You are on page 1of 15

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru

dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru
Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan

Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan
buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan
tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh


Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya,
awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan
bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang
dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas
bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou
(menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal
tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan
1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan,
China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian
sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada
perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过 年),
yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan
kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang
terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di
China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan
orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada
memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan
lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas:
开 年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa
kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak
berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam
jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺 子, jiǎozi) dijadikan
sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai
Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut
dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu
hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari
Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul
untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di
rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina
di merata dunia selain rantau tersebut.
Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di
Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada
Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina
Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元 宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa
Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤
圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina
yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini
juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团 圆饭 tuányuán fàn)
diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan
di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang
lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼,
pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan
semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年
年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan
"semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan
Bahasa Cina
Nama [*] Huraian
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18
bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut
羅漢齋 (罗
Luohan berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis
汉斋) luóhàn
zhai sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana
zhāi
namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka
biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan
Ikan 魚 (鱼) yú perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘 ;
pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.
魚生 ( 鱼 生) Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung
Yee sang
yúshēng untuk menyambut tuah.[8]
Ladu 餃子 ( 饺 子) Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan
jiaozi jiǎozi tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa
金 橘 jīnjú;
Limau perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat
atau
mandarin Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah
柑 gān
limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan
Kuih 年 糕
Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian
bakul niángāo
tinggi".[2]
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun
Mi
amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula
Gula-gula
Cina berwarna merah atau hitam.
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air,
Tikoy dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini
(putih atau perang).

[*]
: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari
bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红 包, pinyin:
hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,
bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh
pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]
Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai
hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali
panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam
bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing
menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya
tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari
ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan
pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.[13] Ini
dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang
mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang
cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.[15]
Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim
perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari
pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga
Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan
oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand
untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun
Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan
kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa
kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara
kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar
di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守 岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang
telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-
anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan
budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab
yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara
福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan
tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama
dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.[19]

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud


Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


Ikon Makna Ilustrasi
Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang
memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan
Ikan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki
tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年 有餘 (niánnián
yǒuyú).[9]
Yuanbao emas ( 金 元 宝 ; jīn yuánbǎo) melambangkan wang
Jongkong
dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Yuanbao
merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada


tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung
ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-
Tanglung
tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk
Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan
berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster
kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain
Perhiasan
termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan
gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah


dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal
Tarian
yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif
singa
sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan
pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai Shen (Cina Tradisional: 財 神 , Cina Ringkas: 财 神 )


merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
Cai Shen
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam
kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang
laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada
malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春
运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu
menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka
timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini
seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali
sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉 祥话, pinyin:
jíxiáng hùa).
Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐;
pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî
khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara
literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian
utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过 年好) yang dijadikan
ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari
pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin:
gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-
châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat
rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun
baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai
kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan
menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan
kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir
ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di
kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang
berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai
komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap
selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan
Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa
mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap
tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲歲平安, Cina
Ringkas: 岁 岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan
tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai
demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa
mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap
tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama
bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau
dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar
hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan
Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包拿


來, Cina Ringkas: 恭 喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang diterjemah
menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil
kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah
kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya
sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya
dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Kesan perayaan kepada saya dan keluarga.

Setiap kali saya dan keluarga menyambut perayaan ---------------- (namakan), saya mendapati
hubungan keluarga kami akan bertambah erat. Apatah lagi setiap kali perayaan ini, kami
sekeluarga akan menyambut bersama-sama di ________ (di rumah ibubapa/datuk nenek)saya.
Kami sekeluarga malah keluarga bapa dan ibu saudara saya akan berkumpul beramai-ramai di
rumah (saya/datuk saya)dan beraikan hari perayaan ini bersama-sama.
Selain itu, kami juga dapat menikmati pelbagai juadan makanan tradisi seperti (rendang, baulu
dan ketupat -Hari Raya, perayaan lain, namakan) Makanan paling istimewa adalah 'ayam golek'
masakan neneka saya yang dimasak dengan menggunakan tebu dan dibakar dengan arang.
Hidangan lain adalah Nasi Beriani. Kami juga berkongsi memeriahkan perayaan ini dengan
mengenakan baju baru seperti kebaya, baju kurung pesak, baju melayu cekak musang (perayaan
lain, namakan)

Kesan Perayaan kepada masyarakat.


Perayaan ................(namakan) menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai
bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini,
kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman
keluarga, dan sahabat keluarga kami.
Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto
negara yang dilancarkan oelh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu
Malaysia.
Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun
serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara.


Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancung ke Malaysia, menunjukkan antara faktor
kedatangan pelancung luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor
keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Jika diperhatikan
Malaysia mempunyai banyak sekali samputan perayaan yang berkaitan dengan agama serta
bangsa. Pada tahun ini sahaja, bermula dengan Sambutan hari raya Cina, kemudiannya
masyarakat menyambut Tahun Baru Hindu (Thaipisam), Wesak, hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Aidil adha, Krismas dan sebagainya.
Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali
menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan
sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini ..........(namakan)
masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan
daripada pusat membeli belah.
Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum
dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.

karangan

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan
rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa
suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang
diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang
terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian
maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada
keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan.
Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui
perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas
daripada media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini
bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum
lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut
memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran
suku kaum lain.

Rumusan

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan
nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur
sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum yang terdapat di
negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan
perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja
kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang
betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,
memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan
dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian
Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbgai perayaan,
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatka

You might also like