You are on page 1of 23

Budaya Kerja Cemerlang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun

Doktor Mahathir Mohamad , Bekas Perdana Menteri Malaysia pada 27 November

1989. Tujuan gerakan ini ialah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa

mementingkan kualiti . Menurut beliau , budaya sesuatu masyarakat adalah faktor

utama yang akan menentukan maju mundurnya sesuatu masyarakat itu. Budaya

bukan dicerminkan oleh keseniaan dan aspek fizikal , tetapi yang lebih penting lagi

ialah nilai-nilai yang diamalkan.

Sebelum saya meneruskan penerangan , elok kalau saya jelaskan dahulu apa

yang dimaksudkan Budaya Kerja Cemerlang . Budaya bermakna nilai , sikap tindakan

ataupun tingkah laku yang menjadi amalan seharian. Dalam konteks bekerja atau

bertugas , ia dikaitkan dengan budaya kerja dalam sesebuah jabatan ataupun

organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan matlamat maju atau

mundurnya sesebuah organisasi itu.

Kerja Cemerlang pula bermaksud seseorang pegawai ataupun kakitangan

kerajaan yang telah menunjukkan prestasi kerjanya yang sentiasa baik, ada

peningkatan dari setahun ke setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan atau

mendatangkan sebarang masalah ketika dia bertugas atau bekerja .

Perkhidmatan Awam pula bermakna jentera yang digunakan oleh sessebuah

negara dalam memberikan perkhidmatan kepada seluruh rakyatnya dan sebagai alat

dalam menyusun perancangan ataupun program dan juga melaksanakan rancangan-

rancangan yang telah disusun termasuk mengenai struktur organisasi , perancangan

sumber manusia yang berhubung kait dengan ekonomi , budaya dan social dan juga

termasuk mengadakan ataupun mengeluarkan undang-undang ataupun peraturan-

peraturan kerja yang semestinya diikuti oleh setiap pegawai dan kakitangan awam

dalam semua pangkat dan peringkat.

1
Peningkatan Kualiti pula bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan

dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna

atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti , tahap terbaik yang

boleh dicapai , menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan

keadaan peningkatan di sepanjang masa. Mengikut Sallis dan Edward (1993) kualiti

boleh dibincangkan dalam tiga sudut pandangan iaitu:

1) Persepsi istilah

2) Persepsi pengeluar

3) Persepsi Pengguna

Secara istilah konsep kualiti bermaksud reputasi di kalangan masyarakat umum

terhadap barang atau perkhidmatan yang dianggap berkualiti mendapat status yang

tinggi pada kaca mata masyarakat umum. Produk atau perkhidmatan berkualiti

mempunyai nilai pasaran yang tinggi dari kaca mata pengguna dan pengeluar

Lima Program Peningkatan Kualiti Dalam Organisasi

1. Hari Kualiti dan Pengiktirafan

Pewujudan Hari Kualiti adalah bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai

budaya kualiti dalam sesebuah organisasi . Di samping itu ia juga bertujuan memberi

pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja dan pihak

pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi mereka ke arah

peningkatan kualiti . Hari tersebut merupakan satu acara bagi mewujudkan kesedaran

para pekerja bahawa satu perubahan telah berlaku dalam organisasinya dan

pengiktirafan diberi untuk perubahan-perubahan tersebut. Perubahan yang

2
dimaksudkan ini adalah dari segi kejayaan dalam usaha –usaha peningkatan kualiti

perkhidmatan yang berkualiti.

Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin bin Osman , Ketua Setiausaha

Negara (2004), Hari Kualiti merupakan satu lambang yang menunjukkan komitmen

kita dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta

memenuhi kehendak pelanggan . Hari Kualiti perlu dihayati oleh setiap warga

perkhidmatan awam dan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja tahun demi

tahun tanpa membawa sebarang perubahan yang bermakna dan ketara kepada diri kita

dan juga perkhidmatan yang disampaikan oleh kita.

Kementerian Pendidikan juga sama seperti organisasi lainnya mengadakan

Hari Kualiti, untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada semua

kakitangan di semua peringkat sebagai mengenang jasa yang telah mereka

sumbangkan kepada Kementerian. Begitu juga dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan

Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah, serta Institusi –Institusi Pengajian Tinggi di seluruh

negara memberikan penghargaan yang sama di atas kualiti kerja yang cemerlang pada

tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya. Semoga penghargaan dan penghormatan

ini akan terus dapat dikekalkan dan dipertingkatkan oleh penerima-penerima

Anugerah Khidmat Cemerlang agar dapat dicontohi oleh mereka yang belum

menerimanya.

Hal ini tidak terkecuali juga di sekolah yang memberikan pelbagai

pengiktiran dan anugerah kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar yang

cemerlang dengan harapan kecemerlangan mereka ini akan mendorong semangat

motivasi kepada rakan-rakan mereka untuk terus bekerja dengan gigih dan

bersemangat untuk menjadikan organisasinya cemerlang gemilang dan terbilang.

Biasanya , apabila sesebuah organisasi itu berjaya dan cemerlang , maka akan majulah

3
organisasi itu. Sebagai contohnya , negara Jepun begitu maju dalam bidang industri

pembuatan kenderaan seperti syarikat-syarikat pengeluar kereta Toyota, Honda ,

Datsun, Mitsubishi dan lain-lainnya.. Di antara pengiktirafan-pengiktirafan yang

diberikan ialah seperti berikut:

1. Pengiktirafan kepada Institusi

2. Pengiktirafan kepada Guru

3. Pengiktirafan kepada Staf Sokongan

4. Pengiktirafan kepada Pelajar

5. Pengiktirafan kepada Komuniti

Begitu juga dengan Anugerah-anugerah yang diberikan kepada penerima –

penerima semasa peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan oleh Kementerian, Jabatan

Pelajaran , Institusi, Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan juga di sekolah –sekolah

seperti berikut:

1. Hari Kualiti

2. Hari Guru

3. Hari Penyampaian hadiah

4. Hari Terbuka

5. Hari Sukan

6. Hari Perhimpunan Sekolah

7. Hari Rasmi Sekolah

Begitu juga Anugerah yang diberikan dalam pelbagai bentuk seperti:

1. Anugerah Hadiah

2. Anugerah Sijil

3. Anugerah Wang

4. Anugerah Surat Penghargaan

4
5. Anugerah Tawaran

6. Anugerah Lawatan

7. Anugerah Bantuan

8. Anugerah Pingat

9. Anugerah-anugerah lain

Dalam perkhidmatan kerajaan dan organisasi besar, banyak ganjaran yang

diberikan kepada penjawat awam atau pekerja pada tiap-tiap tahun dan setiap

ganjaran itu memberi kesan yang berbeza-beza disebabkan setiap manusia itu menilai

ganjaran yang diberikan dengan cara yang berbeza.. Teori Kesempurnaan Kendiri

ataupun self- actualization oleh Abraham Maslow ,Teori dorongan kejayaan atau

achievement motivation David McClelland dan juga Teori Vance Packard iaitu

Keperluan tidak ketara menjelaskan bahawa manusia itu mempunyai keperluan

mereka sendiri mengikut acuan dan kehendak diri masing-masing.

Adalah diharapkan dengan adanya anugerah-anugerah seperti ini akan

meningkatkan lagi mutu kerja di samping tugas sebagai penjawat awam yang

merupakan suatu amanah yang harus dipikul dengan penuh ikhlas dan

bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju organisasi yang menuju ke arah

kecemerlangan dan pendorong kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan

datang.

2. Bengkel dan Latihan

Kementerian Pelajaran sedar bahawa untuk mencapai tahap cemerlang

sesebuah agensi tidak boleh bergantung pada kecekapan segelintir warganya sahaja .

Sebaliknya ia memerlukan semua warganya bersama-sama berganding bahu

melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin . Oleh itu

5
fokus utama adalah bagi membangunkan kompetensi dan membentuk guru-guru ,staf-

staf dan juga golongan pelajar yang berjaya. Justeru itu di kalangan guru-guru, staf-

staf yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dan kecekapan membantu dan

membimbing rakan-rakan yang masih berada di tahap rendah. Mereka yang belum

mahir dan cekap perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kebolehan sedia

ada. Keazaman untuk menjadi warga pendidikan yang lebih cemerlang merupakan

azam yang patut ditanam oleh semua penjawat awam, terutamanya di kalangan warga

pendidikan.

Bengkel-bengkel dan latihan diberikan di peringkat atasan sehinggalah ke

peringkat bawahan . Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian

mutu kerja yang lebih baik di kalangan warga pendidikan.. Pengetua-pengetua

sekolah, barisan guru pentadbir dan guru-guru mata pelajaran diberikan latihan dan

bengkel bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang itu..

Contohnya seseorang Pengetua diberikan latihan dan bengkel untuk memantapkan

lagi pengurusan mereka di sekolah.. Pusat-pusat latihan yang terkenal seperti di

Institut Aminuddin Baki,di Genting, Universiti-universiti serta Maktab-maktab

Perguruan menjadi pusat-pusat latihan dan bengkel kepada Pengetua dan barisan

pentadbir serta guru-guru dan kakitangan untuk menerima latihan yang berterusan

bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran mereka.

Di samping itu pula pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak ketinggalan

memberikan latihan dan bengkel kepada guru-guru berkenaan. Umum mengatakan

bahawa guru yang berpengalaman adalah guru yang baik. Faktor yang menentukan

pengalaman ialah masa dan peluang. Jika bergantung kepada faktor seseorang

mengambil masa yang terlalu panjang untuk menjadi begitu berpengalaman. Peluang

pula adalah faktor yang mudah dikawal. Oleh hal yang demikian untuk meningkatkan

6
profesionalisme guru-guru. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang khususnya menyediakan

peluang latihan dengan mengadakan bengkel-bengkel contohnya:

1. Bengkel penyediaan modul latihan bagi setiap mata pelajaran

2. Bengkel latihan teknik menjawab dan latihan memeriksa kertas .

Program ini dikenali Jawab Untuk Jaya

3. Bengkel Penggubalan soalan Latihan soalan bersama

4. Bengkel peningkatan prestasi mata pelajara

Bengkel dan latihan yang diberikan ini bertujuan untuk memperol eh ,

menguasai , memperkukuh, memantapkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan

dengan menggunakan bahan-bahan rujukan buku-buku dan dokumen –dokumen yang

diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Jemaah

Nazir Sekolah Persekutuan.. Di samping itu juga pihak Pejabat Pelajaran Daerah juga

mengadakan bengkel-bengkel dan latihan lanjutan untuk memantapkan lagi guru-guru

dengan ilmu-ilmu bantu yang sedia ada.

Pihak sekolah juga mengadakan bengkel dan latihan dalaman di sekolah

masing-masing untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bidang-bidang ilmu yang

belum dikuasai oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Guru –guru yang

berpengalaman dan memeriksa kertas menjadi Jurulatih Utama dalam kursus ini.

Latihan dan bengkel yang diberikan oleh pihak sekolah meliputi pelbagai aspek sama

ada dari segi kurikulum, kokurikulum, kepimpinan, disiplin, sukan dan berbagai-

bagai lagi. Tidak ketinggalan juga program bagi murid-murid juga telah dirancang dan

diadakan seperti kelas-kelas tambahan iaitu satu program dalam memberikan latihan-

latihan kepada pelajar bagi kelas-kelas peperiksaan seperti Tingkatan tiga, lima dan

Enam Atas. Antara program-program latihan yang telah dilaksanakan ialah Program

Bijak IQ bagi pelajar Enam Atas, Tusyen Yayasan Harapan bagi pelajar tingkatan tiga

7
dan Program latihan yang dipanggil Titisan Terakhir khususnya bagi pelajar tingkatan

lima. Di samping itu juga pada masa cuti penggal ini diadakan program Rakan Pintar

bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan dua. Ini bertujuan mengulang kaji mana-

mana kelemahan pelajar semasa di kelas sebelum cuti sekolah.

Bengkel-bengkel menjawab soalan juga diadakan sepanjang tahun bagi kelas-

kelas peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan

juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Adalah diharapkan dengan adanya bengkel-

bengkel seperti ini akan menyemarakkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran di

bilik darjah serta mendorong semangat juang yang lebih tinggi di kalangan pelajar.

Bengkel dan latihan sukan juga diadakan untuk mencungkil bakat-bakat yang

terpendam di kalangan pelajar. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berminat

dengan sukan, mata pelajaran Sains Sukan diwujudkan di tingkatan Enam Rendah.

Mengikut Cawelti (1990), Kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran

berkesan. Ginsberg (1988) pula menegaskan, Kepimpinan pengajaran hanya dapat

dilakukan oleh Pengetua-pengetua yang berkaliber tinggi dan cekap dalam pengajaran

dan pengurusan sekolah.

3. Ceramah dan Perbincangan

Bagi setiap agensi kerajaan, ceramah dan perbincangan kerap diadakan untuk

memberi pengetahuan kepada penjawat-penjawat awam agar dapat meningkatkan lagi

kualiti dan kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam sesuatu urusan pekerjaan.

Kementerian Pelajaran juga sering mendedahkan kepada pegawai-pegawainya dengan

ceramah dan perbincangan yang dilakukan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam

sesebuah organisasi. Begitu Jabatan Pelajaran Negeri telah mengambil pelbagai

inisiatif untuk mendedahkan kepada pegawai-pegawainya khususnya guru-guru

8
tentang peningkatan kualiti. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Pejabat

Pelajaran Daerah sentiasa memimikirkan cara yang terbaik untuk pegawai-pegawai

bawahannya.

Di sekolah pula Pengetua bersama dengan barisan pentadbirnya sentiasa

mencari dan memikirkan idea-idea baru bagi orang-orang bawahannya mendapat

maklum balas yang terkini untuk peningkatan prestasi kerja di kalangan pegawai-

pegawainya. Salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian ialah mendedahkan

guru-guru dengan ceramah-ceramah yang berkesan. Salah satu ceramah yang telah

diadakan ialah cemah mengurangkan tekanan kerja atau ‘Stress’. Ceramah ini telah

diadakan pada hujung tahun untuk semua guru dan kakitangan sekolah . Doktor Lazli

Pakar dalam bidang Psikiatri telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya .

Doktor Lazli telah menerangkan bagaimana cara untuk kita mengurangkan tekanan di

tempat kerja dan ini memberi manfaat yang besar kepada guru-guru dan kakitangan

sekolah. Di samping itu juga ceramah tentang tugas dan tanggungjawab sebagai

seorang guru juga telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada guru-guru tentang

tanggungjawab yang perlu dipikul dan amanah yang seharusnya dilaksanakan. Pihak

sekolah telah menjemput Pakar Motivasi iaitu Yang Mulia Raja Ismail bin Raja

Shahdan . Beliau telah berjaya menyampaikan ceramahnya dengan berkesan.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar, pihak sekolah telah merancangkan

berbagai-bagai program ceramah untuk memberi kesedaran kepada mereka dan

kedua-dua penceramah ini juga telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar

pada awal tahun. Di samping itu juga Pengetua telah mengambil inisiatif untuk

menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di kelas-kelas peperiksaan. Penilaian

keberkesanan ceramah itu dapat dijelmakan di dalam bilik-bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga semasa Ujian Bulanan diadakan.

9
Mengkut Rutter ( 1979 ) guru-guru dalam sekolah yang berkesan menggunakan lebih

masa ke atas pelajaran (memula dan menamatkan pelajaran tepat pada masanya) dan

menyediakan masa untuk “quiet work” . Di sekolah-sekolah menengah kerja rumah

diberikan akan digredkan secara regular Bagi Crandall, D. P (1983) satu daripada

faktor utama untuk usaha pembaikan sekolah ialah komitmen guru-guru . Perubahan

tidak akan berlaku tanpa sokongan dan komitmen guru-guru.

Dasar 60:40 Kementerian Pelajaran hendaklah dilihat sebagai strategi untuk

mencapai Wawasan 2020. Penumpuan kepada pencapaian Nisbah 60:40 bagi aliran

sains dan sastera menampakkan impaknya dalam perancangan dan pelaksanaan di

peingkat Kementerian, Jabatan dan juga sekolah. Pencapaian sekolah sepatutnya

bukan hanya menunjukkan peningkatan keseluruhan tetapi perlu memberi tumpuan

kepada kualiti. Standard kualiti yang ditetapkan ialah 60 peratus pelajar harus mampu

mengikuti jurusan sains dan 40 peratus jurusan sastera. Guru-guru Bimbingan Dan

Kaunseling seharusnya memainkan peranan penting dalan menentukan hala tuju

pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun Swasta. Perbincangan dan

komitmen yang sepenuhnya daripada mereka amat penting. Ramai pelajar yang tidak

tahu proses atau cara pengambilan pelajar ke universiti. Perbincangan dengan pelajar

dengan sejelas-jelasnya perlu dilaksanakan agar mereka tidak tersilap pilih kursus-

kursus yang ditawarkan.

Kerjasama daripada semua pihak perlu dalam usaha untuk meningkatkan lagi

pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan seterusnya perbincangan dengan

pihak pentadbir, guru –guru, ibu bapa dan masyarakat setempat amat penting. Oleh

itu setiap sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Ini bertujuan untuk

membantu dan berbincang dengan pihak sekolah agar keputusan yang bijak dapat

dicapai dan semua pihak berpuas hati dan tidak terlepas pandang. Selain daripada

10
program sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh memainkan peranan yang

lebih aktif lagi dalam perkara ini. Pihak pentadbir pula mestilah sentiasa

berpandangan jauh dan sedia berbincang dan menerima pandangan daripada guru-

guru, ibu bapa ataupun pihak komuniti luar untuk menghasilkan satu keputusan yang

bijaksana demi untuk kebaikan dan kecemerlangan sekolah berkenaan. Ini telah

dilaksanakan sepenuhnya dan hasilnya kami melihat pihak sekolah mendapat reaksi

yang positif daripda pihak ibu bapa dan juga komuniti luar.

4. Siri Panduan Pengurusan Kualiti

Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran dan

pengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untuk

mengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan. Jabatan Pelajaran Pahang telah

memperkenalkan program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan pada

tahun 1994. Program ini bertujuan mempertingkatkan prestasi pendidikan di Pahang

dan memerlukan kerjasama yang bersungguh-sungguh daripada semua warga

pendidik di negeri ini. Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan di

negeri Pahang ini sudah masuk edisi yang kedua dan diguna pakai dengan

penambahan yang baru berdasarkan perkembangan terbaharu dalam dunia pendidikan

dan disesuaikan dengan dasar pendidikan terkini.

Program ini dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Pahang dan

jawatankuasanya terdiri daripada semua Ketua Sektor, Penolong Pengarah, Ketua

Penolong Pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Ketua Unit dan Pegawai

Pelajaran Daerah. Urus setia program ini terdiri daripada:

1. Unit Kurikulum untuk Peningkatan Akademik

2. Unit Kokurikulum untuk Peningkatan Kokurikulum

11
3. Unit Pendidikan Islam bagi Bina Insan

4. Unit Perancangan dan Pembangunan untuk Keceriaan

5. Unit Perkhidmatan untuk Pengurusan dan Pentadbiran

Di peringkat daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan

dianggotai oleh semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar dan Pengetua

yang mewakili kelompok.. Di setiap daerah, sekolah rendah dan menengah

dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil mengikut kawasan geografi dengan

dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar atau Pengetua berkenaan

Pengwujudan kelompok-kelompok ini akan membolehkan sekolah-sekolah kecil

berkongsi idea dan bekerjasama melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk menangani

masalah yang sama.

Di peringkat sekolah, satu jawatankuasa Khas Program Peningkatan

Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan telah ditubuhkan dan Pengetua atau Guru Besar

sendiri menjadi pengerusinya. Guru Penolong Kanan Kurikulum menjadi setiausaha.

Semua guru terlibat dalam pelaksanaan program ini, oleh hal yang demikian beberapa

jawatankuasa boleh diadakan, ini termasuklah perkara yang ada kaitan dengan

penglibatan ibu bapa atau masyarakat setempat. Jawatankuasa Program Peningkatan

Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan di peringkat sekolah adalah Jawatankuasa

Induk yang membuat perancangan dan melaksanakan program

Bagi melicinkan lagi program ini agar ia benar-benar berkesan untuk

meningkatkan lagi kualiti guru dan pelajar, kumpulan-kumpulan profesional lain di

sekolah boleh turut membantu dan seharusnya digembleng dalam pelaksanaan

program ini ialah:

1. Kumpulan Pemantau

12
2. Kumpulan Penggubalan Soalan dan Pemeriksa

3. Kumpulan Guru Cemerlang dan

4. Kumpulan Guru Sumber bagi setiap mata pelajaran

Dari segi tugas, ia mempunyai kerangka yang menunjukkan ruang lingkup ,

pembahagian, dan sempadan tugas yang jelas iaitu meliputi tiga tahap kerja yang

utama

1. Perancangan

2. Pelaksanaan

3. Pemantauan

Di sekolah terdapat banyak buku panduan dan pengurusan yang diguna pakai

sebagai panduan dan rujukan guru-guru untuk melaksanakan tugas dalam bidang

masing-masing seperti :

1. Buku Panduan Pengurusan Sekolah

2. Buku Panduan Kurikulum sekolah

3. Buku Panduan Kokurikulum sekolah

4. Buku Panduan Tatacara Disiplin di sekolah

5. Buku Panduan Pengurusan panitia

6. Buku Panduan Pengurusan Asranma

7. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan

8. Buku Panduan Pengurusan Kantin

9. Buku Panduan Pengurusan Buku Teks

10. Buku Panduan Pengurusan Biasiswa

Dari segi perancangan yang teliti mengikut tahap dan peringkat diharapkan

program ini akan dapat menghasilkan satu keputusan yang tepat dan berkesan dalam

menguruskan peningkatan kualiti . Di samping itu juga pelaksanaan yang teratur dan

13
sistematik serta tenaga-tenaga kerja yang profesional dan berpengalaman

membolehkan program ini mencapai targetnya. Di samping itu pula pemantauan dari

aspek mengawal, membimbing, akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak

yang terlibat. Pemantauan perlu menjadi budaya dan satu aktiviti yang dialu-alukan

bukan aktiviti yang ditakuti oleh guru-guru. Segala kelemahan pemantauan yang

diperolehi akan diperbaiki dari semasa ke semasa untuk menghasilkan keputusan yang

relevan dengan kehendak sesebuah sekolah itu. Program pemantauan ini berteraskan

permuafakatan dengan tujuan mendapat pengalaman baru untuk berkongsi kekuatan.

5. . Sistem Cadangan Kualiti

Agensi-agensi kerajaan yang inginkan kejayaan dalam pengurusan kualiti

perlu mewujudkan pelbagai sistem untuk menyokong usaha-usaha kualiti yang

dilaksanakannya. Salah satu sistem sokongan yang dikenal pasti sebagai penting ialah

sistem cadangan kualiti. Sistem ini dikatakan membekalkan banyak input yang

berguna kepada sistem kualiti. Tegasnya sistem cadangan ini adalah mekanisme

terpenting untuk melahirkan idea-idea yang akan meningkatkan keupayaan agensi

dalam meningkatkan tahap perkhidmatannya.

Dalam hal ini Kementerian Pelajaran juga tidak menafikan aspek ini,

Kementerian membuka pintu dan ruang kepada pegawai-pegawainya melalui

Kesatuan-kesatuan guru memberikan cadangan-cadangan yang berkualiti untuk

menambahbaikkan lagi sistem yang wujud di Kementerian khususnya kakitangan di

bawahnya. Segala cadangan ini diteliti di peringkat kementerian dan mana-mana

cadangan yang baik akan dikemukakan pula ke pihak Jabatan Perkhidmatan Awam

untuk disemak. dan diambil tindakan . Begitu juga pihak kementerian sedia menerima

teguran-teguran yang membina sama ada di kalangan institusi, jabatan-jabatan

14
kerajaan dan juga individu-individu. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga banyak

memberikan input-input yang berguna kepada pihak Kementerian untuk dilaksanakan.

Begitu juga dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan juga telah memberikan cadangan

yang amat berfaedah kepada pihak berkenaan. Pihak Kementerian amat peka dengan

semua cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mengambil

tindakan mengikut prosedur yang dibenarkan.

Begitu juga dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sedia menerima cadangan-

cadangan yang membina daripada pihak-pihak lain untuk mrningkatkan lagi

kualitinya . Cadangan-cadangan ini dapat dijadikan sebagai kayu pengukur tentang

keberkesanan dalam sistem yang dilaksanakan di jabatan tersebut. Dalam program

Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan sistem cadangan yang diguna

pakai ialah “ Collaborative, Participative, dan juga Ownership.” Collaborative ialah

permuafakatan semua pihak yang ada kepentingan dengan sekolah , termasuklah

guru-guru, ibu bapa masyarakat setempat agensi kerajaaan dan bukan kerajaan dan

juga badan-badan korporat. Mereka memberikan berbagai-bagai input demi

kepentingan program yang dilaksanakan. Jawatankuasa pemantau sentiasa mengkaji

program ini dari semasa ke semasa untuk melihat peningkatan kualitinya dan sentiasa

membaik pulih mana–mana kelemahannya.

Partisipasive pula menuntut penglibatan yang penuh iltizam daripada guru-

guru dan kakitangan sekolah, tidak mengira sama ada mereka mengajar di kelas

peperiksaan ataupun tidak. Jika hasil sesuatu peperiksaan itu dianggap

menggambarkan longgokan masalah. Segala masalah akan ditanggung bersama.

Oleh itu guru-guru perlu menyumbangkan ideanya untuk meningkatkan lagi program

dan cadangan kualiti ini. Satu lagi aspek cadangan ialah “Ownership” iaitu rasa

kepunyaan bersama. Program yang dicadangkan ini adalah program bersama dan

15
setiap pendidik perlu sedar bahawa ia tanggungjawab semua dan bukan pihak-pihak

tertentu sahaja.

Di sekolah kita lihat banyak cadangan yang dicadangkan oleh guru dan

diambil tindakan sepenuhnya oleh pihak Pengetua . Cadangan-cadangan yang

berkualiti ini akan ditapis oleh satu badan yang terdiri daripada barisan pentadbir yang

terdiri daripada Guru-Guru Penolong Kanan dan juga Guru-Guru Kanan Bidang.

Cadangan kepada guru-guru untuk mengajar subjek-subjek yang disukai pada tahun

seterusnya adalah diberi pilihan. . Guru-guru juga banyak memberikan idea yang

bernas untuk program-program peningkatan akademik, kokurikulum, sahsiah

,keceriaan , dan juga pengurusan pentadbiran. Pengetua memberi ruang dan peluang

kepada guru-guru mencadangkan idea-idea yang bernas untuk dibincangkan selain

daripada cadangan yang sedia ada di kalangan Pengetua dan barisan pentadbir.

Pengetua akan berbincang dengan Guru-guru penolong Kanannya dan Guru-guru

Kanan untuk meletakkan guru-guru mengikut opsyen dan pilihannya. Ini dapat

memberikan kepuasan kepada guru-guru berkenaan. Namun begitu tidak semua

kehendak guru-guru tersebut dapat dipenuhi . Ini disebabkan oleh kekurangan guru,

guru yang dihantar tidak mengikut opsyen, dan juga mengikut keperluan semasa .

Selain daripada itu terdapat cadangan-cadangan lain yang boleh dikemukakan

oleh guru-guru kepada pihak Pengetua, sekadar beberapa cadangan seperti berikut:

1. Cadangan senarai tugas guru

2. Cadangan pemilihan Pengawas-pengawas sekolah

3. Cadangan penggubalan soalan-soalan peperiksaan

4. Cadangan pemilihan waden Asrama

5. Cadangan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

16
6. Cadangan guru-guru untuk dinaikkan pangkat

7. Cadangan guru-guru untuk dicalonkan Guru Cemerlang

8. Cadangan guru-guru untuk diberikan Anugerah

9. Cadangan Program-program Peningkatan Akademik

10. Cadangan motivasi untuk pelajar-pelajar

11. Cadangan motivasi untuk guru-guru

Kesemua cadangan ini akan dinilai sepenuhnya oleh jawatankuasa penilai .

Jawatankuasa penilai akan bermesyuarat membincangkan segala cadangan yang

dikemukakan oleh guru-guru berkenaan. Mana-mana cadangan yang baik dan

praktikal akan dicadangkan kepada Pengetua untuk diterima pakai. Namun begitu

perlu kita sedari, Pengetua mempunyai kuasa mutlak sama ada untuk menerima

cadangan-cadangan itu atau menolaknya. Dalam pada itu pihak Pengetua perlu

berhemah dan berhikmah dalam mengambil sesuatu tindakan atau keputusan agar

tidak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.

Di samping itu Pengetua juga menerima cadangan-cadangan daripada

Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai tulang belakang sekolah mempunyai berbagai-

bagai kepakaran dari segi tenaga, peralatan, kewangan, khidmat nasihat dan

sebagainya. Segala idea yang baik dan amat berfaedah ini akan digunakan serta

dilaksanakan oleh pihak sekolah sepenuhnya. Contohnya mengadakan kelas-kelas

tambahan, kursus, ceramah, seminar dan sebagainya. Badan ini juga boleh

menyumbang dari segi kepakarannya ataupun memberi bantuan dari segi kewangan.

Ini boleh mengurangkan kos yang ditanggung oleh pihak sekolah dan juga melibatkan

ibu bapa turut sama menyumbang ke arah kecemerlangan dan peningkatan kualiti di

sesebuah sekolah itu.

17
Rumusan

Kelima-lima program peningkatan kualiti ini tidak akan berkesan jika pihak

Kementerian, Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah tidak memikirkan

beberapa masalah yang mungkin timbul dan menjadi penghalang terhadap Program

Peningkatan Kualiti dan Budaya Kerja Cemerlang.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya ialah aspek

disiplin. Kecemerlangan sesebuah organisasi , berkait rapat dengan tahap disiplin

warganya. Sesebuah organisasi yang mempunyai warga yang berdisiplin tinggi dapat

memastikan segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan teratur dan tidak

menyalahi peraturan yang ditetapkan. Warga yang berdisiplin akan sentiasa dapat

menjalankan tugasnya dengan cemerlang kerana disiplin merupakan kunci utama ke

arah kecemerlangan dan menjadi asas yang penting dalam usaha mewujudkan

pentadbiran yang beramanah bersih dan cekap. Budaya Kerja Cemerlang yang

bercirikan nilai-nilai murni dan etika moral yang unggul boleh menjadi perisai yang

amat kuat untuk menangkis berlakunya insiden-insiden pelanggaran disiplin di

kalangan warga perkhidmatan pendidikan terutamanya di sekolah.

Aspek kedua pula ialah sifat-sifat negatif yang ada di kalangan warga

pendidikan, seperti sikap malas, kurang bersemangat untuk memajukan diri sendiri,

kurang pegangan agama, bersikap pasif atau menerima apa sahaja arahan daripada

pihak atasan atau ketua tanpa mahu berusaha sendiri Golongan yang seperti ini akan

menjalankan tugas seada-adanya sahaja ertinya hanya bekerja menurut arahan sahaja

tiada daya kreatif dan inisiatif sendiri. Pegawai yang begini perlu diberikan kursus

atau motivasi diri sebanyak mungkin dan memerlukan pengawasan dan didikan

agama secukupnya terutama sekali memahami pengertian halal dan haram dan

18
hubungannya dengan pemberian rezeki yang menjadi sumber kehidupan di sepanjang

perkhidmatan sama ada dengan pihak kerajaan ataupun swasta.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam menghalang

kecemerlangan kerja ialah konsep “Kita Manusia Biasa’ iaitu sebarang kecacatan

(defect) yang berlaku ini kerana kelemahan manusia. Tidak ada seorang pelanggan

pun yang dapat menerima nilai ini kerana mereka mahukan kesempurnaan dan ‘zero

defect’ Apabila seseorang pelanggan membayar untuk sesuatu perkhidmatan, ia

mahukan 100 peratus kualiti bukan 99 peratus atau 90 peratus. Kita sendiri pun

dalam kehidupan harian mahukan yang sempurna terutama apabila melibatkan harta

benda kepunyaan sendiri. Setiap kali kita mengambil gaji tunai dari mesin pengeluar

wang , biasanya kita mengira dua kali agar jumlahnya tidak silap . Analogi mudah ini

sama sahaja apabila dihubungkan dengan harta benda jabatan atau sekolah , kita

prihatin bahawa seolah-olah harta jabatan ataupun sekolah itu seolah-olah harta kita

sendiri.

Kita harus menyedari bahawa sesuatu program itu ada masanya meningkat dan

ada masanya menurun dan secara ‘natural process’ pada kebiasaannya kejayaan –

kejayaaan ini akan diikuti pula oleh kemerosotan. Teori ‘learning curve’yang

dikemukakan oleh Ken Blanchard dalam bukunya ‘Mission Possible’ menyatakan

demikian. Oleh itu kita perlu bersedia . Sebelum kemerosotan berlaku kita perlu

melakukan satu proses ‘renewal’ untuk menjamin kejayaan dapat diteruskan. Tan Sri

Samsuddin Osman, Ketua Setiausaha Negara (2005) mengatakan mutu

perkhidmatan awam di negara ini agak ketinggalan berbanding beberapa negara lain

berikutan sikap dan prestasi kakitangannya yang belum mencapai tahap maksimum.

Ini agak malang kerana sebelum ini mutu perkhidmatan dan prestasi sektor awam di

Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini dan menjadi salah satu faktor utama tarikan

19
pelancong. Oleh itu masalah beban tugas semakin berat tidak dianggap sebagai

masalah tetapi dianggap sebagai satu peluang untuk membuat inovasi. Proses

‘renewal’ dan pemantapan secara berterusan inilah yang akan memberi harapan

kepada peningkatan prestasi pendidikan di negeri Pahang pada tahun-tahun akan

datang. InsyaAllah.

Penutup

Kita perlu menyedari bahawa usaha untuk mewujudkan budaya kerja

cemerlang dalam sesebuah organisasi khususunya di sekolah bukanlah satu usaha

yang mudah dan boleh diperolehi dalam sekelip mata sahaja. Kejayaan yang dicapai

oleh organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul kerana

kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan

adalah satu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan . Sebuah

organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa yang dicapai ketika ini. Yang

Amat Berbahagia Tun Doktor Mahathir pernah menyatakan “...kualiti adalah

keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila

kita mencapai kualiti , ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.” Oleh itu

pihak pengurusan atasan ataupun Pengetua perlu menyedari bahawa kerjasama yang

erat dan komitmen yang sepenuhnya daripada kakitangan bawahannya merupakan

faktor terpenting yang membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi. InsyaAllah.

20
Rujukan

1. Ainon Mohd,(2004) Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja, PTS

Publication and Distributors Sdn Bhd ,K.L

2. Aneka Rencana, Budaya Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam,

Yahoo/Budaya Kerja Cemerlang

3. Berita Lengkap, (2005) Jadikan Kumpulan Kerja Cemerlang sebagai Budaya

Kerja, Yahoo/Budaya Kerja Cemerlang

4. Chek Mat,(1996), Pengurusan berkualiti dalam Perkhidmatan, Utusan

Publications and DistributorsSdn Bhd,K.L

5. Hasidin Zaini, (1998) Kepimpinan Berkualiti, Bestari Koleksi Guru Johor,

Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Kedua

6. Hajah Zainon bte Salleh, (1998), Harapan, Amalan dan Cabaran untuk

Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Dalam Bilik Darjah dan Sekolah,Bestari

Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Kedua.

7. Mahmood Nazar Mohamad dan Sabitha Marican,(1995) Hubungan Manusia

Dalam Organisasi, Utusan Publicationand Distributors Sdn Bhd

8. PKKP,(2002), Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua

9. Pendidikan Negara Abad ke -21,(1996), Pusat Teknologi Pendidikan, Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ,

10. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam-1991-1993 Jilid 1(2000),

International Law Book Services

21
11. Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) (2003), Penerbit

FEMINA .

12. Samsudin bin Osman (2005) Utusan Malaysia 4 DISEMBER , Kenyataan

Samsudin Sekadar Lepas Cakap.

13. Samsudin bin Osman (2004) Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang, 14 OKT

14. Yahya bin Awang,(1997), Kurikulum Pada Pandangan Ahli Psikologi,

BESTARI, Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Pertama.

15. Zahidi Mohd Daud, (2005) , Budaya Kerja Cemerlang

,http/www/geocities/psmintura/artikel/Budaya Kerja Cemerlang,htm.

22
23

You might also like