You are on page 1of 16

Migrasi Dalaman

Penduduk Di
Kawasan Kampung
Parit 1/7L,
36600 Chenderong
Balai,
Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk

pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk

iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru

untuk membuat kajian ini di kampung Parit 1/7L memandangkan ia amat bersesuai

dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Parit 1/7L  sememangnya terdapat

migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pertanian

di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan

Mac sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu

laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan

faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan kawasan

kajian saya.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)    Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan Parit 1/7L.

3)    Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di.

kawasan Parit 1/7L.

4)    Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5)    Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di

kawasan kajian.

6)    Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kampung Parit

1/7L mengenai kepentingan migrasi.


KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit 1/7L,Chenderong Balai Lokasi

kawasan kajian ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Teluk Intan dan kira-kira

3km dari pekan  Chenderong Balai. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk

pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang

mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya

mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’Yahya Subban

yang mempunyai jumlah pelajar kira-kira dalam 800orang. Kampung saya juga

mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan

pengangkutan yang sempurna,ia juga terletak berhampiran dengan jalan besar.

Kampung Parit 1/7L mempunyai tanah  subur ( tanah pamah ) yang rata dan

ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertainan.

Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah

mempunyai kira-kira 68 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada

kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu

menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan,

perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.


KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan

digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan

bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja

kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian          

saya dan beberapa rakan saya telah pergi ke kawasan kajian untuk mencari

bahan maklumat. Kami memerhati pandang darat fizikal kawasan kajian

dan telah membuat kesimpulan mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian ini.

2) Temu Bual    

seterusnya saya dan rakan-rakan saya telah menemu bual beberapa orang

penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka

tentang pola migrasi di kampong Parit 1/7L. Temu bual dijalankan kepada

beberapa penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana

mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung

Parit 1/7L
3) Soal Selidik              

Saya dan rakan-rakan saya telah menyediakan surat kebenaran soal selidik.

Melalui kaedah ini,seramai 20 orang respondan telah terlibat,saya dapat

mengenal pasti bilangan ahli keluarga yang terlibat dalam sector pertanian

hingga mendorong meraka untuk bermigrasi ke tempat yang lain.

4) Rujukan                    

selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang

penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.


DAPATAN KAJIAN
Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi

sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada

kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini,

migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan

menetap secara kekal atau sementara .Sebagai contoh,pelajar lepasan SPM atau

STPM ingin mencari peluang pekerjaan di Bandar Kuala Lumpur untuk mencari

wang simpanan.
Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering

berlaku di kampung Parit 17L. Berikut ialah pola migrasi yang berlaku di kawasan

kajian.

i) Migrasi luar bandar ke bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampong Parit

1/7L.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu tolakan dan tarikan.

Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang

terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana

kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di

sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan

perkhidmatan.sebagai contoh,pelajar lepasan SPM dan STPM ingin menyambung

pengajian di pusat pengajian tinggi yang terletak di kawasan bandar.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku

disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah

seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk

yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan

pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar

bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.


iii)Migrasi Bandar ke Luar Bandar

Keadaan ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini banyak berlaku

Kampung saya kerana penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi pulang ke

kampung kerana telah tamat pengajian di Pusat pengajian yang terletak di

kawasan bandar
Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh

beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut

ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i)  melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan


kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan
banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara,
universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan
kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan
yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor
perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga
menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan

- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya


pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di
bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya
penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan
kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai
contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa
buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut
keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak
langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin
bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk


yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk
sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah


memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang
dapat dilihat ialah :-
A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di


kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah
ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor
governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di
kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh
penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah
disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan
pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran
terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing
yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian.
Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan
kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti
kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan


warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan
di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan
menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah
menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang
berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah
menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak
serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk
mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf
hidup, kemakmuran kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah
saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk
dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung
daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.

Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan
selamat untuk dihuni.

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan kampung Parit 1/7L ini selamat daripada sebarang

masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-


1) Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan

kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah.

Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi

memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih

banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi

masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan

dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat

penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau

meninggalkan kampung dan berhijrah  ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang

dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar
bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya

menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang

tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi.

Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk

kampung saya ini.


RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa

yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah

kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang

keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk

kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana

mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan

kampung saya.

You might also like