You are on page 1of 5

MASALAH TINGKAH LAKU MURID PRASEKOLAH

Oleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG Kampus THO


En Muhammad bin Sulaiman IPG Kampus RM

TINGKAH LAKU NEGATIF:


a) Tingkah laku hiperaktif – keadaan murid yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke
mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.

b) Tingkah laku bimbang – murid yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau
takut disebabkan kepercayaan bahaawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

c) Tingkah laku bergantung – murid yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain
seperti ibu / bapa, guru, rakan sebaya daan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan
sendiri.

d) Tingkah laku pengunduran diri – keadaan murid yang menarik diri daripada sesuatu situasi
atau aktiviti kerana rasa rendah diri ,rasa tidak selamat ,rasa terancam, kurang kemahiran, atau
malu.

e) Tingkah laku permusuhan nyata – murid yang menampilkan pelakuan fizikal atau lisan yang
bertujuan untuk menyakiti atau melukai hati seseorang.

f) Tingkah laku murung – keadaan murid yang amat sedih , diam tak mahu bercakap dan pasif
sebab masalah keluarga atau kurang penerimaan atau gagal memperoleh sesuatu

g) Tingkah laku pengasingan diri – keadaan murid yang rasa rendah diri , tidak mahu bergaul,
suka menyendiri kerana kurang mahir berkomunikasi/interpersonal

h) Tingkah laku merosakkan – keadaan murid yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk
melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita ataau merasa seronok orang lain
mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda , mematahkan, menconteng
dan lain-lain.

i ) Tingkah laku mengganggu – pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman


orang lain atau pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tak perlu, mengganggu
rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.

MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Model disiplin asertif ( Assertive Discipline Model)


b) Model Glaser
c) Model Ginott
d) Model Driekurs

1
a) Model disiplin tegas ( Assertive Discipline Model)

- diperkenalkan oleh Lee Canter (1976)


- sistem yang peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan dalam bilik
darjah.
- Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah juga nyatakan
- Jika murid melanggar peraturan namanya akan dicatat sama ada di papan kapur, di klip
board atau buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan di hantar
ke bilik Guru Besar atau atau ibu/bapanya dipanggil berjumpa guru.
- Canter percaya sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
lebih berkesan.
- Canter mendasari sistem disiplin tegasnya dengan tanggapan bahawa murid hendak
mengganggu guru dan mengelak belajar atau supaya guru tidak mengajar.
- Guru yang percaya murid mempunyai keinginan berbeza untuk belajar menyatakan
tanggapan itu tidak wajar. Satu masalah lagi dengan disiplin tegas ialah menganggap
murid boleh melakukan sesuatu mengikut disiplin.
- Guru yang berpengalaman menganggap murid boleh belajar bahawa sesetengah tingkah
laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiannya tidak.
- Guru yang percaya bahawa murid mempunyai keinginan kuat untuk belajar beranggapan
bahawa tanggapan ini tidak wajar. Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil
masa, perlu bimbingan, dan ulangan pengalaman.
- Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahu peraturan dan menghukum
mereka yang melanggarnya akan mengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan
ini akan mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa
sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupun adakah mereka belajar untuk menyesuaikan
diri pada situasi yang lain.
- Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa
yang berautoriti tidak akan membantu murid belajar bertanggungjawab.
- Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid untuk mematuhi peraturan yang
diamalkan melalui kuasa yang tegas. Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan
dan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkan kecederaan atau semasa
kecemasan seperti kebakaran. Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid
memahami rasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian.
- Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut
kepatuhan semerta tidak semestinya sebagai cara pengurusan tingkah laku.
- Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegas akan merosakkan konsep
kendiri murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Malahan ia menyebabkan murid
tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab
dalam diri mereka.
- Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku mengganggu.
Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambilkira kurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual
waktu. Sistem disiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yang terlibat dalam
situasi pengajaran.
- Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yang mengamalkan program
disiplin tegas selama ini telah tidak lagi mengamalkannya sebab:

2
- ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurang berkait dengan prosedur itu
- murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib atau bimbang
- guru yang sering melaungkan “duduk!”, “diam!” “keluar!” semasa di bilik darjah adalah
gagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid
- guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untuk mengelakkan tingkah laku
mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya

b) Model Glasser

- berdasarkan penyediaan banyak pilihan yang baik untuk murid dan menguruskan
gangguan yang berlaku secara tenang dan logik.
- Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang
tidak baik menyebabkan tingkah laku tidak baik.
- Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya . Jika
Sekolah mempunyai disiplin yang baik ia akan menjadi tempat di mana kurang terdapat
murid atau guru yang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing.
- Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan
keperluan untuk berjenaka atau gembira.
- Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki ( sense of belonging) atau
tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami masalah
disiplin.
- Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalaman pembalejaran murid supaya
mereka mempunyai motivasi yang tinggi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai
membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yangpandai memenuhi
keperluan memimpin/kuasa dan yang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya.
- Dalam model glasser, mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan
tingkah laku dalam bilik darjah.
- Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untuk murid menengah, tetapi
model ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yang disediakan guru dan cara
guru membantu murid bermasalah dengan cara yang bersesuaian.

-
c) Model Ginott

- berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk disiplin yang baik melalui
komunikasi berkesan antara guru dan murid.
- Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa.
- Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki kepada murid dalam menangani
masalah.
- Ginott menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) untuk menerangkan tindak
balas yang harmoni dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka.
- Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya.
- Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi
berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan masalah.
- Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan Ginott merasa perlu
pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran.

3
- Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu
kepada guru prasekolah.
- Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku
guru sebagai contoh/model.

d) Model Driekurs

- Dreikurs mendifinisikan disiplin sebagai mengajar murid peraturan yang membataskan


mereka.
- Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah laku mereka menggambarkan
usaha untuk dimiliki, Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas
atau silap ,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam dan mendedahkan
kelemahan orang lain.
- Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialah menggalakkan tingkah laku
positif.
- Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan
kepada murid secara logik tindakan mereka ambil terhadap mereka.
- Penjelasan secara logic tehadap dendaan adalah berbeza dengan hukuman. Hukuman
(punishment) ialah aksi yang diambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untuk
menunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan ingin melawan . Penjelasan ini
mengajar mrid memahami bahawa setiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku
yang baik mendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan, begitulah sebaliknya.
- Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberi peluang kepada murid
membina tingkah laku secara asli kerana murid mengamalkan tingkah laku yang baik
kerana murid beranggapan mereka wajar berbuat demikian.

CIRI-CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH


a) Menyedari kepelbagaian murid : murid berbeza JERIS dan budaya. Cara menangani dan
melayani murid akan berbeza.
b) Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segi ilmu dan cara
menyampaikannya supaya pengajaran lebih berkesan.
c) Kemahiran pedagogi: menggunakan pelbagai strategi , teknik pemudahcaraan dan BBM
untuk pembelajaran murid
d) Amalan budaya penyayang : Budaya guru penyayang dipraktikkan semasa mengajar dan
melayani murid di dalam dan di luar kelas.
e) Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dan komponen pembelajaran serta
dapat menyampaikannya dengan berkesan
f) Kemahiran menilai : memahami dan mengamalkan teknik-teknik penilaian yang sesuai
untuk mengesan perkembangan dan kemajuan murid.
g) Membantu pembelajaran: Guru membantu pembelajaran murid dengan melibatkan
pelbagai deria , menggalakkan berfikir, membuat penerokaan dan membuat perkaitan.
Mempelajari pelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.
h) Mengamalkan sisat-sifat guru yang wajib mengikut Islam: seperti zuhud, bersih, ikhlas,
halim, berilmu dan lain-lain.

4
i) Mengamalkan sifat-sifat yang disukai oleh murid: emosi stabil dan sabar, ceria, suara dan
tingkah laku beradab, bersimpati dan berempati, tegas dan lain-lain lagi.
j) Guru yang reflektif: sentiasa muhasabah diri untuk menilai kekurangan dan membuat
pembolehbaikan atau memperbaikinya.

You might also like