You are on page 1of 6

SEJARAH BAB 1

( KEMUNCULAN TAMADUN AWAL


MANUSIA )
CIRI-CIRI TAMADUN

 Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan


alam
sekeliling.
 Ini bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.
 Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian
manusia
dalam kedua-dua aspek ini.

Petempatan kekal

Bahasa dan Kehidupan


sistem tulisan Berorganisasi

CIRI – CIRI
TAMADUN
AWAL

Agama Dan Sistem


Kepercayaan Pemerintahan

Pengkhususan
Pekerjaan
PETEMPATAN KEKAL

 Salah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kemunculan tamadun ialah
kewujudan petempatan kekal secara menetap membawa kepada corak kehidupan
yang lebih sistematik.
 Kawasan yang dipilih untuk petempatan adalah penting untuk memastikan
bekalan makanan.
 Ini akan melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian terutamanya dari segi
penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan.
 Kepandaian manusia pada masa tersebut mencipta peralatan baru seperti
cangkyl dan penggunaan teknologi perairan yang baik telah meningkatkan
pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran.
 Lebihan ini mampu menampung pertembahan bilangan penduduk kerana
bekalan makanan yang berterusan.

KEHIDUPAN BERORGANISASI

 Bertambahnya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan


berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik
 Kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk
memastikan
kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.
 Organisasi social yang paling awal ialah sistem keluarga.
 Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah
membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.
 Sistem sosial masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis
mengikut sosial.
Golongan
Bangsawan

Golongan Pembesar
(ketua keluarga atau ketua kelompok, umpulan pentadbir
dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran
dalam bidang kesenian )

Golongan Rakyat

Golongan Hamba

SISTEM PEMERINTAHAN

 Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.


 Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa
dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua
pemerintah.
 Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada lahirnya system
perundangan yang menjadi panduan kepada masyrakat untuk menjga keamanan
dan kemakmuran sesebuah tamadun.
 Pembentukan organisasi sosial dan politik telah membawa kepada pengkhususan
pekerjaan.
PENGKHUSUSAN PEKERJAAN

 Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan


menjadi lebih penting.
 Ini menyebabkan keadaan politik menjadi stabil dan penuh dengan kemakmuran
dan seterusnya membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.
 Melalui pengkhususan pekerjaan, barangan yang dihasilakn mempunyai
kepakaran tersendiri dan ia akan menghasilkan pertukaran barangan.
 Kegiatan ini dikenali sebagai sistem barter, yang merupakan titik permulaan bagi
aktiviti ekonomi yang bersifat perdagangan.
 Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan dan kegiatan perdagangan
membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya
anatara sesebuah masyarakat yang lain

Lakaran kehidupan di bandar dalam tamadun Mesir Purba yang menunjukkan


pengahsilan barangan oleh artisan ( tukang ) melalui pengkhususan dan kepakaran
mereka
( Sumber : John Baines dan Jaromir Malek , 1992. Atlas of Ancient Egypt Cairo : Les
Livres de Frances )

KEMUNCULAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

 Kemunculan agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam


perkembangan tamadun.
 Kedua-duanya mepunyai perkaitan yang rapat dengan pengiktirafan terhadap
golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu
pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.
 Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk
mamahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.
 Unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai
semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
 Manusia menganut agama yang dikenali sebagai animisme iaitu terdapat kuasa
ghaib yang menguasai alam sekeliling.
 Kepercayaan ini berubah menjadi bentuk agama.
 Agama ini dikenali sebagai politeisme yang bermaksud penyembahan terhadap
lebih daripada satu tuhan.
BAHASA DAN SISTEM TULISAN

 Kewujudan bahasa dan system tulisan adalah sebahagian daripada


perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun yang
hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini.
 Contoh tulisan yang awal ialah Hieroglif, Cunei form dan Ideogram, manakala
bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit.
 Bahasa amat penting untuk tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan
perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain.
 Tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan
rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.
 Bahasa dan tulisan merupakan instrument paling penting untuk menyampaikan,
memperkembangkan serta mencatatkan idea pemikiran manusia.
 Semua cirri-ciri tamadun mempunyai perkaitan rapat anatara satu sama dengan
yang lain.

KESIMPULAN

 Proses ini berkembang di bandar, oleh itu kemunculan bandar-bandar memainkan


peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun.
 Bandar memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran, pusat kegiatan
ekonomi, pusat penyembahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan,
dan pusat pertemuan masyarakat.
 Bandar merupakan sebuah manifestasi kepada penciptaan manusia yang
mencerminkan tahap ketamadunan manusia.

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

 Pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujudnya hubungan, iaitu


penyesuaian antara manusia dan alam sekelilingnya.
 Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka manjalani kehidupan
harian.
 Lembah sungai menjadi tempat pilihan yang utama sebgai tempat petempatan
yeng kekal disebabkan tanahnya yang subur untuk kegiatan pertanian.
 Sungai juga membekalkan kemudahan lain seperti bekalan air, makanan, serta
kemudaha pengangkutan dan perhubungan.
 Tamadun-tamadun awal manusia adalah terbentuk di kawasan lembah sungai,
contohnya:

TAMADUN LOKASI
Mesopotami Lembah Sungai Euphrates ( 3500 S.M
a )
Mesir Purba Lembah Sungai Nil ( 3100 S.M )
Indus Lembah Sungai Indus ( 2500 S.M )
Hwang Ho Lembah Sungai Hwang Ho ( 1800
S.M )

Peta menubjukkan lokasi tamadun awal dunia

You might also like