Professional Documents
Culture Documents
ULASAN BAB 1
Penyelidik telah menjadikan berita berkenaan dakwaan 22 murid ditampar kerana tidak
menyiapkan kerja serta 200 orang pelajar perempuan kena berendam dalam kolam kotor kerana
kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas sebagai latar belakang
masalah kajian ini. Ini memberikan gambaran bahawa pengkaji seolah-olah mencari kesalahan
berbanding kelemahan guru. Penyelidik menggambarkan guru yang dalam suasana stres berada
di persekitaran sekolah.
Penyelidik menyatakan tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan
dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi. Tetapi tidak menjelaskan
faktor-faktor sumbangan stres kepada guru-guru di sekolah secara khusus. Penjelasan berkaitan
peranan organisasi dalam pendidikan boleh dikhususkan dengan lebih jelas. Hipotesis yang
dikenal pasti oleh Penyelidik digambarkan seperti kurang signifikan dengan objektif kajian.
Penyelidik boleh menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai masalah
ketegangan, tekanan atau stres yang dialami oleh guru terutamanya di sekolah. Penyelidik juga
boleh memberikan panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif
penyelesaian masalah stres guru serta menyedarkan pihak guru dan pengetua agar lebih
berperanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Batasan kajian yang dijalankan ini adalah bersesuaian dan relevan bagi daerah Muar,
Johor. Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah mungkin boleh
dikembangkan lagi Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari
dua kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa adalah dirasakan
relevan dengan kajiannya. Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru boleh
juga dikembangkan berdasarkan pengalaman atau lain-lain elemen yang lebih signifikan.
PENGENALAN
1.8.4 Stres
Dalam kajian ini istilah stres dan tekanan merujuk kepada kadar tekanan yang dirasai
oleh seseorang guru terhadap gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua.
1.9 Kerangka Kajian
Dalam kajian ini gaya kepimpinan pengetua adalah berdasarkan kepada pandangan guru
iaitu sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stress guru pula
adalah berdasarkan kepada apa yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pengetua.
2. SOROTAN PENULISAN
ULASAN
Dalam bab 2 tesis ini membincang dan meninjau kajian-kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua dan perkara yang berkaitan dengan
stress kerja guru.
Pelbagai bentuk gaya kepimpinan telah dibincangkan dalam bab ini yang mana ia amat
bersesuaian dengan keperluan kajian yang hendak dijalankan. Gaya kepimpinan adalah satu
struktur keperluan yang memotivasikan tingkah laku dalam pelbagai situasi kepimpinan. Banyak
perkara gaya kepimpinanyang dihuraikan seperti Gaya Autokratik, Demokratik dan Laissez Faire
yang mana ada hubung kait dengan teori pentadbiran pendidikan, iaitu teori keperluan Maslow.
Melalui teori Maslow, Penyelidik telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan
tahap-tahap keperluan atau ‘needs’ manusia. Berasaskan pengetahuan tentang keperluan yang
harus ada dalam diri manusia, Maslow telah cuba memajukan pandangannya tentang motivasi
kerja seseorang itu. Manusia atau pekerja dalam sesebuah organisasi itu adalah berbeza-beza dan
mempunyai keperluan mereka tersendiri. Ciri-ciri keperluan ini boleh ditunjukkan dalam bentuk
tingkah laku pekerja.
Dalam Bab 2 ini juga, Penyelidik membincangkan mengenai definasi dan konsep stress,
petanda dan faktor-faktor stres guru, pendekatan dan teori stres, dan juga kajian-kajian yang
lepas. Penyelidik mengutarakan definasi stress berdasarkan kajian-kajian yang lepas dan
membincangkan mengenai bentuk tekanan yang dihadapi manusia iaitu tekanan yang
berlebihan, tekanan yang memudaratkan, tekanan yang baik dan berguna serta kurang tekanan.
PANDANGAN
Pada keseluruhannya, kajian ini telah dijalankan dengan baik dan menepati objektif
kajian namun begitu dicadangkan penyelidikan pada masa hadapan dilakukan dalam konteks
perbandingan tingkah laku kepimpinan melibatkan lebih daripada satu daerah di Negeri Johor.
Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan faktor gaya kepimpinan pengetua dengan stress guru.
Selain daripada itu, Penyelidik boleh juga melihat pelbagai gaya kepimpinan pengetua
berasaskan teori pentadbiran pendidikan seperti Teori Tret, Teori Kontigensi dan Teori Laluan
Matlamat House.
Di dalam bab ini, hujah yang diberi adalah bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Namun
sekiranya Penyelidik dapat menambah sedikit lagi maklumat khusunya mengenai kajian yang
pernah dilakukan diluar negara, sudah pasti penulisan ini akan nampak lebih bermaklumat dan
menarik. Ini kerana stres dalam kalangan guru adalah fenomena yang merangkumi kesemua
institusi pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah dan terdapat banyak kajian-kajian lepas
yang dilakukan di luar negara boleh dijadikan panduan atau melihat perbandingan dapatannya.
Contohnya, kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan
Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996),
United Kingdom (Griffith, Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell,
1999) ada menunjukkan trend ini.
Dalam bab 2 ini, Penyelidik ada mengupas mengenai gaya kepimpinan/ stail kepimpinan
pengetua, namun Penyelidik juga boleh menambah lagi Gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti
stail karismatik, stail birokratik, stail Aristokratik, stail Demogogik dan sebagainya.
2.4.3 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan
Inovasi
Gaya kepimpinan pengurus sekolah mempunyai pengaruh terhadap perkembangan
potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan
kebolehan guru atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri
dalam melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi
diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan. Dalam tesis ini, penyelidik
mensentaksis beberapa kajian dan dapatan.
Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengurus sekolah yang positif juga dapat mendorong
guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam urusan
kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh
guru dan staf.
RUMUSAN
Kesimpulannya , dalam bab 2 ini(Sorotan Penulisan) Penyelidik telah cuba menghuraikan
dan mengupas beberapa bentuk gaya kepimpinan seperti gaya autokratik, demokratik dan
Laissez Faire . Penyelidik juga turut menerangkan gaya kepimpinan X dan Y Mc Gregor, gaya
kepimpinan dua faktor menurut kajian Ohio, kajian-kajian penyelidikan gaya kepimpinan dari
Universiti Michigan dan Gred Pengurusan. Secara umumnya, bab 2 ini menghuraikan kelompok-
kelompok teori yang berkaitan dengan proses mentadbir yang perlu ada dalam diri pengetua.
Tidak semua teori kepimpinan dibincangkan kerana huraian mengenai gaya kepimpinan tertentu
itu ada juga disentuh dalam bab- bab lain.
Dalam bab 2 yang bertajuk sorotan penulisan ini membincangkan dan meninjau kajian-
kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua
dan perkara yang berkaitan dengan stres kerja guru. Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat
gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres kerja guru dan bagaimana keadaan itu
dibantu dengan melihat persamaan dan perbezaan keputusan berbanding dengan kajian yang
terdahulu.
Seterusnya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan pengajaran dan
gaya pemudah cara oleh pengurus sekolah mampu memberi kesan terhadap amalan pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan. Melalui gaya-gaya kepimpinan ini, pengurus sekolah
mendapat kerjasama guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan di antara gaya pengetua dengan
tahap stres yang dihadapi oleh guru. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan kerana kaedah ini
dapat mengukur subjek kajian yang luas berdasarkan soal selidik yang disediakan. Instrumen
soal selidik mempunyai item-item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A
merupakan demografi responden, bahagian B merupakan gaya kepemimpinan pengetua iaitu
dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa manakala bahagian C pula adalah
tahap Instrumen yang dibina mempunyai kaitan secara langsung di antara gaya kepimpinan
pengetua dan tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang dikaji.
4. DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang
telah diedarkan. Perbincangan deskriptif menumpukan kepada penghuraian latar belakang
responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar , status perkahwinan , sebagai guru kelas,
mengajar peperiksaan dan sesi persekolahan. Penganalisisan inferensi pula melibatkan kaedah
statistik analisis min, ujian- t, Anova dan ujian korelasi pearson- r untuk melihat hubungan dan
perbezaan pembolehubah yang dikaji berdasarkan hipotesislah yang telah dibina.
5.1 Pendahuluan .
Di dalam bahagian ini penyelidik menerangkan perkara yang akan dihuraikan hasil
keputusan yang diperolehi dalam bab 4.
5.7 Kesimpulan
Di akhir bahagian ini Penyelidik telah membuat kesimpulan kepada perkara yang
dibincangkan di dalam bab 5 ini. Walaupun Penyelidik menjelaskan secara ringkas pada
bahagian kesimpulan ini, Penyelidik telah berjaya memberi kefahaman yang jelas kepada
pembaca. Penyelidik telah menerangkan tentang keputusan pengujian yang telah dijalankan iaitu
hipotesis null yang diterima dan hipotesis null yang ditolak serta penerimaan hipotesis
alternative.
1. Hipotesis yang diterima ialah tiada perbezaan yang signifikan tahap stress guru
apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru
kelas, mengajar kelas peperiksaan, dan dari segi sesi persekolahan.
2. Hipotesis null yang ditolak dan menerima hipotesis alternatif (Ha) pula ialah :
i. terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan
dengan jantina.
ii. terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua
dimensi berstruktur dengan tahap stres guru. Hubungan tersebut adalah pada
tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif.
Selain itu, Penyelidik juga telah memberikan kaedah kepada semua pihak yang berkaitan
dengan kajian ini untuk mengatasi permasalahan yang timbul hasil dari dapatan kajian ini.
Secara keseluruhannya tesis ini sangat baik. Penyelidik mampu membuktikan hasil
penyelidikannya dengan ilmiah dan mampu menjadikan tesis ini sebagai satu bahan rujukan
ilmiah.