P. 1
Menyambut kelahiran bayi

Menyambut kelahiran bayi

4.82

|Views: 11,235|Likes:
Published by Aunty alonso
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap ibu bapa islam yang bakal menyambut orang baru didalam keluarganya.

Some of the basic knowledge of Islam parents that is ready for the arrival of their newborn in their family.
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap ibu bapa islam yang bakal menyambut orang baru didalam keluarganya.

Some of the basic knowledge of Islam parents that is ready for the arrival of their newborn in their family.

More info:

Published by: Aunty alonso on Jun 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/14/2011

pdf

text

original

Nor Surayahani

.::: Menyambut Kelahiran Bayi :::.




Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya
kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan
anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping
isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat
menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan
oleh Islam.

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri
Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak
lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan
anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada
Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping
membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.
#Œ) '$´Κ´¡9# M)±Σ# ∩⊇∪
x´7™ ´! $Β ’û N≡´θ≈ϑ´¡9# $Β´ρ ’û Ú¯‘{# ´θδ´ρ '“ƒ“è9# `ΟŠ3t:# ∩⊇∪

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).

$´ΖŠ¯¹´ρ´ρ ´≈¡Σ}# µƒ‰9≡´θ/ µF=´Ηq …µ•Β& $´Ζδ´ρ ’?ã δ´ρ …µ=≈Áù´ρ ’û Β%æ β& ¯6©#
’< 7ƒ‰9≡´θ9´ρ ´’<) ŽÁϑ9# ∩⊇⊆∪

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak
yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan
supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya
kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah
Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan
Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh
Fatimah r.a.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di
telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan
memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat
dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan
iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan
Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Inna anzal na hufi lailatil qadr,
Qulhuallahu ahad

¯≅% ´θδ ´!# ‰m& ∩⊇∪ ´!# ‰ϑ¯Á9# ∩⊄∪ ¯Ν9 $#ƒ ¯Ν9´ρ ‰9θ`ƒ ∩⊂∪ ¯Ν9´ρ 3ƒ …`&!
#´θ2 ´‰m& ∩⊆∪
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

$‾Ρ) µ≈Ψ9“Ρ& ’û '#‹9 ‘‰)9# ∩⊇∪ $Β´ρ 71´‘Š& $Β '#‹9 ‘‰)9# ∩⊄∪ '#‹9 ‘‰)9# Ž¯{ Β
#9& ¯κ− ∩⊂∪ `Α”∴? π3×‾≈=ϑ9# yρ”9#´ρ $κŽù βŒ*/ Νκ¯5´‘ Β ≅. ÷¯∆& ∩⊆∪ 'Ο≈=™ ´‘δ
Lm ì=ÜΒ f9# ∩∈∪
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia
kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan
berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.


Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis
kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan
ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan
membaca ayat 36, surah Ali-Imran:
`Ο9& y´Ž³Σ 79 8´‘‰¹ ∩⊇∪ $´ΖèÊ´ρ´ρ šΖã 8´‘—ρ ∩⊄∪ “%!# ´Ù)Ρ& 8γß ∩⊂∪
$´Ζèù´‘´ρ 79 8.Œ ∩⊆∪ β*ù ìΒ Ž£`è9# #´Ž£„ ∩∈∪ β) ìΒ Ž£`è9# #Ž£„ ∩∉∪ #Œ*ù
Mîù `=ÁΡ$ù ∩∠∪ ’<)´ρ 7/´‘ =$ù ∩∇∪

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai
Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah
petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu
(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan
berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan.
7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha
(mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon
(Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

$´ϑ=ù $κJèÊ´ρ M9$% >´‘ ’Τ) $κJèÊ´ρ \Ρ& ´!#´ρ `Ο=æ& $ϑ/ MèÊ´ρ ´§Š9´ρ `.%!#
\Ρ{%. ’Τ)´ρ $κJ‹´ϑ™ ´Οƒ¯Β ’Τ)´ρ $δ‹Šã& š/ $γG−ƒ¯‘Œ´ρ ´Β ≈Ü‹±9# ΟŠ_¯9# ∩⊂∉∪
36. maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak
perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki),
- dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu
- dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak
perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya
Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu,
demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang
kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".


Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T.
supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan
terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini
boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak
tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana
hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang
paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya.

Nor Surayahani

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama
yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah
merupakan doa kepada anaknya.Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat
dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka
indahkanlah nama kamu”. (Riwayat Abu Daud)

Membaca doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya: “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang
diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala
usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai
matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya
Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan
kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya
dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di
waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu
sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan
berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada
kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih."

Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya
adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakan kenduri
kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan
seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan
pada hari ketujuh. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan
aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,
diberikan nama dan dicukur rambutnya”. (Riwayat Abu Daud)

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama
anak.
Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu
akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir,
kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah
gangguan dari anak itu”. (Muttafaqun A’laih)

Antara hikmah aqiqah adalah:
~ Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi
yang baru lahir di dunia.
~ Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut
anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan
olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah:

~ Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan
terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan
mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan
pendengaran.

~ Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan
rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin
Malik r.s. ia berkata:
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh
supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin
r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan
rambutnya dengan nilai perak”.(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala
sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini
termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah
s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti
garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja
perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan
sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada
mereka”.

Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya.
Dalam sebuah hadis disebutkan :
Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi
wanita”.(Riwayat Abu Daud)

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan
anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah
menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya
anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis
khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah:
~ Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.
~ Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan
susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak
mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata: “Sihat atau tidak anak itu adalah
bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak
walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak:
~ Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu
kebaikan.
~ Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga
anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti
memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->