You are on page 1of 4

Bab 3 : Kerajaan Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)

BAB 3 :SEJARAH TINGKATAN 1


KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Kerajaan awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu
kerajaan agraria
kerajaan maritim.

Contoh kerajaan agraria ialah


kerajaan Angkor dan kerajaan Funan. Manakala

contoh kerajaan maritim ialah


kerajaan Champa, kerajaan Chih Tu, kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua,
dan kerajaan Majapahit.

Kerajaan Agraria
menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian
Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan
pedalaman.
Masyarakat agraria menjalankan kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan
menangkap ikan.
mereka menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang.
Hasil utama kegiatan pertanian ialah ubi taro, padi huma, dan padi sawah.
Masyarakat agraria membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan
pertanian dan menternak binatang.
Pemerintah kerajaan agraria memainkan peranan penting dalam membina
empangan dan terusan serta bertanggungjawab menguruskannya.
Kegigihan masyarakat agraria akhirnya berjaya membentuk kerajaan yang masyhur.

Kerajaan Angkor
Diasaskan pada abad ketujuh Masihi.
Pusat kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.
Kawasanpertanian utamanya di sekitar tasik Tonle Sap.
Membina barat untuk kemudahan sistem pertaniannya.
Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak dan
dianggap sebagai Devaraja.
Raja dibantu oleh kerabatnya untuk menjalankan tugas pentadbiran
Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suiyavarman II.
Menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utama.
Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha

Kerajaan Funan
Diasaskan pada abad pertama Masihi.
Merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura.
Empangan, saliran, dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian
terutama sawah padi. Bekalan air diperoleh daripada Sungai Mekong dan kawasan
perisiran pantai.
Raja pertamanya ialah Kaundinya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam.
Fan Shih-man merupakan seorang jeneral yang agung
Pelabuhan utamanya Oc-Eo
Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan

Kurung Bnam
bermaksud raja-raja gunung. Istilah bnam bererti
gunung. Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja.

1
Bab 3 : Kerajaan Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)

Baray ialah sebuah kolam air besar. yang dibina untuk_ menampung 30 juta meter padu
air. Air dari kolam ini - disalirkan ke 12.51 juta ekar sawah . Pembinaan baray membolehkan
kerajaan Angkor memperoleh basil pertanian yang banyak.

Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam mengembangkan bidang pertanian


serta kemahiran pembinaan empangan dan saliran telah berjaya memajukan kedua-dua
buah kerajaan tersebut. Keadaan ini membuktikan bidang pertanian boleh menyumbang
pada kemajuan negara sekiranya bidang tersebut dimajukan secara besar-besaran.

Kerajaan Maritim
Kerajaan maritim terletak di kawasan persisiran pantai dan menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut.
Perdagangan merupakan kegiatan terpenting dalam kerajaan ini dan laut menjadi
laluan utamanya.
Selain kegiatan perdagangan, aktiviti membuat kapal dan perikanan turut dijalankan.
Pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di kawasan muara sungai.
Kawasan ini merupakan kawasan penempatan penduduk.
Selain laut, sungai juga berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasan
pedalaman.
Oleh itu, pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan dl koala sungai.
Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan, dan kawasan berjual-beli.
Dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah.
Kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan
pulau-pulau yang berhampiran. Antara barangan yang dikumpulkan termasuklah
hasil hutan, rempah-ratus, ubat-ubatan, gaharu, cendana, dan damar. Barangan ini
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai
pelabuhan entrepot.
Kemudian, barangan ini dijual kepada pedagang asing dari Eropah, Arab, India, dan
China.
Masyarakat maritim juga mahir membuat kapal serta menguasai ilmu pelayaran.
Dengan kemahiran ini, pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar hingga ke
Afrika Timur.

Tonle Sap ialah tasik Yang dibina pada abad kesepuluh


terletak di bahagian tengah Kampuchea, Tonle Sap merupakan sistem pengairan yang
terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah. Air disalurkan melalui empangan dan
saliran. Kawasan di sekitar Tonle Sap subur dan sesuai untuk menanam padi.

Kerajaan Champa
Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien.
Raja Champa dipengaruhi oleh agama Hindu.
Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
Pelabuhannya yang terkenal ialah Inderapura.
Ditadbir oleh 14 dinasti.
Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh pengaruh China dan pengaruh ini lenyap
pada kurun ke-15.
Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom.
Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi.

Kerajaan Chih Tu
Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah.
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi.
Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak.

2
Bab 3 : Kerajaan Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)

Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang
menerima pengaruh Hindu.
Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja.
Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak, dan bersifat ketuhanan.
Terdapat tiga bahagian pentadbiran dalam kerajaan Srivijaya yang tercatat pada
batu bersurat Telaga Batu.

Kerajaan Srivijaya
Diasaskan sekitar abad ketujuh Masihi dan berpusat di Palembang, Sumatera.
Raja berkuasa mutlak.
Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat.
Catatan pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu,
menunjukkan terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu pentadbiran diraja,
pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah.
Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh
kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu.
Pelabuhan pentingnya ialah Palembang.
Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan, dan lada hitam.
Menjadi pusat pertukaran barangan dalam kegiatan perdagangan antara China,
India, dan Barat.
Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut ajaran agama Hindu-Buddha.
Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dapat
dibuktikan melalui seni ukir yang terdapat pada bangunan tersebut.

Kerajaan Kedah Tua


Kerajaan awal yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu.
Dikenali juga sebagai Kataha.
Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan ini diasaskan pada kurun kelima Masihi.
Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sungai Mas dan kemudiannya
berpindah ke Lembah Bujang.
Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu.
Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di
Lembah Bujang.
Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sungai
Mas dan Lembah Bujang.
Pelabuhan Kedah Tua menjadi pusat pertukaran barang-barang dan tempat
persinggahan pelayar dari Arab, Parsi, India, dan Sri Lanka sebelum meneruskan
pelayaran ke Timur.
Menjadi pusat perdagangan basil tempatan seperti beras, emas, bijih timah, lada
hitam, damar, rotan, tanduk, dan gading.
Pengeluar padi yang utama kerana mempunyai bentuk muka bumi yang rata.
Kegemilangan kerajaan Kedah Tua dapat dibuktikan melalui penemuan Wang perak
pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 847861 Masihi) serta manik
dari India dan barangan kaca dan Timur Tengah.

Kerajaan Majapahit
Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh HinduBuddha.
Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu.
Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri.
Mengamalkan konsep Devaraja.

3
Bab 3 : Kerajaan Kerajaan Awal Di Asia Tenggara 2009 ( NURINSL)

Kegemilangan kerajaan Majapahit ialah semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja


Senagara) yang dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada.
Dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.
Menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke- 15 Masihi.
Antara pelabuhan utamanya ialah Kataha (Kedah Tua) dan Temasik.

Undang-undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan
kes-kes awam.

Raja dianggap sebagai Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia.

Kesimpulan
Sejarah pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara membuktikan telah wujud
kerajaan agung yang berasal daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Sistem pentadbiran yang teratur membolehkan kerajaan ini menyediakan pelbagai
kemudahan di pelabuhan seperti bekalan air, makanan, dan tempat tinggal.
Kemudahan tersebut telah menarik minat pedagang asing untuk singgah dan
berdagang.
Kecekapan dan kemampuan pemimpinnya mentadbir kerajaan dan empayar, serta
sistem pentadbiran yang tersusun, telah berjaya mewujudkan suasana yang aman
dan damai.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat juga dapat membantu
kemajuan sesebuah negara.
Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kerajaan awal yang telah
membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan perdagangan
bertaraf dunia.
Kita juga patut bersyukur kerana dikurniai tanah yang subur serta hasil pertanian
yang baik.
Berdasarkan sejarah pembentukan kerajaan awal yang telah kamu pelajari, ternyata
keamanan, semangat bermasyarakat, kesetiaan serta bersatu padu, dan harmoni
merupakan perkara penting dalam pemerintahan negara Kebijaksanaan pemimpin
dalam menjalin hubungan dengan negara luar telah berjaya menarik kedatangan
pedagang asing.

Dalam bab berikutnya pula, akan dibincangkan aspek-aspek kebijaksanaan pemimpin dan
kesungguhan rakyat dalam membangunkan kerajaan Melaka.

You might also like