You are on page 1of 26

PENDAHULUAN

Saya Mohd Zulkhairi bin Zakaria, pelajar 3 Mutiara di Maktab Rendah Sains Mara

Kota Kinabalu telah diarahkan oleh guru Geografi untuk menjalankan tugasan kerja

kursus Geografi Penilaian Menengah Rendah 2010.

Tajuk kajian ini ialah Amalan Kitar Semula di kawasan Kampung Kundasang Ranau

terletak berhampiran dengan kediaman saya. Oleh itu, ia memudahkan saya membuat

kajian serta mendapat maklumat untuk melengkapkan kajian ini.

Saya telah menjalankan kajian ini pada waktu petang iaitu selepas waktu

persekolahan dan telah berjaya menyiapkan kerja khusus ini dalam tempoh masa yang

ditetapkan iaitu dari Februari hingga Julai.

1
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya saya dapat

menyiapkan laporan Kajian Kursus Geografi (KKG) ini dengan sempurna. Terlebih

dahulu, kepada pengetua, Tuan Haji Ibrahim Othman kerana mengizinkan kami

membuat kerja kursus PMR. Terima kasih juga saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Musimmar Berto dan Cikgu Mohd Hasrul

Jakir yang telah memberikan semangat, tunjuk ajar, dan bimbingan. Beliau telah

memberikan keyakinan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Saya juga ingin

merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya, yang telah memberikan

maklumat yang diketahui oleh mereka dan memberi cadangan yang baik kepada saya

semasa menjalankan kerja kursus ini. Sokongan moral yang telah diberikan amat

bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga rakan-

rakan yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Mereka

telah memberi kerjasama yang baik untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Akhir

sekali, terima kasih kepada responden-responden yang sudi membantu saya

melengkapkan borang soal selidik. Segala jasa baik anda akan saya kenang.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Saya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kerja khusus Geografi bagi tajuk

tugasan 1 mengikut objektif kajian seperti berikut :

1. Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2. Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula di Kundasang

3. Menghuraikankan kepentingan amalan kitar semula di Kundasang

4. Menghuraikan masalah dan halangan amalan kitar semula di Kundasang

5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan

amalan kitar semula di Kundasang

3
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Kundasang, Ranau. Ia terletak di

kawasan Ranau.

Keadaan fizikal kawasan Kundasang adalah, bukit bukau. Kawasan kajian terletak di

Banjaran Croker.

Jarak mutlak dari Pekan Ranau ke kawasan kajian adalah lebih kurang

13 kilometer. Ia memerlukan lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Pekan Ranau dan

jika menaiki bas, tambang untuk ke Pekan Ranau dari kawasan kajian

adalah sebanyak RM 3.00, pengangkutan ini dikendalikan oleh KINABALU

TRANSPORT.

4
Peta1:peta sabah (kedudukan daerah Ranau dan pekan Kundasang)

5
Pete2:peta Kundasang

6
Peta4:peta lakar Kundasang

7
KAEDAH KAJIAN

Dalam usaha saya menyiapkan kerja kusus Geografi PMR 2010 ini, saya telah

menggunakan beberapa kaedah kajian. Kaedah-kaedah kajian adalah seperti berikut:

 PEMERHATIAN: Saya menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang

perletakankawasan kajian saya dari segi pandang darat fizikal dalam tempoh

satu jam.Saya dan rakan saya juga turut membuat pemerhatian tentang amalan

kitarsemula dan tong-tong sampah kitar semula dan juga pusat pengumpulan

barang-barang kitar semula dalam kawasan kajian. Apa yang telah

diperhatikan kami telah catitkan ke dalam buku catatan,

 TEMUBUAL: Kami telah menyediakan borang untuk menemubual responden

secaraberkumpulan selepas sesi sumbang saran dalam kelas bersama guru

Geografi kami. Kemudian saya menggunakan borang-borang tersebut untuk

mendapat maklumat daripada 3 orang responden di kawasan kajian. Saya telah

menemubual mereka tentang adakah mereka kitar semula, apa yang dikitar

semula, masalah atau halangan untuk kitar semula dan juga cadangan untuk

mengatasi masalah untuk kitar semula.

8
 RUJUKAN: Saya telah merujuk beberapa bahan bacaan seperti Buku Teks

Geografi untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kitar semula.

Saya juga telah merujuk Kerja Kursus Geografi yang telah saya lakukan pada

tahun lepas. Selain itu , saya juga telah merujuk Kamus Dewan Bahasa Dan

Pustaka untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai konsep kitar semula.

Internet juga telah saya rujuk untuk mengetahui lebih tentang kawasan kajian.

9
HASIL KAJIAN

8.1 KONSEP KITAR SEMULA

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses,

mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai

sampah.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230

tapak pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara

20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh

masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan

sampah dipenuhi sampah, tapak baru pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini

akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Adakah anda sanggup

suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak pelupusan sampah? Bagi saya, pada

ketika itu sudah pasti keselesaan seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.

10
8.2 JENIS BAHAN DAN AMALAN KITAR SEMULA

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya

ialah kertas dari surat khabar, majalah, buku tulis, tekstil dari kain baju, kain perca

dan kaca dari botol kaca, cermin dan tingkap.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk Kampung Kundasang

ialah menjual bahan-bahan kitar semula. Kebanyakan daripada penduduk Kampung

Kundasang akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar

semula.

Terdapat juga penduduk Kampung Kundasang yang menggunakan semula

bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk

membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan

membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat penduduk Kampung Kundasang yang sudi bekerjasama

Memberi Sumbangan kepada Pihak Sekolah bahan-bahan kitar semula mereka untuk

menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung

program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai

nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk

yang cuba untuk Menggurangkan Penggunaan Bahan Seperti Kertas dan Plastik.

Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika

membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir

begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan

seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

11
8.3 KEPENTINGAN KITAR SEMULA

1. Menambah pendapatan

Barang kitar semula dapat membuat sesuatu yang kreatif dan dapat menjualnya.ini

dapat menambah pendapatan dengan hasil jualan.

2. Memupuk sikap jimat cermat

Barang kitar semula dapat membuat sesuatu yang kreatif dan dapat menjualnya.ini

dapat menambah pendapatan dengan hasil jualan.

3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah

merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula

dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti

kehidupan kita.

4. Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan

penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.

ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan

4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan

satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan

mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan

kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca seumpama menjimatkan penggunaan

tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

12
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil

menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapkan unsur

tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat

sihat.

13
8.4 MASALAH/HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah

dikenalpasti.

 Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.

Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat

sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan

menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

 Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk Kampung Kundasang yang

membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan

tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan

tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya

membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

 Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga

yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk 1 kilogram. Harga

yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada

menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

14
 Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar

semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil

kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga

dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.

 Kekurangan Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula

Kampung Kundasang hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.

Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula

memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan

hujung kawasan. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang

dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil

barangan kitar semula daripada penduduk. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah menjadi

lebih prihatin terhadap halangan yang dihadapi penduduk untuk mengitar semula.

Mereka perlulah menyediakan kemudahan yang secukupnya agar penduduk lebih

senang mengitar semula

Saya berpendapat penduduk Kampung Kundasang perlu insaf dan berubah

sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup

mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai

kemusnahan sumber.

15
Sikap

Harga
Kurang
Terlalu
MASALAH/ Kerjasama
Rendah HALANGAN
AMALAN
KITAR
SEMULA

Kekurangan

Pusat
Kurang
Pengumpulan
Pengetahuan
Bahan Kitar

Semula

16
8.5 LANGKAH/CADANGANUNTUK MENGATASI MASALAH DALAM
MELAKSANAKAN KITAR SEMULA

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian,

beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut

dapat dilaksanakan dengan baik.Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari

Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif

utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi

melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan

peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan  program yang

dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar

daripada mengalami kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan

amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat

menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh

mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar

semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan

tersebut.

17
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar

semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting

supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar

semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di

lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar

semula ke dalam tong yang betul.

4. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan

kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula

ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung

memainkan peranan yang penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan

amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan

kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu

mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada

terus mengalami kemusnahan.

18
Bilangan Dan Jenis Bahan Yang Dikitar Semula Di Kundasang Ranau

JENIS BAHAN KACA KERTAS TEKSTIL ALUMINIUM


BILANGAN BAHAN 3 10 2 7

BILANGAN DAN JENIS BAHAN YANG DIKITAR SEMULA DI


KUNDASANG RANAU

12

10

8
BILANGAN

kaca
kertas
6
tekstil
4 aluminium
2

0
Bilangan Bahan
JENIS BAHAN KITAR SEMULA

RUMUSAN

19
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan

rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat

diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada

sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu

ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan

amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

RUJUKAN

 Buku Teks

20
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

 Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

 Internet

http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografi-

pmr-2010/ ,

www.scribd.com,

www.malaysia.gov.com.my

 Akhbar

Utusan Malaysia, 24 april 2010, halaman 1, 12, 13

21
22
23
Gambar1:Tong Sampah kitar semula di Kundasang

Gambar2: Logo kiar semula

24
25
26

You might also like