You are on page 1of 2

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni.
Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969
masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan
rusuhan kaum padda ketika itu perlu menjadid iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya
peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malysia
wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting
dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kea rah pembentukan negara
bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah
drastic perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia.

Lungan merdeka 53 tahun yang lalu adalah hasil usaha permuafakatan antara kaum di
Malaysia. Persoalannya, mengapakah phentingnya perpaduan kaum kepada sesebuah negara?
Perpaduan kaum amat penting untuk mewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai.
Ketika negara lain diancam dengan rencaman isu keganasan, Malaysia tetap gah di mata dunia
sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni. Hal ini adalah kerana segenap lapisan
masyarakat hidup bersatu padu dan menjadi perencah kepada kemakmuran Malaysia.
Keakraban dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat majmuk telah melahirkan satu
identiti negara yang dikagumi pada peringkat global. Tuntasnya kita dapat menyimpulkan
bahawa masyarakat yang bersatu padu akan membina satu bangsa yang berdaulat dan maju
serta mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

Dalam mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatu perlu dilakukan
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Pendidikan merupakan satu wadah
pentng untuk merealisasikan hasrat murni ini. Secara analoginya, system pendidikan di Malaysia
telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebuelum merdeka hinggalah kini. Pelaksanaaan
Dasar Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957, Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan
beberapa penyata serta akata-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum
berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu. Pengenalan satu system
pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan antara
kaum. Melalui system pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan
berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses perpaduan kaum.
Kementerian Pelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga
aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan India di satu kawasan yang sama. Interaksi
antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akan memperkasakan hubungan antara kaum. Selain itu,
penggunaan Bahasa Melaayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turut
membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain. Sesungguhnya system
pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untuk mengeratkan hubungan antara kaum di
Malaysia.

Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastic
dan radikal yang sedang melanda seantero pelosok negara, hubungan antara kaum juga perlu
disemarakkan. Amalan kemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu
mengeratkan hubungan antara kaum. Inovasi terhadap budaya tolong menolong yang
melahirkan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong dan Rukun Tetangga
mampu menjana semangat perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. usaha
menyemarakkan aktiviti-aktiviti ini semula adalah dengan menyediakan insentif-insentif tertentu
yang sudah pasti akan menambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa. Cadangan
menjalankan aktiviti gotong royong sebagai satu program nasional atau sekurang-kurangnya
sebagai acara dalam perayaan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan wajar
dipertimbangkan kerana amalan ii dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara ii sejak zaman kemerdekaan jelas
menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budaya sesuatu kaum oleh suatu kaum yang lain
berlakku tanpa paksaan. Misalnya, bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian
tradisional Melayu seperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakin
bertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa mereka berbuat demikian.
Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayu yang menggemari nasi lemak, sambal
belacan dan sebagainya bertambah banyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari
masakan orang Cina seperti nasi goring dan kuetiau goring. Penerapan nilai-nilai budaya
berbilang kaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur mangkin yang efektif


membantu memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak perlu bertoleransi,
bermuafakat dan bekerjasama dalam usaha mencapai aspirasi keharmonian dan pemodenan
negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat dan
menjadi wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat glokal
mahhupun global. Perpaduan kaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin
kemajuan negara menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like