You are on page 1of 7

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

– 27 Rejab

Difailkan di bawah: Uncategorized — jalanakhirat @ 5:41 pm

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail


dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
(‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat,
ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat


Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang
sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham
(tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit
dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau
kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai
Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk
sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat
harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri /
suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan
maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian
menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah
tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan
umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam
masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin
menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan
yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik
ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu


berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan
riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka
sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya
dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat
melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga
tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu
dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau
akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu
dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.
S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah
HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang
membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah
melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-
Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah,
daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-
permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar
yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.


Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu
dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang
lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki
ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas


sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah


kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah
ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi
dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku
perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku
buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat
(surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku
berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi
munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang
lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh
(waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian


Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah
S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi
saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat
peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan


hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh
pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah
dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah
percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan
Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat
atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-
Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami
berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:

http://fullfilth.blogspot.com

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya zaman berputar seperti


keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada 12 bulan. Antaranya
ada empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan
Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi
Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,
antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah At-Taubah ayat 36).
Menghubungkan Rejab dengan sejarah Islam, bulan ini tidak banyak mencatat peristiwa besar,
tetapi satu daripada peristiwa yang berlaku itu boleh dijadikan bahan renungan seluruh pengikut
Nabi Muhammad SAW.

Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih
memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi
Muhammad.

Dua peristiwa sedih dimaksudkan itu ialah kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat
disayangi Baginda dan banyak berkorban harta benda dan wang ringgit untuk membantu
Baginda berdakwah mengembangkan Islam. Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati
menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam
usaha menegakkan risalah Islamiah.

Kemuraman terus melanda hidup Rasulullah. Selepas kematian Siti Khadijah disusuli pula
dengan kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru,
Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah
daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab ketika itu
menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah. Pemergian dua sangat
rapat dan disayangi Baginda ini, Siti Khadijah dan Abu Talib, amat dirasakan oleh Baginda
selepas itu.

Justeru, selepas kematian dua orang disayangi oleh Rasulullah ini, pergerakan dakwah
baginda di kota Makkah semakin sempit dan sering mendapat gangguan daripada orang
kafir Quraisy. Baginda mendapat ejekan serta mengancam keselamatan Baginda.
Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif.

Malangnya di Taif juga Rasulullah menerima cacian, ejekan serta penghinaan penduduk Taif.
Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah cukup berat ketika
itu. Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa
Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27
Rejab tahun ke-11 menjadi rasul.

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami mengangkatnya ke martabat


yang tinggi – “(Surah Maryam ayat 57).

Inilah peristiwa penting dan besar bagi orang Islam kerana peristiwa itu memberi hikmah dan
pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad dan sekali gus ia juga menjadi cermin
bagi umat Muhammad pada hari ini, sebelum ini dan yang akan datang.

Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan
solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan
sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul
Muntaha. Selepas turun naik berulang kali menghadap Allah selepas diminta oleh Nabi Musa,
maka akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam.

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj yang dialami Nabi Muhammad ribuan tahun lalu itu
sentiasa segar dalam ingatan seluruh umat Islam kerana peristiwa itu diingati setiap tahun.
Peristiwa itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk
meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan
kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.

Allah berfirman bermaksud: “Maha Suci Allah, yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkali sekelilingnya agar Kami perlihatkan
kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’ ayat 1)

Mempelajari kejadian yang berlaku sepanjang peristiwa Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi
Muhammad pada masa tiga suku malam itu boleh memberi kesedaran dan keinsafan mendalam
bagi umat Muhammad.

Sebagai contoh ialah satu kejadian yang disaksikan Rasulullah ketika perjalanan (Israk),
sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu mereka memecahkan semula. Mereka melakukannya berulang-
ulang kali. Jibril memberitahu Rasulullah itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud
kepada Allah (solat).

Kejadian di atas itu boleh menginsafkan mereka yang selama ini mengabaikan atau tidak solat.
Allah tetap akan memberi balasan kepada mereka yang tidak sujud kepada-Nya dan Allah tidak
memungkiri janji-Nya.

You might also like