You are on page 1of 23

BUKIT CAHAYA SERI ALAM

TUMBUHAN – TUMBUHAN SEMULAJADI & HIDUPAN


LIAR

Juga dikenali sebagai Bukit Cerkah atau Taman Pertanian Bukit


Cahaya Seri Alam ini menjadi lokasi pilihan berdasarkan keunikan
semulajadinya yang tetap terpelihara serta jaraknya…

Oleh MUHAMMAD ALI HASHEMI B. AHMAD NIZAR


13hb Oktober 2009
MUKASURAT |2

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI

TENGKU AMPUAN JEMAAH

SHAH ALAM

SELANGOR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TUMBUH – TUMBUHAN
SEMULAJADI
&
HIDUPAN LIAR
DI BUKIT CAHAYA SERI ALAM

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ALI HASHEMI B. AHMAD NIZAR

TINGKATAN : SATU IKHLAS

NO IC : 960728-14-5121

GURU PENILAI : PUAN NORLIZA BT HUSSEIN

2|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |3

Tajuk laporan saya ini adalah “ tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar” bagi
memenuhi keperluan Kajian Geografi Tempatan buat pelajaran Geografi KBSM.

Bukit Cahaya Seri Alam juga dikenali sebagai Bukit Cerakah atau Taman Pertanian Bukit
Cahaya Seri Alam ini menjadi pilihan saya untuk menyediakan laporan ini. Pemilihan lokasi ini
berdasarkan kedudukanya yang berdekatan dengan kediaman saya. Sebelum ini saya belum pernah
berpeluang untuk kesana biarpun dekat. Keperluan memenuhi projek ini mengizinkan saya
menerokai satu lokasi menarik di Shah Alam dan pastinya saya akan kesana lagi untuk beriadah.
Lokasi yang berdekatan dengan rumah ini membolehkan saya membuat kajian dengan lebih
terperinci dan sempurna, disamping dapat membantu ibu mengurangkan kos pengangkutan serta
menjimatkan masa.

Kawasan kajian ini merupakan taman hutan agro yang pertama seumpanya di dunia.
Keluasannya meliputi 1,258 hektar tetapi kini hanya tinggal 817 hektar dan keindahan semulajadi
tamannya tetap terpelihara walaupun terdapat taman buatan disekitarnya dan berdekatan dengan
pembangunan Bandaraya Shah Alam. Kedudukan geografi Bukit Cahaya Seri Alam ini adalah pada
latitut (3.1026 °) 3° 6' 9" utara equator dan longitut (101.5122 °) 101° 30' 43" timur meridian
berdasarkan pada peta Malaysia. Jaraknya dari Dataran Shah Alam pula adalah sejauh 2.4 kilometer
dan mengambil masa cuma 10 minit untuk tiba kesana.

Tempoh kajian ini adalah selama 4 minggu, bermula dari 11 September 2009 hingga ke 13
Oktober 2009. Kami dikehendaki menyediakan lapuran ini secara induvidu dengan memenuhi
kriteria yang telah diberikan oleh pengajar pelajaran geografi kami iaitu Cikgu Noliza binti Hussien
dan disokong oleh pengetua kami iaitu Puan Asmawati Bt Ahmad Ishak.

3|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |4

2. Berikut adalah senarai kandungan laporan yang telah saya sediakan.

BIL KANDUNGAN MUKASURAT


1 KULIT LUAR 2
3 TAJUK 3
4 INDEX 4
5 PENGHARGAAN 5
6 PENDAHULUAN 6
7 OBJEKTIF KAJIAN 7
8 KAWASAN KAJIAN 7 hingga 13
9 KAEDAH KAJIAN 14
10 DAPATAN KAJIAN 14 & 15
11 RUMUSAN 15 & 16
12 LAMPIRAN 16
13 RUJUKAN 23
14 PENILAIAN UMUM

4|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |5

4. Penghargaan

Saya panjatkan rasa syukur kehadrat ALLAH SUBHAN ALLAH TA’ALA kerana berjaya
menyiapkan lapuran kajian geografi tempatan ini pada jangkawaktu yang diberikan dan amat
berterima kasih pada kesemua pihak yang telah memberi dorongan, tunjuk ajar dan bimbingan
kerana tanpa jasa baik mereka semua belum tentu saya dapat memberikan laporan sebegini.

Pertama sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua kami iaitu Puan
Asmawati Bt Ahmad Ishak kerana memberi keizinan dan peluang untuk saya menjalankan kajian ini
juga buat Guru Geografi saya Puan Cikgu Norliza binti Hussien kerana berusaha memberi tunjuk ajar
secara terperinci mengenai kaedah-kaedah serta panduan bagi menghasilkan lapuran ini dengan
sempurna.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat ibu saya Pn Zalizah Zawawi yang banyak
menghabiskan masanya menemani, membimbing, membantu dan memberi buah fikiran serta tunjuk
ajar, juga buat pihak Perbadanan Pelancongan Negeri Selangor dan pihak Perpustakaan Negeri
Selangor terutamanya buat Puan Noor Akmar Alauddin selaku Penasihat Pembaca Bahagian
Perkhidmatan Maklumat / Penyelidikan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang memberi
maklumat bagi melengkapkan keperluan bagi melengkapkan laporan ini.

Tidak lupa, penghargaan ini juga buat para pekerja di Bukit Cahaya Seri Alam terutama Encik
Che Teck Hock yang amat prihatin, mesra dan sentiasa bekerja sama memberi maklumat jelas serta
respon yang baik sepanjang tempoh saya berada di sana.

Tidak ketinggalan juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan taulan yang membantu
memberi informasi, galakan serta semangat bagi memastikan laporan ini terhasil.

Segala bantuan, bimbingan, pertolongan dan dorongan yang telah diberikan amat besar
ertinya buat diri saya sehingga terhasilnya laporan ini dan amat mengharap agar ianya menepati,
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala
jasa mereka semua.

5|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |6

4. Pendahuluan

Nama saya Muhammad Ali Hashemi bin Ahmad Nizar. Saya menimba ilmu dalam Tingkatan 1
Ikhlas di Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah. Sekolah saya terletak lebih
kurang 9 kilometer daripada kediaman saya.

Saya telah memilih Taman Pertanian Malaysia sebagai kawasan kajian saya kerana taman ini
terletak berhampiran dengan rumah saya. Saya memilih Taman Pertanian Malaysia sebagai tempat
kajian saya ialah kerana lokasinya berdekatan dengan kediaman saya. Selain itu, ia telah menjimatkan
kos perbelanjaan juga masa. Sebelum ini, saya belum pernah menjejak kaki ke taman agro ini biarpun
ianya dekat. Keperluan memenuhi projek ini mengizinkan saya untuk meneroka sesuatu yang baharu
di Shah Alam dan pasti akan ke sana lagi untuk beriadah. Lokasi yang berdekatan dengan rumah saya
ini membolehkan saya mengkaji secara terperinci dan sempurna.

Kawasan taman hutan agro ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Permukaan
buminya berbukit bukau tetapi dengan adanya jalan bertar, ianya memudahkan keluar masuk
kenderaan setempat. Keluasannya meliputi 817 hektar dan keindahan semulajadi tamannya tetap
terpelihara walaupun terdapat taman buatan di sekitarnya dan berdekatan dengan hutan batu yang
membangun dengan begitu pesat di Bandaraya Shah Alam. Kedudukan geografi Bukit Cherakah yang
kini telah ditukar namanya menjadi Bukit Cahaya Seri Alam ini adalah pada latitut (3.1026)3 6’ 9”
Utara Equator dan longtitut (101.5122 )101 30’ 43” timur meridian berdasarkan pada peta
Malaysia. Jaraknya dari Dataran Shah Alam pula adalah sejauh 2.4 kilometer dan mengambil masa
cuma 10 minit untuk sampai ke sana.

Tempoh kajian ini adalah selama 4 minggu, bermula dari 11 September 2009 hingga 11
Oktober 2009. Saya dikehendaki menyediakan laporan ini secara individu dengan memenuhi kriteria
yang telah diberikan oleh pengajar pelajaran geografi iaitu Puan Norliza binti Hussien dan disokong
oleh pengetua sekolah saya iaitu Puan Asmawati binti Ahmad Ishak.

6|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |7

5. Objektif kajian

A. Mengkaji perletakkan kawasan kajian serta faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai


tumbuh-tumbuhan semulajadi di hutan ini dan hubungkaitnya dengan bentuk muka bumi,
iklim, tanah serta perlunya tadahan hujan
B. Membezakan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
C. Mengkaji hidupan fauna yang mendiami hutan ini
D. Mengetahui spesis tumbuh-tumbuhan yang hidup meliputi kawasan hutan hujan khatulistiwa
E. Mengkaji bancian orang yang datang ke Taman Pertanian Malaysia
F. Membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan orang luar
G. Mengetahui tarikan pelancongan serta kemudahan yang terdapat disani

6. Kawasan kajian

Taman Pertanian Malaysia atau Bukit Cahaya Seri Alam ialah merupakan hutan dara yang
telah dicemari tetapi telah berjaya dikekalkan apabila kawasan ini diwartakan sebagai kawasan hutan
simpanan kekal dan kemudiannya di jadikan taman agro yang dibangunkan oleh Menteri Pertanian
Malaysia iaitu Datuk Seri Sanusi Janid pada tahun 1986. Taman agro ini terletak berdekatan
bandaraya Shah Alam.

Shah Alam pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah ladang sawit yang dikenali sebagai
Sungai Renggam. Shah Alam mula dibangunkan pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran
Selangor apabila Kuala Lumpur dirancang unyuk dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari
1974.

7|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |8

Pada 7 Disember 1978, atas perkenaan DYMM Sultan Selangor Ke-8 Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Al-Haj, Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baru. Nama Shah Alam
sendiri adalah pilihan dan perkenan baginda.

Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69km persegi. Pada1 Januari 1997, Shah Alam
diperluaskan kepada 290.3km persegi (Pelan Warta 197). Ibu negeri Selangor, negeri termaju di
Malaysia ini dinaikkan taraf menjadi Bandaraya pada 10 Oktober 2000. Shah Alam terletak 25
kilometer dari Kuala Lumpur, ibu negera Malaysia dan 15 kilometer dari Pelabuhan Kelang. Ia
dikelilingi oleh bandar-bandar seperti Subang Jaya (Bandar Satelit), Klang (Bandar DiRaja) dan
berhampiran dengan Putrajaya (Pusat Pentadbiran Negara) dan Cyberjaya (Pusat Multimedia Negara).

Peta menunjukkan pembahagian daerah yang tertakluk di dalam Negeri Selangor

8|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


MUKASURAT |9

Peta Shah Alam, Selangor

9|TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


M U K A S U R A T | 10

Iklim Khatulistiwa di Malaysia, khususnya Shah Alam memberikan suhu di antara 24°C-33 °C.
Bandar raya ini mengalami musim panas tropika dan hujan sepanjang tahun. Shah Alam terletak di
daerah Petaling dan sebahagian daerah Klang. Penduduknya mempunyai seramai 584,340 orang dan
memiliki 56 Seksyen serta mempunyai 123,885 unit. Bunga rasmi Bandaraya Shah Alam ialah bunga
Anggerik Renantanda dan maskotnya pula adalah Burung Undan.

Dengan keluasan 817 hektar, taman ini dipenuhi dengan pelbagai spesis flora dan fauna
termasuk bermacam-macam jenis herba yang unik. Ia memberi nafas baharu kepada pencapaian
negara dalam pembangunan agrotek dan menjadi salah satu daripada tempat penyelidikan, pertanian,
perikanan, pelancongan dan penternakan haiwan yang terkenal di Malaysia. Keindahan dan
keunikannya telah menggesa pihak Kementerian untuk membuka serta mempromosikan kepada
khayalak ramai supaya mereka boleh melihat keindahan alam semulajadi dan kekayaan warisan
pertanian negara.

Keadaan muka bumi Taman Pertanian Malaysia adalah berbukit-bukau, beralun dan cerun-
cerun bukit yang kurang daripada 1000m. Iklim taman ini adalah khatulistiwa yang panas dan
lembap sepanjang tahun dengan min suhu 27°C dan hujan tahunan sekitar 2600 mm dan
menggunakan tanih aluvium dan tanih laterit. Sungai dalam taman ini bersaliran dengan baik juga
ditambah pula dengan adanya 2 empangan.

Tumbuh-tumbuhan khatulistiwa meliputi seluruh hutan di Malaysia, begitu juga di Bukit


Cahaya Seri Alam. Antaranya ialah pokok Cengal, Meranti, Kapur, Nyatuh, Kelapa, dan Tualang.
Pokok-pokok ini menggunakan akar banir untuk menyokong batang tinggi. Selain itu dengan adanya
tumbuhan renek dan paku-pakis yang menutup bumi dan dapat menghalang hakisan membolehkan
pokok-pokok ini bertahan lama sehingga lebih 100 tahun.

Kebanyakan pokok epifit atau tumpangan seperti pokok pontianak, periuk kera paku tanduk
rusa, duit-duit adalah salah satu daripada spesis epifit. Tumbuhan-tumbuhan sebergini berpaut pada
bahagian pokok yang tinggi. Dengan ini, wujudlah persaingan antara pokok yang tinggi dan
tumpangan untuk mendapatkan sumber matahari. Didalam kawasan tadahan hujan pula terdapat
pokok teratai, kiambang dan keladi.

10 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 11

Terdapat banyak kehidupan liar yang terdiri daripada pelbagai spesis yang berlainan seperti
babi hutan, ayam hutan, biawak adalah antara haiwan yang mendiami lantai hutan disini. Orang
Utan, ular dan mentadak adalah diantara haiwan yang menduduki lapisan tengah dan haiwan yang
menduduki di kawasan kanopi ialah burung hantu, kera dan tupai. Akhir sekali, haiwan seperti
burung merbuk, burung tukang, burung murai dan burung tempua adalah haiwan yang menduduki
di bahagian emergen.

Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuh Raya Persekutuan atau NKVE dan
susur keluar ke Shah Alam. Taman Pertanian ini terletak di Seksyen 8 selepas Hotel Concorde dan
Bangunan SUK. Anda boleh juga mengambil perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Shah Alam
tetapi pastikan bas berkenaan menuju ke Seksyen 8.

Semasa saya membuat bancian, seorang pegawai di situ yang bernama Encik Azhar bin
Hasanudin turut memberikan maklumat mengenai informasi tentang bancian pengunjung yang
berkunjung di sini dari tahun 1985-2007 dan dari Januari hingga Mei 2008. Beliau juga telah
memberikan cenderahati berupa sebuah buku yang bertajuk Tetamu Kenamaan Taman Pertanian
Malaysia yang menceritakan kedatangan tetamu kenamaan yang diundang untuk melawati taman ini
dicetak pada tahun 1993. Berikut adalah bancian-bancian pengunjung yang datang ke Taman
Pertanian Malaysia menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak jabatan pertanian sejak 1989 –
2007. Lampiran ini telah dicetak oleh pegawainya, Encik Azhar bin Hasanudin

Sesudah itu, saya melawati Empangan Air Besar. Ia merupakan kawasan empangan air.
Dahulunya ia merupakan sumber bekalan air yang menampung penduduk Klang Utara pada tahun
1930-1960. Tetapi sekarang empangan ini digunakan untuk penempatan ikan air tawar yang
diternak di dalam sangkar. Di sini ada perkhidmatan lesen memancing.

Menara Sapu Tangan adalah tempat tumpuan dan merupakan menara yang tertinggi yang
terdapat di taman ini membolehkan kita menghayati pemandangan alam yang menakjubkan
termasuk aktiviti-aktiviti yang terdapat di taman ini. Di samping itu ketika berada di puncak menara
ini, saya menikmati panorama seluruh Bandaraya Shah Alam dari jauh.

Sepanjang pemerhatian saya, saya telah melawati Taman Haiwan. Di situ, terdapat banyak
spesis haiwan. Antaranya ialah ayam hutan, monyet, merpati, kakak tua putih, arnab, rusa, merak,

11 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 12

merbok dan sebagainya. Manakala, hidupan di dalam air seperti Ikan Sepilai, Ikan Seluang Janggut,
Ikan Temperas, Ikan Biji Durian, Ikan Putih, Ikan Sepat Ronggeng, Ikan Sebarau dan lain-lain spesis di
dalam air.

Kemudian, saya pergi ke Taman Buah-Buahan. Terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan


seperti manggis, ciku, pokok kelapa, rambutan, ceri, dokong, naga, durian, belimbing, manggis. Saya
menikmati buah-buahan sehingga menjilat jari. Selang beberapa minit kemudian, kami menjejak kaki
di Taman Kaktus. Taman ini menyerupai padang pasir. Ia juga memiliki lebih 3000 tumbuh-
tumbuhan dari 145 variasi, 15 sebahagiannya berasal dari Malaysia. Yang paling dikenali dan
dikenali ramai dan diminati ramai ialah kaktus Saguaro gergasi dan biasanya terdapat di Mexico dan
di Amerika Syarikat.

Sekian lama masa berlalu, saya terus melawat ke Taman Rempah Ratus dan Pelbagai Minuman.
Saya mendapati banyak jenis rempah ratus yang ditanam seperti limau kasturi, kayu manis, bendi, cili
api, lada hitam lain-lain yang digunakan sebagai makanan harian juga untuk mengekstrak dan
mengawetkan makanan. Buah-buahan seperti teh, kopi, mangga yang boleh dijadikan minuman segar
menghilangkan dahaga.

Memancing, mendaki, berkhemah, bermain kasut roda, berkayak, bersampan, dan merentas
hutan adalah beberapa kegiatan sukan yang diadakan sertai di taman ini. Tarikan terbaru Taman
Pertanian Malaysia ini adalah “Paintball” dan “Skytrex Adventure” yang diadakan khas untuk sesiapa
yang sukakan cabaran.

Yang terahir sekali, saya menziarahi Taman Iklim Sederhana Empat Musim. Di sini, saya lihat
seperti ada kelainan jikalau dibandingkan dengan tempat pelancongan yang lain. Ia mempunyai
musim-musim yang tertentu seperti musim bunga bermula dari bulan Mac hingga Mei, musim panas
bermula dari bulan Jun hingga Ogos, musim luruh dari bulan September hingga November dan
musim salji dari bulan November hingga Februari. Tempat ini diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat
Datuk Dr Mahathir Mohammad dan diberikan kepada pihak MARDI untuk mengambil alih
pembinaan itu. Taman iklim ini disiapkan pada awal tahun 1990. Ketika saya pergi di situ, taman
mengalami musim luruh. Apabila saya memasuki di dalamnya, sejuk suhunya pada 15°C dengan
pemandangan yang sungguh cantik. Saya rasa amat berpuas hati melawat di situ.

12 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 13

Setelah saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian, saya dapati bahawa taburan
pengunjung taman tidak sekata. Kebanyakan pengunjung tertumpu di kawasan Taman Iklim
Sederhana 4 Musim, Paintball Valley dan Skytrex Adventure. Terdapat gerai- gerai makanan dan
minuman berhampiran di situ.

Selain membawa pulang pengalaman dan pengetahuan yang menarik, kedai cenderamata
yang terdapat di sini dan mempromosikan pelbagai cenderahati untuk dijadikan kenangan sepanjang
anda berada di Taman Pertanian Malaysia. Waktu pengunjungan ialah pada pukul 8:30 pagi hingga
5:00 petang dan dibuka pada hari selasa hingga hari ahad.

PELAN KE LOKASI

13 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 14

7. Kaedah kajian

7.1 Merujuk bantuan dari Pihak Pelancongan Negeri Selangor tetapi malangnya tidak mendapat apa-
apa maklumat berkenaan Taman Pertanian Malaysia
7.2 Membuat rujukan mencari bahan mengenai Bukit Cahaya dan Shah Alam ini di Perpustakaan
Negeri Selangor.
7.3 Temubual dan soal selidik dengan Pegawai Pertanian iaitu Che Teck Hock, dia membicarakan
tentang keistimewaan taman ini. Justeru, dia menyatakan tentang bilangan spesis haiwan dan
menerangkan mengenai pokok-pokok yang berada di sini. Dia juga menasihati saya agar menjaga
khazanah alam yang Tuhan ciptakan agar tumbuhan dan kehidupan liar di sini terus menjalankan
kehidupan tanpa dicemari dengan kerakusan manusia.
7.4 Pemerhatian mengenai struktur tanah, tumbuhan, infrastuktur serta tarikan pelancungan yang
terdapat di sana.

8. Dapatan kajian hasil dari kajian laporan yang disediakan ini adalah seperti berikut ;

a. Mengkaji perletakan kawasan kajian dengan lebih tepat dan jelas


b. Mengetahui dengan lebih mendalam jenis tumbuhan yang melitupi dan yang mempengaruhi
struktur tanah dikawasan tersebut
c. Melihat dengan lebih dekat lagi tumbuhan-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di alam
mereka yang sebenar
d. Merungkai habitat flora dan fauna yang melengkapi kawasan tersebut

14 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 15

e. Pentingnya mengetahui keperluan memelihara tumbuhan semulajadi yang secara tidak


langsung dapat memelihara alam sekitar dan lapisan ozon.
f. Mampu berkomunikasi dan menemubual pelbagai golongan tanpa sebarang perasaan malu
atau rendah diri.
g. Meningkatkan kesedaran akan pentingnya mengekalkan keaslian dan kesucian hutan untuk
faedah kita manusia serta buat generasi pewaris akan datang.
h. Mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan kehadiran mereka menemani saya ke tempat kajian,
serta menghargai dorongan dan bantuan yang mereka berikan.

9.0 Rumusan atas percapaian yang telah saya dapati sepanjang menyediakan lapuran, pencapaian
objektif serta penerapan nilai yang berunsurkan patriotism dari sudut geografi, sudut Ilmiah dan
dari sudut tarikan dan pelancongan

Taman Pertanian Malaysia merupakan taman agrotek bertaraf hutan hujan tropika yang dan
penting di dalam mengekalkan ekologi di Shah Alam khususnya di Shah Alam. Terdapat pelbagai
spesis flora dan fauna yang menghuninya dan kecantikan semulajadinya tetap terpelihara dan
lengkap dengan kemudahan asas serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Perlaksanaan tentang perlunya mengekalkan hutan hujan bagi menyelamatkan lapisan ozon
seterusnya untuk dihargai generasi akan datang perlulah digiatkan untuk mengelakkan
kepupusannya akibat dari kerakusan manusia. Pihak sekolah harus menanamkan sikap bertanggung
jawab terhadap alam sekitar seawal peringkat rendah bagi memastikan tumbuh-tumbuhan ini tetap
terpelihara. Saya amat berharap agar pihak terbabit boleh membantu menandakan tag pada pokok
pilihan seperti poko jati, cengal, resak, nyatoh dan lain-lain bagi memudahkan pengunjung mengenali

15 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 16

dengan mudah. Kualiti kebersihan perlu dikekalkan dan perlunya pembaik pulih pada taman – taman
yang terabai seperti taman orkid dan taman cendawan agar keindahan taman ini tidak terjejas.

Pihak Pelancungan negeri Selangor perlu lebih aktif mempromosikan tempat tersebut untuk
meningkatkan kadar pelancung dari dalam dan luar negeri. Saya juga berharap agar ramai orang
datang ke tempat ini untuk menyemarakkan lagi taman ini dan seterusnya berkembang pesat di
persada negara. Harapan saya agar pihak pelancungan memberikan ruang didalam peta pelancongan
Malaysia biarpun ianya kecil tapi terdapat pelbagai prasarana telah disediakan di taman ini.

10. Lampiran yang diperolehi sepanjang tempoh lapuran ini dibuat.

1. Surat pengenalan murid.


2. Surat kebenaran membuat kajian.
3. Borang soal selidik.
4. Contoh surat penghargaan yang diberikan kepada mereka atas jasa mereka.
5. Pamplet mengenai Bukit Cahaya Seri Alam.
6. Tiket masuk ke Taman Pertanian dan Rumah 4 musim.
7. Nama orang ditemubual dan jawatannya serta gambar kenangan dengan mereka.
8. Sumber maklumat yang diperolehi dari laman sesawang.
9. Buku cenderahati Taman Pertanian Malaysia yang dihadiahkan oleh Encik Azhar bin Hasanudin.
10. Salinan foto dalam bentuk cakera padat, gambar-gambar yang telah dirakam di Taman Pertanian
Malaysia sebagai Kenangan.

16 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 17

Antara gambar-gambar menarik yang diabadikan semasa kami berada di kawasan kajian

Menemubual Cik Norazizah bt Yazid, Pegawai Pemberi Maklumat, Tourism Selangor Sdn Berhad

Menemubual Pn Nor Akmar Alauddin, Penasihat Pembaca, Bahagian Perkhidmatan Pembaca,


Bahagian Perkhidmatan Maklumat / Penyelidikan

17 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 18

Menemubual Encik Che Teck Hock, Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

Menemubual Pegawai bertugas, Cik Siti Hasham Md Yusuff dan Cik Rosmiati Mappire di kaunter
penerangan, Jabatan Pertanian

18 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 19

Tumbuhan Hutan Hujan yang terdiri dari pokok-pokok, tumbuhan renek yang turut berinteraksi
bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Juga terdapat tumbuhan air seperti
teratai, kiambang, dan keladi

19 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 20

Antara Hidupan Liar yang mendiami Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam.

Ungka sedang berihat dihabitatnya

Semut besar, antara hidupan dilantai di Bukit Cahaya Seri Alam

Kijang yang dipelihara didalam sangkar untuk tatapan pelancung

20 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 21

Tarikan pelancong yang menjadi tarikan Taman Pertanian ini

Rumah Iklim Sederhana 4 musim

“Skytrex Adventure” yang diadakan khas untuk sesiapa yang sukakan cabaran.

Rumah Minangkabau, antara replika rumah tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia

21 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 22

Tiket masuk Bukit Cahaya Seri Alam

Tiket masuk Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Tiket kebenaran masuk berkereta

22 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R
M U K A S U R A T | 23

Rujukan

1. Buku teks Geografi Tingkatan Satu, ditulis oleh Chong Yoon Hoi, Chong Hui Ling, dan Kang
Chai Yoeng. Mukasurat 204, 205, 206 dan 208.
2. Laman web portal Taman Pertanian Malaysia http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my/
3. Laman web Google, Malaysia, Shah Alam http://maps.google.com/
4. Laman web MBSA, Malaysia, Shah Alam http://mbsa.gov.my/
5. Laman web scribd – Kajian Geografi Tempatan http://www.scribd.com/doc/3669894/KAJIAN-
GEOGRAFI-TEMPATAN
6. Fail Shah Alam di tingkat 1, bahagian maklumat OPEC koleksi Selangor, Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor.
7. Buku cenderahati Taman Pertanian Malaysia yang dicetak oleh Zizi Enterprise

23 | T U M B U H - T U M B U H A N S E M U L A J A D I D A N H I D U P A N L I A R

You might also like