You are on page 1of 2

CARA-CARA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

Sejak lima darsawasa ini, industry pelancongan kini lebih mementingkan destinasi yang
selamat dan mudah untuk dikunjungi pelancong., mempunyai tahap kesihatan yang tinggi,
infrastruktur yang lengkap dan alam sekitar yang bersih. Paling diutamakan ialah kunjungan
mereka dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Semua itu dimiliki oleh Malaysia yang
menjadikan negara ini salah satu pilihan utama pelancong. Namun, sejak kebelakangan ini,
mengikut statistic, jumlah pelancong yang melancong ke Malaysia berkurang daripada enam
puluh lima peratus menurun ke empat puluh lima peratus pada tahun 2007 hingga 2008.
Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa mereka adalah tunggak utama dalam memajukan
sektor pelancongan demi meningkatkan nama Malaysia di pentas sarwajagat. Pokok
persoalannya, apakah usaha-usaha yang sayugia jelmakan untuk memajukan sektor
pelancongan agar Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah setaraf dengan negara-
negara gergasi yang lain?

Jika ditinjau dari perspektif yang lebih holistic, pihak kerajaan atau organisasi swasta
dapat mengaanjurkan kempen-kempen seperti kempen Cuti-Cuti Malaysia, Tahun Melawat
Malaysia, Tahun Melawat Negeri dan Zoom Malaysia secara berterusan dan besar-besaran
dalam usaha untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang menarik di negara
kita. Kelebihan-kelebihan tentang lokasi pelancongan seperti Batu Feringgi, Pulau Redang dan
Pulau Perhentian juga didedahkan kepada rakyat tempatan melalui kempen tersebut. Malahan,
agensi-agensi pelancongan juga dapat mengambil peluang keemasan untuk memperkenalkan
pakej pelancongan yangberpatutan lagi memikat hati. Di samping itu, pihak kerajaan juga dapat
mengadakan pesta kemeriahan di destinasi pelancongan di negara kita yang melibatkan rakyat
tempatan. Rentetan itu, scenario ini dapat mendorong penduduk tempatan agar melancong di
tanah air sendiri dan secara langsung meningkatkan jumlah pelancong di negara kita selain
pelancong asing. Dalam pada itu, pengaliran wang ke luar negara akan berkurangan dan industri
pelancongan negara kita dapat ditingkatkan. Tuntasnya, kempen dan pesta yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan dapat menarik minat rakyat tempatan melancong dalam negara dan
meningkatkan industri pelancongan.

Meninjau dalam skop yang lebih menyeluruh, langkah yang boleh diaplikasikan untuk
meningkatkan industry pelancongan ialah rakyat Malaysia perlu menjaga kebersihan negara
supaya para pelancong dapat bercuti dalam keadaan yang selesa. Apa yang pelancong asing
paling perlukan adalah percutian yang selesa dan selamat. Maka, rakyat tempatan tidak harus
membuang sampah merata-rata tempat yang akan memburukkan pandangan para pelancong.
Sebaliknya, kita sepatutnya memberikan komitmen yang setinggi-tingginya dalam menjaga
kebersihan negara kita. Dengan itu, pelancong asing pun akan berpuas hati dengan melihat
tanah air kita yang bersih. Secara langsung, industri pelancongan juga dapat ditingkatkan
dengan jumlah para pelancong yang banyak. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga boleh
menganjurkan kempen “Negara Bersih, Rakyat Sihat’’ untuk memupuk setiap rakyat supaya
menjaga kebersihan. Pelbagai aktiviti seperti bergotong royong juga boleh diadakan dengan
lebih kerap untuk menjaga kebersihan. Hal ini bukan sahaja boleh menarik perhatian pelancong
asing, malah rakyat Malaysia juga boleh hidup dalam keadaan bersih dan selesa.

Serentak dengan senario yang dibincangkan, tugas untuk melaksana dan menjayakan
konsep mesra pelancong terletak pada bahu rakyat. Setiap orang harus memainkan peranan
masing-masing ketika menerima kedatangan pelancong asing. Contohnya, kakitangan Jabatan
Imigresen dan Kastam yang menjadi orang pertama ditemui pelancong asing ke sini hendaklah
sentiasa memberikan senyuman yang manis dan layanan yang mesra kepada mereka. Gambaran
pertama itu penting sebagai permulaan menyeronokkan mereka di Malaysia. Malah, pemandu
teksi dan pemandu pelancong juga harus turut memainkan peranan mereka dalam
menunjukkan imej baikk negara kepada pelancong asing. Mereka tidak sepatutnya bersikap
kasar atau negatif terhadap pelancong asing seperti mengenakan tambang yang tidak
munasabah atau menipu pelancong ddalam apa-apa bentuk sekalipun. Secara ringkasnya,
kehadiran pelancong asing harus dialu-alukan serta dilayan mesra oleh rakyat tempatan. Perkara
itu juga ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari
China, Wen Jiabao bahawa Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang mesra perniagaan, malah
sentiasa menyambut baik kedatangan pelancong.

Sejajar dengan perkara yang diketengahkan, barangan tempatan yang dijual bukan
sahaja harus menarik perhatian pelancong malah harus dijual dengan harga yang berpatutan
dan berkualiti tinggi. Bukan sahaja itu, barangan tempatan tersebut juga sayugia diselit dengan
budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Dengan menjual
baranagan sebegini, kita dapat membantu pertumbuhan industri pelancongan yang merupakan
salah satu sumber pendapatan negara yang amat penting. Misalnya, dengan menjual kain batik,
kita dapat menonjolkan dan mempamerkan kreativiti masyarakat Malaysia di samping
memniatkan para pelancong mengenali Malaysia secara mendalam yang sememangnya terkenal
dengan budaya masyarakat yang unik dan kreatif. Pendek kata, barangan tempatan yang
berkualiti tinggi dan menarik mampu membuatkan para pelancong minat dan berkeinginana
untuk melawat negara bertuah kita.

Sebagai intiha, dapat disimpulkan bahawa pelbagai usaha sayugia kita laksanakan agar
industri pelancongan negara dapat diselamatkan daripada terus merudum. Selaras dengan
nama Malaysia yang dianggap negara perpaduan, kita perlulah berganding bahu melontar idea
dan gagasan pemikiran yang bernas lagi tuntas bagi meningkatkan industri pelancongan di
Malaysia ke mata dunia. Walaupun negara kita amat kecil di peta dunia, namun kita boleh
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi yang lain. Usaha-usaha
untuk meningkatkan industri pelancongan merupakan kesungguhan yang dijelmakan bagi
menobatkan imej Malaysia di persada dunia agar Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang
memiliki industri pelancongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, bumi bertuah
kita akan melantun ke langit menjadi bintang, campak ke laut menjadi mutiara.

You might also like