You are on page 1of 3

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 19 FEBUARI 2009


MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN

  

Motivasi secara umumnya bermaksud sesuatu yang ada pada diri seseorang yang dapat

mendorong, mengaktifkan, menggerakkan dan mengarahkan perilaku seseorang. Dengan kata

lain, motivasi itu terdapat dalam diri seseorang dalam wujud niat, harapan, keinginan dan tujuan

yang ingin dicapai. Motivasi ada dalam diri manusia dan terdorong oleh keinginan untuk hidup,

keinginan untuk memiliki, sesuatu, inginkan kuasa, pergiktirafan dan sebagainya.

Motivasi juga membawa maksud sesuatu kuasa yang boleh menggerakkan seseorang

untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat atau kejayaan. Seseorang yang bermotivasi

beerti telah memperolehi kekuatan untuk mencapaia kecemerlangan dalam hidup di dunia dan di

akhirat.

Motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi

intrinsik ialah motivasi yang lahir daripada dalaman dan bukan dipengaruhi oleh unsur- unsur

luaran atau persekitaran. Ia merupakan penggerak bagi sesuatu perbuatan atau perkara yang

bertujuan untuk kepentingan individu atau penghargaan dan ganjaran untuk diri sendiri.
Manakala motivasi ektrinsik pula ialah motivasi yang berpunca daripada faktor luaran dan

berkait rapat dengan pengukuhan atau peneguhan.

Terdapat beberapa teori yang membincangkan tentang motivasi dalam pembelajaran.

Antaranya ialah teori motivasi pencapaian, teori motivasi, teori ‘attribusi’ , teori pembelajaran

kawalan kendiri, teori motivasi peneguhan, teori motivasi Maslow, teori keazaman kendiri dan

pemilihan kendiri serta yang terakhir ialah teori motivasi jangkaan.

Berdasarkan kepada teori motivasi pencapaian, seseorang individu yang bermotivasi

untuk bertindak dan bertenaga akan cenderung untuk mencapai tiga matlamat iaitu pencapaian,

keanggotaan dalam kumpulan dan pengaruh. Menurut teori ‘attribusi’ yang telah dinyatakan oleh

Bernard Wiener, motivasi ialah kepercayaan seseorang tentang faktor yang menyebabkan

kejayaan atau kegagalan.

Seterusnya ialah teori pembelajaran kawalan kendiri yang telah dibincangkan oleh ahli

psikologi behavorisme dan sosial kognitif. Teori ini lebih memfokuskan kepada cara pelajar

menguruskan pembelajarannya, memilih strategi kognitif, metakognitif dan juga perlakuan yang

bertujuan untuk memaksimumkan usaha berkaitan dalam sesuatu tugasan dan mengekalkan

perhatian terhadap tugasan sendiri.


Seteruanya ialah teori motivasi peneguhan. Teori ini telah dikemukakan oleh ahli-ahli

psikologi dalam teori pembelajaran tingkah laku. Dalam teori pembelajaran tingkah laku,

motivasi dianggap sangat berkait rapat dengan peneguhan. Dengan kata lain, sesuatu perbuatan

yang baik yang dilakukan oleh seseorang pelajar, akan mendapat peneguhan positif atau

kepuasan.

Teori motivasi Maslow pula menjelaskan motivasi melalui hirarki keperluan. Keutamaan

keperluan yang bermula daripada asas iaitu fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghormnatan

kendiri dan akhir sekali sempurna kendiri, semuanya akan menimbulkan dorongan atau motivasi

untuk memenuhinya dan mencapai homeostasis yang menjadikan seseorang berada dalam

keadaa yang selesa.

You might also like