You are on page 1of 12

BAB 2:

NASIONALISME
DI MALAYSIA
SEHINGGA
PERANG DUNIA
KEDUA

.1 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


SEBAB-SEBAB PENENTANGAN (m/s 30-31)
F1 Dasar penaklukan British
H1a Terhadap NNM dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
H1 Penguatkuasaan politiknya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya
b
C1a CTH: Apabila British mendapat Melaka dari Belanda, Naning (utara Melaka) dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
C1b Penghulu Dol Said menentang kehendak British dan menyebabkan berlakunya peperangan
F2 Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
H2a British ingin menguasai ekonomi tempatan untuk kepentingan mereka sendiri
H2 Dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan penduduk tempatan
b
H2c Menerusi perjanjian ini, saudagar dr NNS dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah
H2 Menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British
d
F3 Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
H3a British telah memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
H3 British memperkenalkan sistem cukai, undnag-undnag dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum
b
C3a Di Terengganu: penentangan berlaku krn British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah
mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah
C3b Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi penduduk tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan
mereka tanpa perlu membayar cukai
F4 Campur tangan British dalam adat resam tempatan
H4a British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan
C4a Di Perak: J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yg diamalkn selama ini iaitu, amalan menggunakan
orang suruhan
C4b Tindakan beliau ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan
F5 Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
H5a Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh sultan atau masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut
H5 Mereka berkuasa untuk menjaga hal-ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial
b
H5c Mereka kehilangan kuasa mentadbir kawasan tersebut apabila British menjajah
H5 Menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan
d
F6 Kesulitan penduduk tempatan
H6a Pelaksanaan undang-undang British menyulitkan kehidupan penduduk
H6 Penentangan pemimpin tempatan disokong oleh anak buah mereka
b
H6c Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama untuk menentang British

PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN (m/s 31-44)


PERISTIWA PENENTANGAN DI NANING ( m/s 31-32 )
F1 Penentangan dilakukan oleh Penghulu Dol Said
H1a Menentang British kerana tidak setuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sbhgn drpd jajahan takluknya
H1 Beliau mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 daripada hasilnya sebagai ufti kepada Melaka
b
H1c 1831: British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning
H1 Pasukan British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said
d
H1e Beliau mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali (Rembau), Syad Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai
Ujong dan Penghulu Gemencheh
H1f Beliau berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyillie yang berusaha untuk menawan Taboh dalam daerah
Naning
H1g 1932: British dengan 1200 orang tenteranya sekali lagi menyerang Naning
H1 Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa pun (kerana diugut oleh British)
h
H1i Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said
H1j Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka

PERISTIWA PENENTANGAN DI SARAWAK (m/s 33-35)


F1 Penentangan yang berlaku sama seperti di Naning
H1a 1842: James Brooke (Raja Putih Sarawak) berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan
pemimpin tempatan
H1 Pemimpin tempatan enggan menyerahkan kawasan mereka kepada Brooke dan menyebabkan Brooke menyerang daerah-dearah tersebut
b
F2 Penentangan yang dilakukan oleh Linggir, Rentap dan Sharif Masahor sama coraknya
H2a Penentangan oleh Linggir:
 Linggir – iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan J.Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis
dekat Batang Lupar
 Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah J.Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas
 Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut

H2 Penentangan oleh Rentap:


b
RENTAP:
 Rentap – pemimpin Iban, bermaksud penggoncang dunia  Nama
 1853: menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sg. Skrang yang dianggap sbgsebenar: lanun Libau
 Beliau menyerang pasukan J.Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman J.Brooke di daerah  itu Berasal dari
 Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke ttp tenteranya bertindak balas membakar kampung mereka Hulu Skrang
 Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan sekali lagi diserang oleh Brooke  Bergelar
 1861: Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap
 Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah
H2c Penentangan oleh Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur:
 Berlaku kerana mereka menolak penguasaan J.Brooke di wilayah mereka iaitu Sg.Rajang pada tahun 1857
 Disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
 1858: James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit dan diserang oleh Syarif Masahor
 Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang Brooke di Kuching namun gagal
 Sharif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
 Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke

PERISTIWA PENENTANGAN DI SABAH (m/s 35-36)


F1 Mat Salleh merupakan penentang terbesar terhadap SBUB di Sabah
H1a Beliau merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
H1 Kedudukannya tidak dihiraukan oleh SBUB
b
H1c SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh serta melaksanakan sistem cukai kepala, amalan buruh paksa, cukai beras dan surat
perahu
H1 Pegawai-pegawai SBUB turut bersikap kasar kepada penduduk tempatan
d
H1e 1895: Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan
H1f Gabenor Beaufort, C.V. Creagh telah menyerang dan membakar kampungnya kerana menganggap beliau mengancam kepentingan SBUB
H1g Beliau terpaksa melarikan diri (SBUB menawarkan hadiah sbnyk 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya mengkapnya)
H1 1897: Beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya
h
H1i SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya
H1j SBUB mungkir janji dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB
H1 Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh
k
H1l Beliau tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900

PERISTIWA PENENTANGAN DI PERAK (m/s 37-38)


F1 Penguasaan British didalangi oleh J.W.W. Birch
DATO’ MAHARAJA
H1a Orang tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela menentang penguasaan tersebut LELA:
H1 Penentangan ini berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan  Nama sebenar:
b Pandak Limo bin
F2 Faktor penentangan disebabkan oleh: Machang Lela Tok
H2a Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874 Mahmud
H2 Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka  Ialah pembesar
kelapan Perak dan digelar
b
Orang-Orang Kaya
H2c Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka
H2 Para pembesar menolak campur tangan Biritish dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
d
H2e J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu

Urutan peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela dan Orang Melayu di Perak:
TARIKH PERISTIWA
20 Januari 1874  Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke
Februari 1875  Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak terhadap campur tangan
British.
 Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak.
21 Julai 1875  Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-
undang British
12 September  Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan
1875 Abdullah dan para pembesar lain di Belanja
 Sultan Abdullah memberitahu rancangan tersebut kepada Sultan Ismail
31 Oktober 1875  Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British
 Mat Arshad, orang suruhan British dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak
2 November 1875  Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak,
Pasir Salak
13 November  Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang
1876 terlibat
 Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama
20 November  Perbicaraan diadakan di Matang, Perak
1877  Hakimnya ialah Raja Idris dan penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham
 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung
 Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor
 Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana, dan Syahbandar dibuang negeri ke Pulau Seychelles
 Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British

PERISTIWA PENENTANGAN DI NEGERI SEMBILAN (m/s 39-40)


F1 Penentangan dilakukan oleh pembesar tempatan
H1a Seperti Yam Tuan Antah Sri Menanti & Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal
H1 Mereka menentang kemasukan British di Sungai Ujong
b
F2 Penentangan oleh Dato’ Syahbandar Sungai Ujong:
H2a Beliau enggan tandatangan perjanjian dengan British pada 21 April 1874
H2 Beliau juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dlm
b pertikaian mereka
H2c Dato’ Bandar dan Dato’ Kelana berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari NNS
H2 Dengan bantuan British, Dato’ Kelana berjaya mengalahkan Dato’ Bandar untuk menguasai Sungai Ujong
d
H2e Dato’ Bandar terpaksa berundur ke Selangor
H2f Beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874
H2g Dato’ Bandar setuju untuk meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura
H2 Dato’ Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British
h
F3 Sebab-sebab penentangan Yam Tuan Antah Sri Menanti:
H3a British menduduki Sungai Ujong
H3 British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi
b
H3c British menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi
H3 1888: Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai
d

PERISTIWA PENENTANGAN DI PAHANG (m/s 40-41)


F1 Faktor-faktor penentangan:
H1a 1888: Beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British
H1 Pelantikan J.P. Rodgers sebagai Residen Pahang yang pertama
b
H1c Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan
C1a Contohnya seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan polis luar
H1 Undang-undang tersebut menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan
d
F2 Peristiwa-peristiwa penentangan:
H2a Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul serta rakan-rakannya telah bersatu menentang British selama 5 tahun
H2 1890: Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya
b
H2c 1891: Menyerang British kerana menangkap anak buahnya kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
H2 1892: Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua ( serangan ini bertambah hebat apabila mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya,
d Mat Kilau)
H2e 1894: Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai (British bertindak menghantar Kolonel Walker utk tawan semula
Jeram Ampai)
H2f 1895: Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan (menandakan berakhirnya penentangan terhadap British di Pahang)
F3 Kesan-kesan penentangan:
H3a Dato’ Bahaman mendapat perlindungan drpd penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan
H3 Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan
b
H3c Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu
H3 1896: Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn
d
H3e Dato’ Bahaman menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 100 Baht dan meninggal dunia di sana

PERISTIWA PENENTANGAN DI KELANTAN (m/s 41-42)


F1 Faktor-faktor penentangan:
H1a Penentangan berlaku apabila Sistem Residen diperkenalkan pada tahun 1910 di Pasir Puteh
H1 British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan
b
H1c Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai
H1 Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh, Encik Abdul Latif
d
H1e Pihak polis (yang diketuai oleh Sarjan Che Wan) diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal kerana Sarjan Che wan ditikam
oleh Tok Janggut
F2 Peristiwa-peristiwa penentangan:
H2a 1915: Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan setuju menyerang Pasir Puteh dan
mereka berjaya mendudukinya selama 3 hari dengan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada cengkaman British
H2 Membentuk sebuah kerajaan
b
H2c Engku Besar Jeram sbg raja, Tok Janggut sbg Perdana Menteri dan Che Ishak sbg Pegawai Daerah
H2 British membawa masuk tentera dari NNS dgn kapal Perang H.M.S Cadmus dgn menggunakan nama Sultan Kelantan
d
H2e Faktor kemenangan British: (1) serangan yang tersusun (2) penggunaan senjata yang lebih moden
F3 Kesan-kesan penentangan:
H3a Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung sonsang di pasar sebagai amaran kepada
masyarakat tempatan yang berani menentang British

TOK JANGGUT:
 Nama sebenar: Hj Mat Hassan
bin Munas
 Mendapat pendidikan agama di

PERISTIWA PENENTANGAN DI TERENGGANU (m/s 42-44)


F1 Faktor-faktor penentangan:
H1a Haji Abdul Rahman Limbong tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan kepada orang
tempatan
F2 Peristiwa-peristiwa penentangan:
H2a 1922 (Julai & Ogos): Hj Abd Rahman Limbong mengetuai pndduk kmpg membersihkan tnh di K. Telemong tnpa menghiraukan peraturan
tersebut
H2 1925 (Mei): Kira-kira 300 org penduduk kmpng berkumpul & membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abididn lll
b
H2c Tanah tersebut meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam
H2 Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan
d
H2e 1928 (Mei): Kemarahan penduduk terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan serangan bersenjata
H2f Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di K. Berang berjaya mendudukinya
H2g Kumpulan K. Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG:
H2 British menggunakan nama dan kuasa sultan Terengganu dengan:  Nama sebenar: Hj Abd Rahman b Hj
h Abd Hamid
H2i Menghantar 3 org pembesar yang membawa perintah sultan utk menawan semula K. Berang  Digelar Limbong krn beliau sering
H2j Menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya
H2 Cara ini memudahkan British kerana rakyat tidak akan menderhaka kepada sultan
k
H2l Seramai 25 org polis menyerang K. Telemong dan berjaya kalahkan kebangkitan tersebut dengan mengorbankan 11 orang
H2 Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura
m
H2 Beliau berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah
n

2.2 GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME (m/s 45-49)
F1 PENGENALAN SISTEM POLITIK BARAT
H1a Penjajahan British melalui Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik Barat & memusnahkan sistem politik tradisional
tempatan
H1 British meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
b
H1c Para pembesar diberikan pencen & tempat mereka digantikan oleh pegawai British
H1 Perubahan ini mencabar amalan atau tradisi mereka dan menjatuhkan maruah mereka
d
H1e Membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British
F2 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN
F2a Pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan Sekolah Vernakular Melayu
F2b Berjaya melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
F2c Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
F2d Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
F3 DASAR BRITISH
H3a Britsh menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berdagang, berniaga, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
H3 Ramai orang asing telah datang dan menetap di Tanah Melayu
b
H3c Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
H3 Menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
d
H3e Orang asing menguasai ekonomi di Tanah Melayu dlm perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan
H3f Orang Melayu kekal dengan pertanian yang tidak dimajukan oleh British
H3g British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya
H3 Orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan
h
H3i Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di bandar: elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain
H3j Kesan-kesan yang berlaku:
 Menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara penduduk di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar
 Dasar British memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
 Hal ini disedari oleh golongan intelek dan dijadikan isu gerakan nasionalisme Melayu
F4 PENDUDUKAN JEPUN
H4a Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara2 Asia utk menentukan kemajuan & meningkatkan persaudaraan
antara negara
H4 Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan menjanjikan kemerdekaan
b
H4c Penduduk tempatan membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur kerana kezaliman yang dilakukan
H4 Semua penjajah zalim dan menekan kehidupan orang tempatan
d
H4f Tentangan orang Melayu terhadap penjajah semakin jelas apabila British memperkenalkan Malayan Union pada 1946
F5 PENGUASAAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
H5a Penguasaan PKM selama 14 hari pada thn 1945 membangkitkan semangat menentang penjajahan
H5 Memulakan penyebaran ideologi komunis
b
H5c PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
H5 Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
d
H5e Gerakan ini telah mencetuskan konflik dan perkauman
H5f Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh PKM
F6 KEMUNCULAN MESIN CETAK
H6a Membantu menyebarkan ilmu pengetahuan
H6 Mendorong penentangan terhadap British
b
H6c Idea menentang penjajah dapat disebarkan melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain

F7 GERAKAN PAN-ISLAMISME
H7a Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lbh progresif tehadap Islam untuk menentang
penjajah Barat ke atas negara-negara Islam
H7 Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia
b
H7c Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mesir telah memulakan gerakan reformasi
H7 Beliau menulis bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat serta mendorong umatnya menuju
d kejayaan
H7e Tulisan beliau ini disebarkan di dalam majalah al-Manar
H7f Terdapat Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi yang mendesak matlamat yang sama
F8 KESEDARAN POLITIK
H8a Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
H8 Ada yang menjadi penulis besar
b
H8c Karya mereka menjadi bahan bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama yg berpendididkan vernakular Melayu
H8 Masyarakat tempatan dapat menghayati idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang tersebar
d luas
H8e Kemasukan orang Indonesia ke Tnh Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

GERAKAN ISLAH DALAM MENINGKATKAN MINDA BANGSA (m/s 49-50)


GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA
F1 Ialah gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F2 Dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh
F3 Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar kembali ke Tanah Melayu untuk memulakan Gerakan Islah
F4 Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
F5 Tokoh penting dalam gerakan ini ialah:
 Sheikh Tahir Jalaluddin
 Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
 Haji Abbas bin Muhammad Taha
 Dr. Burhanuddin al-Helmy
F6 Akhbar dan majalah yang terkenal ialah al-Imam, Neracha, Idaran Zaman, Saudara, al-Ikhwan dan Pengasuh
F7 Majalah al-Imam: (1) memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu (2) kesedaran akan kepentingan pendidikan &
ekonomi
F8 Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia termasuklah gesaan utk memajukan ekonomi, politik & sosial
org Melayu
F9 Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
F10 Turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
F11 Gerakan ini ditentang oleh Kaum Tua
F12 Dapat bergerak di NNS sahaja krn beberapa undang-undang telah dikeluarkan di NNM bagi menghalang pengaruh Kaum Muda
F13 Antara isi kandungan undang-undang tersebut ialah:
 Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
 Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke NNM
F14 Menubuhkan beberapa buah madrasah
F15 Menjalankan system pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardhu ain, ilmu Hisab dan Bahasa
Inggeris
F16 Memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN:


 Menubuhkan Jelutung Press SHEIKH TAHIR JALALUDDIN:
 Menerbitkan Saudara  Menulis dalam dlm al-Manar &
 Mendirikan madrasah al-Masyhor di menjadi kadi di Perak
P.Pinang

GERAKAN ISLAH OLEH KAUM TUA


F1 Menentang gerakan Kaum Muda
F2 Terdiri daripada golongan alim ulama dan pegawai agama yg tidak menerima idea Islah Kaum Muda
F3 Menguasai masyarakat dengan fahaman mereka bahawa islam itu adalah tentang akhirat
F4 Menekankan perkara fardhu ain sahaja sehingga menyukarkan Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu
F5 Berpegang kuat kepada adat dan agama Islam
F6 Menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang idea Kaum Muda

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN (m/s 50-54)


PERANAN AKHBAR:
F1 Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu-p adu
F2 Mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu ZA’BA:
F3 Membangkitkan persoalan tentang sosial atau pendidikan, ekonomi dan sosial  Tokoh bahasa, pemikir dan
F4 Antara penulis akhbar yang terkenal ialah: cendekiawan ulung
 Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)  Karyanya: Ilmu Mengarang Melayu dan
 Dato’ Onn Jaafar
 Abdul Rahim Kajai

AKHBAR DAN ISU YANG DIBANGKITKAN


AKHBAR ASPEK ISU
1) Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
2) Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
3) Menyeru kpd org Melayu spaya meninggalkan sikap negatif spt memilih kerja dan tidak mahu berusaha
SOSIAL 4) Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
DAN 5) Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
PENDIDI 6) Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
 Warta Malaya KAN 7) Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
 Lembaga 8) Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Malaya 9) Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
 Majlis 10) Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
 Utusan Melayu 1) Menggalakkan syarikat kerjasama
 Warta Negara 2) Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan
 Fajar Sarawak EKONOM 3) Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
I 4) Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
5) Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
6) Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
1) Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
2) Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu krn tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya
POLITIK utk rakyat
3) Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
4) Menuntut mengadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi org Melayu dlm
perkhidmatan kerajaan
5) Menyeru org Melayu di Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
6) Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

PERANAN MAJALAH:
F1 Memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan
F2 Pelbagai corak majalah sebanyak 120 buah telah diterbitkan
F3 Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan dan orang asing
F4 Antara majalah yang terkenal ialah : Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930)

MAJALAH DAN ISU YANG DIBANGKITKAN


MAJALAH ISU
Majalah Guru 1. Pendidikan anak-anak Melayu
Pengarangnya: 2. Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu
 Muhammad Dato’ Muda 3. Meniupkan semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan
Linggi 4. Membaiki taraf hidup orang Melayu
 Yusuf Ahmad 5. Memajukan bahasa dan sastera Melayu
 Mohd. Sidin Rashid 6. Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa
1. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
Pengasuh 2. Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
Pengarangnya: 3. Memperluas ilmu dalam semua bidang
 Dato’ Nik Mohamad 4. Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
5. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
1. Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor
Bulan Melayu 2. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
Pengarangnya: 3. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
 Zainon Sulaiman 4. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
PERANAN NOVEL
F1 Berlaku pada awal abad ke-20
F2 Membawa mesej-mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan yang patut dimiliki oleh generasi muda Melayu
F3 Sikap menentang penjajah dalam apa bentuk sekalipun adalah dituntut untuk membela maruah bangsa
F4 Wanita juga digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri bagi membentuk dan membangunkan bangsa

NOVEL DAN TEMA SEMANGAT KEBANGSAAN YANG DIBANGKITKAN


NOVEL TEMA SEMANGAT KEBANGSAAN
Keris Melaka 1. Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis.
Pengarang: 2. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah.
Ahmad Bakhtiar 3. Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat
perjuangan bangsa bagi generasi muda.
Anak Mat Lela Gila 1. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
Pengarang: 2. Menghargai warisan bangsa sendiri.
Ishak Haji Muhammad 3. Mencintai tanah air.
4. Menolak kesenangan demi maruah bangsa.
Putera Gunung Tahan 1. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
Pengarang: 2. Mencintai tanah air.
Ishak Haji Muhammad 3. Merasa bangga dengan kebolehan sendiri.
4. Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu
menjatuhkan maruah bangsa.
Melor Kuala Lumpur 1. Emansipasi / kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
Pengarang: 2. Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
Harun Aminurrashid 3. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU (m/s 54-57)

Muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.


Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa.

KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)


F1 Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura
F2 Pengasasnya : Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh
F3 Disokong oleh mereka yang berpendidikan Inggeris
F4 Tujuan : Untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
F5 Jasa dan sumbangan Mohammad Eunos Abdullah :
H5a Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
H5b Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan NNS sebagai wakil orang Melayu
H5c Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
H5d Berjaya memperolah sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
H5e Kejayaan ini mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, P.Pinang dan NNM yg lain pd thn 1930-an

PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYSIA (PASPAM)


F1 Ditubuhkan pada tahun 1934
F2 Dipimpin oleh golongan cerdik pandai Pulau Pinang
H2a Seperti S.M. Zainal Abidin B.A.
F3 Tujuan penubuhan : Untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan
bangsa
F4 Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
F5 PASPAM yang mempunyai organisasi yang kemas dan perlembagaannya sendiri mendapat sambutan hangat
F6 Tidak bersifat parti politik tetapi mampu menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu

PERSATUAN NEGERI DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU


F1 Seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938)
F2 Objektif utama : Untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi,
pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
F3 Dengan cara ini, perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan.
PERSATUAN DI SARAWAK
F1 Persatuan Melayu Miri yang ditubuhkan pada tahun 1936
F2 Persatuan Melayu Sarawak pada tahun 1939
H2a Terbentuk hasil daripada pengaruh persatuan-persatuan negeri di Semenanjung
H2b Idea untuk menubuhkan persatuan ini telah muncul pada tahun 1937 tetapi gagal kerana telah dibantah oleh Brooke
H2c Brooke setuju mendaftarkannya hanya dengan naungan Datu Patinggi Abang Abdillah
H2d Pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura
F3 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak pada tahun 1939
H3a Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
H3b Tujuan penubuhan :
 Untuk mengeratkan perpaduan Melayu
 Menggalakkan pendidikan
 Menjaga budaya dan maruah bangsa
 Menegakkan ajaran agama Islam
H3c Mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching

PERSATUAN DI SABAH
F1 Kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol
F2 Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja
H2a Iaitu di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau
F3 Kegiatannya mirip kepada persatuan di Semenanjung
F4 Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu
F5 Kegiatan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah.

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)


F1 Ialah persatuan separa politik
F2 Ditubuhkan pada tahun 1939
F3 Pemimpinnya : Ibrahim Haji Yaakob – merupakan wartawan akhbar Majlis, di Kuala Lumpur
F4 Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia
F5 Objektif utama persatuan ini ialah :
H5a Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
H5b Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
F6 Persatuan ini didaftarkan oleh : Mustapha Husein, Naib Ketua KMM pada bulan Disember 1940
F7 Namun, tujuannya lebih bersifat politik.
F8 Sumbangan Ibrahim Haji Yaakob :
H8a KMM berkerjasama dgn Jepun pd akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu
F9 Antara tindakannya :
H9a Menjadikan KMM sebagai salah sebuah badan propaganda Jepun
H9b Membeli akhbar Warta Malaya untuk dijadikan sebagai alat propaganda anti-British
H9c Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
F10 Cawangan KMM ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British
F11 Penyokong-penyokong KMM:
H11a Seperti Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol, Perak
H11 Menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British
b
F12 Pada tahun 1941, British menangkap Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lbh krg 150 org penyokong kerana kegiatan
tersebut
H12a Mereka dipenjarakan di Changi, Singapura

KONGRES MELAYU
F1 Diadakan pada tahun 1939 pada tahun 1940
F2 Merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
F3 Kongres ini membincangkan perihal :
H3a Kemunduran orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi
H3b Layanan pilih kasih British kepada anak negeri
F4 Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu
F5 Menggambarkan perpaduan Melayu utk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang amat lemah
F6 Melalui kongres ini, orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN (m/s 57-59)


Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan
F1 Dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu :
H1a Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
H1b Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun utk Utusan Melayu
H1c Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
H1d Nilai budaya Jepun diperkenalkan
H1e Menyekat kebebasan suara penduduk di Tanah Melayu
H1f Hanya memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya dan yang bergerak di bawah penguasaannya
C1a Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu
H1g Mereka dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun
F2 Akibat tekanan Jepun, gerakan bawah tanah menentang Jepun telah berlaku

MALAYAN PEOPLE’S ANTI-JAPANESE ARMY (MPAJA)


F1 Ditubuhkan oleh PKM untuk menentang Jepun
F2 MPAJA disokong oleh British dan diberikan bantuan senjata
F3 Bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun

PASUKAN BINTANG TIGA


F1 Ditubuhkan oleh PKM
F2 Ahlinya terdiri daripada tiga kaum utama di Tanah Melayu seperti Melayu, Cina dan India

PASUKAN WATANIAH PAHANG


F1 Ditubuhkan di kalangan orang Melayu di Pahang
F2 Merupakan pasukan sukarela menentang Jepun
F3 Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun

FORCE 136
F1 Keanggotaannya adalah kecil
F2 Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British
F3 Bergerak secara gerila di hutan
F4 Bergerak aktif di Kedah, Johor dan Pahang

Pada akhir pendudukan Jepun, usaha untuk memerdekakan Indonesia telah dijalankan
F1 Ibrahim Haji Yaakob telah meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia
F2 Sesuai dengan matlamat asal KMM untuk menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
F3 Melayu Raya atau Indonesia Raya :
 Ialah slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu
 Mereka mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit, Srivijaya atau empayar Melaka
 Idea negara besar Melayu ini telah dimulakan di MPSI oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tawarikh (Sejarah) di maktab
tersebut

KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG (KRIS)


F1 Ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan tugas tersebut
F2 Kongres pemuda KRIS diadakan di KL bg membincangkan persediaan kemerdekaan dgn Indonesia
F3 Soekarno telah mengisyhtiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal kerana kekalahan Jepun secara mendadak
F4 Tarikh asal 17 Ogos 1945 kepada 15 Ogos 1945
F5 Menyebabkan persidangan KRIS di KL dibatalkan
F6 Ibrahim Haji Yaakob, isterinya dan orang kanannya berlindung di Indonesia
F7 Kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal
F8 British kembali menguasai Tanah Melayu pada bulan September 1945
 Hasrat KMM utk membentuk Melayu Raya atau Indonesia Raya tidak tercapai apabila British menguasai
Tanah Melayu.

You might also like