You are on page 1of 2

PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

DALAM KALANGAN REMAJA

Laungan Malaysia Boleh semakin gah menggegarkan pentas sarwajagat. Kejayaan


Malaysia menerokai alam teknologi maklumat memungkinkan ibu pertiwi kita mampu berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan gergasi-gergasi barat. Namun ironisnya, maruah
Malaysia terobek disebabkan gejala rempit, dadah dan pelbagai salah laku remaja yang
merimaskan semua pihak. Sekiranya dibiarkan berlanjutan, fenomena ini akan menjadi barah
masyarakat yang semakin kronik. “kita tidak ingin melihat remaja hari ini tewas dalam arus
pemodenan sehingga sanggup melakukan perkara yang mencalarkan maruah diri sendiri.
Bahkan Perdana Menteri sendiri pernah berkata “saya tidak ingin melihat rakyat Malaysia
mempunyai prasarana kelas pertama, tetapi mentaliti rakyatnya kelas ketiga”. Persoalannya,
adakah pembangunan negara terpaksa mengorbankan akhlak remajanya? Apakah peranan ibu
bapa dalam mengatasi kemelut ini?

Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab unutuk
berkomunikasi dengan anak. Keluarga merupakan nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan
insan yang terdekat dengan anak. Bayangkanlah, apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan
bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan? Kekecewaan
dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret mereka ke
lembah durjana. Rentetan itu, ibu bapa sayugia memperdanakan perkembangan emosi anak-
anak. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, inu bapa perlulah meluangkan
masa untuk berkomuikasi dengan anak. Sebagai pendengar yang setia, mereka perlulah sabar
mendengar masalah dan luahan hati remaja. Dengan ini, pelajar tidak berasa tersisih dan
seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan. Oleh itu, memang tidak boleh disangkal lagi
bahawa komunikasi daninterksi yang sihat antara ibu bapa dengan anak akan membentengi
remaja daripada gejala negatif.

Sekiranya ditinjau dalam skop yang lebih holistik, ibu bapa juga memikul tanggungjawab
dalam memberi didikan agama dan memupuk nilai murni dalam diri remaja. kata pujangga ada
mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
mencorakkannya. Dalam mendepani pengaruh asing yang bermula daripada riak kecilsehingglah
gelombang besar, didikan agama yng kukuh akan menjadi tombak perisai yang ampuh
membentengi remaja daripada sebarang anasir negatif. Didikan agama dan pemupukan nilai
ketimuran haruslah bermula dari peeringkat akar umbi selaras dengan ungkapan melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menyahut seruan Perdana Menteri kita yang
mengilhamkan prinsip Islam Hadari. Dalam prinsip ini, didikan agama diperdanakan untuk
membentuk peribadi mulia anak. Tuntasnya, didikan agama dan nilai-nilai murni wajar
dimulakan di peringkat keluarga agar dapat membimbing remaja yang keliru antara kaca dengan
permata ke arah kebaikan.
Seperkara lagi, ibu bapa pelulah berusaha mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
mencurahkan kasih sayang kepada remaja. majaoriti jenayah juvenil dan gejala negatif berpunca
daripada faktor kepincangan keluarga. Sebagai inisan yang mengharapkan kesejahteran hidup,
kita sememangnya mendahagakan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Apabila berdepan
dengan keluarga yang huru hara, remaja terdorong untuk melepaskan diri daripada tekanan iin
dan mencari jalan penyelesaian yang salah. Mereka lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam
gejala rempit, dadah dan bohsia semata-mata untuk melepaskan diri daripada penjara masalah
kekeluargaan. Justeru, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk mengambil berat akan anak dan
mencurahkan kasih sayang kepadaa meraka. Ibu bapa sayugia berusaha mewujudkan keluarga
sakinah dan harmonis dengan melakukan aktiviti berfaedah dengan anak. Tamsilnya, ibu bapa
boleh berkelah dan melancong bersama-sama seisi keluarga untuk menyimpulkan ikatan kasih
yang erat antara anggota keluarga. Maka jelaslah bahawa hubungan intim antara ibu bapa
dengan remaja merupakan benteng pertahanan utuh terhadap gejala negatif dan salah laku
remaja.

Sementelahan itu, ibu bapa sayugia memantau pergerakan dan pergaulan anak yang
meniti alam remaja. gejala-gejala buruk seperti melepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan
dadah disebabkan oleh pengaruh rakan remaja. remaja yang kurang matang dan tidak
berpendirian teguh akan kecundang semasa meniti alam remaja kerana terpengaruhdengan
ajakan rakan untuk melakukan gejala negatif. Kebejatan moral yang serius ini diburukkan lagi
dengan ibu bapa yang kurang mengambil berat akn gerak geri anak sudah tentu akan menolak
remaja ke lembah durjana. Lantaran itu, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif dengan
mengambil berat akan aktiviti-aktiviti anak dan mengenali rakan karib mereka. Kendatipun
demikian ibu bapa tidak harus keterlaluan sehingga menyebabkan remaja beranggapan bahawa
diri mereka terkongkong sehingga hilang kebebasan. Apabila mendapati bibit kebejatan moral
dalam diri anak yang berpunca daripada pengaruh rakan, ibu bapa perlulah menasihati anak
agar kembali ke pangkal jalan dengan tenang dan sabar, bukannya dengan tengkingan dan api
kemarahan yang mengakibatkan pemberontakan anak. Mesejnya jelas ibu bapa haruslah
mengambil berat akan pergerakan anak agar tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang
bertopengkan manusia.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa sayugia memulakan komunikasi sihat
dengan anak. Selaini itu, didikan agama, kasih syaang dan pemantauan adalah perlu untuk
memastikan remaja terlindung daripada ombak gejala negatif. Sesungghnya, remaja merupakan
pelapis jentera pentadbiran dan aset negara ygn paling brharga. Suatu hari nanti mereka akan
mewarisi tampuk pemerintahan negara. Justeru, kita tidak ingin melihat pemimpin masa depan
inii menjadi golongan yang rendah akhlak. Sekiranya gejala negatif dibiarkan berlanjutan, syaitan
ini akan menjahanamkan keturunan kita buat selama-lamanya. Oleh itu, sebelum bangsa ditelan
kemusnahan, sebelum nasi menjadi bubur, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
meyelamatkan remaja daripada terjatuh ke dalam gaung kegelapan.

You might also like