You are on page 1of 3

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia
memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya
rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai
satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam,
keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan
keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana
muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha
yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di
Malaysia?

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat
kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut
Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa
kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada
pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan
hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata
pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar
untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti
gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam
diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,


semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda
program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi.
Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang
hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu
isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri
dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini
khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan
kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk
memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah
wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan
kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita
sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak
boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses
memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam
mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina
dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,
pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin
ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke
majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati
oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi
perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai
aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti
berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa
PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah


negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak
sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak
kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum
merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke
arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai
dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

You might also like