P. 1
Peluang Kerjaya Dalam Bidang Pertanian

Peluang Kerjaya Dalam Bidang Pertanian

|Views: 3,759|Likes:
Published by zi_lian92

More info:

Published by: zi_lian92 on Jun 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG PERTANIAN

Sekiranya liputan sejarah pertanian negara disingkap, bidang penanaman dan penternakan telah sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu. Malah, semasa pendudukan British di Tanah Melayu, perusahaan getah serta penanaman tembakau dan lada hitam begitu dititikberatkan oleh penjajah sehingga Tanah Melayu muncul sebagai negara pengeksport getah yang gah si seantero dunia. Sejarah tidak akan berbohong kepada kita. Realiti ini jelas mencerminkan bahawa bumi bertuah ini menawarkan seribu satu khazanah alam untuk diterokai, khususnya menerusi bidang pertanian. Seiring dengan peredaran zaman, penciptaan jentera dan kemajuan dalam kaedah pertanian telah membuka dimensi baru dalam sejarah pertanian negara dengan meningkatkan hasil penanaman. Dalam pembentangan kertas kerja Rancangan Malaysia ke-9, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melontarkan idea dan gagasan pemikiran bernas dengan menjadikan kemajuan pertanian dan bioteknologi sebagai agenda pembangunan negara. Pokok persoalannya, apakah peluan kerjaya dalam bidang pertanian sehingga mampu meletakkan Malaysia pada kedudukan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara pengeksport hasil pertanian ulung di dunia? Dalam menghalusi tema yang diutarakan, peluang kerjaya dalam bidang penanaman telah mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan import di samping meluaskan peluang pekerjaan rakyat negara. Dengan kemajuan bidang pertanian bagai belut diketil ekornya, hasil tananman dapat ditingkatkan dengan penggunaan kaedah moden seperti aeroponik, hydroponik dan seumpamanya. Mengambil contoh daripada mangkuk hijau negara, yakni Tanah Tinggi Cameron, yang dikurniai kesuburan tanah dan kehijauan alam, seribu satu variasi sayur-sayuran dan buah-buahan dapat ditanam subur, terutamanya pokok strawberi yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik. Kaedah ini memanfaatkan larutan nutrien untuk tumbesaran pokok dan telah meninggalkan kebergantungan petani terhadap penggunaan tanah sebagai medium tanaman. Maka, keuntungan yang lumayan dapat dikaut, sehingga menarik minat rakyat untuk menceburi bidang pertanian selaras dengan ungkapan ada gula, ada semut. Tuntasnya, peningkatan hasil dalam bidang penanaman berupaya memenuhi keperluan dalam negara di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Seiringan dengan topik yang diketengahkan, kemajuan dalam bidang penternakan juga telah memenuhi keperluan rakyat terhadap daging dan

merangsang perusahaan yang berteraskan penternakan. Contohnya, dengan bertunjangkan kekuatan ilmu muasir yang canggih, kaedah akuakultur di Johor telah menjana hasil yang amat lumayan hanya dengan penternakan ikan sahaja. Malah, petani juga berpeluang meneruskan kegiatan pentenakan tradisional dengan meneroka tanah untuk dijadikan ladang menternak lembu, kambing dan seumpamanya. Kegiatan pertanian ini bukan sahaja berupaya membekalkan daging untuk keperluan dalam negara, malah bidang ini telah merangsang perkembangan perusahaan baha organik untuk tujuan penanaman. Bidang penternakan ikan juga telah memacukan perkembangan industri ikan hiasan yang begitu digemari oleh sesetengah rakyat tempatan. Intihanya, bidang penternakan dapat menjana sumber ekonomi negara sehingga Malaysia setanding kalau tidak lebih tinggi dengagn negra-negara pertanian seperti New Zealand dan Belanda. Sekiranya ditinjau melalui perspektif yang berbeza, bidang kejuruteraan bioteknologi telah meningkatkan produktiviti tanaman di Malaysia. Penguasaan dan domnasi penyelidik tempatan terhadap bioteknologi dan kejuruteraan genetik telah membuka lembaran baru dalam bidang pertanian negara. Kehadiran kecanggihan bioteknologi telah mendatangkan sinar hidup kepada masyarakat yang dilanda sumpah warisan apabila berjaya menghasilkan baka tumbuhan yang sihat sekaligus meningkatkan produktiviti tanaman. Kita sayugia berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh institut penyelidikan MARDI yang berjaya menghasilkan padi, nanas dan pokok kelapa sawit yang lebih berkualiti dan tahan serangan penyakit. Usaha kerjaan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian merupakan langkah yang bernas untuk mewujudkan peluang kerjaya dalam bidang penyelidikan pertanian negara. Maka, jelaslah bahawa ilmu pertanian yang bertunjangkan bioteknologi menghadirkan kemaslahatan kepada rakyat dengan meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa peluang kerjaya dalam bidang pertanian terbuka luas kepada sesiapa yang ingin menceburinya. Kita mahu Malaysia menjadi seunggul negara Australia dan Belanda yang dapat menjamin keampuhan ekonomi hanya melalui bidang pertanian. Kita perlu yakin bahawa negara kita merupakan bumi bertuah yang dapat menjadikan pertanian sebagai medium untuk menjamin keutuhan iktisad negara. Maka, seluruh lapisan rakyat daripada golongan marhain hinggalah yang elit perlu bersama-sama menghayun langkah sederap dengan paluan gendang pembangunan negara untuk menjayakan aspirasi dan visi keramat kerajaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->