You are on page 1of 21

Hasil kajian ini adalah atas kerjasama dan bantuan

pelbagai pihak dan orang perseorangan. Saya amat terhutang


budi kepada semua pihak yang telah memberi bantuan sokongan
dan galakkan semasa kajian ini dijalankan.
Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan
Pengetua SMK Raja Ali, Puan Fatimah Binti Abu Bakar yang
telah memeberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada terima
kasih ke pada Guru Geografi saya Puan Tang yang telah
memberi bimbingan, teguran dan tunjuk ajar hingalah saya
siap kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayah saya Unigkutti dan ibu
saya Halimah yang memeberi nasihat, semangat, dorongan dan
sokongan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan
penduduk Pekan batu 5. tidak lupa juga kepada rakan sekelas
saya iaitu, Zulkifli, Hakim, Emir, Shahfiq, Aizat, dan Amirul.
Tak lupa juga sepupu saya Sayyid Syafiq yang telah banyak
membantu saya.
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran geografi,
pelajar tingkatan tiga diwajibkan menjalankan amali lapangan.
Kajian ini adalah berdasarkan tema–tema yang dipelajari . Saya
telah memilih tajuk “ Mengkaji kepentingan jaringan sistem
pengangkutan di Pekan Batu 5 dan perbandingan dengan
Singapura ’’. Saya memilih kawasan ini kerana terletak
berhampiran dengan sekolah saya dan memudahkan saya untuk
menjalankan kajian pada hujung minggu. Selain itu, saya juga
berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan lanjut
tentang kepentingan sistem pengangkutan di kawasan tersebut
terutama sekali kesan terhadap alam sekitar. kajian ini
dijalankan selama 6 minggu dan dihasilkan secara individu.

.
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:

• Memerhati dan mengkaji jenis–jenis sistem pengangkutan di


Pekan Batu 5.

• Mengkaji faktor–faktor yang mempengaruhi jaringan sistem


pengangkutan.

• Menyatakan kepentingan jaringan sistem pengangkutan.

• Menghuraikan kesan–kesan perkembangan jaringan sistem


pengangkutan terhadap alam sekitar.

• Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian.

Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga terhadap sistem


penngangkutannya yang banyak memudahkan pergerakan.
Kawasan kajian saya ialah Pekan Batu 5.Pekan Batu 5 terletak di
kawasan tanah pamah yang beralun di Mukim Batu. Berdasarkan
peta 1 di muka surat sebelah, Pekan Batu 5 terletak di utara
pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran sempadan negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan ini
terletak di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Peta dua menunjukkan peta kawasan iaitu pekan batu 5.

Luas kawasan kajian ini adalah lebih kurang 2 km persegi.


Jaraknya dari pusat Bandar Kuala Lumpur ialah 6 km. Jarak
relatifnya iaitu masa dan kos bergantung kepada keadaan
trafik, laluan yang diambil dan jenis pengangkutan yang
digunakan. Tambang menaiki bas awam dari pekan batu 5 ke
pusat Bandar ialah RM 1.20 melalui Jalan Ipoh dan mengambil
masa setengah jam. Pekan Batu 5 dikelilingi oleh beberapa
kawasan perumahan seperti Taman Wahyu, Taman Mastiara, dan
Taman Bambo.
a)Pemerhatian 
Saya telah membuat pemerhatian terhadap jenis–
jenis sistem pengangkutan di Pekan Batu 5. Hasil
pemerhatian, saya mendapati 2 jenis pengangkutan
yang terdapat di sini iaitu jalan raya dan jalan
keretapi.

b)Soal selidik 
Saya telah mengumpul maklumat tentang jaringan
sistem pengangkutan Pekan Batu 5 melalui edaran
borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30
responden.

c)Tema bual 
Saya telah menemubual 20 orang responden secara
lisan.

d)Rujukan 
Saya telah membuat rujukan daripada buku teks
Geografi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3,guru
Geografi saya Pn. Tang dan buku – buku rujukan
seperti Atlas Eksplorasi Geografi dan lain – lain.
NAMA PELAJAR : MUHD AKMAL AIMAN
TINGKATAN : 3 BESTARI

……………………… ………………………….
T.TANGAN GURU T.TANGAN PELAJAR
Jenis-jenis sistem pengangkutan 

Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan


kajian saya hanyalah sistem pengangkutan darat sahaja.
Terdapat dua jenis sistem pengangkutan darat iaitu.

• Jalan Raya.
Jalan raya merupakan cara pengangkutan utama bagi
penduduk di kawasan ini. Terdapat dua jalan raya utama
yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Kuala
Lumpur iaitu Jalan Ipoh dah jalan Kuching. Sistem jalan
raya di kawasan ini baik kerana jalannya lebar. Terdapat
jalan raya dua hala, jalan sehala, lorong-lorong di kawasan
perumahan.

• Jalan Kereta Api


Terdapat kemudahan laluan kereta api di kawasan ini
yang menghubungkan Kuala Lumpur sehingga Batu Caves.
Stesen komuter sedang dalam pembinaan dan di jangkakan
siap tidak lama lagi.

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan terhadap


30 responden, keputusannya adalah seperti berikut 

Bil. Jenis pengangkutan. Jumlah(orang)


1. Kereta 6
2. Kenderaan awam 17
3. Motosikal 7

JENIS PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK


PEKAN BATU 5

20
Bilangan Orang

15
Kereta
10 Kenderaan awam
Motosikal
5

0
Kereta Kenderaan awam Motosikal
Jenis Pengangkutan

Berdasarkan jadual dan graf diatas, jenis-jenis


pengagnkutan yang digunakan oleh penduduk Pekan Batu
5 ialah kereta, motosikal dan kenderaan awam. Hasil
daripada soal selidik terhadap 30 orang responden,
didapati 6 orang menaiki kereta, 17 orang menaiki
kenderaan awam dan 7 orang menaiki motosikal. Pada
keseluruhannya, penduduk di sini banyak memggunakan
kenderaan awam.

Saya amat berbangga terhadap sistem pengangkutan yang


telah dibina oleh kerajaan di kawasan saya yang banyak
memudahkan pergerakan penduduk di sini.
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan 

a) Bentuk Muka Bumi 


Bentuk muka bumi kawasan kajian adalah terdiri
daripada tanah pamah. Kawasan tanahnya yang datar
memudahkan pembinaan jalan-jalan perhubungan
seperti jalan raya. Kawasan ini mudah di hubungi dan
menjadi tumpuan penduduk. Pengangkutan awam
banyak di sediakan dan ini memudahkan penduduk
menjalankan kegiatan harian serta mudah ke tempat
kerja .

a) Kegiatan Ekonomi 
Kawasan ini mengalami perkembangan ekonomi yang
pesat. Di kawasan ini mempunyai bekas tingglan bijih
timah ini menunjukkan kegiatan ekonomi telah
bermula sejak mula lagi. Kegiatan ekonomi yang
utama di kawasan ini ialah perniagaan terdapat
deretan kedai, pasar , pasar raya, dan juga kilang.
Kewujudan perniagaan tersebut memebantu
pembinaan jalan raya yang baik.

a) Dasar Kerajaan 
Kerajaan telah melaksanakan usaha menaik taraf
jalan raya dan jalan kereta api bertujuan untuk
memudahkan usaha membangunkan ekonomi penduduk
di sini. Sehubungan dengan itu penduduk di sini
menikmati tahap kemajuan yang baik.

a) Kemajuan Teknologi 
Kemajuan teknologi pada masakini telah
membolehkan sistem pengagnkutan jalan raya yang
baik dibina. Contoh laluan jalan raya di atas bulatan
digunakan untuk mengelakkan kesesakan yang teruk
di bulatan jalan.

Saya bersyukur kerana di kawasan saya dan juga negara


Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang dapat
memudahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan dan
seterusnya meningkatkan kemajuan.

Bentuk muka bumi


Faktor-faktor
yang
Dasar mempengarui Kemajuan
kerajaan jaringan teknologi
sistem
pengangkutan

Kegiatan ekonomi
Kepentingan jaringan sistem pengangkutan 

a) Tahap Ketersampaian 
Rangkaiain jalan raya dan landasan kereta api yang
terdapat di Pekan Batu 5 ini telah meningkatkan lagi
tahap ketersampaian penduduk di kawasan ini untuk
bergerak seperti ketempat kerja, pusat badar dan
sebagainya.

b)Perkembangan Ekonomi 
jaringan jalan raya yang baik meningkatkan
perkembangan ekonomi di kawasan kajian. Kaedah
ini boleh merangsangkan pembangunan pelbagai
jenis industri, dagangan dan perniagaan.

c)Keperluan Dan Keselesaan Penduduk 


Wujudnya jaringan jalan raya yang baik dan cekap
di kawasan ini telah dapat memenuhi keperluan
penduduk seperti kemudahan ke tempat kerja dan
sosial dalam keadaan yang selesa.

d)Mobiliti Penduduk 
Mobiliti penduduk menjadi lebih baik.

Saya bersyukur kerana sistem pengakutan di kawasan


saya dapat meningkatkan perkembangan ekonomi yang
banyak memberi faedah kepada penduduknya.Disamping
itu,tahap ketersampaian dan mobiliti penduduk menjadi
lebih baik dan mudah.
Di Singapura,sistem pengakutannya juga
baik.Terdapat kemudahan jalan raya di setiap pelusuk
pulau tersebut antara jenis kenderaan yang terdapat ialah
motorsikal,kereta dan kemudahan awam seperti bas dan
teksi.Disamping itu terdsapat kemudahan MRT(Mass Rapid
Transit System) yang terdiri daripada rangkaian landasan
bawah tanah dan kemudahan airbus. Sistem pengangkutan
di Singapura yang baik telah membantu
memperkembangkan ekonomi negara tersebut contohnya
penduduk menjadi lebih baik. Sistem pengangkutannya
juga memberi keselesaan kepada penduduknya dan
pelancong.

Kesan-Kesan Perkembangan Jaringan Sistem


Pengangkutan Terhadap alam Sekitar

Kesan – Kesan Negatif:-


Pencemaran Udara
Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan
menyebabkan pencemaran udara udu kawasa bandar.
Udara tercemar mengandungi kandungan plumbun,
karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh
menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap
menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh
kesihatan manusia terutamanya mereka yang
menghadapi masalah pernafasan.
Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif
yang disebabkan oleh perkembangan pengangkutan.
Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada
motorsikal, kereta, lori dan sebagainya.

Kesan – Kesan Positif :-


Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasa Pekan Batu 5 ini
terdapat laluan bertingkat atas bulatan jalan raya
dapat mengelakkan kesesakan. Di kawasan ini juga,
komputer masih lagi dalam pembinaan. Apabila siap
keadaan dapat melancarkan perjalanaan dan
mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tahap Ketersampaian
Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat
memudah kan penduduk di kawasan ini untuk
bergeerak contohnya, Jalan Kuching dilebarkan untuk
menampung jumlah jumlah kenderaan yang semakin
banyak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat
memendekaknmasa perjalanan

Walaupun perkembangan sistem pengangkutan di


kawasan ini mendatangka kesan negatif terhadap alam
sekitar namun perkembangannya juga dapat memberi
keselesan kepada penduduk setempat.
Saya amat berbangga dengan sistem pengangkutan di
kawasan saya ini yang semakin canggih dan banyak
memberi keselesaan kepada pengguna.

Di Singapura terdapat sistem pengangkutan bandar


yang cekap. Contohnya terdapat MRT. MRT dapat
mengurangkan kesesalan dan meningkatakan tahap
ketersampaian serta memberikan keadaan yang selesa
kepada penduduk. Namun begitu kesan negatif juga
terdapat seperti pencemaran udara akibat daripada
pembebasan gas dan asap kenderaan serta terdapat juga
kesan pencemaran bunyi.

LANGKAH – LANGKAH PENYELESAIAN

Petrol Tanpa Plumbum


Penggunaa petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan.

NGV (Neutral Gas Vehicle)


Pada masa sekarang, semakin banyak kenderaan yang
menggunakan NGV yang dapat mengurangkan
pembebasan asap.stesen – stesen minyakdi kawasan
bandar juga telah menyediakan kemudahan NGV.
Penhijauan Bandar
Usaha menanam pokok - pokok boleh mengurangkan
pencemaran udara. Pokok- pokok ini bolh di tanam di
sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan
pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan.

Catalytic Conventer
Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta
boleh mengurangkan karbon
monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat
menukar karbon monoksida yang beracun kepada
karbon dioksida.

Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik


Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik
seperti LRT, monorel, dan komuter dapat memelihara
alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah
pencemaran udara dan bunyi.

Kempen
Kempen–kempen terhadap penggunaan petrol tanpa
plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan
kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk
memberi pengetuhuan kepada penduduk.

Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah


berusaha mengambil langkah – langkah untuk mengatasi
dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu
berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan
langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan.
Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum
juga telah lam dijalankan di samping langkah – langkah
yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam pokok
–pokok. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti
MRT yany beroperasi dibawah tanah dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi.
Pengangkutan jalan raya di pekan Batu 5 memainkan
peranan penting kepada penduduk. Faktor-faktor yang
mempengaruhi pengangkutan di kawasan ini adalah bentuk
muka bumi yang bertanah pamah, kegiatan ekonomi yang
pesat, keperluan penduduk dan juga peranan kerajaan.
Sistem jalan raya di kawasan ini menyumbangkan kepada
peningkatan ekonomi dan memberi keselesaan kepada
penduduk.
Walaupun terdapat rangkaian jalan raya di kawasan
ini, tetapi kemudahan pengangkutan ini masih tidak dapat
memenuhi keperluan penduduk. Masih lagi berlaku
kesesakan jalan raya pada waktu tertentu contoh sebelah
pagi dan petang dan berlaku pencemaran udara.
Walaubagaimanapun, pembinaan komuter yang akan siap
tidak lama lagi diharapkan dapat mengatasi masalah ini.
Langkah-langkah seperti menanam pokok-pokok,
penggunaan alat Catalytic Converter, penggunaan petrol
tanpa plumbum dan NGV serta penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik perlu diperluaskan dan dikaji dari
semasa ke semasa untuk megurangkan masalah yang
timbul.
Saya rasa berbangga dengan tahap kemajuan sistem
pengangkutan yang terdapat di pekan Batu 5 dan
bertanggungjawab menjaga kemudahan yang di sediakan.
1. Abd. Rahim Md Nor ,2004. Geografi Tingkatan 3.
Selangor : Cerdik Publications Snd.Bhd.

2. Chong Mui Sen, 2003. Geografi Tingkatan 2. Kuala


Lumpur : Percetakkan SaufiSnd.Bhd.

3. Http://www.Street Directory.com/kl.

4. Tong Siew Kheng, 2006. Ulangkaji Total Geografi


Melalui Peta dan Gambar Rajah. Kuala Lumpur : Sasbadi
Snd.Bhd.

5. Cong Mui Sen, 2005. Ulangkaji Total Geografi. Kuala


Lumpur : Sasbadi Snd.Bhd
Surat pengnalan diri

Soalan

Surat makluman kepada ibu bapa

Borang soal selidik

You might also like