­hal pendidikan sama ada dalam negeri atau luar negera.

iv. Kementerian:   Laman   ini   merupakan   maklumat   tentang   Kementerian 

Pelajaran Malaysia atas talian. Guru boleh mendapat maklumat tentang 

status   kemasukan   pelajar   ke   IPTA,   jadual   waktu   persekolahan   dan 

sebagainya.

Portal   pendidikan   yang   dihuraikan   di   atas   jika   dimanfaatkan   oleh   para   guru   untuk 

mendapat maklumat­maklumat penting dan terkini. Ini akan membantu guru menjalankan 

tugasnya dengan lebih baik dan berkesan. Dalam kajian didapati bahawa ‘memang sudah 

tidak dapat dinafikan lagi bahawa internet mempunyai potensi sebagai alat yang boleh 

digunakan oleh guru untuk merealisasikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik 

darjah. (Mohamad Amin Embi: 179)

5.0 PORTAL PENTADBIRAN UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH

Pentadbiran sekolah kini semakin mencabar berikutan perubahan persekitaran sosial dan 

sahasiah para pelajar. Pelajar yang dipengaruhi oleh ledakan teknologi maklumat dalam 

13
era globalisasi   ini menyebabkan tingkahlaku mereka sukar diramal. Para pelajar yang 

tiada   kekuatan   dalaman   akan   mudah   terpengaruh   dan   sering   melakukan   kesalahan 

disiplin   atau   kadang­kadang   terlibat   dengan   kes­kes   jenayah.     Keadaan   ini   memaksa 

pihak   pentadbir  sekolah   menggunakan  kebijaksanaan   untuk  berdepan   dengan  masalah 

tersebut. Pihak pentadbir sekolah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu 

pengurusan yang berkualiti. 

Para pengetua juga dihambat oleh harapan ibu bapa dan kehendak pihak kementerian agar 

dapat   membentuk   anak­anak   didik   mereka   menjadi   insan   kamil   dan   berjaya. 

Tanggungjawab yang semakin mencabar ini memerlukan pemimpin sekolah yang cekap 

dan komited. Oleh itu pengetua atau pemimpin sekolah harus melengkapkan diri dengan 

pengetahuan   dan   kemahiran   kepimpinan   yang   tinggi.   Di   samping   kursus­kursus   dan 

pengalaman yang ada, para pengetua boleh juga memanfaatkan Portal Maya untuk tujuan 

tersebut.   Portal   pendidikan   yang   terdapat   dalam   internet   seperti   MySchoolNet,   Portal 

Pendidikan  Utusan atau CikguNet mempunyai bahan­bahan yang boleh membantu para 

pentadbir dan peminpin sekolah. 

MyschoolNet     mengandungi   sumber­sumber   rujukan   yang   dikhususkan   untuk   para 

pentadbir sekolah iaitu:

i. Pengurusan   Sekolah:   Memuatkan   artikel   tentang   pengurusan   sekolah 

14
sebagai panduan kepada pentadbir sekolah.

ii. Profesyen:   Etika   Perkhidmatan   Pendidikan   Guru,   Garis   Panduan, 

Pekeliling Kementerian dan maklumat semasa.

iii. Pendidikn dan Teknologi: Artikel dan panduan tentang pengintergrasian 

teknologi dalam pendidikan.

vii. Perkongsian   Pintar:   Memuatkan   senarai   pemenang   Anugerah   Inovasi 

Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat 

rujukan   pemenang   dan   sebagainya.   Program   kerjasama   pendidikan 

bertaraf antarabangsa   seperti ‘Malaysian­British School Link Program’ 

yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di 

United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.

viii. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan 

Huraian   Sukatan   Pelajaran   semua   mata   pelajaran   peringkat   KBSR   dan 

KBSM.

iv. Forum: Ruangan untuk para pentadbir berkongsi dan bertukar pendapat 

dan pengalaman secara atas talian sahaja.

ix. Bahan­bahan   Lain:   Berita,   artikel,   petua   kemahiran   belajar,   bicara   IT, 

pautan e­pembelajaran tempatan, e­mail, akhbar dan majalah. (Bahagian 

Teknologi Pendidikan: 5­16)

            (Lampiran III: Pengurusan)

15
Selain itu terdapat juga laman­laman pautan yang dapat diakses melalui MYSchoolNet, 

misalnya ‘EducationNet’ yang merupakan pautan ke Kementrian Pendidikan Malaysia. 

Pengguna portal ini juga dapat akses ke web Pusat Perkembang Kurikulum (PPK). Dalam 

laman   Kementrian   Pendidikan   Malaysia   pengguna   boleh   mendapatkan   pelbagai 

maklumat yang berkaitan dengan kementerian. Dalam ruangan informasi, pelbagai bahan­

bahan yang dapat diakses, antaranya ialah;

i. Ucapan Menteri

ii. Perkhidmatan.

iii. Ksalender sekolah.

iv. Pekeliling

v. Penyelidikan.

vi. Penerbitan.

Perkhidmatan Program Pelajaran juga terdapat dalam laman kementerian ini termasuklah 

pelajaran Pra Sekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Pra Universiti, 

Pendidikan Khas dan Pendidikan swasta.

Maklumat yang terdapat dalam laman web yang tersebut jika dimanfaatkan tentunya akan 

dapat membantu para pentadbir meningkatkan kecekapan mereka dalam hal pengurusan 

16
sekolah.

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa Portal Maya sepatutnya 

dimanfaatkan oleh semua pihak di sekolah. Pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah 

dapat   menggunakan   bahan­bahan   yang   disediakan   dalam   laman   berkenaan   bagi 

meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam bidang­bidang ilmu yang berkaitan. 

Dengan mengadakan latihan yang   bertubi­tubi daripada laman­laman tertentu, pelajar 

boleh   memahirkan   diri   dalam   mata   pelajaran   tersebut.   Pelajar   juga   akan   mempunyai 

semangat yang lebih dengan melayari raungan Motivsasi Diri. Mereka akan mendapat 

keyakinan yang tinggi dengan mengetahui kaedah dan teknik belajar yang betul yang 

disediakan.  Ini akan meningkatkan prestasi akademik mereka.

Para   guru   pula   akan   lebih   berkeyakinan   berhadapan   dengan   para   pelajar   jika   mereka 

mempunyai pengetahuan yang lebih dan terkini. Guru juga akan menjadi lebih cemerlang 

sekiranya   mereka   dapat   mengawal   kelas   dengan   menggunakan   pelbagai   kaedah 

pengajaran yang disarankan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia dalam laman webnya. 

Pihak   pentadbir   sekolah   juga   boleh   memanfaatkan   bahan   daripada   Portal   Maya   yang 

tersedia   dalam   Internet.   Ismail   Zain   mengatakan   bahawa   ‘ICT   boleh   menjadi 

17
pemudahcara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab kebijaksanaan 

untuk berjaya . (Ismail Zain: xii)  Para pentadbir sekolah akan mendapat maklumat terkini 

dan kaedah serta cara pengurusan yang berkualiti daripada laman­laman yang tersedia di 

internet. Ini akan memberi kekuatan kepada pentadbir sekolah untuk melaksanakan tugas 

dan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berjaya.  Oleh itu ditegaskan bahawa Portal 

Maya sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk para pelajar, guru dan juga pentadbir 

dalam hal untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan sesebuah sekolah.

18

You might also like