You are on page 1of 22

1.

0 Pendahuluan

Besarnya peranan pemimpin tidak dapat dinafikan oleh semua

orang yang waras dan rasional pemikirannya. Hal ini adalah berdasarkan fakta ;

kapal akan karam atau hanyut di lautan jika tanpa nakhodanya. Bagi umat Islam

pula, Allah mengutus pemimpin besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penghulu

sekalian umat sebagai penyuluh dari kegelapan dan John Harvey – Jones, bekas

pengerusi ICI mengibaratkan pemimpin seperti konduktor orkestra simfoni, iaitu ;

“Gagalnya peranan konduktor mengawal sekumpulan manusia

orkestra yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut

jenis instrument, maka sudah pasti akan gagal menghasilkan

suatu karya seni yang mampu menghiburkan pelbagai penonton

yang kritis “

Dari perspektif sebuah organisasi pendidikan pula, peri pentingnya peranan

pemimpin dapatlah kita mengambil rumusan yang dibuat oleh Fred M. Hechinger

(dlm. Davis & Thomas 1989: 17 ) untuk dijadikan renungan dan pegangan, iaitu ;

“Bahawa dia tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin

oleh pengetua yang lemah atau sekolah yang lemah dipimpin

oleh pengetua yang baik. Dia telah melihat sekolah yang lemah

bertukar menjadi sekolah yang cemerlang dan malangnya

terdapat juga sekolah yang cemerlang merosot dengan teruknya.

Dalam setiap kes , jatuh bangunnya sesebuah sekolah (organisasi

pendidikan) boleh dikesan melalui keberkesanan kualiti peranan

pemimpinnya atau pun pengurusnya iaitu pengetua.”


Begitulah pentingnya peranan seorang pengetua di sekolah,

kerana beliau merupakan ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang

pemimpin sewajarnyalah beliau mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-

guru melaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela dengan penuh

dedikasi dan memastikan semua guru berdisiplin dalam mematuhi semua

peraturan yang ditetapkan. Keupayaan seperti inilah yang membezakan antara

sekolah yang berjaya dengan yang sebaliknya.

Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah

untuk memastikan “core business “ sekolah iaitu antaranya pelajar belajar dan

guru mengajar dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya.

Pada masa yang sama juga, dengan kekuatan gaya kepimpinannya, pengetua

diharap dapat membangkit dan mengekalkan komitmen guru terhadap

organisasinya, efeksi guru dan kepuasan kerja mereka disekolahnya tanpa

pengabaian kepada keperluan dan kebajikan guru-gurunya.

Pengetua yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber

di bawah kawalannya, bukan sahaja pelajar atau staf pejabat, malah semua

guru-gurunya dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak

berdedikasi kepada berdedikasi. Pendek kata semua nilai-nilai negatif dari segi

tindakan, sikap dan andaian-andaian perangkap minda (mind trap) yang

merupakan penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demi

mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


2.0 MAKNA ISTILAH

2.1 Definisi Pemimpin Sebuah Organisasi Pendidikan

Organisasi pendidikan adalah satu jabatan yang sangat besar yang

boleh terdiri daripada tadika, sekolah, kolej, maktab, politeknik atau pun

universiti. Memandangkan penulis berkhidmat di sekolah menengah, maka

pemimpin di sini adalah merujuk kepada pengetua. Menurut Akta 550 ( Akta

Pendidikan 1996 ) menjelaskan “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam

Perkhidmatan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang

dilantik oleh Lembaga Pengelola sistem sekolah swasta dan bertanggungjawab

untuk mentadbir atau mengurus sistem sekolah.

Berdasarkan akta di atas bolehlah dirumuskan selain mengurus

bangunan fizikal sekolah supaya sentiasa berada di dalam keadaan boleh guna

dan selamat seperti :

I. Bilik Darjah

II. Bilik Komputer

III. Makmal dan Bengkel

IV. Pejabat

V. Padang dan Peralatan Sukan

VI. Perpustakaan dan

VII. Kantin Sekolah ;


pengetua juga merupakan pengurus sumber manusia sebagai modal

insan yang terdiri daripada :

I. Guru – guru Kanan Pentadbiran

II. Guru – guru Kanan Mata Pelajaran

III. Guru – guru Terlatih Akademik

IV. Guru – guru Ganti dan Sambilan

V. Guru – guru Bimbingan dan Kaunseling

VI. Guru – guru Sumber ( Perpustakaan dan Alat Pandang Dengar )

VII. Staf Pentadbiran dan Sokongan Pejabat

VIII. Pembantu Makmal dan Bengkel

IX. Pengawal Keselamatan Sekolah

X. Tukang Kebun dan Pencuci Bangunan serta

XI. Pengusaha Kantin

Kesemua sumber fizikal dan modal insan di atas perlu dirancang, ditadbir dan

diurus dengan sebaiknya dan mesti berada di atas landasan yang betul untuk

memastikan semua hala tuju ( misi dan visi sekolah ) yang ditetapkan oleh

organisasi tercapai dengan jayanya.


2.2 Definisi Berdisiplin dan Berdedikasi

Menurut Kamus Besar Utusan ( 1995 ), berdisiplin bermaksud

berkelakuan baik dan kepatuhan serta taat kepada semua undang-

undang dan peraturan yang ditetapkan. Manakala berdedikasi pula

adalah pengabadian diri, masa dan lain – lain dengan sepenuhnya

kepada sesuatu tujuan tertentu.

Berdasarkan definisi di atas, berdisiplin dan berdedikasi bagi

semua sumber modal insan dalam sesebuah organisasi adalah

ibarat irama dan lagu kerana andai dipisah lagu dan irama ,akan

lemah tiada berjiwa dan hampa. Hal ini demikian kerana pengetua

hanya dapat mencapai matlamat hala tuju ( visi dan misi ) yang

telah ditetapkan oleh organisasi jika semua sumber modal insan di

bawah kawalannya secara serentak menjalankan tugas dengan

penuh berdisiplin dan berperanan dengan penuh berdedikasi. Dari

sini barulah kita dapat lihat seperti :

1. Guru – guru masuk ke kelas bukan hanya tepat pada

waktunya dengan berpakaian kemas seperti yang digariskan

dalam kod etika berpakaian semasa tugas rasmi, malah

mengajar dengan penuh minat dan tanggungjawab untuk

mendidik pelajar dengan jayanya.


2. Tukang kebun pula bukan hanya bekerja mengikut rutin

seperti menyiram pokok sedia ada sehingga pukul 10.00

pagi misalnya, kemudian ke pasar atau ke kedai kopi, malah

mereka akan lakukan kerja di luar rutin seperti menyemai

pokok –pokok untuk membantu menceriakan sekolah

sehingga menjadi sekolah dalam taman. Beliau juga akan

memastikan padang berkeadaan bersih dengan rumput

yang berpotong disekitarnya sehingga sanggup pulang

sehingga lewat petang. Hal ini sudah pasti dapat membantu

guru pendidikan jasmani menjalankan aktiviti luar bilik darjah

dengan jayanya.

Jika diibaratkan sebuah kereta pula enjin mungkin gurunya,

pembantu makmal mungkin tayarnya dan pengawal keselamatan

mungkin air di dalam tangkinya dan guru penolong kanan mungkin

pemandunya. Destinasi yang ditetapkan oleh pemiliknya iaitu

pengetua hanya mampu sampai dengan selamatnya iaitu mungkin

sebuah kejayaan anak didik tanpa ada halangan dan kemalangan

yang menyebabkan insan tersayang menangisi kematian atau

mungkin ibu bapa yang anaknya gagal, sekiranya pemandunya

berdisiplin dan semua komponen berfungsi secara berdedikasi iaitu

tiada yang rosak atau semput dalam perjalanan.


3.0 Cara – cara Pemimpin Sebuah Organisasi Pendidikan Dapat Memainkan

Peranannya Dalam Membentuk Individu Yang Berdisiplin dan Berdedikasi

Dalam Kalangan Ahli Organisasinya .

Menteri Pelajaran Malaysia, dalam perasmian Majlis Minggu Kualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 September 2005 mengutarakan,iaitu :-

“ Cabaran besar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk

melahirkan warga yang berakhlak mulia, patriotik, amanah, jujur, berilmu,

berinovasi, berdaya saing dan terbilang. Pembangunan sukan juga dimulakan

di sekolah untuk melahirkan atlet bertaraf dunia. Sekolah dijadikan multiple

institution. Pelajar bukan sahaja dididik untuk cemerlang dalam akademik , tetapi

juga digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang boleh membentuk

sahsiah mereka agar menjadi insan mulia yang patuh pada undang – undang,

bermoral, dan tidak mudah terpengaruh oleh gejala – gejala tidak sihat seperti

penyalahgunaan dadah.”

Tidak dapat dinafikan juga bahawa pendidikan adalah alat bagi

pembangunan individu dan seterusnya pembangunan masyarakat dan negara.

Matlamat pendidikan negara kita jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Negara iaitu :-
“……memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan; dan ….. bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara “

Oleh itu fungsi sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ialah

bertanggungjawab menjalankan program, aktiviti yang berkaitan dengan

kurikulum dan kokurikulum yang menuju ke arah menghasilkan individu yang

dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan

Negara .

Masyarakat memandang tinggi dan berebut – rebut untuk menghantar

anak – anak mereka ke sekolah yang berjaya. Sekolah yang berjaya

menghasilkan output yang mencapai kecemerlangan akademik dan sukan

dikatakan sekolah yang berkesan dan efektif

Menurut Rutter (1979), keberkesanan sekolah mempunyai pertalian

dengan apa yang berlaku di dalam sekolah itu sendiri iaitu proses pengajaran

dan pembelajaran yang bermutu di dalam bilik darjah. Sweeney (1982)

mengenal pasti 6 ciri kepimpinan Pengetua yang dikatakan efektif iaitu :-


a. Mengutamakan pencapaian

b. Menentukan strategi pengajaran

c. Menyelaras program – program pengajaran

d. Membantu guru – guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

e. Menilai kemajuan pelajar

f. Mengadakan iklim sekolah yang teratur

Jelas dari pendapat di atas bahawa segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran harus berasaskan kepada peningkatan proses pendidikan di bilik

darjah disertai dengan pembangunan dalaman sekolah itu sendiri iaitu apa yang

dikenali sebagai iklim sekolah.

Antara pembangunan dalaman yang dapat mewujudkan iklim sekolah

yang mempengaruhi segala perlakuan dalam menghasilkan produktiviti yang

tinggi dalam mencapai matlamat organisasi akhirnya ialah semua individu yang

mengamalkan sikap berdisiplin dan berdedikasi dalam kalangan ahli

organisasinya. Kualiti disiplin dan semangat dedikasi mereka bukanlah sesuatu

yang statik. Kepimpinan pengetua yang berkualiti sudah pasti mampu untuk

membentuk seluruh individu di dalam organisasinya berkhidmat dengan penuh

berdisiplin dan berdedikasi dalam mencapai matlamat organisasi.


Antara cadangan peranan yang boleh dimainkan oleh pengetua untuk

membentuk ahli organisasinya yang berdisiplin ialah dengan memupuk sikap :-

1. Menghargai Masa

Amalan positif yang perlu diterap kepada semua ahli organisasinya

ialah menepati masa, menyegerakan tugas, mempunyai perancangan

waktu, bijak menguruskan tempoh masa yang diberi, menumpukan

masa pada kerja – kerja yang produktif dan kreatif, menetapkan target

date untuk menyiapkan kerja serta menyelesaikan tugas dalam masa

yang ditetapkan.

Kad perakam waktu pejabat bolehlah digunakan sebagai kawalan

untuk memastikan semua kakitangan sekolah datang mengikut masa

yang ditetapkan dan penyeliaan atau rondaan oleh pengetua atau

dengan bantuan guru – guru penolong kanan bolehlah dilakukan bagi

memastikan guru masuk kelas tepat pada waktu yang ditetapkan

ataupun pengawal sentiasa wujud dan mengawal keselamatan

sekolah pada setiap masa. Time log pula bolehlah digunakan untuk

memastikan tandas dicuci setiap masa dan rumput dipotong mengikut

jadual masa. Penetapan target date di dalam mesyuarat pula dapat

memastikan semua kakitangan seperti guru tahu bila mesti

menghabiskan sukatan mata pelajaran yang diajarnya, kerani

kewangan menyiapkan urusan gaji kakitangan tepat pada masanya

untuk memastikan kebajikan kakitangan tidak terabai dan setiausaha


peperiksaan menyiapkan analisa pencapaian murid tepat masanya

bagi membolehkan perancangan berdasarkan data dibuat untuk

meningkatkan kecemerlangan pencapaian murid kita. Semua yang

berkaitan dengan pengurusan masa di atas adalah amat penting bagi

mewujudkan iklim sekolah yang teratur dalam mencapai semua hala

tuju (visi dan misi sekolah) yang ditetapkan organisasi tercapai

dengan jayanya.

2. Pengaruh Teladan

Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau faedah

yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa

padah yang buruk. Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud :-

“Sebaik – baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang

lain “. Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan

mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjuk –

ajar, akhlak, tutur kata atau tingkahlakunya yang mendatangkan

kebaikan kepada orang lain.

Kerajaan juga menggalakkan semua kakitangannya mengamalkan

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan. Pemimpin yang berbudi mulia

sangat mudah ditaati, dihormati, disegani dan bukan ditakuti. Ketua

yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan

kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi. Sifat merendah diri


memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang

mempunyai sifat ini dihormati pekerja dan lebih mudah mengawal

organisasi. Tertib dan beradab seseorang yang penuh disiplin dalam

hidupnya, tahu berinteraksi sesama manusia , tahu membawa diri

dalam semua situasi dan persekitaran serta tahu peraturan- peraturan

etiket sosiobudaya bangsanya mestilah menjadi amalan pengetua

untuk menjadi teladan untuk dicontohi.

Dengan mengamalkan sikap – sikap yang terpuji barulah pengetua

mampu untuk membentuk kakitangan berdisiplin kerana mereka akan

patuh dan taat pada semua peraturan dan arahan atas dasar

menghormati sikap mulia pemimpin yang wajar diteladani, walaupun

semasa ketiadaannya di sekolah.

3. Perkembangan Staf

Pengetua juga boleh menganjurkan bengkel dengan menjemput

pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dari Bahagian Jemaah

Nazir Sekolah, Pejabat Penasihat Undang – Undang atau Institut

Aminudin Baki untuk menambah pengetahuan mengenai Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam yang ada dan perlu dipatuhi serta

ditaati. Ini banyak membantu semua kakitangan dalam organisasi

beliau bekerja dengan penuh berdisiplin, berbekal ilmu pengetahuan

yang diperolehi melalui bengkel perkembangan staf ini, contohnya


mengenai pengurus pelajar mengikuti aktiviti luar sekolah, pengurusan

buku rekod mengajar, pengurusan kewangan sekolah, pengurusan

sukatan mata pelajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan

organisasi. Tanpa pededahan sebegini pelanggaran disiplin mungkin

akan berlaku atas sebab kejahilan diri dengan tanpa niat di hati, yang

mana kesannya bukan saja merugikan organisasi malah

menyusahkan diri kakitangan sendiri yang boleh membunuh motivasi

diri.

Dalam membentuk ahli organisasi yang berdedikasi, yang menjadi teras

untuk mewujudkan iklim sekolah yang mengamalkan budaya kerja cemerlang,

pengetua hendaklah memastikan kakitangannya mempunyai ilmu, kemahiran

dan sikap merujuk kepada motivasi yang tinggi dalam bidang tugasan yang

diarahkan. Tanpa ilmu dan kemahiran contohnya dalam bidang fizik, agak

mustahil seorang guru itu akan bermotivasi untuk masuk ke kelas dan dapat

mengajar dengan penuh dedikasi, yang akhirnya murid juga yang rugi.

Salah satu tugas pemimpin yang paling penting ialah membuat

keputusan. Namun cara pemimpin membuat keputusan juga banyak

mempegaruhi dan mendorong semangat kerja kakitangannya. Terdapat empat(4)

gaya kepimpinan lazimnya yang boleh digunakan dalam membuat keputusan :-


1. Autokratik -

berdasarkan maklumat yang ada kepadanya seorang, pemimpin

membuat keputusan sendiri tanpa melibatkan mereka yang

dipimpin.

2. Demokratik – autokratik -

pemimpin mencari dan mendapatkan maklumat daripada mereka

yang dipimpin, berdasarkan maklumat itu ia membuat keputusan

sendiri .

3. Konsultatif

Pemimpin meminta pendapat dan pandangan serta idea – idea

daripada mereka yang dipimpin dengan cara berunding secara

seorang demi seorang, lalu dia sendiri membuat keputusan.

4. Keputusan Berkumpulan

Pemimpin berkongsi masalah dengan mereka yang dipimpin di

dalam mesyuarat di mana keputusan dibuat melalui perbincangan

dan kata sepakat.

Setiap gaya di atas mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Namun

keputusan secara perbincangan dan sepakat biasanya lebih disokong dan

diterima ahli organisasi berbanding yang dibuat secara autokratik, tetapi faktor

masa panjang yang diperlukan kerap membatasi. Oleh itu, seseorang pemimpin

mestilah berupaya memilih dengan tepat gaya kepimpinan yang bagaimana yang
paling sesuai digunakan apabila hendak membuat keputusan. Gaya yang dipilih

itu mestilah gaya yang faedahnya paling banyak dan risikonya paling sedikit.

Sikap dedikasi di kalangan ahli organisasi juga akan sentiasa tinggi

sekiranya mereka sama-sama berusaha mencapai satu halatuju yang ditetapkan

oleh organisasi. Ini dapat direalisasikan melalui peranan pengetua dengan

mengambil langkah-langkah berikut:

1. Gubal suatu visi untuk organisasi yang dipimpin

Visi yang digubal itu mestilah disukai oleh orang-orang yang dipimpin. Ia

juga mesti tepat dan jelas dan mudah difahami oleh mereka. Jika mereka

tidak faham apa visi yang ditetapkan, mereka tidak tahu apa yang harus

dilakukan untuk mencapai visi itu. Apabila mereka faham, barulah lahir

semangat dan motivasi untuk mencapai visi tersebut.

2. Gubal strategi bagaimana visi itu hendak dicapai

Beritahu dan terangkan strategi itu kepada semua orang yang dipimpin.

Terangkan jalan-jalan yang memberi arah ke mana hala yang hendak

dituju dan memberi ruang kepada orang-orang yang dipimpin untuk

mentafsirkan sendiri hal-hal terperinci. Dengan cara itu mereka

berpeluang menyumbangkan idea dan fikiran mereka.


3. Jangan berhenti bercakap tentang visi

Tiupkan semangat juang di dalam dada setiap orang yang dipimpin

bahawa pengetua mempunyai visi dan misi yang dikongsi bersama dan yang

hendak dicapai bersama-sama. Cara yang berkesan untuk meniupkan semangat

itu ialah dengan menerangkan visi itu berulang-ulang kali kepada mereka.

4. Pamerkan rasa yakin dan sikap optimis yang tinggi bahawa visi itu

dapat dicapai

Perkara ini sangat penting,oleh sebab apabila muka dan kata-kata

pemimpin memberi gambaran seolah-olah pemimpin tidak yakin seratus

peratus bahawa pemimpin dapat menjadikan visiyang digubal itu satu

kenyataan, orang-orang yang dipimpin tidak akan sanggup bekerja

bermati-matian menyokong usaha pemimpin.

5. Pamerkan rasa yakin pada bakat dan kebolehan mereka yang

dipimpin

Orang yang dipimpin mesti yakin bahawa mereka boleh melaksanakan

strategi ketua mereka. Kalau tidak, mereka tidak akan berusaha

melaksanakan strategi itu. Untuk menanamkan rasa yakin di dalam dada

mereka, pemimpin mesti bercakap kepada mereka dengan menggunakan

kata-kata yang mempamerkan keyakinan kepada mereka.


6. Pupuk keyakinan diri mereka yang dipimpin

Caranya ialah dengan memberi pengiktirafan kepada kejayaan –kejayaan

kecil yang mula-mula dicapai ke arah visi yang digubal. Apabila mereka

awal-awal lagi sudah mula mencapai kejayaan –kejayaan kecil, semangat

mereka untuk bekerja kuat akan terus berkobar-kobar.

7. Raikan semua kejayaan dan pencapaian

Ini dapat dibuat sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi, sama ada

secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Perbuatan meraikan

kejayaan dan pencapaian sangat berguna bagi memperteguhkan lagi

keyakinan diri, azam, tekad dan komitmen mereka yang dipimpin untuk

terus bertungkus-lumus bekerja kuat mencapai visi itu.

8. Jangan cuma bercakap, tunjukkan teladan

Pemimpin adalah teladan. Apabila pemimpin mahu supaya orang-orang

yang dipimpin sanggup berkorban, pemimpinlah yang mesti memulakan

pengorbanan itu.
4.0 Penutup

Akhir-akhir ini, profesion perguruan telah banyak dipersoalkan baik

secara tidak formal di kedai-kedai kopi ataupun secara formal di

forum atau media massa. Persepsi masyarakat terhadap guru kini juga

turut telah berubah. Walaupun pada hakikatnya organisasi pendidikan

tidak pernah sunyi daripada melahirkan insan cemerlang dan terbilang

seperti Nor Amalina dan Nicol David, ini sudah pasti menunjukkan

masih ada ruang penambahbaikan yang perlu kita tangani.

Pemimpin haruslah berupaya memainkan peranannya dalam

membentuk dan menyemai sikap berdisiplin dan berdedikasi kepada

semua sumber modal insan di bawah kepimpinannya untuk

mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap profesion perguruan,

dengan menyelesaikan masalah yang sering diutarakan seperti

peningkatan kadar pelajar buta huruf dan buta Al- Quran serta

kemerosotan tahap disiplin dan moral pelajar .

Pemimpin,dalam konteks ini ialah pengetua adalah penentu kepada

jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Pengetualah juga orang penting

yang menjadikan sekolahnya sebuah sekolah kesayangan

masyarakat. Ini sudah semestinya akan menjadikan semua warga

sekolah mendapat kepuasan kerja yang sejati yang tidak dapat dinilai

dengan wang ringgit serta bakal mendorong mereka untuk bekerja


dengan lebih berdisiplin dan berdedikasi di masa depan, demi

mencapai wawasan pendidikan; sekolah bertaraf dunia yang kita

semua impikan.
Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia (1996 )

2. Tun Dr. Mahathir ( 2004 ), Ceramah bertajuk “Sekolah Bertaraf

Dunia” di SMK Seremban 2, pada 19 Ogos 2004, Seremban

3. Ainon Mohd, Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja, PTS

Publication & Distributors Sdn. Bhd., K.L., 2003

4. Marzita Abu Bakar ( 2002 ), “Pengurusan Strategik di Kalangan

Pengurus – Pengurus Sekolah Agama JAIS” dalam Jurnal

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,Penerbitan IAB, Genting

Highlands : 85 – 97

5. Hj. Zakaria Awang ( 2005 )., “Etika Kerja Guru Cemerlang” dalam

Jurnal Pendidikan., PKPSM : 42 – 54

6. Mohammad Asmadi M.Z., Percetakan Cergas Jaya (M) Sdn. Bhd.,

Pahang., 2003

7. Ainon Mohd, Teori & Teknik Kepimpinan “Panduan Aplikasi di

Tempat Kerja”,PTS Consultants Sdn. Bhd., K.L., 2005

8. “Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Sektor Awam” dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 18 ., K.P.M.,

2005

9. Hj. Zainal Abidin Safarwan, Kamus Besar Utusan Melayu, Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995


10. Tan Sri Ambrin Buang ( 2005 )., “KPM Sentiasa Mengutamakan

Kualiti” dalam Majalah Pendidik Bil 17.: 6 -10

You might also like