You are on page 1of 28

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
1.1 Era maklumat dan remaja 2
1.2 Tajuk kajian 3
1.3 Objektif kajian 3
1.4 Permasalahan kajian 3
1.5 Lokasi dan skop 4
1.6 Metodologi 4

2.0 Analisis data 5-20

3.0 Perbincangan
3.1 Isu,cabaran dan impak ICT- Satu pendekatan dalam Islam 21
3.2 Kesahihan maklumat 22
3.3 Pelayaran laman web negatif 23
3.4 Permasalahan remaja 24
3.5 Nilai etika dalam ICT 25

4.0 Kesimpulan 27

5.0 Rujukan 28

1|Page
1.0 PENGENALAN

1.1 Era maklumat dan remaja

Mengikut Alvin Tofler, masyarakat sekarang berada dalam gelombang ketiga iaitu
gelombang maklumat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan
gelombang perindustrian. Era maklumat ialah suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat
dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. Era maklumat muncul dengan
meningkatnya masyarakat berasaskan maklumat dan ini termasuk juga dengan penglibatan
remaja.

Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh
peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu
akan mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan
tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ (emotional age)
kerana di peringkat mencari identiti, mereka sering berhadapan dengan konflik diri bahawa
wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbangan
untuk menempuhi alam dewasa.

Jadi, kumpulan Kaizer Impreza mengambil inisiatif untuk membincangkan perkaitan


pemodenan ICT( Information, Communication and Technology) terhadap pembangunan
akhlak remaja. Hal ini menjadi persoalan kerana adakah pemodenan ICT membawa anjakan
paradigma yang lebih baik terhadap pembangunan akhlak remaja ataupun disalahgunakan
oleh remaja pada masa kini.

2|Page
1.2 TajukKajian

Tajuk tugasan yang telah dipilih ialah ”Peranan ICT(Information,Communication


And Technology) terhadap pembangunan akhlak remaja”. Seperti mana yang sedia maklum,
akhlak remaja pada masa kini boleh dikatakan berada di tahap yang amat membimbangkan.
Sebagai contoh, laman-laman yang tidak bermoral semakin berleluasa dan telah banyak
mempengaruhi para remaja. Justeru, tajuk ini dipilih untuk membincangkan sama ada akhlak
remaja pada masa kini masih boleh diperbaiki atau semakin teruk ditelan arus pemodenan
ICT.

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perlakuan positif dan negatif
remaja terhadap penggunaan ICT. Selain itu juga, kajian ini ingin melahirkan remaja yang
berakhlak mulia seiring dengan pemodenan ICT pada masa kini.

1.4 Permasalahan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengembalikan akhlak remaja yang semakin
hanyut seiring dengan pemodenan ICT. Seperti mana yang sedia maklum, perkembangan ICT
sedikit sebanyak mengeksploitasi pemikiran remaja. Sebagai contoh, kurangnya pemantauan
ibu bapa terhadap penggunaan ICT oleh anak-anak. Hal ini menyebabkan remaja semakin
bebas menerokai laman-laman web yang keterlaluan dan tidak bermoral. Jika masalah ini
tidak dibendung, mereka akan mempraktikkan perkara yang mereka lihat di dalam kehidupan
seharian mereka. Oleh yang demikian, remaja juga perlu mempunyai motivasi diri untuk
membezakan antara positif atau negatif terhadap penggunaan ICT.

3|Page
1.5 Lokasi Dan Skop

Kajian ini dijalankan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak 30


responden dalam lingkungan umur di antara 19 tahun hingga 40 tahun telah diberi borang
soal selidik untuk dijawab. Bilangan responden ini telah dihadkan mengikut jantina masing-
masing iaitu sebanyak 15 responden lelaki dan 15 responden perempuan. Responden ini juga
termasuk mahasiswa dan kakitangan UKM.

1.6 Metodologi

Kaedah pengumpulan maklumat adalah terbahagi kepada dua cara iaitu melalui resensi
perpustakaan dan kajian lapangan. Melalui resensi perpustakaan, sebanyak 60% maklumat
telah diambil menerusi buku dan jurnal. Selebihnya pula diambil menerusi bahan internet
tetapi maklumat ini hanyalah daripada sumber rasmi dan akademik sahaja. Bagi kajian
lapangan pula, sebanyak 30 orang responden telah diberi borang soal selidik untuk dijawab.

4|Page
2.0 ANALISIS DATA

SOALAN 1

Masyarakat Barat menggunakan penyebaran internet untuk memusnahkan


pembangunan remaja sekarang. Daripada kenyataan ujikaji ini, majoriti peratusan yang
setuju bagi golongan lelaki yang merangkumi mahasiswa dan kakitangan UKM ialah 86.7% .
Manakala 13.3 % daripada golongan ini tidak pasti dengan kesahihan kenyataan ini.

Bagi mahasiswi serta kakitangan perempuan UKM pula, 66.7 % daripada mereka
sangat setuju , 20% setuju manakala yang selebihnya iaitu 13.3% tidak pasti bahawa internet
digunakan oleh masyarakat Barat untuk menghancurkan pembangunan remaja dewasa ini.

Mengikut data peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, hal ini
menunjukkan majoriti warga UKM bersetuju bahawa masyarakat Barat menggunakan
penyebaran internet untuk memusnahkan pembangunan remaja sekarang.

5|Page
SOALAN 2

Graf di atas menunjukkan peratusan kajian berdasarkan soalan ujikaji, remaja yang
tidak selalu melayari internet lebih berakhlak berbanding dengan remaja sering melayari
internet . Daripada ujikaji soalan ini, majoriti golongan lelaki merangkumi mahasiswa dan
kakitangan di sekitar kampus UKM tidak bersetuju dengan nilai peratusan sebanyak 73.3 %.
Manakala peratusan selebihnya adalah sama bagi golongan yang bersetuju dan golongan
yang tidak pasti dengan peratusan sebanyak 13.3%.

Bagi mahasiswi serta kakitangan perempuan UKM pula, mereka juga menunjukkan
peratus tidak setuju yang tinggi iaitu sebanyak 80%. Manakala mereka yang tidak pasti
dengan soalan ujikaji ini ialah sebanyak 20%.

Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar UKM tidak menyokong bahawa
remaja yang tidak selalu melayari internet lebih berakhlak berbanding dengan remaja sering
melayari internet.Tiada bukti atau kajian yang sahih yang dapat membuktikan kebenaran
kenyataan ini.

6|Page
SOALAN 3

Penyataan soal selidik seterusnya ialah penggunaan internet meruntuhkan akhlak dan
sahsiah diri remaja. Melalui soalan ujikaji ini, graf menunujukkan majoriti golongan lelaki
merangkumi mahasiswa dan kakitangan di sekitar kampus UKM telah menjawab tidak pasti
dengan nilai peratusan sebanyak 40%. Namun ada juga yang telah menjawab tidak bersetuju
iaitu dengan nilai peratusan sebanyak 26.7%. Manakala yang selebihnya iaitu sebanyak
33.3% sangat setuju dengan penyataan tersebut.

Berbeza bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi dan kakitangan


UKM,majoriti di antara mereka telah menjawab sangat setuju dengan soalan ujikaji ini iaitu
dengan peratusan sebanyak 66.7%. Sebanyak 20% diantara mereka telah menjawab tidak
setuju manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 13.3% tidak pasti dengan penyataan ini.

Menigkut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, hal ini


menunjukkan bahawa separuh daripada warga UKM sangat bersetuju bahawa penggunaan
internet mampu meruntuhkan akhlak dan sahsiah diri remaja.

7|Page
SOALAN 4

Graf di atas menunjukkan peratusan kajian berdasarkan soalan ujikaji. Daripada


ujikaji soalan ini, majoriti lelaki merangkumi mahasiswa dan kakitangan di sekitar kampus
UKM tidak bersetuju dengan peratusan sebanyak 46.7 % bahawa internet boleh memberi
kesan yang baik terhadap pembangunan remaja. Manakala selebihnya 6.7% sangat tidak
bersetuju, 20% tidak pasti dan 26.6% bersetuju dengan penyataan ini.

Bagi mahasiswi serta kakitangan perempuan UKM pula, mereka sebaliknya


menunjukkan peratus setuju sebagai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 40%. Manakala
mereka yang tidak bersetuju dengan soalan ujikaji ini ialah sebanyak 33.3% dan 26.7%
daripada mereka tidak pasti bahawa internet boleh memberi impak yang baik terhadap
pembangunan remaja.

Hal ini menunjukkan bahawa lebih ramai masyarakat di sekitar UKM tidak bersetuju
penggunaan internet dapat memberi kesan yang baik terhadap pembangunan remaja.

8|Page
SOALAN 5

Soalan ujikaji berikutnya ialah perkembangan internet lebih menjurus kesan positif
kepada remaja berbanding kesan negatif. Melalui soalan ujikaji ini, graf menunujukkan ramai
golongan lelaki merangkumi mahasiswa dan kakitangan di sekitar kampus UKM tidak
menyokong dengan nilai peratusan sebanyak 46.7% sangat tidak setuju dan 20% tidak
bersetuju. Namun masih terdapat juga yang menyokong iaitu dengan nilai peratusan sebanyak
20% manakala 13.3% daripada mereka tidak pasti dengan penyataan ini.

Manakala bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi dan kakitangan


UKM,majoriti di antara mereka juga tidak menyokong dengan soalan ujikaji ini iaitu dengan
peratusan sebanyak 40% sangat tidak setuju dan 26.7% tidak bersetuju. Sebanyak 13.3% di
antara mereka tidak pasti dan selebihnya menyokong dengan peratusan sebanyak 13.3%
bersetuju dan 6.7% sangat bersetuju.

Mengikut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, hal ini


menunjukkan masyarakat UKM tidak bersetuju bahawa perkembangan internet lebih
menjurus kesan positif kepada remaja berbanding negatif.

9|Page
SOALAN 6

Graf di atas menunjukkan peratusan lelaki dan perempuan bagi soalan ujikaji ibu bapa
patut dipersalahkan akibat tidak memantau penggunaan internet oleh anak-anak. Melalui
keputusan ujikaji soalan ini, golongan adam dan hawa yang merangkumi mahasiswa dan
kakitangan UKM bersetuju bahawa ibu bapa patut dipersalahkan. Peratusan golongan adam
yang bersetuju ialah 60% dan 13.3% sangat bersetuju. Manakala bagi golongan hawa pula
ialah 53.3% bersetuju dan 6.7% sangat bersetuju.

Namun ada juga di antara golongan hawa tidak bersetuju bahawa ibu bapa patut
dipersalahkan iaitu sebanyak 26.7% tidak bersetuju.Bagi golongan yang tidak pasti pula,
26.7% daripada golongan adam manakala golongan hawa ialah 13.3%.

Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar UKM bersetuju bahawa ibu bapa
patut dipersalahkan akibat tidak memantau penggunaan internet oleh anak-anak.

10 | P a g e
SOALAN 7

      

Video-video yang tidak bermoral merupakan penghalang utama terhadap


pembangunan remaja. Daripada kenyataan ujikaji ini, graf menunjukkan golongan lelaki yang
merangkumi mahasiswa sangat bersetuju dengan peratusan yang tinggi yakni 66.67%. Hanya
20% bagi yang bersetuju dan 13.33% bagi yang kurang pasti. Tiada responden lelaki yang
menyatakan sangat tidak dan tidak setuju bahawa video-video tidak bermoral merupakan
penghalang utama terhadap pembangunan remaja.

      Manakala bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi, majoriti diantara mereka
juga sangat bersetuju dengan kenyataan ini iaitu dengan peratusan sebanyak 73.33%.
Sebanyak 13.33% diantara mereka menyatakan setuju dengan kenyataan ini. Hanya seorang
responden perempuan yang tidak bersetuju dengan penyataan uijikaji ini.

11 | P a g e
      Ujikaji ini menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar UKM bersetuju dengan kenyataan
video-video yang tidak bermoral merupakan penghalang utama terhadap pembangunan
remaja.  

SOALAN 8

Graf di atas menunjukkan peratusan kajian berdasarkan soalan ujikaji. Kenyataan


ujikaji ialah remaja lebih suka melayari laman-laman web yang tidak bermoral berbanding
yang ilmiah.

Melalui kenyataan ujikaji ini, graf menunjukkan ramai golongan lelaki merangkumi
mahasiswa di sekitar kampus UKM telah menyokong dengan nilai peratusan sebanyak
33.33% bagi penyataan sangat tidak setuju. Manakala bagi peratusan penyataan tidak setuju,
hanya separuh daripada peratusan sangat tidak setuju dengan 13.33%. Sebanyak 26.67%
daripada semua responden lelaki tidak pasti bahawa remaja lebih suka melayari laman-laman
web yang tidak bermoral berbanding yang berilmiah. Hanya 20% yang bersetuju dengan
penyataan masalah ini. Berbeza dengan peratusan yang sangat bersetuju kerana hanya
seorang daripada 15 responden lelaki menyokong bahawa remaja lebih suka melayari laman-
laman web yang tidak bermora berbanding yang berilmiah.

12 | P a g e
 Manakala bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi , majoriti di antara
mereka menyatakan sangat tidak setuju dengan kenyataan ujikaji ini iaitu dengan peratusan
sebanyak 26.67%. Peratusan yang sama dikongsi penyataan tidak setuju, tidak pasti dan
sangat setuju dengan 20%. Hanya 13.33% bersetuju bahawa remaja lebih suka melayari
laman-laman web yang tidak bermoral berbanding yang berilmiah.

SOALAN 9

 Graf di atas menunjukkan peratusan lelaki dan perempuan bagi soalan ujikaji adakah
penggunaan video tanpa kawalan terutamanya sejak kanak-kanak memberi impak yang besar
terhadap pembangunan remaja kelak.

Melalui keputusan ujikaji soalan ini, majoriti golongan adam dan hawa yang
merangkumi mahasiswa dan kakitangan  UKM sangat bersetuju iaitu dengan 86.87 bagi
lelaki dan 66.67 bagi perempuan . Peratusan setuju golongan adam ialah hanya 13.33%
manakala bagi golongan hawa pula ialah 33.33%. Tiada responden baik pun dari golongan
lelaki dan perempuan yang sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan kurang pasti bagi
penyataan ini.

13 | P a g e
      Ini menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar UKM majoritinya bersetuju bahawa penggunaan
video tanpa kawalan terutamanya sejak kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap
pembangunan remaja kelak.

SOALAN 10

Graf di atas menunjukkan peratusan kajian berdasarkan kenyataan, menonton video-


video lucah membantu dalam pendidikan seks remaja. Daripada ujikaji soalan ini, 13.33%
responden lelaki sangat bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan tetapi majoritinya
merangkumi mahasiswa dan kakitangan di sekitar kampus UKM iaitu sebanyak 60% hanya
bersetuju bahawa menonton video-video lucah mampu membantu dalam pendidikan seks
mereka. Selain itu, sebanyak 26.67% daripada responden lelaki tidak pasti dengan kenyataan
tersebut.

14 | P a g e
Berbeza pula dengan mahasiswi serta kakitangan perempuan UKM. Kebanyakan
antara mereka tidak pasti sama ada menonton video-video lucah mampu membantu dalam
pendidikan seks mereka. Nilai peratusan mereka ialah sebanyak 60%. Sementara itu,
sebanyak 40% diantara mereka tidak setuju dengan menonoton video-video lucah membantu
dalam pendidikan seks mereka.

Ini menunjukkan bahawa golongan lelaki UKM lebih terdedah kepada video-video
seperti ini dengan bertujuan membantu dalam pendidikan seks mereka berbanding dengan
golongan perempuan.

SOALAN 11

Graf di atas menunjukkan peratusan lelaki dan perempuan bagi soalan ujikaji
kecanggihan permainan video memberi kesan negatif terhadap pembangunan remaja.
Melalui keputusan ujikaji soalan ini, majoriti golongan adam dan hawa yang merangkumi
mahasiswa dan kakitangan UKM mempunyai pendapat yang berbeza. Dengan peratusan
yang sama iaitu 53.33%, kaum adam tidak setuju dengan kenyataan tersebut manakala kaum
hawa bersetuju bahawa kecanggihan permainan video memberi kesan negatif terhadap
pembangunan remaja.

15 | P a g e
Walaupun begitu, ada juga golongan adam dan hawa tidak pasti sama ada
kecanggihan permainan video memberi kesan negatif terhadap pembangunan remaja atau
tidak. Peratusannya adalah 46.67% bagi golongan adam dan 26.67% bagi golongan hawa.
Namun, sebanyak 20% golongan hawa ini, tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan
bahawa kecanggihan permainan video memberi kesan negatif terhadap remaja.

Ini menunjukkan bahawa golongan adam dan hawa di sekitar UKM mempunyai
pandangan yang berbeza bahawa kecanggihan permainan video memberi kesan negatif
terhadap pembangunan remaja.

SOALAN 12

Remaja banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan video dalam


kehidupan seharian. Daripada kenyataan ujikaji ini, peratusan yang menjawab setuju bagi
golongan lelaki yang merangkumi mahasiswa dan kakitangan UKM ialah 60% yang
merupakan majoriti. Manakala 20% daripada mereka, masing-masing tidak pasti dan tidak
setuju bahawa remaja banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan video dalam
kehidupan seharian.

16 | P a g e
Bagi mahasiswi serta kakitangan perempuan UKM pula, mereka menunjukkan
peratusan yang sama terhadap jawapan tidak pasti dan sangat setuju iaitu sebanyak 40%.
Sementara itu, hanya 20% sahaja tidak setuju bahawa remaja banyak menghabiskan masa
dengan bermain permainan video dalam kehidupan seharian mereka.

Mengikut peratusan yang diperoleh daripada kedua-dua golongan, ini menunjukkan


golongan lelaki lebih banyak menghabiska masa dengan bermain permainan video dalam
kehidupan seharian mereka berbanding golongan perempuan.

SOALAN 13

Soalan ujikaji seterusnya ialah adakah teknologi telefon bimbit yang semakin pesat
sekarang memudahkan remaja untuk menggunakannya dengan lebih bebas?. Melalui soalan
ujikaji ini, graf menunjukkan ramai golongan lelaki merangkumi mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab pendapat sangat setuju sebanyak 53.3%.
Manakala untuk pendapat setuju adalah sebanyak 33.3%. Golongan lelaki juga menjawab
sebanyak 6.67% untuk kedua-dua pendapat, iaitu tidak pasti dan tidak setuju.

17 | P a g e
Manakala bagi golongan hawa pula yang merangkumi mahasiswi UKM,majoriti di
antara mereka telah menjawab pendapat sangat setuju bagi soalan ini iaitu sebanyak 60%.
Manakala sebanyak 13.3% responden perempuan berpendapat setuju, tidak pasti, dan tidak
setuju akan soalan ini. Semua responden tidak langsung menjawab pendapat bagi sangat tidak
setuju.

Mengikut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, ini menunjukkan


mahasiswa UKM mempunyai perbezaan pandangan dari segi kebebasan menggunakan
telefon bimbit yang canggih.

SOALAN 14

Soalan ujikaji yang keempat belas ialah wajarkah kempen kesedaran dijalankan untuk
mengatasi masalah penyalahgunaan internet oleh remaja?. Melalui soalan ujikaji ini, graf
menunjukkan ramai golongan lelaki merangkumi mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) telah menjawab pendapat sangat setuju sebanyak 46.7%. Manakala untuk
pendapat setuju adalah sebanyak 40%. Golongan lelaki juga menjawab sebanyak 13.3%
untuk pendapat tidak pasti. Pendapat tidak setuju dan sangat tidak setuju langsung tidak
dijawab oleh golongan lelaki.

18 | P a g e
Bagi golongan hawa pula yang merangkumi mahasiswi UKM,majoriti di antara
mereka telah menjawab pendapat sangat setuju bagi soalan ini iaitu sebanyak 56.7%.
Manakala sebanyak 46.7% responden perempuan bersetuju akan soalan ini. Sebanyak 6.7%
responden perempuan menjawab tidak pasti. Sama seperti golongan lelaki, pendapat tidak
setuju dan sangat tidak setuju tidak dijawab.

Menigkut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, ini menunjukkan


bahawa mahasiswa UKM mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat tentang kempen
kesedaran yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah penyalahgunaan internet oleh remaja.

SOALAN 15

Soalan ujikaji yang terakhir adalah kempen kesedaran yang dijalankan mampu
memberi impak yang positif terhadap pembangunan remaja. Melalui soalan ujikaji ini, graf
menunjukkan ramai golongan lelaki merangkumi mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) telah menjawab pendapat sangat setuju sebanyak 60%. Manakala untuk
pendapat setuju adalah sebanyak 40%. Pendapat tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak
setuju diabaikan terus oleh golongan lelaki untuk dijawab.

19 | P a g e
Bagi golongan hawa pula yang merangkumi mahasiswi UKM, majoriti di antara
mereka telah menjawab pendapat sangat setuju bagi soalan ini iaitu sebanyak 43%. Manakala
sebanyak 57% responden perempuan bersetuju akan soalan ini. Seperti golongan lelaki,
pendapat tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju diabaikan terus dan dikosongkan.

Mengikut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan, ini menunjukkan


bahawa mahasiswa UKM mempunyai perbezaan pandangan tentang soalan kempen
kesedaran yang dijalankan mampu memberi impak yang positif terhadap pembangunan
remaja.

3.0 PERBINCANGAN

3.1 Isu, Cabaran dan Impak ICT – Satu Pendekatan Dalam Islam

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas
arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan
kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya,
pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan
agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari
pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Malahan ia berjaya merubah bentuk
pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa
sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh
kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat
berharga dalam dunia globalisasi hingga menjadi nadi penentu dan penggerak kepada masa
depan. Oleh yang demikian, pemodenan ict membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap
pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama dan pengaruh negatif yang merubah
minda serta gaya hidup insan. Ia boleh menghakis dan mengubah paradiqma tauhid, syariah
dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan apabila disalahgunakan. Kemajuan
dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi dalam semua bidang.
Pendidikan juga merupakan asset utama bagi mencapai dan merealisasikan negara maju
seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat. Teknologi telah memberi impak
yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita
membina pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan

20 | P a g e
maklumat dan memudahkan pembelajaran. Laporan perkembangan menunjukkan indek
kegunaan dan keperluan terhadap ICT adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan.
Kajian mendapati tahap celik kumputer meningkat dari tahun ke tahun. ICT telah banyak
memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi
dan ekonomi(1). Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT
terhadap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga menjadi cabaran besar
dan menggugat sosiobudaya insan.

1 -Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya (2004), Edisi Kedua, Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi, Ms. 1
-Chee Peng Lim, 1986, Small Industries in Malaysia
3.2 Kesahihan Maklumat

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu
berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”(2). Maklumat yang tepat dan benar
kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan
fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.
Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan
dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses
tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk
kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat
dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan
maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari
maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat
semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang
kebenaran fakta sesuatu maklumat. Hal ini sedikit sebanyak akan memesongkan akhlak
remaja yang hanya mencari maklumat di internet tanpa rujukan lain.

21 | P a g e
2 -Al-Hujurat :6

3.3 Pelayaran Laman Web Negatif

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah
memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap
laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap
jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang
serta masa(3). Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk
anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan
nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang tidak boleh
menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada
menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji’ (4). Ketagihan
internet ini tertumpu kepada ‘cybersex addiction’ dan ‘comulsive gambling’. Material
berkaitan sek begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi
pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual. Kewujudan berbagai
bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang
diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak
bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim
yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web
lucah. Impak daripada gejala ini ialah merebak bermacam-macam penyakit sosial akibat
ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, homoseksual dan lesbian,

22 | P a g e
penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan
remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun
2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan
mereka. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan
perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

3- Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu ,

http://www.esakinah.com/Journal/artikel1.htm

4 -Al Isra’ : 17

3.4 Permasalahan Remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong
mereka menghabiskan masa di pusat computer(cyber cafe), pusat internet(internet cafe) dan
telefon tangan. Program seperti ‘chatting’, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai
aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini
memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah,
menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan
mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain
putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Menurut ajaran Islam setiap pemimpin
bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu
bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar
pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah pelajar yang
mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah
berlakunya pembaziran masa kerana terlalu lama di pusat computer (cyber cafe), tidak ada
kawalan keluarga dan berkembangnya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini
menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-
pusat internet. Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati bahawa
berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang
berorientasikan judi mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa dan anak-anak

23 | P a g e
remaja. Kegiatan perjudian ini mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya
arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh
itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya’(5).

5 -Al Maidah : 90

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya mengubah
paradiqma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek
pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku dan hiburan telah menukar jati diri manusia.
Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan.
Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional
bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang
menarik dalam isu ICT ialah tanpa disedari berlakunya kerosakan bahasa. Bahasa ‘sms’ dan
‘chatting’ memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya mengakibatkan banyak
pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama dalam kalangan anak
remaja. Misalnya perkataan ‘Assalamualaikum’ sudah diringkaskan dengan berbagai cara
seperti ‘Asm., Akum, Aslam dan Salam’ mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas
tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Hal ini jelas merosakkan
penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

3.5 Nilai Etika Dalam ICT

24 | P a g e
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan
sosial, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan
dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan
akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas
sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah wajar dipraktikkan dalam seluruh generasi
ICT.

Sikap Siddiq yang bermaksud benar amat besar peranannya dalam kehidupan manusia.
Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya
sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan
jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah secara umum ialah perbuatan
manusia akan melahirkan generasi yang berjaya dalam segenap lapangan. Penyebar
maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat
dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini
mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat rebung.

Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan
melarang manusia berbuat kejahatan yang berterusan. Setiap individu yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak lansung dalam dunia internet dan maklumat sewajarnya faham
akan maksud “tabligh”. Manakala sifat Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dalam
kalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa
berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam internet. Jika sifat ini berjaya ditanam
dalam jiwa manusia seluruhnya maka tahap etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan
dalam masyarakat dunia, kerana “the character of the Muslim community is not determined
by the rituals alone”(6). Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala
serangan dan dakyah yang dilontar kepada mereka.

25 | P a g e
6 -S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in Administration”.
Fakultas Jurnal Kolej Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam. ms 85

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, setiap yang wujud ada pro dan kontra. Begitu juga dengan pemodenan
ICT. Walaupun sekarang kita berada dalam era teknologi maklumat dan bergantung kepada
pemodenan ICT untuk kelangsungan hidup terutamanya pemudahcaraan kerja tetapi kita
harus pandai menilai dari segi aspek positif dan negatif tentang kesan pemodenan ICT.

Sebagai remaja yang sedang mengalami usia emosi, mereka seharusnya berfikiran rasional
dalam menempuhi fasa tersebut dengan tidak menyalahgunakan pemodenan ICT. Disamping
itu juga, remaja sebagai pemimpin Negara pada masa hadapan patut mengambil kesempatan
dengan memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan membina jati diri agar tidak
hanyut di dalam arus pemodenan ICT. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya
mengambil langkah drastik dalam mengekang kebejatan sosialterutamanya melibatkan
penyalahgunaan ICT oleh remajapadamasa kini.

Justeru, kesedaran dalamdiri remaja memainkan peranan penting dalam mengharungi era
teknologi maklumat. Jati diri yang mantap dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
luar, perlu ditanamkan dalam diri para remaja. Sesungguhnya pemodenan ICT itu adalah satu

26 | P a g e
nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Jadi, kita janganlah lalai dan alpa kerana ia hanya
merugikan kita serta generasi akan dating. Sebaik-baiknya gunalah kemudahan yang ada
untuk kebaikan kita bersama.

5.0 RUJUKAN

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya. 2004., Edisi Kedua, Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi, Ms. 1

Chee Peng Lim, 1986, Small Industries in Malaysia

Al-Hujurat :6

Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu ,


http://www.esakinah.com/Journal/artikel1.htm

Al Isra’ : 17

Al Maidah : 90

S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in Administration”.
Fakultas Jurnal, Kolej Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam. ms 85

27 | P a g e
Abd Rahim Abd Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai: Ke Arah Transformasi
Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd

Ismail Hj. Ibrahim (2000) “Memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Untuk Islam” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kuala Lumpur: IKIM

28 | P a g e

You might also like