P. 1
Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

|Views: 5,572|Likes:
Published by ryudoyuki

More info:

Published by: ryudoyuki on Jun 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

JURNAL MINGGUAN OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 8 JANUARI 2009 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET & VYGOTSKY

Dalam teori perkembangan kognitif terdapat dua teori yang sering digunapakai iaitu teori yang telah diasaskan oleh Jean Piaget dan Vygotsky. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan terdapat sedikit perbezaan. Walaubagaimanapun, samada teori Piaget mahupun Vygotsky, kedua-duanya menjurus kearah perkembangan kognitif manusia iaitu sejak lahir sehingga hingga dewasa. Piaget yang juga merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal telah menyatakan bahawa, terdapat empat tahap yang mempengaruhi proses pemikiran kanak-kanak dari sejak lahir hingga meningkat dewasa. Namun kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan memahami konsep penting dalam teori Piaget, iaitu terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan adoptasi. Skema adalah konsep yang merujuk kepada potensi yang ada pada setiap individu yang akan mendorongnya untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan. Dengan kata lain ia adalah merupakan blok asas pemikiran manusia. Asimilasi pula merupakan satu proses penyesuaian yang berlaku apabila adanya sesuatu yang baru diperolehi dengan skema yang telah sedia ada. Melalui proses ini, seseorang individu akan mengikuti sesuatu modifikasi skema di mana ia adalah hasil daripada pengetahuan dan pengalaman yang baru tadi.

Konsep yang seterusnya ialah akomodasi. Akomodasi merupakan satu proses yang melibatkan perubahan pada struktur kognitif seseorang individu. Proses akomodasi hanya akan terjadi apabila skema yang sedia ada tidak dapat mengasimilasi atau menyesuaikan sesuatu yang baru yang belum lagi masuk ke kotak pemikiran seseorang individu. Manakala konsep yang terakhir ialah adaptasi. Ia adalah merupakan satu situasi yang mana wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi. Adaptasi juga merupakan kecenderungan untuk menyesuaikan diri dengan dua proses tadi iaitu akomodasi dan asimilasi. Keseimbangan antara kedunya hanya akan wujud setelah kanak-kanak mempunyai

kecenderungan dan keupayaan dalam diri nya untuk mencipta hubungan antara apa yang telah diperolehi dan dipelajari dengan keadaan sekililingnya. Seterusnya ialah empat tahap menurut Piaget iaitu tahap sensorimotor atau deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal. Pada tahap sensorimotor, kebolehan deria motor bayi yang baru lahir akan berkembang dengan melihat kepada hubungannya dengan keadaan di sekitarnya. Pada tahap ini juga terdapat enam sub tahap iaitu refleks, reaksi asas sekular, reaksi kordinasi, reaksi secular kedua, reaksi secular ketiga dan penggambaran pemikiran awal. Tahap praoperasi pula melibatkan penggunaan bahasa. Di mana ia akan mempengaruhi perkembangan pada tahap ini. Ia juga terbahagi kepada dua sub tahap iaitu tahap pro-konseptual dan tahap pra ±operasi. Seterusnya ialah tahap operasi konkrit. Tahap operasi konkrit menunjukkan kanak-kanak tidak akan berfikir dengan cara egosentrik lagi kerana meraka lebih gemar bertanya sesuatu perkara yang menarik minatnya yang didorong oleh perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.

Peringkat yang terakhir ialah tahap operasi formal. Pada tahap ini perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Mereka juga mampu membuat keputusan, memikirkan jalan penyelesaian, berfikir lebih rasional dan bersifat sistematik. Sebagai seorang bakal guru, saya pastinya akan mengaplikasikan teori Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Saya akan menumpukan dan memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar serta menghargai kepintaran, kecerdasan serta minat yang ditunjukkan. Di samping itu, saya akan memfokuskan kepada proses pemikiran pelajar dengan mengglakkkan mereka berfikir dan menghuraikan sesuatu pendapat. Selain dari itu, saya akan menyediakan bebrapa aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar-pelajar saya kerana menurut Piaget manusia memiliki tahap dan keupayaan berfikir dan penakulan yang berbeza. Menurut Vygostky pula, bahasa merupakan alat mental yang terpenting bagi bayi dalam proses perkembangannya. Apabila kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang, ia akan menjadi alat untuk menyelesaikanm masalah dan regulasi kendiri. Zon perkembangan proksimal juga menunjukkan bahawa tahap kompetensi kanak-kanak semasa dengan tahap yang boleh dicapai dengan bimbingan atau pun µscalffolding¶. Selain dari itu, Vygotsky menjelaskan bahawa perkembangan kognitif adalah satu proses sosial kerana kanak-kanak akan mempelajari dan terbentuk pemikiran dengan fokus kepada faktor sosial dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan teori Vygotsky dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kepelbagaian etnik dan sosial budaya. Di samping itu, saya akan menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan di mana pelajar yang lebih pandai akan membimbing pelajar yang lemah. Bantuan atau µscalffolding¶ serta kaedah dalam Zon Perkembangan Proximal sangat efektif dan sesuai dipraktikkan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->