You are on page 1of 19

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU

PETI SURAT 50167, PUTATAN 88722 SABAH.

KERJA KURSUS SEJARAH

2010

“Pesta Kaamatan”

Nama Pelajar : Nur Fitryanie Sapari


Tingkatan : 3 Mutiara
No. Maktab : 08135
No. K/P : 950311-12-5062
Nama Guru : Encik Syed Sabul Bin Syed Imam

……………………. ………………....
Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru
Senarai Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

i. Penghargaan

ii. Objektif Kajian

iii. Kaedah Kajian

iv. Hasil Kajian

i. Perayaan Tradisi

ii. Latar Belakang

iii. Persiapan Sambutan Perayaan

iv. Kesan Perayaan

v. Rumusan

vi. Lampiran

vii. Rujukan
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya
dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Tanpa izin-Nya, mustahillah bagi saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Kota
Kinabalu, Tuan Hj Ibrahim Bin Othman kerana sudi memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 3 untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah ini.
Jutaan terima kasih juga buat Encik Syed Sabul Bin Syed Imam dan Encik Mohd. Suffian
Bin Mohamed, yang merupakan guru sejarah bagi Tingkatan 3 kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini sekali gus membimbing saya dan rakan-
rakan yang lain dalam melaksanakan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan khususnya kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Encik Sapari Bin Zanuri dan Puan Chotmiatun Syamsu kerana telah memberikan sokongan
padu dan dorongan sepenuh masa sepanjang kajian ini dilakukan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pelajar Tingkatan 3 atas segala pertolongan yang
diberikan tanpa mengira penat dan lelah. Terima kasih diucapkan atas segala perkongsian
maklumat antara kita semua.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden yang sudi
meluangkan masa untuk ditemu buald dan disoal selidik. Sejujurnya, dengan kekangan masa
dan serba kekurangan ini, saya tidak mampu melakukan kerja kursus sejarah tanpa bantuan dan
sokongan daripada kalian semua.

Semoga Allah SWT merahmati hidup kalian. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.


OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya, objektif kajian Kerja Kursus Sejarah ini dilakukan adalah untuk

mempelajari kaedah membuat kajian kerja kursus secara sistematik, mencari dan mengumpul

fakta sejarah yang sahih, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional,

merekodkan fakta sejarah mengikut format yang tepat dan yang pasti adalah bertujuan untuk

memupuk nilai-nilai murni serta semangat dan unsur-unsur patriotisme dalam diri setiap pelajar

agar menjadi seorang insan yang berguna dan mampu menabur bakti kepada agama, bangsa dan

negara.

Sementelah itu, objektif khusus bagi kajian Kerja Kursus Sejarah ini adalah untuk

memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan Kerja Kursus Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berdasarkan tajuk Kajian Kerja Kursus Sejarah ini iaitu Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia,

kajian ini turut dilaksanakan untuk menyelidik latar belakang kaum di tanah air kita dengan lebih

mendalam di samping mengenal pasti keistimewaan dan tujuan sambutan perayaan sekali gus

mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan

tersebut disambut dengan meriahnya. Saya juga dapat menambahkan pengetahuan umum

tentang tradisi kaum di Malaysia.

Lantaran itu, saya berharap agar semua objektif yang telah saya nyatakan di atas dapat

dicapai sebaik sahaja kajian Kerja Kursus Sejarah ini selesai saya sempurnakan.
KAEDAH KAJIAN

1. Penyelidikan di perpustakaan

 Saya telah melakukan penyelidikan di Perpustakaan Negeri Sabah. Di

perpustakaan tersebut, saya berjaya mendapatkan pelbagai maklumat melalui

bahan-bahan bacaan seperti majalah, ensiklopedia, dan buku ilmiah. Salinan bagi

bahan-bahan bacaan tersebut telah saya lampirkan sekali sebagai bukti bahawa

maklumat-maklumat yang telah saya peroleh berkaitan perayaan ini adalah tepat

dan sahih tanpa sebarang unsur tokok tambah.

2. Melayari Internet

 Menerusi agen pencarian Google di laman web http://www.google.com, saya

telah mencari maklumat tentang perayaan Kaamatan dengan menaip “Pesta

Kaamatan”. Terdapat pelbagai laman web yang berkaitan perayaan ini.

Salinan bagi laman web tersebut turut saya lampirkan sebagai bahan bukti.

3. Buku Ilmiah

 Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah dan

ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi mendapatkan

maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih.


HASIL KAJIAN

1)Perayaan Tradisi

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai

meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di

Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal bulan.

Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak

yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh."

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Manakala

‘Magavau’ pula adalah upacara kesyukuran yang penting, dijalankan oleh bobohizan. Magavau

dijalankan di sawah padi pada malam bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan

akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun

pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan terbaik seperti tapai dan nasi akan disajikan

sebagai jamuan terhadap roh.

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima

jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta ,

Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo

semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada

Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat

berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan

pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Tujuan perayaan ini ialah untuk memanggil, memuja dan memberi makan kepada semangat padi

supaya hasil padi akan bertambah setiap tahun.

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan

bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa

Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian

Tadau Ka'amatan' yang bermaksud ‘Selamat Hari Menuai’.

2)Latar Belakang

2.1)Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan

khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara

tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan

selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh

Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang

bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti

Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS,

bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

2.2)Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum

Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.


Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang

anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun

daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan

terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan

mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah

mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita

sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat

Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu

mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan

( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan

agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap

semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam

ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.

2.3)Festival ini menjalani 6 upacara secara berperingkat ;-

1) Upacara Kumogos – dilakukan apabila padi yang ditanam masak menguning dan sedia

untuk dituai. Bobohizan akan turun ke sawah untuk memilih dan membuat tanda di satu

kawasan sawah yang mempunyai buah padi yang terbaik. Beliau akan memilih dan

mengikat sebanyak tujuh tangkai padi yang terbaik dan membiarkannya tanpa dituai.
Ikatan padi ini hanya akan dituai selepas penuaian padi selesai dijalankan. Beliau

kemudiannya memotong tujuh tangkai padi yang lain dan menyelerakkannya di sekeliling

sawah. Perkara ini dibuat untuk memberitahu semangat-semangat lain yang mungkin ada

di sekitarnya bahawa mereka juga akan mendapat bahagian masing-masing dan juga

supaya mereka tidak mengganggu kerja penuaian yang akan dijalankan.

2) Upacara Kumotob – dilakukan di kawasan sawah yang belum dituai.Bobohizan memilih

tujuh tangkai padi yang terbaik daripada serumpun padi yang diikat terlebih dahulu.

Tujuh tangkai padi ini dituai dan diikat berhati-hati serta disimpan ke dalam bakul yang

dipanggil Tadang. Sawah itu kemudiannya dituai dan padi yang dituai dijadikan sebagai

benih untuk ditanam pada musim yang akan datang.

3) Upacara Poposisip – dilakukan di dalam rumah padi itu, sambil membaca mantera,

Bobohizan mengeluarkan ikatan padi tadi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang

buluh yang ada di tempat simpanan padi (Tangkob). Mantera seterusnya dibaca untuk

memohon semangat padi itu untuk tinggal di dalam rumah padi tersebut sehingga musim

menanam tiba apabila semangat padi dipohon turun ke sawah.

4) Upacara Popoiib – dijalankan apabila padi yang dituai mahu disimpan di dalam Tangkob,

Bobohizan dengan menggunakan nyiru, membubuh padi dengan berhati-hati ke dalam

Tangkob. Beliau kemudiannya membaca mantera memohon supaya semangat padi

menjaga dengan baik akan padi yang tersimpan di dalam Tangkob agar pemiliknya dapat

menikmati nasi yang baik.

5) Upacara Magavau – merupakan peringkat yang terpenting dalam turutan peristiwa yang

dijalani semasa pesta kaamatan. Upacara ini bertumpukan kepada pemulihan dan

penawaran makanan kepada Bambazon/Bambarayon. Pada masa lalu, upacara Magavau


dilakukan di sawah pada malam pertama bulan purnama setelah panen. Dewasa ini,

upcara ini dijalankan di rumah pemilik lading.

6) Upacara Humabot – merupakan peringkat yang terakhir dan dijalankan dalam keadaan

bersuka-ria dan berhibur. Upacara ini kini dirayakan setahun sekali(pada 30-31 Mei) di

seluruh kampung, daerah dan negeri. Pelbagai bentuk hiburan dan aktiviti seperti tarian

dan sukan tradisional dilangsungkan dan klimaks upacara adalah pemilihan Unduk

Ngadau( Ratu Pesta Menuai). Pemenang Unduk Ngadau melambangkan Huminodun,

anak perempuan Kinoingan yang dikorbankan.

2.4) Tempat khusus klimaks perayaan dijalankan;-

Satu tempat khusus akan disediakan bagi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan dan

menyambut klimaks perayaan pesta menuai ini. Bangunan khas ini berupa pentas dan dihiaskan

pula dengan cantiknya seperti dibubuh bunga-bunga, tirai dan sebagainya. Pada masa ini, dewan

orang ramai atau dewan masyarakat yang sering terdapat di satu-satu tempat seperti di kampung

atau di sesuatu daerah biasanya akan dijadikan pentas dan orang ramai akan berkumpul di

sekitarnya. Tempat-tempat bagi menyambut perayaan ini biasanya terletak di kawasan

pertemuan atau pusat perkumpulan kaum tani di sekitar kampung itu atau daerah, maka sebab

itulah dewan orang ramai dianggap paling sesuai.


3)Persiapan Sambutan Perayaan

3.1) Sebelum perayaan

Sebelum tiba hari perayaan ini, biasanya setiap keluarga orang Kadazan ini akan sibuk

membuat persiapan bagi menyambut kedatangan hari yang mulia ini. Antara persiapannya

termasuklah membersihkan kawasan rumah dan sekitarnya supaya roh-roh nenek moyang dan

semangat-semangat yang datang melawat atau kembali ke situ akan gembira melihatnya dan

tidaklah mereka akan merasuk dan menyakitkan manusia. Disamping itu, mereka juga sibuk

membuat makanan dan minuman seperti kuih-muih dan diantara benda utama yang mesti

disediakan ialah air tapai atau tuak. Oleh itu, setiap keluarga akan membuatnya dengan banyak

untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari perayaan itu kelak, kuih-muih dan

makanan lain juga disediakan.

3.2) Semasa perayaan

Semasa merayakan pesta ini setiap keluarga biasanya akan menyembelih ayam untuk

dibuat lauk semasa makan sesama sendiri dan untuk dihidangkan kepada tetamu. Bagaimanapun

semasa menyambut perayaan yang diadakan di tempat khas seperti di pentas dewan masyarakat

atau lain-lainnya tidak ada dihidangkan makanan kecuali miniman air tapai dan sedikit makanan

ringan sahaja.

Di hari pertama menyambut pesta ini maka orang ramai akan berkumpul di tempat yang

sudah ditetapkan untuk upacara pemujaan semangat padi ini. Upacara ini disebut mogendi iaitu

adat pemujaan. Ia biasanya akan dilakukan dan diketuai oleh orang-orang tua lelaki dan

perempuan yang dianggap sebagai pawang atau bomoh berpakaian tradisional dan dipanggil

dalam bahasa Kadazan sebagai bobohizan.


Sebaik selesai majlis pemujaan semangat padi itu maka orang ramai akan dihidangkan

dengan minuman air tapai. Selesai minum atau sambil minum bersama-sama dengan roh-roh

nenek moyang dan lain-lain makhluk halus ini maka dimainkan alat muzik tradisional seperti

gong, tetawak, canang, celempung dan sebagainya dan kadang-kadang termasuk juga alat-alat

muzik yang ditiup bernama ‘sompoton’.

Biasanya penari-penari tarian rakyat yang di panggil sumazau sering ditarikan secara

berpasangan lelaki perempuan sebanyak tiga atau empat pasang. Pada sebelah malam biasanya

diadakan pemilihan ratu pesta menuai bagi tahun itu. Pemenang ratu ini akan diberikan berbagai

hadiah yang menarik seperti wang tunai, piala, alat solek, dan lain-lain.

Pada hari berikutnya diadakan pula permainan atau pertandingan yang lain seperti

berlawan atau meminum tapai, memalu gong, menari pahlawan dan memalu bunyi-bunyian yang

dipanggil ‘tangguguk’ yang diperbuat daripada buluh atau permainan gong kecil disebut

‘kulintangan’. Kadang-kadang diadakan peraduan menunggang kerbau, pakaian beragan atau

sukan.

Perayaan pesta menuai ini biasanya akan berjalan selam dua malam sahaja dan semasa

penutupannya maka mereka akan berkumpul dan menyanyikan lagu tradisional memuja

semangat padi.

3.3) Selepas perayaan

Selepas perayaan, semua orang akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan

dengan penuh harapan hasil tanaman mereka bertambah pada masa hadapan dan bersyukur

dengan hasil tanaman tahun ini


3.4) Peraturan / Pantang Larang / Amalan Sampingan

Masyarakat etnik di Sabah, khususnya Kadazandusun mempunyai sejarahnya tersendiri

dari segi adat-istiadat, pantang-larang, pakaian tradisional, makanan dan sehinggalah meminum

tapai. Amalan budaya turun temurun daripada nenek moyang ini menjadi ikutan sehingga

sekarang.

Walau bagaimanapun, budaya untuk memenggal kepala manusia sudah dihapuskan. Ini

berikutan zaman sudah pun berubah dan pengembangan agama di kalangan masyarakat

Kadazandusun menyedarkan mereka bahawa budaya `potong kepala’ adalah salah disisi undang-

undang dan tidak boleh diamalkan lagi. Oleh itu, ramai masyarakat Kadazandusun mengambil

keputusan untuk menguburkan tengkorak-tengkorak yang selama ini diletakkan di atas pintu

masuk rumah. Ada juga yang diambil oleh pihak Muzium Sabah bagi tujuan tatapan generasi

muda sebagai satu bahan sejarah. Sabah sememangnya kaya dengan kepelbagaian etnik dan

budaya.

Bagi masyarakat Kadazandusun, tapai adalah minuman tradisional yang perlu ada dalam

kehidupan sebagai lambang atau adat atau amalan sejak turun-menurun. Sebelum adanya

minuman keras seperti Beer, Liqour dan lain-lain lagi, tapai sudah menjadi sinonim dengan

masyarakat Kadazandusun.

Antara faktor-faktor budaya minum tapai ialah kepercayaan kepada semangat padi (Pesta

Kaamatan), adat, majlis perkhawinan, majlis keramaian, majlis rumah terbuka, majlis meraikan

tetamu, majlis pembukaan sebelum perbincangan tunang, kematian, gotong-royong dan

sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menghormati tetamu dan sesiapa sahaja yang datang. Di

samping itu juga, meminum tapai akan memanjangkan masa berbual-bual lebih lama lagi dengan

rakan-rakan atau saudara mara kerana `jarang-jarang’ bertemu. Meminum tapai juga boleh

mengeratkan tali persaudaraan iaitu dengan cara menunjukkan bakat menyanyi, menari, bermain

guitar, memukul gong, bertukar-tukar pendapat, berbincang tentang politik, pertanian, pekerjaan,

memburu dan sebagainya.

Bagi golongan remaja pula mereka akan mengambil kesempatan untuk bertemu dan

berbual-bual sambil minum tapai dengan kawan-kawan mereka. Manakala golongan dewasa atau

yang berumur akan bertukar-tukar pendapat atau membincangkan masalah di kampung.

Kadang-kadang masalah akan timbul apabila kedua-dua pihak yang berbincang itu tidak

sehaluan pendapat. Apa lagi kalau sudah meminum tapai, keberanian meluahkan perasaan itu

timbul semasa minum tapai sehingga berlaku pertengkaran dan seterusnya terjadi lah

pergaduhan.

Pada kebiasaannya, kedua-dua pihak tadi akan berdamai pada keesokkan hari dengan

memberikan `sogit’ samada seekor ayam atau seekor babi kepada tuan rumah tempat mereka

minum tapai. Pada hari ini, `sogit’ sudah dinaikkan kepada seekor kerbau sebagai satu

pengajaran kepada peminum-peminum yang suka membuat gaduh.

Antara tujuannya adalah untuk memberi peringatan dan menghalang mereka yang

sengaja menganggu keramaian yang sedang berlangsung. Dengan adanya peraturan baru itu,

`sogit’ lebih bermakna lagi dan sangat berkesan sekali kepada peminum-peminum tapai agar

berhati-hati dalam pergaulan semasa minum tapai.


4) Kesan Perayaan

4.1) Kesan Kekeluargaan

Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga

dengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan berasa

sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga. Di

samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali berkumpul.

Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam

sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Golongan muda pula akan melawat

golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongan tua.

4.2) Kesan Perpaduan

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di

Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap

sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di negara ini.

Contohnya seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang

berbangsa Kadazan serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu.

Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.


4.3) Kesan Pengetahuan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar,

pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Pesta Kaamatan ini, banyak

pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih

dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.

Malah, kebanyakan remaja Kadazandusun masih mempercayai dan mengamalkan adat

berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman seperti pantang larang ketika

sambutan perayaan terbabit.

4.4) Kesan Pelancongan

Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi

tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan

Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang

pada musim perayaan.


RUMUSAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan Kerja

Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak

pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya peroleh dan dapat dijadikan iktibar.

PestaKaamatan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan kulintangan dan alat-alat

muzik yang lain yang turut dimainkan ketika sambutan pesta Kaamatan dapat menarik perhatian

pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikannya. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya

berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik pelancong tempatan

dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekali gus dapat mempromosikan

negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup

dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan, rakyat

pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud

dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza

amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di

kalangan rakyat. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat

penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama

antara rakan-rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai

kerjasama telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat

mengenai perayaan ini.

You might also like