P. 1
Langkah Menyemai Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar

Langkah Menyemai Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar

5.0

|Views: 10,763|Likes:
Published by zi_lian92

More info:

Published by: zi_lian92 on Jun 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/30/2014

pdf

text

original

LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

Membaca jambatan ilmu. Demikianlah kata pujangga Melayu yang mencerminkan reality bahawa tabiat membaca mendatangkan seribu satu kemaslahatan terhadap pencapaian tahap intelek dan rohaniah seseorang individu. Amalan membaca disifatkan sebagai makanan jiwa kepada setiap orang yang mengamalkannya. Bahkan cabaran dalam cisi keramat Wawasan 2020, yakni cabaran melahirkan rakyat yang progresif, saintifik dan berilmu pengetahuan dapat dizahirkan dengan melebarkan sayap budaya membaca. Seperti mana yang kita sedia maklum, pelajar merupakan aset negara yang amat bernilai. Pelajar yang berintelek sudah pasti akan menjulang nama Malaysia di pentas sarwajagat. Oleh itu, pelajar hari ini memerlukan anjakan paradigma agar menyuburkan benih membaca dalam sanubari mereka. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar? Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar sayugia mempunyai kesedaran tentang maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengamnil inisiatif untuk memulakan amalan ini bertitik tolak daripada buku-buku teks, surat khabar, majalah pelajar sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor. Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di geraigerai surat khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini pelajar yang celik computer boleh memuat turun artikel-artikel dan cerita daripada jaringan internet. Oleh itu, alas an bahawa sukar mencari bahan bacaan ilmiah yang sesuai tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengamalkan tabiat membaca. Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk tabiat membaca, Seperkara lagi, ibu bapa menggalas tanggungjawab dalam meberi galakan dan dorongan kepada anak agar mengamalkan tabiat murni membaca. Keluarga merupakan nucleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insane terdekat dengan pelajar. Pepatah Melayu ada mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anak dari peringkat akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sayugia mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan menjadi teladan baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka. Mesejnya jelas, ibu bapa bertanggungjawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca

Sekiranya ditinjau melalui skop yang lebih holistik, kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai tonggak negara, dasar, kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sayugia menjurus kepada pemupukan amalan membaca. Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah dijadikan ikutan pelajar Malaysia. Malah, Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan Rensensi BUku yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku. Justeru, jelaslah bahawa kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Sementelahan itu, pihak swasta sayugia menyumbangkan dana untuk menyuburkan benih membaca dalam diri pelajar. Ekspo buku dan pameran buku secara besar-besaran hanya dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti Popular Bookstore. Di peringkat sekolah, syarikatsyarikat swasta perlulah mempunyai inisiatif untuk menaja surat khabar untuk bacaan para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang membeli surat khabar pada harga yang lebih rendah seterusnya amalan membaca dapat dipupuk. Tuntasnya, pihak swasta juga perlu menyumbangkan tenaga untuk menyemai tabiat membaca dalam diri pelajar. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan pelajar, ibu bapa, kerajaan dan pihak swasta merupakan ramuan utama dalam resepi pemupukan tabiat membaca pelajar. Ilmu itu pelita hati. Hanya dengan ilmu yang tinggi barulah pelapis jentera pentadbiran negara akan memacu kecemerlangan. Dalam pemupukan tabiat membaca pelajar, semua pihak perlulah seikat bak sirih dan serumpun bak serai menggalakkan budaya membaca demi masa depan generasi muda.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->