P. 1
Ciri-ciri Agama Dan Kepercayaan Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Pada Zaman Tamadun Awal Manusia

Ciri-ciri Agama Dan Kepercayaan Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Pada Zaman Tamadun Awal Manusia

|Views: 5,279|Likes:
Published by Junly Jiang
Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman tamadun awal manusia.
Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman tamadun awal manusia.

More info:

Published by: Junly Jiang on Jun 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/13/2014

pdf

text

original

Soalan: Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman tamadun awal

manusia.

Jawapan cadangan:

Salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun awal ialah kewujudan agama dan kepercayaan. Menurut Nora Fauziah Yaakub dalam buku Pengantar Sosialogi, agama ialah sistem kepercayaan terhadap kuasa mutlak di luar manusia, sistem ritual manusia terhadap kuasa mutlak dan sistem norma yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam lain. Manakala kepercayaan pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang diakui sebagai benar. Masyarakat tamadun awal berpegang kuat kepada agama dan kepercayaan. Mereka mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan seperti kepercayaan politeisme, animisme, konsep ketuhanan pemerintah dan pemujaan dewi ibu. Beberapa agama turut dianuti seperti agama Vedik, Konfucianisme dan Nasrani. Masyarakat Mesopotamia mengamalkan kep ercayaan politeisme, iaitu penyembahan banyak tuhan. Menurut kepercayaan orang Mesopotamia, terdapat beratus-ratus tuhan yang mendiami syurga. Tuhan -tuhan orang Sumeria mewakili unsur-unsur alam seperti langit, bumi dan bintang. Pemujaan unsur-unsur alam dilakukan untuk mengelakkan malapetaka yang dianggap sebagai balasan tuhan -tuhan mereka. Tuhan-tuhan orang Mesopotamia mempunyai status, kedudukan dan kepentingan yang berlainan. Di samping tuhan peringkat kebangsaan, terdapat juga tuhan peringkat bandar, mukim dan kampung. Antara tuhan-tuhan yang terkanal di peringkat bandar ialah tuhan Shara di bandar Umma, Zababa di bandar Kish, Bulan di bandar Sippar dan Matahari di bandar Lagash. Selain itu, terdapat juga kepercayaan anismisme yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Kepercayaan anismisme atau pemujaan unsur alam telah diamalkan sejak zaman Shang di tamadun China. Masyarakat Shang percaya unsur-unsur alam mempengaruhi segala aspek kehidupan manusia di dunia. Maka, mereka menyembah unsur -unsur alam seperti bulan, matahari, bumi, angin, sungai, bukit dan gunung. Mereka juga menyembah arah seperti timur, barat, selatan dan utara. Antara unsur-unsur alam yang disembah termasuklah Tuhan Syurga (Shang Ti) dan Tuhan Bumi (TU). Shang Ti dianggap

dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang bagi pemerintah Shang. Terdapat konsep Tien yang merupakan makhluk unggul atau kuasa tertinggi di alam semesta. Menurut kepercayaan mereka, unsur-unsur alam mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan bencana seperti banjir, kemar au dan wabak penyakit. Oleh itu, pemujaan terhadap unsur-unsur alam tidak dikecualikan untuk mengelakkan malapetaka itu. Di tamadun Mesir pula, masyarakat mengamalkan konsep ketuhanan firaun. Mereka percaya bahawa firaun adalah tuhan atau anak tuhan. Pad a zaman kerajaan lama, terdapat kepercayaan bahawa firaun adalah jelmaan tuhan Horus. Manakala pada zaman pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun dianggap anak tuhan matahari, iaitu Amon Re. Konsep ketuhanan firaun menyebabkan firaun disembah oleh rakyat Mesir Purba. Malah firaun juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dipercayai mempunyai kuasa luar biasa. Rakyat mesti patuh kepada segala arahan firaun yang dianggap sebagai tuhan. Oleh itu, kepercayaan bahawa firaun adalah anak tuhan telah melahirkan kepercayaan yang tersendiri berbanding dengan kepercayaan tamadun tamadun lain. Selain itu, terdapat juga amalan pemujaan dewi ibu dalam masyarakat tamadun awal khususnya dalam kalangan masyarakat tamadun Indus. Kepercayaan ini amat popular di kalangan mas yarakat Indus. Patung-patung Dewi Ibu ditemui di lembah Indus, selatan Baluchistan dan lambah Zhoo. Kepercayaan dewi ibu tersebar meluas di Asia Barat, Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin. Dewi ibu dianggap tenaga kosmik dan sebahagian daripada jiwa kosmik. Kepercayaan ini terdapat di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nisab ibu. Penyembahan dewi ibu meletakkan asas bagi kelahiran penyembahan saktisme. Terdapat juga beberapa agama yang dianuti. Contoh agama yang dianuti dalam tamadun Indus ialah agama Vedik. Pada zaman Vedik, pemujaan unsur unsur alam seperti api, matahari, angin, pokok dan sungai diamalkan. Unsur unsur alam disembah dengan menjalankan upacara pengorbanan dan nyanyian lagu-lagu suci dan mantera. Lagu-lagu ini dikenali sebagai lagu-lagu suci Veda. Terdapat empat koleksi lagu-lagu suci, iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Unsur-unsur alam dilambangkan sebagai dewi -dewi seperti Agni (Dewa Api), Indra (Dewa petir dan kilat), Syurga (Dewa ma tahari) dan Vayu (Dewa angin). Upacara pengorbanan yang dikenali sebagai Yajna dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada anugerah atau pemberian tuhan.

Selain agama Vedik, terdapat juga agama Konfucianisme yang dianuti oleh masyarakat di tamadun China. F ahaman yang tersebar luas di China ialah Konfucianisme yang diasaskan oleh Kung Fu Tze. Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut -pengikutnya dalam kitab klasik berjudul Analekta atau Lu Yu. Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang terbaik. Confucius juga menekankan keperluan untuk memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Umumnya ajaran confucius menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Ajaran confucius turut menjadi falsafah rasmi negara China. Di tamadun Arab, agama Nasrani (kristian) diamalkan. Agama ini dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diutuskan oleh Allah SWT dengan kitab suci Injil. Penganut asal agama Nasrani adalah d ari Bani Israel. Agama Nasrani disebarkan ke Ghassan dan Hirah di utara semenanjung Arab serta Habsyah di selatan semenanjung Arab. Najran merupakan markas penganut agama Nasrani di kawasan barat daya semenanjung Arab. Ajaran asal agama ini telah dipesongkan dengan mengubah isi kandungan kitab Injil. Kesimpulannya, daripada huraian di atas jelaslah bahawa masyarakat tamadun-tamadun awal mempunyai tradisi kepercayaan dan keagamaan yang tersendiri. Tradisi agama ini meninggalkan kesan dalam aspek pemerintah an, seni bina, seni ukir, sistem tulisan dan ekonomi tamadun -tamadun awal. Kepercayaan terhadap pelbagai dewa -dewi, unsur alam, kepercayaan terhadap konsep ketuhanan raja jelas memperlihatkan kemajuan masyarakat dalam bidang agama dan kepercayaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->