P. 1
modul penilaian

modul penilaian

|Views: 3,471|Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Published by: zulkiply yaakob on Jun 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

3.

7 PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
KONSEP PENILAIAN: “… proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.” “… proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.” (Arthur et.al.; 1996) Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.

• • •

sebahagian daripada proses p & p dijalankan secara berterusan & tidak formal

bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi pengukuhan

TUJUAN PENILAIAN i. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; ii. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh; iii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa; iv. mengesan keberkesanan pengajarannya; v. merancang dan mengubah suai aktiviti pengajarannya; vi. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

PELAKSANAAN PENILAIAN
Merekod
Melaksanakan penilaian:
Pemerhatian tingkah laku Pemerhatian Interaksi/lisan Hasil Kerja Murid Menyimpan dan Menganalisis Maklumat

Melapor
Tida Tindak Tindaka Y a k n an susulan susulan Sudahkah aktiviti aktiviti murid menguasai? pengay bimbin aan Y Terusgan a kan

Membina Indikator MERANCANG

Menentukan hasil pembelajaran berdasarkan senarai semak

Pelajaran/ Kemahiran Baru

PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN
MERANCANG
Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang: i. Murid yang hendak dinilai ii. Domain yang hendak diberi tumpuan iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai iv. Cara merekod v. tempoh masa dan bila hendak dijalankan

MEMBINA INDIKATOR
Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam komponenkomponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

MELAKSANAKAN PENILAIAN
Penilaian Secara Pemerhatian : Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Kaedah Penilaian Melalui Pemerhatian :-

• • •

Pemerhatian tingkah laku Pemerhatian perbualan atau interaksi Hasil Kerja

PEMERHATIAN TINGKAH LAKU Untuk menilai aspek berikut:

Sikap Amalan Kemahiran sosial Kemahiran manipulatif Kemahiran kinestetik

PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN PERBUALAN / INTERAKSI MURID TUJUAN: untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid dengan guru; murid dengan murid; dan murid dengan bahan pembelajaran

Contoh:

• •

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid

Interaksi murid dengan bahan

• • • • •

Main peranan Bersoal jawab Bercerita Bacaan Nyanyian

PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID

Contoh Hasil Kerja yang boleh diperhati dan dinilai: Lukisan Tulisan Buku skrap Kraf tangan Buku kecil Model

MEREKOD Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Kaedah mengumpul dan merekod maklumat melalui:

• • •
• •
jelas

Senarai Semak; Catatan Anekdot; Rekod Berterusan

Penyediaan Senarai Semak
Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan Digunakan untuk melihat/menilai t/laku mudah dalam konteks semula Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak


jadi

• • • •

Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhati Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada

Contoh Senarai Semak

satu atau dua pemerhatian Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian

SENARAI SEMAK KOMPONEN : Kurikulum Pendidikan Islam Nama Murid: ___________________ Kelas: ______________

Arahan: Sila tandakan ( √ ) dalam petak apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu. szdsddff
Tanda (√) HASIL ULASAN / PEMBELAJARAN TARIKH 1.Aqidah 1.1.1 Menyebut Rukun Iman 1.2.1 Menyebut sifat Allah 1.5.1 Menyebut nama rasul 1.5.4 Berselawat kepada rasul 1.5.6 Menerangkan cara menghormati Al-Quran 1.6.3 Menyatakan balasan syurga untuk orang berbuat baik ULASAN / TARIKH ULASAN / TARIKH

Rekod REKOD ANEKDOT Anekdot Rekod Anekdot
Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan. Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Langkah Penyediaan Rekod Anekdot

• • • • •

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. Menuliskan selepas peristiwa itu. Tulis apa yang dilihat secara objektif. Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kejayaankejayaan.

Panduan Merekod Secara Anekdot

• • • • • •

Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir. Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam buku nota. Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid. Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.

Contoh Rekod Anekdot
Nama: Maria Masa: 9.00 pagi Pemerhatian: Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolaholah seperti bola raga. Maria menegur: “Mana boleh buat macam tu…” “Tak apa”, kata Agus. “Tak reti..itu bukan bola” kata Maria lagi. “Tak apalah..” , jawab Agus lagi. “Sayang bunga tu…” Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ. Tarikh: 15.6.2002 Tempat: Di luar Kelas

Interpretasi: - Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar. - memiliki kecerdasan naturalis

Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 – 5 minit.

Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus satu persatu. Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku. Rekod hanya perkara-perkara yang sebenar berlaku dan gunakan satu ayat untuk menerangkan setiap aksi. Guna bahasa yang boleh difahami. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa. Tentukan masa. Mesti tulus dan iklas Guna singkatan semasa merekod

Panduan Menulis Rekod Berterusan

Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang. Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgmental’. Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati. Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian. Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

CONTOH REKOD BERTERUSAN Nama: Asri Guru: Mohd Umur: 5 tahun Masa: 11.00 pagi Pemerhatian Tarikh: 24.4.2002 Ulasan

Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid Belum memahami tertib lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd mendirikan solat berjemaah meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat. Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan. Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. “Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk” Amin menyampuk ,”Tadi dia main air, cikgu.” Asri mengundur masuk ke saf belakang.

MENYIMPAN MAKLUMAT
Segala Maklumat Yang Diperolehi Daripada Pemerhatian Yang Sistematik Direkod Dalam Portfolio

• • • • •

Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber. Satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan perkembangan dan kemajuan murid dalam masa ditetapkan. Menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran dan perkembangan selanjutnya. Secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang menyimpan bukti dan maklumat murid. Maklumat yang disimpan dalam portfolio :a) Rekod Peribadi Kanak-kanak b) Rekod Kemajuan dan Perkembangan Kanak-kanak c) Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak

1. Rekod Peribadi Murid

• Rekod Peribadi diserahkan kepada guru Tahun 1 apabila kanak-kanak
masuk ke sekolah formal. Rekod Peribadai mengandungi perkara berikut :a) b) c) d) Maklumat diri kanak-kanak Maklumat keluarga kanak-kanak Maklumat kesihatan kanak-kanak Maklumat fizikal kanak-kanak

2. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Kanak-kanak.

Ia merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri kanak-kanak dari segi :a) Kemahiran b) Komunikasi c) Sikap d) Kreativiti

Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi: a) Pengetahuan b) Kemahiran c) Komunikasi d) Sikap

3. Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak

Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio. Pemilihan dibuat bersama guru dan murid. Hasil kerja itu termasuklah: a) lukisan; b) sample tulisan; c) gambar foto; d) binaan yang sudah disempurnakan; e) cerita yang ditulis; f) buku skrap.

MENGANALISIS MAKLUMAT
Segala maklumat yang direkodkan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat inferen dan rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan. Analisis dibuat dengan cara :-

• • •

Membaca dengan teliti maklumat yang diperolehi dalam senarai semak/ rekod berterusam/ rekod anekdot. Membuat inferen iaitu kenyataan yang benar hasil dari tingkah laku dan perbualan/ interaksi yang diperhatikan serta penilaian hasil kerja. Pemerhatian, merekod dan mentafsir dengan teliti dan dibuat secara objektif akan membantu guru mengenai dan memahami murid.

Cara Menganalisis Maklumat Contoh :Salmah menangis keranan lukisannya tidak siap. Cikgu Rohani memujuk dan memberikan kertas lukisan dan beberapa batang pensel warna. Salmah melukis sekuntuk bunga dan mewarnakan bunga tersebut. Latifah datang. Latifah Salmah Latifah Salmah : Nak pinjam warna merah sekejap! : Tak boleh (dia memegang pensel warna kuat-kuat). : Sekejap saja. : Tak boleh! Tak boleh ! (dia meneruskan kerjanya)

Inferen yang boleh dibuat :Inferen 1 Inferen 2 : Salmah seorang kanak-kanak yang tidak pandai berkongsi. : Salmah tidak mahu meminjamkan pensel warna sebab kerejanya belum selesai.

Secara objektif, inferen ke 2 lebih sah dan diterima. Seterusnya, guru membat rumusan daripada beberapa bukti yang telah diperhatikan.

MELAPOR

• • •

Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapian murid. Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian.

Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

TINDAKAN SUSULAN

• • • • •

Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan. Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->