You are on page 1of 3

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA DALAM KALANGAN

MASYARAKAT

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa
dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang
remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti
jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan
kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi
bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan
amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat
seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi
menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari
pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak
fikiran masyarakat.

Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian
kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah
dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat
yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur
individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya,
adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum
seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51
iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan
pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah
ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara
dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara
dengan mudah.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun
merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur
selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar
dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia. Tamadun Mesir Purba,
tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu teknologi masih belum
berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan
masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah
memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam
Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat
rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi
memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan
kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan
mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru,
negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan
penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.

Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan
dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan
imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai
percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-
alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan
Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan
bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun
sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa.
Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti
akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima
kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini
perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan
dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di
negara kita.

Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik
akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada
rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara
kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh
itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat
menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan
yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana
pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan
diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan
mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi
bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.

Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya
mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah
lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan
mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida
akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh
orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan
keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah
digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa
menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.

Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan
semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang
negara kita akkan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi
mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya
yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf
negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain
di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan
mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam
menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran
rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan
bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like