You are on page 1of 9

KESELAMATAN BENGKEL

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui
tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal,
pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan
keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah
kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu
kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang
tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat
elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah
diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan
berkeadaan baik.

2.0 TAKRIFAN KESELAMATAN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun terhindar


daipada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada
pengguna bagi menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety and
Health Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawabmenyediakan maklumat,
arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan
kesihatan pekerja.
KESELAMATAN BENGKEL

Keselamatan bengkel boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1) Keselamatan diri sendiri


2) Keselamatan alatan dan bahan
3) Keselamatan tempat kerja

3.0 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

1. Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya ,


maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang
panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam
bengkel.
4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung
tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.
5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat
atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam
seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.
7. Sentiasa patuhi peraturan bengkel.
8. Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam
bengkel.
9. Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
10. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel.
11. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli
kumpulan.
12. Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.
KESELAMATAN BENGKEL

4.0 KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru


sebelum murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum
memulakan sesuatu projek.
4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu
menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.
7. Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.
8. Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.
9. Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang
alat-alat tangan.
10. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan.
11. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada pensyarah
dengan segera.

5.0 KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA

1. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada


dibawah pengawasan pensyarah sepenuhnya.
2. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan
teratur.
3. Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja di
bengkel.
4. Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan lantai.
5. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.
6. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
KESELAMATAN BENGKEL

7. Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain sesuka
hati.
8. Jalankan kerja-kerja khusus seperti mengasah dan menyapu bahan di
tempat yang disediakan.
9. Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.

6.0 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk


memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang sedang
ditanganinya. Oleh kerana ia merupakan benteng terakhir daripada bahaya, maka
adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi
pembuatan dan penggunaan yang berkesan.Peralatan mestilah mencukupi dan
diperiksa secara berkala.

Antara peralatan perlindungan perlindungan diri yang digunakan ialah :


i. Pakaian dan sarung tangan keselamatan
Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabrik
getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum dan fabrik kapas
berkait. Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba
kering dan api. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid, sinar gama,
sinar x serta benda-benda tajam, kasar dan berat.
KESELAMATAN BENGKEL

ii. Penutup telinga keselamatan


Perlindungan telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga
atau lubang telinga tersumbat. Ia bertujuan untuk mencegah hilang
pendengaran. Terdapat dua jenis penyumbat telinga iaitu penyumbat
telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk yang diperbuat
daripada kapas berlilin, buih, kapas dan gentian kaca.

iii. Gogle dan topeng keselamatan


Digunakan khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan
untuk kerja-kerja kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh
pekerja yang memakai kaca mata. Pemilihan jenis KPP ini dibuat
berdasarkan jenis dan darjah hazard yang akan dilaksanakan serta
mengambil kira keselesaan pemakai.
KESELAMATAN BENGKEL

iv. Kasut keselamatan


Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang
diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan
dengan logam. Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard
panas, hazard berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja
daripada tergelincir.

v. Topi Keselamatan
Topi keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripada
hazard seperti hazard hentakan daripada objek yang keras, hazard
penembusan daripada objek tajam, hazard elektrik dan hazard impak
yang kurang kuat. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam operasi
memadam kebakaran.
KESELAMATAN BENGKEL

7.0 ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan alatan yang penting yang perlu ada di
dalam sesebuah bengkel. Tujuannya adalah untuk mencegah kebakaran di
peringkat awal. Ianya dikendalikan secara manual dan setiap pelajar dan
pensyarah harus tahu menggunakannya. Kebakaran mungkin terjadi akibat
beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti :
i. Kelalaian dan kurang pengetahuan tentang bahaya api seperti
penyambungan palam yang banyak pada satu soket dan meletakkan
bahan yang mudah terbakar dekat dengan api.
ii. Cuaca yang terlalu panas.
iii. Kebocoran pendawaian.
iv. Litar pintas.

Terdapat beberapa kelas pemadam api serta penggunaannya :

KELAS API PENERANGAN

Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain


A
dan sebarang bahan mudah bakar.
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish,
B
plastik dan lain-lain.
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas
C acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan
elektrik dan lain-lain.
Memadam kebakaran logam seperti logam potassium,
D
logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan
E
secara komersial.
KESELAMATAN BENGKEL

8.0 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Setiap pelajar dan pensyarah haruslah mengetahu teknik-teknik


pertolongan cemas dengan betul agar sebarang kecederaan yang memerlukan
rawatan segera dapat dilakukan sebelum pelajar yang mengalami keceraan
mendapat yang lanjut daripada hospital. Definisi pertolongan cemas ialah
pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa
atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas adalah :
i. Menyelamatkan nyawa.
ii. Mengurangkan kesakitan.
iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Terdapat beberapa teknik-teknik pertolangan cemas akibat kecederaan berikut :-

1) Luka/Pendarahan

i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga


pendarahan berhenti [darah membeku].
ii. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau
tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka.
iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih
tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
iv. Tenangkan mangsa.
v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
vi.

2) Terkejut

i. Baringkan mangsa.
ii. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga .
iii. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'.
KESELAMATAN BENGKEL

iv. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke


tepi dan kaki ditinggikan .
v. Selimutkan jika suhu badan menurun.
vi. Segera hantar ke hospital

3) Terbakar

i. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk


ii. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.
iii. Baringkan mangsa.
iv. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar.
v. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar.
vi. Hantar segera ke hospital

4) Melecur

i. Sejukkan dengan air sejuk


ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan
pakaian.
iii. Rawat seperti mangsa terbakar

5) Kejutan elektrik

i. Putuskan hubungan elektrik.


ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika
pernafasan mangsa terhenti.
iii. Rawat bagi terbakar jika ada.

You might also like