You are on page 1of 10

Wau bulan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search

Wau bulan is an intricately designed Malaysian moon-kite (normally with floral motifs) that is
traditionally flown by men in the Malaysian state of Kelantan. It's one of Malaysia's national
symbols, along some others being the kris and hibiscus. The reverse side of the fifty-cent coin of
Malaysia (1989 series) features an intricately-decorated wau bulan with a hummer on top[1]. The
logo of Malaysia Airlines (MAS) is also based on this kite.

A wau-maker in his workshop. Design details in his wau are made by cutting various layers of
colored paper. The cutting is done spontaneously.
Close-up of a design on a wau.

A wau-maker's workshop. Foreground: Wau frames. Background: A completed wau. Further


background: The wau-maker.

Example of other types of wau (based on the shape of a wau).

There are many type of wau in Malaysia. Each with its own specialty. Wau kucing (cat kite) and
wau merak (peacock kite) are some of them.

[edit] Characteristics
Wau Bulan got its name from the crescent moon-like shape of its lower part. Given the right
color, wau bulan does resemble a rising crescent moon when flown.[2]
The size of wau bulan is bigger than any other Malaysian traditional kite. The normal width are
2.5 meters and 3.5 meters of height.[3]. This helps the decorations painted on the kite's body to be
visible when it is high in the air. To make it more distinctive, wau bulan is normally decorated
with large, strong-colored.

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di
negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di
antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau


burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,
wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh
orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan
awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-
warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik,
selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Wau bulan Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan
dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

Folio lengkap sejarah wau

CONTOH JAWAPAN.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini. Penghargaan dan
ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada: Guru subjek sejarah Tingkatan 3, Nama
Guru Beliau telah menolong saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak sekolah. Banyak
nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya melaksanakan tugasan ini. Oleh
itu, saya amat berterima kasih kepada beliau. Jasanya cukuplah besar. Orang sumber yang saya
temu bual, Encik. Encik ialah orang sumber yang saya temu bual. Beliau memang mahir
berkenaan permainan wau. Beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai
pengalaman dalam permainan tradisional ini kerana beliau pernah terlibat dalam penganjuran
pertandingan wau kebangsaan di Terengganu. Ibu Bapa saya, Kedua-dua orang tua saya telah
banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli bahan-bahan. Bapa saya menyediakan
pengangkutan percuma untuk kami pergi ke perpustakaan. Bapa saya mempunyai kereta
persendirian. Jadi mudahlah saya bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya
perlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya kemahiran
berkomunikasi dengan orang lain. Saya perlu cekap mendengar dan mencatat perbualan rakan-
rakan dengan tokoh yang ditemu bual. Saya juga mendapat pendedahan tentang persediaan yang
perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu bual. Kajian ini membolehkan saya mengetahui
kepelbagaian permainan tradisional yang dimiliki serta asal-usul sesuatu permainan tradisional.
Saya juga dapat mengetahui secara dekat peraturan permainan, tujuan permainan dan peralatan
yang digunakan. Maklumat ini sangat penting kepada generasi muda seperti saya untuk
mengetahui kekayaan khazanah budaya negara Malaysia khususnya dalam permainan
tradisional.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah menebual orang sumber. Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti kehendak
tugasan. Kemudian saya telah membina soalan. Saya juga mendapatkan pandangan guru
pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang sumber untuk
menjalankan sesi temu bual. Saya telah mencatat, merakam dan mengambil gambar. Kaedah
Penyelidikan Perpustakaan. Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam Wilayah
Tawau. Saya cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional. Saya
telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan
tugasan kami untuk dibawa balik dan dibaca isi kandungannya. Kaedah Melayari Internet. Saya
telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web yang memaparkan
artikel berkenaan permainan tradisional. Kami berjaya mendapatkan alamat laman web
berkenaan daripada laman web carian Google dan Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang
ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. Guru komputer
telah mengajar kami cara untuk muat turun bahan tersebut.

HASIL KAJIAN

Nama Permainan Permainan wau juga dikenali dengan layang-layang. Wau dicipta dalam
pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burng, wau pari, wau katak, wau
bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau
barat. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-
layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan
Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama
pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.
Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan
bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Latar Belakang Wau dimainkan sejak kurun ke-15. Negeri yang mempopularkan permainan ini
antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Permainan layang-layang atau wau amat
digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500
tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang
ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan
tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi
serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di
kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi
dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan
hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests
yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.

TUJUAN WAU DIMAINKAN

Pada zaman dahulu, wau dimainkan oleh golongan rakyat sebagai tanda hiburan atau
keraian.Upacara permainan wau lazimnya dilakukan selepas tamat musim menuai padi.Apabila
padi habis dituai dan sawah padi habis dikerat, sawah padi akan bertukar menjadi sebuah padang
yang bersih.Pada masa inilah sawah ini akan digunakan sebagai tempat diadakan pesta wau. Wau
juga dimainkan oleh golongan istana sebagai hiburan memandangkan cara mendapatkan hiburan
yang sangat terhad kepada masyarakat lama ini.

Ada juga pengiktirafan kepada wau apabila pertandingan wau dijadikan tradisi tahunan oleh
golongan diraja dan bangsawan. Pada Mei pula, Pesta Wau yang memperlihatkan kreativiti
rekaan wau tradisional tempatan dan Pesta Joran, yang juga akan diadakan di Pantai Sri Tujuh di
Tumpat dan penutup acara pada bulan itu adalah Pesta Nasi 100 yang diadakan di Gelanggang
Seni di sini. Wau juga banyak digunakan dalam kesenian. Corak bentuk wag juga digunakan
dalam seni pertukangan perak atau filigree adalah salah satu cabang kesenian orang-orang
Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan.

Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil
pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam
seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree
atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai
keindahannya yang tersendiri.

Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu
motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran
kaum wanita.

Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif
wau.Tarian Siti Wau Bulan adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga
merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari
lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling Selain
daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di
Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.
Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang
Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-
awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir BaratIn Formal Malay (Translation in Brackets)Eh
Wau Bulan 2X(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)Wau Bulan teraju tiga(“Teraju Tiga”
describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying)Ini
malam sama-sama(Tonight, all of us together)Sama-sama bersuka-ria(Together, we all have a
good time).

Teknik Pembuatan Wau Tradisional.

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam
daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan
sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-
larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.


3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak
kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat
yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu
tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. 7. Sebelum
menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu 8. Adalah lebih baik
buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan
meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah
hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut
menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh
daripada dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api. Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang
bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit.

Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap
wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-
kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana
keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus
di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di
bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia
dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula
dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,
tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk
tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat
sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau


1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu


3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap 6. Untuk
bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa
bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis
dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan
mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau
dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang. Proses Memasang Tanah Wau Setelah
bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau.
Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan
tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka
bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. Mengukur, Melukis dan
Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan
wau tersebut unik dan istimewa.

Antara langkah-langkah yang terlibat :


1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu
ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis
mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi
wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di
belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada
berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan
perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika
panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan
warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian
tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan
iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.

Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak
menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek
hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna. Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu Jambul atau rambu
dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’
yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai


Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau
tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan
kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau
mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan
itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat
antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada
waktu terluang.
CARA BERMAIN WAU
Kawasan yang sesuai.
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi
atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan
wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak
bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin


Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi
semakin meningkat.

Daya tarikan graviti


Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal
ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan
menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan
dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat
dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.


Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk
melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan
memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali.
wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau.
Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan
tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin
bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau
tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi
penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah
orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga
merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan
dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

You might also like