You are on page 1of 19

Falkulti Pendidikan Dan Bahasa

HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT

1 Kenyataan Pengakuan

2 Biodata

3 Sekapur sirih

4 Pengenalan

5 Penentuan tema : Flora dan fauna

6
Membuat ‘thumbnail-print’ (lakaran idea)
7
Pemilihan lakaran terbaik

Langkah Pembnaan Folo

0|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang amat getir dalam
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan
semuanya itu.

Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal
memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.

Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Tutuor-tutor yang telah memberi tunjuk ajar

Tanpa bimbingan dan teguran serta komennya yang bernas lagi jitu tak mungkin dapat saya
melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangatnya telah
membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik.
Tak lupa bantuan dari sahabat yang sentiasa berada disamping untuk membantu saya

Semoga jasa-jasa ini dapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan
tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran
(Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru
Mursyid’..

1|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Tajuk Tugasan
Mobail merupakan satu hasil seni yang berbentuk tiga (3) dimensi yang mempunyai ciri-ciri pergerakan. Sebelum mobail dihasilkan,
perancangan yang jitu dan teliti perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran masa dan bahan. Oleh itu
anda dikehendaki :
i) Sediakan satu folio untuk menghasilkan sebuah mobail. Perkara-perkara dibawah menjadi perhatian utama di dalam lakaran idea
tersebut:
 Penentuan Tema : Flora dan Fauna
 Membuat ‘thumbnail-print’ (lakaran idea)
 Pemilihan lakaran terbaik
 Memperincikan lakaran
ii) Anda adalah guru Tahun Enam bercadang untuk menghias kelas anda. Mobail adalah bahan hiasan yang paling sesui untuk
menghiasi sudut ruang kelas anda supaya ceria, seterusnya dapat mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
konduktif. Berdasarkan folio yang anda hasilkan dalam soalan no. 1, bina satu mobail mengikut spesifikasi di bawah :
 Ukuran tinggi : 1-1.5 meter
 Bahan : Bebas
 Warna : Bebas
 Cara persembahan : Digantung

2|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

1.0 PENGENALAN

Mobail merupakan salah satu hasil seni yang turut dikelaskan di dalam seni arca, seperti mana seni-seni arca yang lain mobail yang dikelaskan
sebagai arca mobail bersifat tiga (3) dimensi (3-D) dan harus mempunyai ciri-ciri pergerakkan. Penghasilan mobail di dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) tidak dapat dinafikan kepentingannya bagi membantu pembelajaran murid di dalam kelas. Selain itu mobail juga dapat
dijadikan sebagai hiasan kelas kerana direka bentuk dalam pelbagai bentuk, corak, atau warna yang menarik.

Secara umumnya arca mobail terbentuk hasil dari percantuman beberapa bahagian pada sendi bagi membentuk satu kesatuan dan ianya
digantung. Arca mobail juga harus lah mempunyai sifar bergerak, berputar dan berombak. Seni arca ini telah diperkenalkan oleh Alexander
Calder sekitar awal tahun 1930.

Di dalam pembuatan seni arca mobail terdapat beberapa bahan yang sering digunakan di antaranya ialah seperti besi, dawai, kepingan logam,
tali, simen, kertas, bahan-bahan terbuang atau bahan-bahan yang bersifat ringan. Manakala teknik pembuatan yang lazim digunakan di dalam
pembuatan arca jenis ini ialah seperti kimpalan, skru, gam dan ikatan. Arca yang dibina juga haruslah bersifat kukuh dan selamat dipamirkan
terutamanya bagi arca mobail yang diletakkan di dalam kelas murid.

Oleh yang demikian kemampuan guru dalam membina arca mobail yang bersesuaian merupakan satu elemen yang penting bukan sahaja menjadi
hiasan bilik malah ianya dapat membantu pemahaman murid ke atas P&P yang telah atau yang akan dijalankan. Pembuatan arca boleh dibuat
dengan merujuk bidang atau ruang lingkup pembelajaran seperti mana yang termaktub di dalam huraian sukatan pelajaran.

3|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

2.0 TUJUAN PEMBINAAN MOBAIL


Mobail biasanya dibina bagi tujuan hiasan di sesebuah tempat atau rumah. Mobail bukan sahaja dibina dalam satu bentuk sahaja malah
telah dipelbagaikan rekabentuknya. Saiz mobail juga bukan lagi kecil malah terdapat mobail yang bersaiz besar. Selain hiasan pembinaan
mobail di dalam kelas bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran. Mobal di dalam kelas ibarat peta minda. Bahan yang digunakan
bagi mobail adakalanya benda maujud , lukisan dan pelbagai bahan lagi.

Contoh-contoh mobail

4|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

3.0 TEMA MOBAIL


.
Dalam tugasan ini dikehendaki penentuan tema untuk membuat mobail adalah penting bagi mewujudkan sebuah mobail yang indah dan
menarik. Tema fauna dan flora dititikberatkan. Flora melibatkan jenis tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan dan alam semulajadi yang indah.
Begitupun fauna pula melibatkan alam haiwan atau jenis serangga yang menarik serta boleh dipilih untuk mewujudkan sebuah mobail yang
mengandungi gabungan yang cukup menarik dan penuh kreativiti

Disamping itu flora dipilih kerana ianya lebih dekat dengan diri pelajar. Persekitaran pelajar yang tinggal dikampung lebih dapat memahami dan
mengetahui perkaitan mobail dengan pengajaran dan pembelajaran

4.0 SASARAN PENGGUNA BAHAN

Bagi mobail ini sasaran penggunanya adalah murid-murid. Ini kerana fungsi atau tujuan pembinaan mobail ini adalah utnuk kegunaan dlaam
pengajaran dan pembelajaran disamping mencantikkan sekolah. Oleh itu mobail ini mempunytai fungsi dua dalam satu.

Bahan yang digunakan adalah bahan maujud dan mempunyai kaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Cengkerang dan siput
merupakan elemen-elemen dalam pengajaran dna pembelajaran sains. Oleh itu tidak berlaku pembaziran atau hanya digunakan sebagai hiasan
sahaja.

5|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

5.0 PROSES / PERINGKAT PEMBINAAN MOBAIL


Mobail direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian alat dan
bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian
utama di dalam penghasilan mobail;

Menentukan subjek dan tema atau subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan
pengarca.

Menentukan alat dan media. Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting.
Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya
tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diapplikasikan dalam penghasilan
mobail.

Bahan yang digunakan membuat mobail

PROSES MOBAIL
i) Membuat Thumbnail-print
6|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil). Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita
seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin
dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang
tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.

ii) Pemilihan Thumbnail-print terbaik

7|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Memilih salah satu lakaran yang terbaik. Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan penampilan
asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting
dalam pemilihan lakaran tersebut.

Lakaran yang dipilih Setelah proses mewarna dilakukan

iii) Perincian Lakaran

8|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

 Memperinci lakaran. Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira
bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti.

 Membuat karya/mobail. Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan
dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

9|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

6.0 Pembinaan Mobail

1. Bahan Mobail

10 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

2. Peralatan Yang Digunakan

Bagi Membina mobail beberapa peralatan perlu disediakan seperti

a) gunting d)

b) pisau

c) benang

3. Proses Pembinaan Mobail

Bahan yang digunakan perlulah direbus bagi membuang semua isi bagi siput tersebut..

Proses yang kedua adalah pengeringan. Bahan tersebut perlu dikeringkan agar air yang terdapat
di dalam siput tersebut kering dan tidak busuk. Bahan ini diletakkan di bawah cahaya matahari
dan bila kering barulah diangkat.

11 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Pokok bagi ranting bagi tapak asas mobail

Mobail dan bahan asasnya

Ranting bagi tapak mobail

12 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Setelah kering bahan itu kering ianya perlu di bersihkan bagi dibuangkan kotoran yang terdapat
pada kulit kerang dan siput tersebut.

Proses seterusnya adalah menebuk lubang bagi mengikat siput tersebut. Setelah lubang ditebuk
siput dan kulit kerang itu disambung dengan menggunakan benang. Bagi lubang yang ditebuk
tidak perlu besar hanya sekadar dapat memasukkan benang dan diikat untuk digantung.

Setelah semua siput diikat proses selanjutnya adalah mengikat rantaian siput tersebut ke ranting
kayu. Ikatan perlu kukuh agar ianya tidak terlucut apabila digantungkan nanti

13 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Beginilah rantaian kulit kerang yang sudah siap diikat di ranting kayu

Ranting yang sudah diikat dengan rantaian siput digantung ke ranting besar yang dijadikan tapak
mobail..

Setelah diikat kesemua rantaian tersebut proses keseimbanagn perlu dibuat.Mobail perlu
digantng

Oleh itu keseimbangan perlu dilakukan agar nmobail itu tidak berat sebelah dan boleh
mengakibatkan ianya jatuh

14 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

Mobail yang digantung

15 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

16 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

7.0 RUMUSAN

Penghasilan sesuatu mobail memerlukan penelitian dan rancangan yang sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang
dipamerkan menepati semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan. Selain itu aktiviti ini juga boleh meransang minda pelajar dan
membuat pelajar bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni. Seni itu indah dan sepatutnya kita sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan
pelajar agar sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

17 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE2203: MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

RUJUKAN

Tan Yun Fang & Wong Li Yun, Arca Seni 3-Dimensi, 2008, 08 Februari 2010, http://www.scribd.com/doc/7545020/Arca-MobilPresatation

http://www.scribd.com/doc/7545020/Arca-MobilPresatation

Kathleen Chee.(2006). SPM focus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:

Penerbitan Pelangi sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(1998).Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

18 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002

You might also like