You are on page 1of 3

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Sejak lima dasawarsa ini, negara kita dilanda arus modenisasi yang begitu sempurna.
Lantaran itu, hari ini kita boleh mendabik dada dengan pembangunan pesat yang bagai belut
diketil ekor yang telah menempa beberapa kejayaan yang menjadi buah mulut masyarakat
sejagat sehingga maruah dan martabat roh bangsa Malaysia dapat dijulang di arena
antarabangsa. Misalnya, beberapa mercu tanda kejayaan bumi bertuah kita seperti Menara
Kuala Lumpur dan muktakhir kini, Datuk Dr Syeikh Muzafar yang merupakan angkasawan
Malaysia pertama yang brjaya menjejakkan langkah ke stesen angkasawan telah mengharumkan
nama Malaysia dan menobatkan imej kita ke persada dunia. Namun, sayang seribu kali sayang,
di sebalik kejayaan dan kemajuan negara kita, semangat patriotic kian luntur dalam naluri
masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda. Keadaan iin amat membimbangkan
pihak kerajaan dan sesetengah masyarakat. Bagi menanam semangat patriotic dan jati diri yang
utuh dalam kalangan generasi muda, kerajaan telah menyediakan Program Latihan Khidmat
(PLKN) yang mewajibkan penyertaan warga Malaysia yang berumur 18 tahun kea tastidak kira
bangsa dan jantina. Pokok pangkalnya, apakah rasionalnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) menyertai PLKN?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa program ini dapat mengisi masa lapang para
pelajar lepasan SPM yang kebanyakkannya tidak dimanfaatkan secara bijaksana. Remaja pada
zaman modenisasi kini lebih cenderung untuk bekerja selepas peperiksaan umum. Keadaan ini
bertambah buruk apabila remaja terjebak dalam masalah social seperti melepak, lumba haram,
penyalahgunaan dadah dan seks rambang. Secara tidak langsung, masalah tersebut dapat
diminimumkan kadar bilangannya apabila kerajaan menyediakan program yang bermanfaat ini.
Tempoh masa tiga bulan yang diperuntukkan bagi menjayakan program ini sememangnya amat
sesuai bagi pelajar lepasan SPM sementara menunggu keputusan peperiksaan. Dahulu pelbagai
program telah dijalankan namun tidak mencapai objektifnya kerana penyertaannya yang
dilakukan secara sukarela. Misalnya, program Rakan Muda yang dianjurkan pada suatu ketika
dahulu tidak mencapai matlamat kerana tidak mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada
golongan remaja. Pelaksanaan program ini diibaratkan bagai melepaskan batuk di tangga.
Aktiviti ini dijalankan tanpa ada sebarang kesedaran dalam diri tentang matlamat sebenar
menyertai program tersebut.

Sekiranya ditinjau dari perspektif yang lain, PLKN juga dapat membina semangat jati diri
golongan remaja. Seperti yang kita lihat pada hari ini, golongan remaja merupakan golongan
yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan kaddar jenayah dalam negaa kita. Faktor
primer yang menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dalam negra kita. Faktor primer
yang menyumbang kepada masalah ini ialah semangat jati diri yang semakin luntur dalam naluri
remaja. Mereka mudah tenggelam dalam arus globalisasi kini yang sememangnya banyak
memberikan cabaran. Tambahan pula, kini banyak infrastruktur yang lengkap, moden dan
canggih memudahkan golongan iini melakukan aktiviti yang dapat membantutkan
pembangunan negara kita. Keadaan ini bertambah buruk apabila remaja didedahkan dengan
unsur-unsur negatif. Hal ini kerana pemikiran golongan remaja yang masih mentah dan belum
matang sepenuhnya. Melalui PLKN, remaja dapat membentuk jati diri agar menjadi insane yang
lebih produktif. Di samping itu, program PLKN bukan sahaja berkonsepkan ketenteraan malah
komponen-komponen lain turut ditekankan seperti memupuk perpaduan dan kerjasama
berpasukan dalam kalangan remaja. hal ini bertujuan untuk melatih mereka supaya
mementingkan perpaduan kerana perpaduan itulah tunggak kejayaan sesebuah negara. Sejarah
Tanah Melayu membuktikan perpaduan itu sangat penting dan menjadi tulang belakang
pembangunan negara. Hal iini dapat dibuktikan denngan kemerdekaan yang dicapai oleh
Malaysia hari ini adalah hasil daripada semangat perpaduan yang kuat antara semua kaum.

Seiring dengan isu yang dibangkitkan, disiplin diri dapat juga dibentuk melalui program
ini. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti yang berbentuk ketahanan fizikal serta keupayaan
mental peserta. Melalui program ini, peserrta turut dilatih untuk menepati masa dan
menjadikan disiplin sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian erana kerajaan
berhasrat untuk menjana insan yang berdisiplin dan menepati masa bagi merangka
pembangunan negara pada masa akan datang. Berbanding dengan zaman kini, kebanyakan
individu lebih bersifat materialistik dan individualistik. Mereka lebih mementingkan diri sendiri
berbanding dengan orang lain seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Keadaan ini perlu ditangani supaya tidak lahir bakal pemimpin yang bersikap begini dan hanya
akan merosakkan negara. Jika generasi muda tidak dilatih untuk berdisiplin, merka akan terus
mengamalkan sikap negatif dalam kehidupan pada masa akan datang. Fenomena ini menjadikan
mereka insane yang tiddak memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.

Selaras dengan konteks yang diketengahkan, program PLKN dapat menzahirkan


masyarakat yang berkualiti dengan mereallisasikan impian negara seiring dengan inisiaatif
mencapai matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi, politik, social,
kerohanian, psikologi dan budaya. Latihan-latihan yang disediakan dalam program ini seperti
kerja kumpulan dapat menerapkan nilai bekerjasama dan bersatu padu dalam kalangan peserta
dalam menyelesaikan masalah yayng dihadapi. Keadaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama-sama, berintergrasi
pada peringkat wilayah dan antara kaum. Dengan ini, Malaysia akan menjadi sebuah negara
yang bersatu padu dan masyarakat yayng mempuinyai easa keyakinan diri ditunjangi nilai-nilai
moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang demokratis, liberal
lagi berbentuk bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonomunya, progresif dan makmur.

Sementelahan itu, melalui program ini juga semangat patriotism dalam kalangan remaja
lepasan SPM dapat dipupuk. Pelaksanaan program ini amatlah wajar dana tepat pada masanya.
Hal ini kerana sejak kebelakangan ini, semangat patriotic dalam kalangan remaja sering
dipertikaikan oleh segenap laposan masyarakat dari warung-warung kopi hingga ke ambang
parlimen. Rata-rata generasi muda didakwa tidak mempunyai nilai patriotic yang tinggi
berdasarkan tindak-tanduk mereka yang sering menimbulkan kontroversi dan terlibat dalam
kegiatan jenayah dari semasa ke semasa. Oleh itu, program PLKN menjadi wadah yang terbaik
untuk menyuntik semangat cinta akan negara apabila keadaan memerlukan. Melalui program ini
juga, remaja diajar strategi peperangan. Sehubungan dengan itu, mereka sekurang-kurangnya
mempunyai asas untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Semangat
berkorban untuk negara demi tanah air tercinta dituntut seperti kata pepatah biar putih tulang
jangan putih mata.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa penyertaan golongan remaja lepasan SPM dalam
PLKN amatlah wajar. Program ini dapat melatih peserta untuk bersikap lebih berdisiplin serta
memiliki nilai-nilai mahmudah dalam diri. Seperti yang kita sedia maklum, golongan remaja
merupakan cerucuk utama pembangunan negara kita. Oleh itu, mereka sayugia
mempersiagakan diri dalam anjakan paradigm yang merasionalisasikan masyarakat kita ke era
globalisasi agar tidak terus tenggelam dalam arus yang bermula dari riak kecil ke gelombang
besar. Selaras dengan itu, kerajaan telah mengambil langkah yang efektif dan bijak dengan
mewujudkan PLKN ini. Kepekaan kerajaan terhadap masalah generasi muda pada hari ini adlah
penting untuk melancarkan pentadbiran negara. Langkahh awal perlu diambil bagimengelakkan
negara melahirkan individu yang tidak berkarisma dalam memimpin negara. Rentetan daripada
itu, segala kekangan yang timbul haruslah ditangani bagi menjamin kedaulatan negara terus
dipelihara. Kerjasama daripada pelbagai pihak haruslah dijadikan saluran penting dalam
menjadikan Wawasan 2020 yang sering kita uar-uarkan bukan lagi satu imaginasi tetapi satu
reality dan seterusnya menjadikan negara Malaysia melantun ke langit menjadi bintang, jatuh ke
laut menjadi mutiara.

You might also like