P. 1
29738181 Kerja Kursus Sejarah Perayaan Tahun Baru Cina

29738181 Kerja Kursus Sejarah Perayaan Tahun Baru Cina

|Views: 1,056|Likes:
Published by Syafina Feyna

More info:

Published by: Syafina Feyna on Jun 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/01/2013

pdf

text

original

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN TUGASAN 2

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Perayaan Tahun Baru Cina. Saya, Amirah Najwa binti Kaharudin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Setinggi penghargaan kepada puan Pengetua, Puan asmawati binti Ahmad Ishak dan guru pembimbing saya iaitu Puan Juriah binti Abdullah juga guru-guru Sejarah yang lain kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar saya memperoleh hasil kajian yang cemerlang. Sekalung penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja ini dan sentiasa memberi dorongan serta sumbangan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa dorongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tugasan ini memerlukan motivasi, usaha dan buah fikiran yang tinggi juga modal yang banyak. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya, Ezzah Aliyah binti Aznam dan Nur Aliya Filza binti Mohd Ayub yang sangat setia dengan kerjakerja yang diberikan juga semangat setiakawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan. Kerjasama kalian amat saya hargai. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 2010. Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina. Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai sejarah yang terdapat di dalam Tahun Baru Cina. Sememangnya masyarakat Malaysia kaya dengan sejarahnya tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama, kekeluargaan dan semangat persaudaraan. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di kalangan generasi muda melalui kajian ini. Sekian.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah seperti berikut:-

1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih. 2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya. 3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual seorang wanita bangsa Cina iaitu Chua Loo Yen bagi mendapatkan maklumat berkaitan perayaan Tahun Baru Cina. 4) MAJALAH- Saya telah merujuk beberapa majalah iaitu JURNAL: IMPRESI KEHIDUPAN keluaran 14 Februari 2010 dan MASAKAN CINA edisi 15 Februari 2010.

HASIL KAJIAN

1) PERAYAAN TRADISI Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah, perayaan ini juga disambut oleh penduduk di Vietnam dan Korea. Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah. Setiap rumah dihias dan dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan keamanan, kemakmuran dan keberuntungan. Limau-limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis yang memberi maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim perayaan ini kerana warna keemasannya melambangkan limpahan kekayaan. Demikian juga dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) atau nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan sepanjang tahun'. Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan. Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini sangat unik bentuknya dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalualukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataanperkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru. Dalam perayaan Tahun Baru, 'makan besar' menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang

dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy' (kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan mentah dan beberapa jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang baik.

2) LATAR BELAKANG

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama µNian¶ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian µcheongsam¶ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,

bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari µ Chap Goh Mei µ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran µprosperity¶ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara µshuo sui¶ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain µmah jong¶ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan µKong Hee Fatt Choy¶ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud µ semoga tahun ini akan membawa kebaikan¶.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi µang pow¶ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya

Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan µyee sang¶. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada µTian Gong¶, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.

3) PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN 3.1) Sebelum perayaan Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

3.2) Semasa perayaan Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,

menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Perayaan Tahun Baru Cina, hari ke lapan, di pinggir kota Vancouver,Kanada

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: Cina Ringkas: , k i nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk

,

menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (

chì k u), yang bermaksud bahawa adalah

amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarahmenziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (

, pinyin: rén rì,

Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( ti n g ng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

3.3) Selepas perayaan

Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besarbesaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay". 3.4) Peraturan, Amalan Sampingan, Pantang Larang

3.4.1) Peraturan dan Amalan Sampingan

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional:

, Cina Ringkas: , atau

, pinyin: ,

hóng b o, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao;

bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh

pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian ( , bó j n).

Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Membeli belah di pasar

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

y

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

y

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

y

Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari

pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

y

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

y

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

y

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional:

, Cina Ringkas:

) berlangsung apabila ahli keluarga

berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anakanak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina dengan (d o), atau "terbalik", berbunyi sama

(dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan

kemakmuran.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas:

) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka

timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

3.4.2) Pantang Larang

Tuah baik

y y

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

y

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

y

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

y

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

y

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

y

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

y

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

y

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

y

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

y

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

y

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

y

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

4) Kesan Perayaan

4.1) Kesan Kekeluargaan Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga dengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali berkumpul. Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang akan dibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongan tua.

4.2) Kesan Perpaduan

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di negara ini. Contohnya seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang berbangsa Cina serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.

4.3) Kesan Pengetahuan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar, pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, banyak pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.

Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang ada.

Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.

4.4) Kesan Pelancongan

Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang pada musim perayaan.

RUMUSAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya peroleh dan dapat dijadikan iktibar.

Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekali gus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan, rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di kalangan rakyat.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakanrakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat mengenai perayaan ini.

RUJUKAN

www.google.com http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina www.scribd.com/kerjakursussejarah Masakan Cina. Edisi 15 Februari 2010 Jurnal Impresi Kehidupan. 14 Februari 2010 Chua Loo Yen. 24 Februari 2010 Utusan Malaysia. 15 Februari 2010 Remaja. 15 Januari 2004 http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/ http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190

ELEMEN 1

ELEMEN 2

ELEMEN 3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->