You are on page 1of 49

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK

Oleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG kampus THO

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya
dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan
dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat
mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud :
"seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama
ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi ". Apabila membincangkan soal untuk
mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti
perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam
satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya ,
perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si
anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan
menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya. Peranan ibu
bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui
konsep keibu - bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan
perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik
dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan
sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka
kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar
kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif
serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang
mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan
kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat
mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan.
Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu
bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu
sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan
faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta
kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor
dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya
terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau
sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya

yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain
peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu
difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada
anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada
seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan
menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk
dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan
potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan
lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk
berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan
intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh
memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada
sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap.
Perubahan - perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam
dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas
kelahiran. Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur ,
bangun

untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya
pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh
berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya
dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat
ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa
sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.

Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian
yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan
dan perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting
yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan
tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil
dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh
menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian juga
halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian
otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan
perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan
kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi
akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi.
Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit
-penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.

Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke
semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang
keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi
mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran
pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak
mereka. Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu
ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya
seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk
memaksimumkan potensi anak mereka.

Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal
pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-
usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu
dijalankan.

Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka
sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga
sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara
merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain
yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya
keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila
dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa
yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk
menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis
makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan
dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya.
Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia
mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat
menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika
ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang
kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika
mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-
bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak
muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan
suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang
dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi
keperluannya.

 Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu
merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada
setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir
hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering
didedahkan kepada pengalaman - pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan
manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap
setiap pencapaiannya.

Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan
orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai
lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang
berkesan , pengalaman - pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya.
Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan
pengajaran yang berguna dalam hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya
akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan
kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat - nasihat dan pandangan -pandangan positif
yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan
berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami
situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan
perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan
menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.
Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti
sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu
mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit
untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan
perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam
teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan
- latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh
digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak
-kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan
-pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi
-organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan
yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh
mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Rumusan

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif
serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan
lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya.
Dengan ini , ciri -ciri positif

yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

TABIAT DI KALANGAN KANAK -KANAK

Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan seseorang itu. Semakin lama diamalkan,
semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang
dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.

Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan
yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa
contoh tabiat positif yang elok diamalkan.

Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan
tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga
bertahun -tahun lamanya.

Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak
menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu.
Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan
mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia mungkin juga ditengking, diejek,
didenda atau dipukul. Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan
seharian keluarga tersebut.

Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-
kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan
orang dikelilingnya. Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula
memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya. Ini menggembirakannya dan dia terus
mengamalkan tabiat tersebut. Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut
tabiat kanak-kanak lain. Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri
tanpa terapi.

Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun
yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri
sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan
memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu
diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat
diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka
dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit
mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak
akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat
buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin
akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi
anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya
sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan
kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.

Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak

Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala
cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang
sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda
ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak
yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan '
tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak
mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika
kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa
menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan
dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur
hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.

Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi
bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas
baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan
memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan
emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan
sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan
tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah
keibubapaan yang efektif dapat digunakan.
Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan
ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di
pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya
apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun
lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari
kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tuhun.

Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah
kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap,
menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini
perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.

Tabiat tidur  

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini seringkali tidak disedari oleh
ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia setahun yang dibawa oleh ibunya berjumpa saya kerana
dikatakan sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, seseorang bayi tidak lagi
berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Apabila disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah
bahawa bayi tersebut secara tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap kali
dia menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.

Amalan ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi satu tabiat.
Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.
Saya menegaskan kepada si ibu supaya tidak memberikan anaknya susu botol setiap kali si anak
terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan agar menepuk -nepuk badan anaknya untuk
menidurkannya kembali. selang beberapa hari selepas itu, ibu tersebut memberitahu saya bahawa
bayinya mula tidur malam tanpa menyusu botol lagi.

Jika bayi menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk
-nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Apa yang
kadang kala dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah memasang lampu, menimang
-nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia berjalan -jalan keluar bilik dan sebagainya
untuk mententeramkannya. Ini sudah tentu akan digemari oleh bayi dan akhirnya menangis
diwaktu malam menjadi satu tabiat.

Dalam satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang berusia lapan tahun
masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah cuba menggalakkan anaknya supaya tidur
bersendirian tetapi gagal : si anak tetap akan kembali semula ke bilik ibu bapanya. Sebenarnya,
sejak diperingkat bayi lagi kanak -kanak itu sering dibawa tidur bersama ibu bapanya setiap kali
dia menangis. Dia pun terlalu di manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur
bersama, dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja kehendaknya.

Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan hanya boleh tidur
apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang terpasang. Setelah dia lelap, barulah dia
dipindahkan keatas tempat tidur. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun pula hanya
boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya bercerita. Semua merupakan tabiat yang telah dibentuk
melalui cara -cara yang diamalkan berulang -ulang kali oleh ibu bapanya.
Tabiat makan 

Tabiat makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak
-anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat
menggunakan sudu dan garpu, membasuh tangan setiap kali sebelum makan , minum air hanya
selepas selesai makan dan sebagainya.

Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan menggemarinya
apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi
tabiat jika dibiasakan. Kemesraan diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan. Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak
mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu
makan adalah suatu waktu yang membosankan.

Anak -anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa
mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh
ibu bapa mereka. makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak
-anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal, pisang, betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap
kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.

Tabiat menjerit 

Kanak -kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang digunakan oleh orang
-orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak -kanak berusia lima tahun dikatakan selalu
menjerit dan menggunakan perkataan -perkataan yang kurang manis didengar terhadap adik
-adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu bapanya berada di luar negeri, dia telah dijaga
oleh ibu saudaranya selama setahun. Suasana di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa
yang kurang manis sering digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.

Ibu bapa merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat murah hati,
pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan
-amalan ini akan mudah diterap oleh anak -anak. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai sikap suka
bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul anak dan sebagainya, ciri -ciri negatif inilah yang
mungkin akan diterapi oleh anak -anak 

Tabiat mencuri 

Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain
dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia
akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan
ditinggalkan apabila pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan
kanak -kanak ini wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau
bosan. Satu contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil
barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna dan sebagainya
sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih -lebih lagi memandangkan
bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka amat malu
dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang dibuat, saya mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat
dan cerdik orangnya, tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik
keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si ayah amat
sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan ketiga -tiga anaknya. Si ibu
juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa
kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa.

Kedua -dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik pengubahsuaian tingkah laku
yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah -langkah untuk memenuhi keperluan
emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri yang diamalkan oleh si
anak pun hilang.

Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan

Kanak -kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu mencocok
matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam genggamannya. Kanak -kanak pekak
pula sering mengangguk -angguk kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran daripada kekurangan
atau ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh mengurangkan tabiat -tabiat yang
diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak ini.

Tabiat mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak terencat
akal.

Kanak -kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain.
Dia sering bermainseorang diri dan mempamerkan tabiat -tabiat seperti menepuk -nepuk tangan,
bergolek -golek di atas lantai atau asyik bermain dengan benda -benda yang terdapat di
sekelilingnya.

Tabiat sukar bernafas

Ada sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan
kebimbangan di pihak ibu bapa kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang
sihat. Masalah seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud
sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan kanak -kanak yang
sering berasa cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang pernah ditemui.

KES

Muhammad yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas. Dia sering kelihatan menarik
nafas panjang. Dia memberitahu saya bahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan
sesak dada. Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan fizikal. Prestasi
inteleknya juga didapati memuaskan. Apa yang menarik perhatiansaya ialah walaupun dia selalu
menarik nafas panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia sedang menulis apa yang saya
sebutkan. Apabila ditinjau latar belakangnya dengan lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia
sekeluarga baru berpindah balik ketanah air selepas berada diluar negeri selama beberapa tahun.
Dalam proses menyesuaikan dirinya denagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah
sehinggatimbul tabiat sukar bernafas.

Suasana persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar negeri. Kanak-
kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini lebih fasih berbahasa Inggeris. Apabila
kembali ketanah air, dia menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran disekolah yang menggunakan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kerana tahap kefahaman bahasa ibundanya amat
rendah berbanding dengan murid-murid lain.

Saya menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya memang sihat
dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara beransur-ansur. Apa yang diperlukan olehnya
ialah bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan
baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dirinya telah diaturkan dan dalam masa
beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi mengadu sukar bernafas.

KES

Idris yang berusia dua tahun dibawa ke kelinik kerana dikhuatiri menghidap sawan. Dia sering
mendapat kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat. Masalah ini bermula sejak dia berusia
11/2 tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini berlaku hampir
setiap hari. Umpamanya, jika ibunya tidak membawanya bersama apabila keluar kemana-mana,
dia akan menangis sekuat-kuat hati, menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruan dan kakinya
seolah-olah kejang. Setelah berhenti menangis, air mukanya kembali seperti biasa. Ini sangat
membimbangkan ibu bapanya sehingga setiap kemahuan sianak diturutkan.Keadaan seperti ini
memang sering berlaku dikalangan kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan. Oleh itu,
penilaian doktor amatlah diperlukan. Tabiat ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak
meningkat.

Tabiat menahan nafas

Kadangkala, terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang
mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika sesuatu kehendaknya tidak
diturutkan atau jika dia kesakitan akibat terjatuh, dia akan menangis berpanjangan sehingga biru
wajahnya. Apabila dia menarik nafas dan berhenti menangis, air mukannya kembalinya kembali
cerah semula. 

Kesimpulan

Kebanyakan tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila mereka
meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat ini berlanjutan. Ibu bapa harus
cuba memahami bahawa tabiat ini adalah perkara lazim dan mereka tidak perlu berasa khuatir.
Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca yang menyebabkan mengapa sesuatu tabiat
itu sukardikikis. Nasihat pakar diperoleh untuk mencari jalan mengatasinya.

 
MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini
telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak
berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan .
Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak
mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga
lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak
menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat
fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya .
Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab
dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia
kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada
pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak
mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan
anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama
lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak
mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan
berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang
tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang
lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu
bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi
intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan
anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian
bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain
seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa
kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam
banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat
jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka .
Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan
juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara
merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi ,
bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan ,
minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak
dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam
kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari ,
bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses
meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu
Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan
dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur
untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk
membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak
kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi
yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka )
dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek
seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat
mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab
dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu
bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka
perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi
pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui


sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi
pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini,
pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau
bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti
Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang
kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics
medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi,
patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota
diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula
berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau
perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap
sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama
ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat
pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar
tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang
kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan.
Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan
para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri
untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana
seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain
keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun
yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih
belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut .
Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan
penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak
-kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami
perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh
dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah
benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan
merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan
selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan ,
pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor
atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang
menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak
akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu
kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak
-kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada
riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan
electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan
sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering
menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa
ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti .
Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan ,
dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakanibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat
mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka
akan mengambil perhatian berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera
tidaklah dapat dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang dikenal
pasti lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil . Golongan yang
mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya mempunyai reratusan kanak -kanak prasekolah
lembab yang lebih tinggi dibandingkan dengan golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang
tinggi .

Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah ini perlu
di perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika
mereka pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal aspyxia )
atau penyakit kuning yang serius (septicaemia )

1.   Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2.   Mereka yang sering berpenyakit


3.   Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan perhatian (attenspan
deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi

4.   Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang kucar -kacir
sehingga mereka berasa kurang tenteram .

. Bagaiman menilai kanak -kanak prasekolah yang lembab ?

 Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu
doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran
dan sebab -sebab timbulnya masalah tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah
perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh
memahami dan mengikut arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan
hanya setaraf dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan
aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya adalah
memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja dan telah disahkan menghidap sawan
pada hari pertama kelahirannya . Ini di sebabkan oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya
pada masa itu. Maklumat ini penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak
ini. Pakar kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang
disebabkan oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak itu lembab
pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi yang dilahirkan prematur
diawasi supaya tahap glukos dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa
berjumpa doktor kerana didapati tahap pemikirannya lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara
terperinci, didapati bahawa dia pernah mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia
tiga tahun. Penyakit meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat
seseorang kanak-kanak itu untuk mengetahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya
lembab.

Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana
kanak -kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran
apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang kanak -kanak yang normal sudah
boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus , nak minum air
oren ". Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh bertutur satu atau
dua patah perkataan sahaja .

 Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap .
Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi dengan
orang di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian otak yang menguasai
fungsi pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap walaupun dia boleh
memahami dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak yang sebegini seolah
-olah kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa
masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan pada alat pertuturan dan sebagainya .
Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila dikaji riwayat keluarganya , didapati
bahawa ayahnya , didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu
.Olehitu , masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan dengan baka dan
tidak perlu bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal apabila dewasa sedikit kelak .
Memang tepat seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat dalam tempoh masa
beberapa bulan kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk
menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran
kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti
kurang tumpuan perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik
bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan
perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan daripada kanak -kanak
lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis , meniru gambar lukisan atau membuat
sesuatu bentuk dengan kiub boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya . Umpamanya ,
kanak -kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan dengan pensil
jika disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar -gambar binatang dengan tepat
seperti yang di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya
dari berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami bahasa yang
digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka bentuk
model, meniru susunan kiub dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam acuannya. Dari
bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu mengaggarkan tahap
pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti
kanak-kanak biasa, ujian-ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran
seorang kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa boleh
diukur berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan
menyuruh dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu cara lagi ialah
dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta, botol susu dan sebagainya.
Gambar-gambar yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-
kanak dan pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan memerhatikan kanak-
kanak itu menjalani ujian-ujian yang diaturkan, meneliti tingkah lakunya. Dalam pergaulan dan
cara dia berinteraksi dengan orang lain. Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku
kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain -main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak
lain dan juga dengan mendengar pertuturannya yang secara tidak langsung dapat memberikan
gambaran tentang apa yangterkandung dalam pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah yang
saya gunakan untuk kanak -kanak yang berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan
menunjukkannya gambar -gambar serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu .
Gambar -gambar yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut , lapangan
terbang , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan sebagainya . Kanak
-kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik tentang setiap gambar
itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti
perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat
pendiagnosan masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli
psikologi untuk mendapat keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran kanak
-kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan yang
kanak -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak yang
bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya .

 Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental


examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya
tanpa rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak normal
. Dia juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau tidak dan
sama ada kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) , cara memproses
sesuatu maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu memuaskan
atau tidak .

 Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan
-kelainan tertentu seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun ( undescended testis ) ,
masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan tidak
membesar ( failure to thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum
penilaian intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan .
Kanak -kanak yang pucat (anaemic) mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing kerawit
dan sebagainya . dia sering mengantuk , tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk belajar.

Intervensi awal 

Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program
-program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan
untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan
kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu
difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi
untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan
memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh
dijalankan . Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan
kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan
bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi
bimbingan khas untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .
Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan
pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan terhadap
perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat
sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod
(hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang
hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi
membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan
untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program pemgubahsuaian tingkah
laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad,
berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi
inteleknya.

  Kesimpulan

Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya
pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini
amatlah penting agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi
seseorang kanak-kanak itu dapat diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan
mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati
lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa pencapaian
bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis
.

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para
profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan
disekolah biasa, disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian
yang mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

KANAK-KANAK YANG TIDAK MAHU MAKAN 

Antaranya masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah kanak-kanak
yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengeluh anak mereka tidak mahu makan. Antara
keluhan-keluhan yang biasa didengari ialah:

"Anak saya tidak mahu makan. Susah hendak menyuruh dia makan dan dia pula sangat memilih
orannya."

"Walaupun puas dipujuk, dirayu dan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis makanan, dia tetap
tidak mahu makan. Tetapi, dia sangat aktif dan suka bermain-main serta berlari-lari sepanjang
masa.

" Dia terlalu kecil jika dibandingkan degan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kemungkinan dia
menghidap penyakit yang menyebabkan dia tidak mahu makan".
"Dia tidak membesar, terlalu kerdil dan kurus pula".

Berbagai-bagai keluhan lagi yang didengari. Ibu bapa sering berasa risau terhadap keadaan anak
mereka dan ingin tahu sama ada sianak menghidap sesuatu penyakit yang perlukan rawatan
segera doktor.

Untuk mengetahui bagaimana keadaan ini boleh wujud, riwayat kanak-kanak tersebut perlulah
diambil secara terperinci dengan bantuan ibu bapa. Pertemuan yang singkat diantara ibu bapa dan
doktor biasanya tidak membolehkan doktor berkenaan melakukan pemeriksaan yang terperinci
dan seterusnya memperoleh riwayat yang diperlukan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menjelaskan
dengan memuaskan bagaimana keadaan yang dialami oleh sianak boleh timbul. Seterusnya , dia
tidak akan dapat memberikan cadangan-cadangan yang bernas yang dapat diterima oleh ibu bapa
bagi melegakan perasaan mereka.

 Berbagai-bagai cara mungkin telah dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka
makan. Ada yang memujuk, merayu, berleter, memarahi dan mengugut anak mereka. Ada pula ibu
bapa yang menggunakan strategi-strategi lain seperti menyanyi, bercerita, memukul gendang dan
tidak kurang pula yang berjoget setiap kali makanan berjaya disuapkan kemulut sianak. Ada juga
ibu yang mengekori anaknya keliling rumah sambil memegang mangkok berisi makanan.
Banyaklah masa dihabiskan semata-mata untuk memastikan yang sianak makan.

Ada juga ibu bapa yang memberi 'rasuah' kepasa sianak supaya makan. Mereka berjanji akan
memberikan aiskrim , gula -gula atau membawa anak menonton wayang jika dia mahu makan.
Ada pula ibu bapa yang berjanji akan membenarkan anak mereka menonton televisyen hingga
lewat malam jika dia boleh menghabiskan makanannya.

Jika si anak masih tidak mahu makan , ibu atau bapa akan memgugut untuk membawanya ke
klinik berjumpa doktor. Anak yang berasa takut dengan ugutan sebegini mahu tidak mahu terpaksa
makan juga akhirnya. Seorang ibu yang pernah saya temui menyatakan bagaiman rumitnya
memberi anaknya makan sehinggakan dia hilang sabar lalu memicit hidung anaknya dan
memasukkan makanan ke dalam mulut si anak dengan sudu. Si anak pula bertindak meluahkan
kembali makanan itu.

Ada pula ibu yang memukul anaknya dengan tali pinggang jika dia tidak makan. Tindakan
keterlaluan seperti ini mestilah dielakkan sama sekali. Waktu makan perlulah merupakan satu
waktu untuk seisi keluarga bermesra sambil menikmati hidangan . Waktu makan yang penuh
ketengan tidak akan menggembirakan kedua -dua belah pihak dan hanya mematikan selera
sahaja.

Bagaimana keadaan ini boleh wujud ? 

Keadaan ini wujud kerana berbagai -bagai faktor. Sianak mungkin memang bertubuh kecil sejak di
lahirkan. Walaupun dia membesar dengan kadar yang normal , tetapi ibunya masih menganggap
dia kurang subur dan oleh itu mahukan anaknya lebih banyak makan. Si anak pula tidak perlu
banyak makan dan jarang pula terasa lapar. Dia ingin melakukan aktiviti -aktiviti lain yang lebih
menyeronok kan. Jika ibu bapa memaksa si anak makan juga , ketengangan pasti akan berlaku.
Pada peringkat bayi , masalah anak tidak mahu makan jarang berlaku kecuali jika dia tidak sihat .
Tetapi , apabila usianya meningkat satu tahun lebih dan sudah boleh berjalan , dia ingin menerokai
alam sekeliling. Dia ingin bermain dengan benda -benda yang terdapat dalam rumahnya dan
kadangkala tidak menghiraukan waktu makan. Si ibu mungkin merasakan bahawa waktu
penyusuan atau makan sudah tiba tetapi si anak tidak berminat. Dia akan membantah dan tetap
berdegil tidak mahu makan. Jika si bu terus merayu , memujuk dan juga memaksa , ketegangan
pasti akan berlaku.

Memaksa seseorang kanak -kanak itu makan akan menyulitkan lagi keadaan. Bak kata perpatah ,
kita boleh menarik kuda pergi ke tempat yang ada air tetapi dua puluh orang pun tidak boleh
memaksanya minum. Si anak pula sedar bahawa dia boleh membantah , menolak pinggan
makanan , menyimpan makanan dalam mulut tanpa menguyahnya , meluahkan makanan keluar
dan berbagai -bagai cara lagi untuk menghampakan ibu bapanya. Dia sedar bahawa dia akan
mendapat perhatian yang lebih pada waktu makan. Alangkah seronoknya si anak apabila ibu
bapanya bermain -main dengannya bercerita sambil membacakan buku , berjoget dan merayu
-rayu kepadanya.

Adakalanya , kanak -kanak yang berusia yang berusia lebih daripada satu tahun minim susu tetapi
ibu bapanya terus memaksa. Akibatnya ,timbullah ketegangan. Ada kanak -kanak yang tidak
sesuai minum susu tepung kerana mudah diserang sakit. Keadaan ini boleh berlaku jika si anak
mempunyai kurang enzim lactase di bdalam dinding ususnya. Akibatnya , dia mungkin mengalami
cirit atau sakit perut. Jika si anak menggalami cirit , si ibu biasanya akan terus mendapatkan
rawatan bagi anaknya tanpa meyedari bahawa sakit itu berpunca daripada susu tersebut.
Masalah akan berulang apabila si ibu memberikan anaknya susu tepung.

Apabila mencapai usia dua tahun , kebanyakan kanak -kanak sudah mula mahu melakukan
sesuatu aktiviti dengan sendiri. Dia inggin memegang sudu dan makan sendiri walaupun lantai
atau meja bersepah -sepah dengan makanannya. Jika ibu tidak sabar dan ingin segera memberi
anaknya makan supaya dia dapat mengemas dan membuat kerja -kerja rumah yang lain , si anak
mungkin membantah dan tidak mahu makan.

Jika si anak sentiasa dipaksa untuk makan dan dipukul pula jika tidak mahu makan , dia mungkin
akan membenci waktu makan. Dia akan menganggap waktu makn suatu waktu yang amat tidak
menyeronokkan. Dia akan mula membenci makanan. Adakalanya , kanak -kanak seperti ini
menangis setiap kali makanan dihidangkan di hadapannya.

Anak yang sentiasa tidak gembira dan kurang mesra dengan ibu bapa atau penjaganya akan
mempunyai selera makan yang kurang. Dia akan kurang makan dan berat badannya tidak akan
meningkat dengan baik.

Pemeriksaan doktor 

Pemeriksaan ke atas kanak -kanak yang dikhuatiri tiada selera makan tidak lengkap jika
timbangan berat badan dan ketinggiannya tidak dicatat di atas carta tumbesaran (gromth chart ).
Kadar pertambahan berat dan ketinggian paling deras dalam tahun pertama bayi. Selepas itu ,
kadar tumbesaran mula berkurangan (lihat carta ). Berpandukan carta ini , doktor dapat mengenal
pasti kanak -kanak yang memerlukan perhatian rapi.
Kes A menunjukkan kadar pertambahan berat bagi bayi yang normal. Kes B pula menunjukkan
kadar yang merosot daripada usia bayi lapan bulan. Doktor perlu manilai dengan teliti sama ada si
bayi memang kurang sihat dan perlukan rawatan tertentu.

Doktor perlu mengambil riwayat yang terperinci daripada kanak -kanak yang dikatakan tidak mahu
makan. Jika si anak didapati sihat danpemeriksaan fizikal ke atasnya tidak menunjukkan apa -apa
kelainan atau penyakit , masalah ini mungkin berpunca daripada persepsi ibu bapa yang tidak
betul. Jika keadaan ini berlanjutan akibat strategi keibubapaan yang kurang berkesan , doktor
mungkin akan mencadangkan kaedah -kaedah yang lebih efektif kepada ibu bapa berkenaan.

Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa doktor kerana bimbang kalau -kalau si anak
menghidap sesesuatu penyakit yang perlukan rawatan. Jika doktor mendapati anak itu sihat dan
tidak mengalami apa -apa penyakit , dia perlu menjelaskan kepada ibu bapa perkara yang
sebenarnya agar mereka tidak terus dilanda kebimbangan. Adakalanya , saiz badan anak itu
memang kecil. Ini mungkin kerana si anak itu bertubuh kecil sejak dilahirkan (light for dates ).
Walaupun kadar pertumbuhan anak itu memuaskan , tetapi dia tetap bertubuh kecil berbanding
dengan kanak -kanak yang sebaya mereka faham perkara sebenarnya.

Sebaliknya , jika terdapat penyakit -penyakit seperti gangguan jantung , jangkitan kronik yang
melibatkan paru -paru , hepar , buah pinggang dan anggota tubuh yang lain , doktor akan
mengambil langkah -langkah yang sesuai untuk merawat keadaan ini.

 Bagaiman hendak mengatasi masalah anak tidak mahu makan ? 

Beberapa perkara perlu difahami oleh ibu bapa. Perkara yang utama sekali iailah memastikan
bahawa waktu makan berjalan dalam suasana yang mesra dan menggembirakan seisi keluarga
terutamanya anak -anak. Displin pada waktu makan adlah penting. Semakin si anak itu
membesar , semakin perlu baginya mempelajari adab dan tatatertib makan. Ibu bapa jangan sekali
-kali menggalakkan anak menyimpanmakanan dalam mulut terlalu lama. Waktu makan yang cukup
perlu diberikan kepada si anak. Jikadia mengambil masa yang terlalu lama sehingga ibu telah
selesai mengemas dan membasuh pinggannya sendiri. Sianak akan sedar bahawa bermain -main
atau menyimpan makanan dalam mulut diwaktu makan adalah merugikan. Ibu bapa sebenarnya
berasa khuatir anak mereka akan kelaparan dan jatuh sakit kerana kurang makan. Itulah
sebabnya mereka sering memaksa sianak makan.

 Jika sianak tidak mahu makan, makanan yang disediakan seharusnya disimpan didalam almari
makan. Apa yang perlu disedari oleh ibu bapa ialah pada akhirnya, anak itu sendiri akan meminta
makanan apabila dia lapar. Tujuan kita adalah untuk mendidik anak supaya mempunyai
kelaziman makan baik.

Adakalanya, si ibu memberikan vitamin atau ubat penggalak makan (appetizers) seperti periactin
supaya anaknya lebih berselera makan. Sukar untuk ditentukan kanank-kanak yang bagaimana
yang bertambah selera makannya dengan mengambil vitamin atau ubat penggalak makan. Pada
pendapat saya, perkara yang paling penting untuk menggalakkan sianak makan ialah strategi
keibubapaan yang berkesan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengambil kira unsur-unsur penyakit
yang memerlukan rawatan perubatan.
Disini dibentangkan satu kes yang ditemui di klinik:

KES 

Mohamad yang berusia 4 tahun dibawa ke klinik kerana ibunya Khuatir dia kurang berselera
makan. Dia kelihatan aktif dan sihat. Berdasarkan carta tumbesarannya didapati tidak
membimbangkan.Pemeriksaan fizikal juga tidak menunjukkan apa -apa kelainan yang
membimbangkan. Dua botol vitamin yang mempunyai perisa orendibekalkan untuk dibawa pulang
oleh ibunya. Pada lawatan susulansebulan kemudian , ibunya menyatakan mohamad sangat
gemarkan vitamin itu dan menghabiskan makanan yang disedaikan. Setiapkali selesai makan , dia
sendiri akan meminta sesudu sirap vitamintersebut. Vitamin ini seolah -olah menggalak dia makan.

Tidak semua kanak -kanakyang menunjukkan perubahan yang diharap -harapkan dengan bantuan
vitamin seperti mohamad. Walau bagaimanapun , ramai ibu berpendapat selera anak mereka
meningkat selepas diberi vitamin tersebut. Adakalanya bekalan bahan -bahan seperti lysine, zine ,
besi , vitimin b boleh meningkatkan seleranya. Kemungkinan ada juga faktor -faktor lain
mempengaruhi selera anak dan bukan hanya vitamin tersebut semata -mata. Perhatian yang
lebih , insentif serta suasana yang merangsang selera si anak juga turut memain peranan.

Kesimpulan  

Manusia , termasuk kanak -kanak memerlukan makanan. Tidak perlulah digunakan paksaan ke
atas kanak -kanak kerana setiap kali dia lapar , dia sendiri akan mencari makanan. Oleh itu ,
perbuatan memujuk , merayu , memberi ' rasuah ' , mengancam , memukul , mengekori anak
sekeliling rumah dan sebagainya semata -mata hanya untuk memberi anak makan bukanlah suatu
tindakan yang bijak. Semua ini membazir waktu dan tenaga sahaja. Kanak -kanak sebenarnya
sukakan perhatian. Dia akan menunjukan berbagai -bagai ragam untuk mendapatkan perhatian.
Asuhlah dia supaya berdisplin sewaktu makan dan tidak banyak karenah.

SAKIT PERUT -SUATU TEKANAN JIWA DI KALANGAN KANAK -KANAK

Keluhan seseorang kanak -kanak itu membayangkan sesuatu yang tidak sempurna dari segi fizikal
atau emosinya. Gangguan emosi boleh berlaku akibat persekitaran atau pengalaman yang kurang
menyenangkan. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun mungkin tidak mempunyai
selera makan akibat sebab -sebab tertentu. Kanak -kanak yang menghidap demam virus , sakit
kerongkong atau penyakit lembam paru -paru umpamanya akan kehilangan selera makan. Jika dia
ditinggalkan di bawah jagaan orang lain atau pengasuh baru , dia mungkin akan kehilangan selera
makan kerana belum benar -benar mesra dengan penjaganya. Jika dia memasuki tadika , suasana
baru yang asing mungkin mencemaskan nya dan menyebabkan dia berasa sugul dan kurang
selera makan. Seseorang kanak -kanak juga mungkin akan hilang selera makannya kerana
kesedihan akibat kehilangan orang yang disayangi seperti ibu , bapa atau adik -beradiknya .
Keluhan -keluhan seperti kurang selera makan , sakit perut , sakit dada kurang bermaya , sakit
kepala , masalah tidur malam dan sebagainya bukan sahaja boleh disebabkan oleh ganguan fizikal
malah juga gangguan emosi kanak -kanak itu. Walaupun keluhan -keluhan tersebut mungkin
berpunca daripada sesuatu jenis penyakit , ia boleh menjadi lebih teruk lagi jika si anak terlalu
cemas dan fikirannya berkecamuk. Satu contoh ialah seseorang kanak -kanak yang menghidap
penyakit lelah. Apabila dia melihat ibu bapanya terlalu cemas , perasaan takutnya semakin hebat
dan penyakit lelahnya menjadi lebih teruk. Sebaik sahaja dia dibawa ke hospital dan ditenteramkan
oleh doktor , penyakitnya seolah -olah reda sedikit walaupun ubat belum diberikan.

Penyakit di kalangan kanak -kanak memerlukan penilaian yang menyeluruh bukan sahaja dari
aspek fizikal tetapi juga dari aspek latar belakang mereka. Persekitaran rumah , keluarga , riwayat
penyakit dalam keluarga dan pesonaliti kanak -kanak itu perlu dikaji untuk membantu proses
pendiagnosan serta untuk memahami reaksi kanak -kanak tersebut apabila menghidap sesuatu
penyakit.

Disini , dibentangkan satu contoh riwayat untuk memberi gambaran bagaimana penilaian yang
terperinci terhadap keluhan seseorang kanak -kanak dari segi fizikal , emosi dan sosial boleh
menghasilkan program rawatan yang lebih berkesan.

KES ;

Ismail yang berusi enam tahun dan bersekolah dalam darjah satu dibawa oleh bapanya ke klinik
kerana sering mengadu sakit perut sejak beberapa bulan yang lalu. Akibatnya , Ismail sering tidak
dapat hadir ke sekolah dan dalam tempoh sebulan yang lalu , dia telah hadir sebanyak sepuluh
hari.

Ayahnya mengatakan bahawa sebelum ini , Ismail memang jarang jatuh sakit ; sebaliknya dia
sangat aktif dan cerdik. Dia memang gemar berkawan dan mudah mesra dengan anak -anak jiran
yang sebaya. Di sekolah , gurunya menyifatkan Ismail sebagai seorang murid yang cerdik dan
suka bergaul mesra dengan murid -murid lain tetapi sejak empat bulan yang lalu beliau mendapati
ismail seolah -olah suka bersendirian dan kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Ismail anak tunggal dan memang rapat dengan ibu bapanya. Ayahnya seorang jurutera dan sering
bertugas di luar kota manakala ibunya seorang suri rumah. Sejak beberapa tahun tahun yang lalu,
Ismail dijaga oleh seorang pembantu rumah apabila ibu bapanya tiada di rumah. Hubungan ismail
dengan pembantu rumah tersebut juga dikatakan mesra.Ismail telah dibawa berjumpa beberapa
doktor tetapi sakit perutnya masih juga tidak sembuh. Ayahnya memberitahu bahawa seorang
doktor yang ditemui berpendapat ismail mungkin menghidap penyakit gastrik dan telah
memberinya ubat tetapi tidak mendatangkan apa -apa kesan. Seorang doktor lain pula
berpendapat bahawa ismail tidak menghidap apa -apa penyakit dan mengatakan keluhan ini akan
reda dengan sendirinya. Beliau telah membekalkan ubat cacing tetapi ini juga tidak mendatangkan
apa -apa kesan. Keluhan sakit perut ismail datang tidak tentu masa.

Adakalanya , ia menyerang pada siang hari sehingga berjam -jam lamanya. Dia akan mengeluh
dan menangis tetapi tidak muntah -muntah atau cirit.Adakalanya dia mengeluh sakit pada waktu
malam. Dalam tempoh satu minggu yang lalu , dia pernah mengeluh kesakitan sebanyak empat
kali.Pada hari yang ditetapkan , Ismail dan ayahnya hadir di klinik. Apabila saya bertanya tentang
ibunya , ayahnya memberitahu dia kurang sihat dan tidakdapat bersama -sama menemani Ismail
ke klinik. Apabila saya meninjau riwayat Ismail , ayahnya memberikan latar belakang penyakit
anaknya dan menerangkan dengan panjang lebar bagaimana keadaan itu boleh berlaku .
Bermacam -macam ubat telah diberikan untuk melegakan sakit perut tersebut tetapi tidak
berkesan. Ayahnya ismail telah menerangkan kepada saya bahawa keluhan sakit perut anaknya
itu tidak berterusan. Adakalanya, Ismail mengeluh sehingga dua jam lamanya. Selepas itu , dia
akan meneruskan aktiviti -aktivitinya seperti biasa. Adakalanya pula , dia mengeluh pada waktu
malam dan selepas perutnya disapukan minyak, barulah dia dapat tidur nyenyak. Saya tertarik
pada cerita ayah Ismail yang seolah -olah memberi gambaran bahawa ibu ismail kurang berupaya
memberikan perhatian terhadap ismail. Siayah menyatakan bahawa sejak empat bulan yang lalu ,
Ibu ismail kurang sihat dan sering ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila di soal dengan
lebih mendalam, dia menyatakan bahawa isterinya yang berusia 30 tahun itu telah disahkan
menghidap sejenis barah ginjal ( hodgkin's Lymphoma ) yang menyebabkan dia kerap terpaksa
pergi ke hospital untuk mendapatkan suntikkan ubat dan juga rawatan radioterapi. Terlintas di
fikiran saya bahawa keadaan ini mungkin ada kaitan dengan keluhan sakit perut ismail. walau
bagaimanapun, saya terus berbual -bual dengan ismail untuk mendengar darinya sendiri tentang
penyakit yang dihadapinya. Ismail sungguh mesra berbual -bual dengan saya dan menunjukkan ke
arah pusatnya sambil berkata, ''Saya selalu sakit di sini , doktor ". Dia tidak pernah terjumpa
cacing di dalam najisnya. Apabila disoal tentang suasana di sekolahnya , dia memberikan
gambaran seolah -olah dia tidak berasa loya dan tidak cirit -birit atau sakit semasa kencing.
Najisnya biasa sahaja dan tidak berwarna hitam atau berdarah. Dia tidak pernah terjumpa cacing
dalam najisnya. Apabila disoal tentang suasana di sekolahnya , dia memberikan gambaran seolah
-olah dia tidak mengalami apa -apa masalah. Dia hanya menyatakan dia kurang berminat untuk
mengikuti pelajaran dan tidak berminat untuk bermain -main dengan kawan -kawannya seperti
biasa.

Setelah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Ismail , jelas bahawa wajah kanak -kanak ini
tidak membayangkan keriangan. Walau bagaimanapun, dia tidak pula kelihatan pucat dan suhu
badannya normal. Tubuhnya seperti biasa sahaja dan tiada menampakkan tanda -tanda susut.
Pemeriksaan fizikal yang dijalankan juga tidak menunjukkan apa -apa kelaianan. Pemeriksaan
di bahagian abdomennya juga tidak menunjukan sebarang ketumbuhan atau bengkak. Pokoknya,
tidak ada sebarang tanda yang boleh saya kaitkan dengan sesuatu penyakit organik. Oleh itu,
saya berpendapat Ismail tidak perlu menjalani ujian-ujian yang lebih khusus pada ketika itu.
Saya telah menerangkan pada Ismail bahawa dia tidak menghidap apa-apa penyakit yang
boleh dikaitkan denagn sesuatu kerosakan dalam tubuhnya. Ayahnya pula mendesak ingin
tahu mengapa anaknya mengeluh sakit perut. Pada ketika itu, saya berfikir bahawa saya perlu
mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perasaan kanak-kanak itu dari dia sendiri. Dalam
keadaan seperti ini, seseorang doktor mungkin menyarankan supaya dijalankan beberpa jenis
ujian seperti ujian darah, ujian air kencing, X-ray perut dan sebagainya. Tetapi, menjalankan ujian-
ujian tersebut tanpa mempunyai sesuatu working clinical diagnosis yang bukan sahaja membazir
tetapi juga akan menyebabkan Ismail beras bahawa dirinya mengidap sesuatu penyakit. Oleh
kerana saya yakin bahawa pemeriksaan fizikal keatas Ismail tidak menunjukkan apa-apa
kelainan yang boleh dikaitkan dengan sesuatu penyakit organik, Saya telah menyatakan
padanya bahawa dari segi fizikalnya dia memang sihat. Pemeriksaan air kencing dan najis keatas
Ismail juga didapati normal. Oleh itu, punca-punca lain yang menyebabkan dia mengeluh sakit
perut sedemikian perlu dicari. Perbualan, kami seterusnya berkisar tentang persekolahan,
pergaulan, aspirasi masa depan dan sebagainya. Akhir sekali, saya meninjau keadaan
keluarganya, khususnya hubungan dia dengan ibu bapanya. Dia menyatakan bahawa dalam
tempoh empat bulan kebelakangan itu, Dia berasa sungguh cemas memikirkan perihal ibunya
yang sering terpaksa pergi kehospital untuk mendapatkan rawatan. Dia melihat perubahan
wajah ibunya dari sehari kesehari- rambutnya banyak gugur akibat rawatan radioterapi. Dia
khuatir penyakit barah yang dihadapi oleh ibunya boleh membawa maut. Dia takut kehilangan ibu
yang dikasihinya. Dia sangat-sanat memerlukan perhatian ayahnya tetapi ayahnya sering sibuk
dengan pekerjaan dan kerap terpaksa berkhidmat diluar kota. Ibunya tidak lagi berupaya
memberikan perhatian seperti dahulu kerana sering keletihan.

Air mata Ismail mengalir deras sewaktu dia menceritakan tentang ibunya. Jelas pada saya
bahawa Ismail amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya tetapi penyakit yang dialami oleh
ibunya sejak empat bulan lalu merupakan sesuatu keadaan yang tidak diduganya dan amat
menekan emosinya. Perasaan hiba juga tergambar dari wajah ayahnya. Keluarga ini
sebenarnya sedang melalui satu pengalaman yang pahit dan mereka perlu mencari penyelesaian
yang wajar.

Dari kes ismail , jelaslah bahawa rawatan menggunakan ubat -ubatan sahaja tidak akan berkesan
jika punca keluhan seseorang kanak -kanak itu hanya dinilai dari segi fizikal sahaja. Jika
seseorang kanak -kanak seperti mendapatkan rawatan di klinik yang terlalu sibuk dan doktor yang
merawat hanya sempat meluangkan beberapa minit sahaja berjumpa dengan kanak -kanak itu ,
sudah pastilah punca keluhan itu tidak akan dapat diketahui. Akibatnya , keluhan ini akan
berterusan dan akan menyebabkan setiap anggota keluarga resah. Tugas doktor adalah untuk
mengenal pasti punca keluhan seseorang kanak -kanak itu dan memeberi rawatan sewajarnya.

Keadaan seperti yang dialami oleh ismail juga memerlukan program rawatan yang dinamakan
psychotherapy. Ubat -ubatan tertentu mungkin boleh digunakan untuk sementara waktu bagi
mengurangkan perasaan cemas yang dialami oleh kanak -kanak itu hingga menganggu tidur dan
aktiviti hariannya. Apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan keterangan lebih lanjut dari doktor
yang merawat ibunya tentang jenis penyakit yang dialami , cara rawatan dan prognosis , iaitu
kemungkinan si ibu sembuh dari penyakitnya. Alhamdulilah , penyakit barah yang di alami ibu
ismail dapat dirawat dengan memuaskan. Ismail dan ibu bapanya menjalani family therapy yang
banyak memberikan setiap ahli keluarga itu peluang mengenali diri dan peranan masing -masing
dan memberikan mereka bimbingan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang dialami.
Andainya penyakit si ibu teruk dan tidak dapat dirawat dengan memuaskan , ismail dan ayahnya
perlulah menerima hakikat itu dan merancang masa depan tabah.

Kesimpulan

Kes Ismail menunjukkan beberapa ciri yang menarik. Keluhan yang dialaminya itu bermula hampir
sama masanya dengan penyakit ibunya. Ini biasa berlaku di kalangan kanak -kanak yang
mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi berlaku akibat sesuatu peristiwa yang
menyedihkan , menakutkan atau menghibakan perasaan. Pemeriksaan fizikal sering tidak
menunjukkan apa -apa kelainan. Jika keadaan ini ditemui , doktor perlulah menilai keluhan si anak
itu dengan mengambil kira aspek emosi dan sosial untuk mengetahui atau memahami asas
timbulnya penyakit tersebut.
ALAHAN MAKANAN  

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat
gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan
bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian nin mungkin di sebabkan oleh
masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada
peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada
peringkat janin lagi. Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu
bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka aktif dan
menendang lebih kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan
makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesandi dalam darah
seseorang yang mengalami alahan makanan.

Kes alahan makanan memang pernah juga di temui di klinik kanak -kanak. Tetapi , kanak -kanak
yang mengalaminya tidak semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan -bahan yang sama. Ia
berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah ,
resdung , mata merah dan gatal -gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu contoh riwayat kes
kanak -kanak yang mengalami alahan.

 KES  

Arif dilahirkan normal , cukup bulan , dalam keadaan baik dan beratnya 3.2kg. Ibunya telah
memberinya susu badan sehingga dia berusia dua bulan . Berat badanya naik dengan
memuaskantetapi apabila ibunya mula bekerja semula , Arif telah diberikanformula susu tepung
lembu kerana ibunya tidak berupaya memberinyasusu badan lagi. Dua minggu selepas pemberian
susu formula tepung ,bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan kemerah -merahan. Kulit badanya
juga mula kelihatan kering sehingga kebahagian lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan
najisnya pula kelihatan lebih cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang
dibekalkan agak kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan.
Dia selalu batuk -batuk terutama padawaktu malam. Dia juga kerap muntah pada waktu siang
hari.Adakalanya , mulutnya kelihatan merah sewaktu menyusu. Dia jugaTidak bergitu berminat
untuk menyusu. Walau bagaimanapun , dia tetap sihat dan aktif dan menunjukkan tahap
perkembangan yang memuaskan. Ayahnya dan kakanya menghidap penyakit lelah. Doktor
menasihatkan ibunya supaya tidak memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan
menukar kepada susu protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif kelihatan lebih riang
daripada biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau muntah -muntah pada
waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badanya juga naik dengan memuaskan.
 
Sebulan kemudian , ibunya telah memberinya susu tepung lembukembali . Masalah lamanya
berulang kembali. Dia kurang minatmenyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi
merah.Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya
berubah menjadi lebih baik. Tanda -tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu
tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian
susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memangalah pada susu
lembu dan mereka lebih berjaga -jaga agar anak mereka tidak diberi makanan yang mengandungi
bahan -bahan daripda susu lembu.
Riwayat di atas merupakan satu contoh kes kanak -kanak yang mengalami alahan terhadap susu
lembu. Selain susu lembu , ada bahan -bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi
sesetengah kanak -kanak. Setiap kali bahan -bahan alahan itu dimakan , timbullah reaksi gatal
-gatal , hidung berhingus , batuk dan muntah , cirit dan sebagainya. Lazimnya , si ibu yang
memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat mengagak bahan -bahan makanan
yang tidak serasi dengan si anak.

Antara bahan -bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah telur , daging ,
udang dan bahan awetan.

Penyakit -penyakit lain juga boleh mengakibatkan tanda -tanda yang sama seperti yang
dipamerkan oleh mereka yang menghidap alahan makanan. Umpamanya , seseorang kanak
-kanak yang cirit -birit dan muntah -muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan ( food
poisoning ) , penyakit cirit - birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic reaction )
terhadap bahan makanan.

Bagaimana hendak mengenal pasti alahan pada bahan pada makanan ? 

Seseorang doktor yang menilai dan memeriksa bayi atau kanak -kanak perlu sentiasa memikirkan
kemungkinan berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda -tanda seperti di
bawah ini :-

·    selesema , batuk -batuk , merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut.

·    Ekzema kulit , gatal -gatal kulit.

·    Kurang subur , sering muntah -muntah dan cirit serta perut buncit .

·    Sentiasa resah , tidak nyenyak tidur , sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif.

Tanda -tanda yang sama boleh juga terdapat pada berbagai -bagai jenis penyakit lain. Seseorang
doktor boleh mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang
terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan -bahan yang di makan dengan tanda -tanda
yang ditunjukkan. Kanak -kanak yang memepunyai riwayat seperti Arif mungkin mengalami alahan
makanan.

Adakalanya , agak sukar untuk mengenal pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana
si anak mengambil berbagai -bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini iailah dengan
menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan -bahan yang disyaki boleh
menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan
setelah kanak -kanak tersebut mengambil bahan -bahan makanan itu selama satu atau dua
minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki bahan -bahan makanan yang tidak serasi dengan
anak mereka. Kadangkala , si anak sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan , seolah
-olah sistem badanya tahu bahawa bahan -bahan tersebut tidak sesuai baginya.
Adakalanya pula , doktor menggunakan ujian kulit (skin tests ) untuk mengecam tanda -tanda
berlakunya alahan makanan. Ujian darah seperti IgE , RAST dan lain -lain boleh membantu
memberikan maklumat tentang punca alahan yang dialami oleh kanak -kanak itu.

Kadangkala , seseorang anak itu disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan
ini, si ibu perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak -kanak dan
pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang biasa dimakan
oleh anak itu (seperti susu ,telur ,ayam dan makanan yang mengandungi bahan awetan ) akan
dielakkan. Sianak hanya akan diberikan bahan makanan segar selama satu minggu. Nasi ,
daging , sayur dan buah -buahan boleh terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan
diperhatikan untuk mengesan sebarang tanda alahan. Jika tanda -tanda alahan masih tidak reda ,
doktor pakar boleh membuat andaian bahawa kemungkian kanak -kanak tersebut telah diberikan
bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari. Umpamanya , walaupun si
anak tidak diberi makan telur , dia mungkin akan tetap menunjukkan tanda alahan jika kuih -muih
yang mengandungi ramuan telur diberikan.

Jika tanda -tanda alahan telah reda , bahan -bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu
bolehlah mula diberikan sedikit setiap hari. Pengambilan bahan -bahan makanan itu ditambah jika
tanda -tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan -bahan itu banyak dimakan , bolehlah
dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan -bahan tersebut. Bahan -bahan
makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama. Dengan cara ini , dapatlah diketahui
bahan makanan mana yang tidak serasi dengan anak itu.

Masalah penghadaman  

Adakalanya , seseorang kanak -kanak itu menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis
bahan makanan sehingga menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti
alahan kerana tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap
bahan makanan itu.

Dalam satu majlis jamuan ringgan , seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan.
Tanggannya menggeletar dan dia mengadu sakit perut . Sebenarnya ,dia tidak serasi dengan
bahan monosodium glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini
apabila termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa
dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada kanak -kanak yang
alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai enzim atau bahan kimia yang
diperlukan untuk proses penghadaman. Ini menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan
makanan.

Satu lagi contoh iailah kanak -kanak yang tidak serasi dengan gula fuktos ( fructose intolerance )
kerana tubuhnya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang
bahan makanan yang mengandungi fruktos. Gula -gula banyak mengandungi fruktos dan setiap
kali kanak -kanak itu memakannya , dia akan kurang berasa kurang selesa , loya , muntah
-muntah atau terpaksa meluahkannya keluar. Satu lagi keadaan yang biasa berlaku iailah gluten
intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di kalangan kanak -kanak di barat. Setiap kali diberi
makanan ynag mengandungi gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum , dia akan
mengalami cirit -birit. Jika dibiarkan berterusan , pertumbuhan badanya mungkin tidak akan subur.
Saya pernah juga bertemu seorang kanak -kanak yang tidak serasi dengan minuman oren kordial
dan manis -manisan. Dia akan menjadi lebih resah , terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya
jiak memakan bahan -bahan ini secara berlebih -lebihan. Seorang kanak -kanak berusia 11 tahun
sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca -cola atau makan burger daging berlebih
-lebihan.

Walaupun keadaan ini jarang berlaku , ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal
pasti , pengambilan bahan -bahan makanan itu boleh dielakkan.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan ?

 Jika terdapat masalah alahan dalam keluarga , pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan
susu badan. Pemberian susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak
mendapat reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak -kanak di Hospital
Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit cirit -birit dalam tempoh
dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar akan mendapat reaksi alahan jika
diberi susu yang mengandungi protien lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi
dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran
untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya , mereka menyarankan
supaya telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.

Sesejenis maknan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit
untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu , ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan
timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah -merahan di sekeliling bibir , batuk -batuk , selesema ,
cirit , muntah -muntah , gatal -gatal kulit dan sebagainya. Jika timbul sebarang reaksi , makanan
yang lain pula boleh diperkenalkan dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Ketidakserasian terhadap bahan makanan sering juga dialami oleh kanak -kanak. Seseorang
doktor perlu peka tentang kemungkinan berlaku ketidak serasian ini jika terdapat tanda -tanda
seperti gatal -gatal kulit , cirit , muntah -muntah , keresahan dan sebagainya yang boleh dikaitkan
dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin tidak serasi dengan seorang
kanak -kanak tetapi tidak menimbulkan apa -apa masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini
boleh diatasi denagn memastikan bahawa makanan -makanan yang menimbulkan ketidakserasian
tidak diberi kepada kanak -kanak yang terlibat. Ubat -ubat tertentu boleh dibekalkan untuk
mengurangkan atau menghilangkan tanda -tanda yang disebabkan oleh ketidakserasian makanan.

PERCERAIAN ---- KESANNYA TERHADAP ANAK-ANAK

Dua pengalaman yang amat menyedihkan dan paling menekan perasaan (stressful) dalam
kehidupan berkeluarga adalah kematian dan perceraian. Jika pasangan yang bercerai
mempunyai anak, keadaan akan menjadi bertambah rumit. Islam memang mengutuk perceraian.
Mengikut bancian Malaysian Family Life Survey tahun 1984, didapati hampir tujuh peratus
pasangan suami isteri bercerai. Kadar perceraian meningkat di kalangan pasangan yang telah
lama mendirikan rumahtangga.

Bagi wanita yang baru bercerai, dunianya berubah sama sekali. Dia akan sering berasa kesunyian:
kawan-kawan yang biasa mendampinginya mungkin tidak lagi serapat dahulu kerana tidak lagi
mempunyai minat yang sama. Dia mempunyai banyak masa lapang dan perlu mencari cara untuk
memenuhinya terutama sekali jika dia tidak bekerja. Jika dia mempunyai anak-anak pula, dia
terpaksa menghadapi masalah menjaga dan memenuhi keperluan anak-anaknya tanpa bantuan
seorang suami.

Wanita yang bekerja dan mempunyai anak pula terpaksa memain peranan sebagai seorang ayah
di samping tugasnya sebagai ibu dan pekerja pejabat. Tetapi ciri-ciri seorang ayah tidak ada
padanya. Tugasnya berat dan mencabar sekali! Seringkali, status ekonominya merosot selepas
bercerai menyebabkan dia berasa sugul, marah, kurang yakin pada diri sendiri serta takut
menghadapi masa depan. Jika dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan nafkah bulanan yang
mungkin tidak cukup untuk memenuhi keperluan diri dan anak-anaknya, dia berkemungkinan
besar akan menghadapi tekanan emosi.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi banyak tekanan kepada ibu yang baru
bercerai.Jika dia mempunyai bayi dan anak-anak di peringkat prasekolah, dia terpaksa
mengaturkan penjagaan bagi anak-anaknya supaya dia dapat bekerja, pergi pasar, kepejabat kadi
atau ke tempat-tempat lain yang berkenaan. Dia perlu memastikan bahawa anak-anaknya yang
masih bersekolah selesa mengikut pelajaran mereka dan anak-anak remajanya diawasi pergaulan
mereka agar berdisiplin dan tidak terjerumus ke dalam kancah aktiviti antisosial

Peranan ayah dalam keluarga 

Seoarang ayah merupakan ketua keluarga. Dia adalah sebaik-baik contoh kepada anak-anak
dengan segala sifat kebapannya. Pengalaman dan detik -detik yang dilalui bersama ayah
mempengeruhi pembentukan akhlak anak -anak. Bayangkan betapa girangnya seorang anak
apabila ayahnya mendodoi ,membelai , mencium dan menimangnya. Apabila dia terjatuh dan luka
di kaki dia , akan berlari mendapatkan ayahnya. Si ayah akan mendokong serta memujuknya ,
membasuh luka dan melekatkan plaster. Dia akan berasa tenteram dan melupakan kesakitannya.

Ayahnya juga tempat dia bermanja. Apabila dia mengeluh sakit perut , ayahnya akan menggosok
-gosokkan minyak sehingga dia berasa lega kembali. Apabila dia jatuh sakit , ayahnya akan
membawa dia ke klinik atau hospital. Ada masanya , ayahnya akan bermain -main dan bergurau
senda dengannya pada petang hari dengan penuh kemesraan.

Ayahnya mungkin menghantarnya ke sekolah dan menjemputnya pulang dari setiap hari. Dia
dibawa pergi membeli -belah , berkelah bersama keluarga dan juga melancong. Ayahnya akan
membelikan hadiah sempena hari lahirnya atau membawanya menonton wayang gambar. Hari
Raya merupakan hari yang amat bahagia bagi kanak -kanak. Seorang ayah akan membawa
anaknya bersembahyang bersama -sama dan membawa seisi keluarga melawat saudara mara.
Semua pengalaman ini tidak mungkin dilupakan oleh anak -anak terutamamya jika hubungan
mereka dengan ayah begitu rapat sekali. Walaupun ibulah yang memang lebih sering bersama
anak -anak , belaian kasih seorang ayah tidak ternilai harganya dan kemungkinan tidak lagi dapat
dinikmati sepenuhnya oleh anak -anak selepas perceraian. Kanak -kanak tidak tahu mengapa ibu
bapa mereka mesti bercerai. Mereka biasanya kebingungan. Saudara mara terdekat seperti datuk,
nenek, bapa saudara dan para profesional yang arif boleh membantu mereka melalui detik-detik
mencabar ini dan seterusnya mengurangkan sedikit kesedihan dan kepedihan hati. Apabila ibu
bapa bercerai dan anak ditinggalkan dibawah jagaan ibu, perasaan rindu anak itu terhadap
ayahnya sering dirasai. Dia berasa tersingkir dan marah terhadap ibu bapanya. Dia merasakan
bahawa jika ibunya sanggup memutuskan perhubungan dengan bapanya, tidak mustahil ibunya
sendiri boleh menyingkirkannya juga. Perasaan ini mungkin merunsingkan fikirannya dan boleh
meninbulkan pelbagai reaksi dan tingkah laku yang tidak diingini yang boleh menambahkan lagi
tekanan kepada ibu.

Kesan terhadap kanak-kanak 

 Di luar negeri, banyak kajian tentang perceraian dan kesannya terhadap kanak-kanak telah
dijalankan. Walaupun kajian-kajian ini dapat memberikan maklumat tentang kesan-kesan jangka
pendek dan jangka panjang secara umum, adalah sukar untuk meramalkan kesan perceraian
terhadap seseorang kanak-kanak kerana berbagai-bagai faktor mempengaruhi cara kanak-kanak
itu menghadapi peristiwa ini. Bayi kecil tidak merasakan sangat kehilangan ayahnya jika
dibandingkan dengan anak yang berusia lima tahun yang sudah mesra dengan ayahnya.

Selagi bekas pasangan suami isteri itu masih bertelingkah setiap kali mereka bertemu, selagi itulah
emosi anak-anak akan terus tertekan. Keadaan rumahtangga yang huru-hara, suasana yang tidak
tenteram dan ibu yang tidak dapat mengawal keadaan atau perasaannya juga akan menyebabkan
emosi anak-anak terganggu.

Pertukaran sekolah dan perpisahan dengan kawan-kawan rapat boleh menyebabkan anak-anak
berasa hiba, lebih lebih lagi jika mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Kunjungan dan bantuan daripada datuk dan nenek amatlah penting untuk mengurangkan beban
yang dialami oleh keluarga yang terlibat. Berpindah ke rumah datuk nenek boleh memberi
ketenteraman jiwa kepada keluarga tersebut sementara mencari jalan untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan baru.

Kesan perceraian berbeza di antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Disini
diberi dua contoh kes yang ditemui.

KES 1 

A.  Seorang kanak-kanak Melayu berusia empat tahun yang memang cerdik.Dia sering menangis
terutamanya pada waktu malam. Ibu bapanya telah bercerai sebulan yang lalu dan pada setiap
hari minggu, ayahnya akan mengunjung dan membawanya bersiar-siar. A memang mesra dan
rapat dengan ayahnya sejak kecil lagi. Dia sering bertanyakan ibunya mengapa ayahnya tidak
lagi balik kerumah seperti dahulu. Ibunya pula berasa marah terhadap A kerana setiap kali
selepas dihantar pulang , A akan menangis teresak-esak sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak
bersetuju bekas suaminya membawa A keluar.
Di tadika pula , A yang biasanya mudah mesra dan suka bergaul, asyik menyendiri sahaja. Dia
tidak berselera makan dan badannya jelas kelihatan susut. Dia juga mudah panas hati jika
kehendaknya tidak dituruti. Ibu A menyatakan bahawa tingkah laku anaknya banyak berubah
selepas dia bercerai dengan suaminya.

KES 2 

B.  pula seorang anak Cina berusia 12 tahun. Ibu bapanya telah bercerai sejak tiga tahun yang
lepas dan tinggal bersama bapa saudaranya (abang ibunya) selama dua tahun. Ibunya bekerja
disebuah kedai dan ayahnya tidak pernah langsung melawatnya selepas perseraian itu. B telah
dibawa oleh bapa saudaranya berjumpa dengan ahli psikologi dan pakar psikiatrik kerana gerak-
geri dan tingkah lakunya amat sukar diawasi. Dia tidak mematuhi, selalu mencuri duit dan keluar
sehingga larut malam bersama kumpulan budak-budak nakal. Dia malas belajar dan sering
ponteng sekolah. Disekolah, dia telah beberapa kali dibawa ke perhatian guru besar kerana
berkelakuan biadab, suka bertumbuk, mencuri duit murid-murid lain dan merokok.

Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah tingkah laku dan gangguan emosi sering dialami
oleh kanak-kanak apabila berlaku perceraian dikalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku
berbeza di antara kanak-kanak dan ia berhubung kait dengan perkara-perkara seperti usia dan
jantina. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam, sakit
tekak, sakit perut dan sebagainya.

Seseorang kanak-kanak akan berasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan dia
melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap yang mendadak. Dia menjadi degil,
bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur
dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka
bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak lena tidur malam dan kelihatan malas.

Kanak-kanak mungkin berasa takut menghadapi masa depan tanpa seorang ayah. Mereka risau
jika terpaksa berhenti atau bertukar sekolah, berpindah rumah, menghadapi masalah ekonomi dan
sebagainya. Ini menyebabkan mereka berkelakuan tidak menentu. Kanak-kanak prasekolah
mungkin tidak mahu berenggang dengan ibunya kerana takut kalau-kalau dia akan kehilangan
ibunya pula. Dia juga mungkin lebih kerap kencing malam dan membuang air besar dalam
seluarnya.

Kanak-kanak remaja pula lebih sukar dikawal tanpa pengawasan ayahnya. Jika ibunya bekerja,
ini akan memberinya lebih banyak kebebasan. Perasaan marah, kecewa dan sedih menguasai
dirinya. Jika tidak diberi perhatian, dia akan cuba mencari ketenangan jiwa dengan berpoya-poya
dan menghabiskan masa dikedai-kedai serta pusat-pusat membeli-belah bersama kawan-kawan
yang mungkin memberikan pengaruh yang kurang sihat.

Dia mungkin tidak mengendahkan pelajarannya, selalu ponteng sekolah, merokok, meyertai
kumpulan budak-budak nakal dan berkemungkinan besar terdedah pada pengaruh najis dadah.
Anak-anak remaja yang tidak berdaya mengatasi ketegangan jiwa ini mungkin akan lari dari
rumah. Ada juga remaja yang bertindak lebih jauh daripada itu sehingga sanggup cuba membunuh
diri.
Beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul seorang diri oleh wanita yang telah diceraikan
menyebabkan ramai daripada mereka yang berkahwin sekali lagi. Adakalanya, ini dapat
memperbaiki keadaan tetapi adakalanya boleh juga menimbulkan masalah perhubungan di antara
kanak-kanak dengan ayah tirinya.

Datuk, nenek dan saudara mara boleh membantu keluarga yang mengalami perceraian
menyesuaikan diri dengan suasana penghidupan baru. Ibu atau bapa saudara yang rapat dengan
anak-anak ini boleh membantu mereka mengatasi masalah emosi yang dialami. Anak-anak
mungkin amat marah pada ibu dan bapa mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu yang
baru bercerai mungkin berasa tertekan dan tidak dapat menunjukkan caragaya keibuan yang
memuaskan. Saudara mara, jiran atau pembantu rumah yang boleh menjaga anak-anaknya dari
semasa ke semasa boleh memberikan sedikit kelegaan dan ketenteraman jiwa.

Pada pandangan saya, kesan perceraian terhadap kanak-kanak akan menjadi lebih ketara pada
masa depan memandangkan lebih ramai keluarga yang mengamalkan penghidupan bercorak '
kelompok' (nuclear family type) dan hidup jauh daripada saudara mara. Para kaunselor, pakar
psikologi dan pakar kanak-kanak boleh membantu keluarga yang terlibat menghadapi keadaan ini
agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

KANAK -KANAK AUTISTIK

KES

Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan
kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam
keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak
biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak
mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak: tidak
menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu dia
bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-
ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau
dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu
bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan
mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau
menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan
makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian
seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil
dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu
menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat
permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya
dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis
sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian
orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-
kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup
menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki
dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau
menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan
merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru
kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Kes
-kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi
perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor baka
,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anak yang
autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma
menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :

1.   Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain.
Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.
Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah
makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah
minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan
bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan
sebagainya.

2.   Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara
spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati
sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau
dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia
berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.

3.   Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma
biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang
diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.

4.   Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan
tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan ,
menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol
dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu ,
bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang
terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus
kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat
sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai
dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra
dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak
-anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan
yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada
sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula
menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh
bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

Adakah autisma sering berlaku ?

KES

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklah
dibawa kelinik saya. Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahan
saya. Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja.
Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan
sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza. Adalakanya, dia suka
bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak
lain.

Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana
kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan
para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak
autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak
autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak
lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa.

Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan
ini. Kes berikut menyokong pendapat ini.

Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak
sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan
dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku
yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak
-kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang
sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua
bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan
bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik
yang berdaftar. Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan
untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang
berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak
autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.

Apakah puncanya ?

Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat
mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak
yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom
Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan
( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan
menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa
-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak -kanak autisma dan keluarganya.

Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang
lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika
didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga
tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga
perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk
mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan
banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak
jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.

Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu
diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar pada
hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak
mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka
dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan
yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat
mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk
menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika
anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan
mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi.
Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin
berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik
mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada
keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan
menyinggungperasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln
untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah
tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg
mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap
mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta
perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang
dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak
-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak
itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak
-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw
-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak
autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang
teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan
-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka
kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak
itu.

Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?

Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun
setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai
memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih
untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanik
kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan
yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan
memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.

Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti
dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk
memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran
berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik
pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour
midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan
nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma
supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah. Ibu bapalah
yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk anak
mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini
tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian
besar kanak-kanak autistik.

Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan
pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-
masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai.
Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-kelas ini
juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar
berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna
apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi
muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu
mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.
Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan
mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling
memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-
kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka.
Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat
kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik
secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju
untuk membantu keluarga yang terlibat.

MEMBERI UBAT KEPADA KANAK - KANAK  

Bayi dan kanak -kanak memang sering diserang penyakit yang menyebabkan mereka kerap
dibawa berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Sebagai contoh , sewaktu menjelang usia tiga
tahun , seorang kanak -kanak mungkin telah diserang batuk selesema sebanyak 20 kali , lelah dua
kali , cirit -birit 2 kali , cacar air (chicken pox ) sekali , sakit merah mata ( conjunctivitis ) sekali ,
jangkitan kulit ( impetigo ) sekali dan jangkitan tekak dua kali. Dari sini kita dapat bayangkan
bagaiman kerapnya kanak -kanak itu dijangkiti penyakit dan terpaksa memerlukan rawatan doktor
dari semasa kesemasa.

Tidak semua penyakit yang dihadapi oleh kanak -kanak boleh dirawat. Adakalanya , ubat yang
diberikan hanyalah untuk mengurangkan tanda -tnda yang mengiringi penyakit itu seperti demam ,
cirit -birit , pening , sakit kepala , muntah -muntah , gatal -gatal dan sebagainya. Umpamanya ,
seorang kanak -kanak telah menghidap demam selesema akibat jangkitan virus. Ubat yang diberi
bukanlah untuk membunuh virus tersebut tetapi hanya untuk mengurangkan demam atau batuk
selesema menyebabkan bayi atau kannak -kanak itu tidak mahu makan dan kelihatan sakit.

Merawat bayi dan kanak -kanak tidak sama seperti merawat orang dewasa. Orang dewasa
bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dan akan mengambil ubat yang dibekalkan oleh
doktor apabila jatuh sakit.

Tetapi , dalam hal merawat bayi dan kanak -kanak , doktor memerlukan kerjasama pihak ibu bapa.
Jika ibu bapa tidak faham , tidak yakin , cuai atau ingkar terhadap arahan -arahan doktor , ini akan
menjejaskan usaha merawat bayi atau kanak -kanak itu. Doktor bertanggungjawab untuk
menerangkan kepada ibu bapa tentang penyakit yang dihadapi oleh anak mereka. Beliau juga
perlu menjelaskan pendekatan yang dipilih untuk merawat si anak itu serta jenis -jenis ubat yang
digunakan termasuk juga kesan -kesan sampingan yang perlu ibu bapa berikan perhatian.
Kerjasama pihak ibu bapa perlu diperoleh untuk meneruskan program rawatan yang telah
dirangka.

Dos ubat yang digunakan untuk bayi dan kanak -kanak semestinyalah lebih rendah daripada yang
digunakan oleh orang dewasa. Ada ubat yang digunakan untuk tempoh beberapa hari sahaja dan
ada untuk satu hingga dua minggu , berbulan -bulan atau seumur hidup. Ubat terdapat dalam
bentuk sirap atau tablet dan diberikan dalam bebagai -bagai cara. Ada yang dilakukan secara
suntikan , secara enema (memasukkan ubat melalui dubur ),secara sedutan ( aerosol ) atau
secara titik kedalam hidung , telinga atau mata. Masalah yang paling besar dihadapi oleh doktor
iailah compliance , iaitu memastikan yang si anak itu diberi ubat mengikut dos yang disarankan
pada setiap masa yang ditentukan. Jika di wad , pemberian ubat seperti yang disarankan kerana
terlupa , kurang yakin terhadap ubat tersebut atau kerana si anak berdegil tidak mahu makan ubat
dan sebagainya.

Kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi ,
personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara
seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan
yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak
-kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya.
Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor. Kita
ambil beberapa contoh kes untuk menggambarkan bagaiman salah faham boleh membawa
kemudaratan kepada kanak -kanak.

KES 1 

Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor
menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroid tiga kali sehari selama lima hari
berturut-turut. Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu
tersebut yakin dengan krim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba
merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan.
Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan
dengan bayi-bayi yang sebaya dengannya. Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal
kulit pada bahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa
bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak
bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga
membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity. Anak ini telah dimasukkan kewad
untuk mendapatkan rawatan yang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan
yang keadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain. Kes ini menunjukkan bagaimana
penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.

KES 2 

Ali yang berusia empat bulan telah dibawa berjumpa doktor kerana menghidap penyakit kulit. Dia
telah disahkan menghidap kudis buta ( scabies ) dan dibekalkan ubat krim gamaxane untuk
disapukan ke seluruh badannya sekali sahaja. Seisi keluarganya telah juga mendapat rawatan
yang sama. walaupun bagaimanapun , bapanya telah menyapukan krim itu setiap hari kerana
difikirkan penyakit anaknya masih tidak sembuh. Mujurlah , pada hari yang keempat dia telah
dibawa anaknya berjumpa doktor yang sama yang telah mengarahkan supaya penggunaan ubat
itu diberhentikan.

Krim gamaxene hanya perlu disapukan sekali sahaja dan berupaya membunuh hama yang
menyebabkan penyakit kudis buta itu. Ubat lain boleh diberi kepada Ali untuk menghilangkan  gatal
-gatal tersebut. Jika doktor dan bapa Ali berkomunikasi dengan lebih rapat lagi , masalah ini akan
dapat diatasi dari awal -awal lagi. Apa yang dikhuatirkan kulit bayi amat nipis dan penggunaan krim
tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan boleh membawa kemudaratan .Laporan luar
negeri menunjukkan bahawa ada bayi yang mengalami kerosakkan otak akibat terlalu banyak
menggunakan krim ini. Walaupun hanya beberapa orang sahaja daripada lebih sejuta yang
menerima rawatan mengalami keadaan ini , ia tetap perlu diberikan perhatian.

KES 3 

Seorang kanak -kanak berusia enam tahun telah disahkan menghidap sejenis sawan. Dia telah
diberikan ubat pencegah sawan , dilatin dan telah dirawat di wad. Selepas beberapa hari ,
sawannya telah dapat dikawal. Sirap dilatin telah dibekalkan untuk dibawa pulang. Selepas dua
minggu , ibunya telah memebawa dia berjumpa doktor sekali lagi kerana sawannya datang
kembali dengan kerap sekali. Apabila ditanya tentang cara pemberian ubat , jelaslah bahawa si ibu
tidak menggoncangkan botol sebelum memberikan ubat itu seperti yang disarankan oleh doktor.
Setelah dia berbuat demikian , sawan anaknya telah berkurangan. Si ibu mungkin merasakan
bahawa perkara seperti menggoncangkan botol sebelum memberi ubat kepada anaknya tidak
penting. Jika botol tidak digoncangkan , Ubat berkenaan menjadi kurang berkesan untuk merawat
penyakit yang dialami. Sirap yang dituangkan ke dalam camca kurang padat dengan ubat dilatin
menyebabkan si anak tidak mendapat dos yang mencukupi.

 KES 4

 Azam yang berusia lima tahun telah dibawa berjumpa pakar kanak -kanak kerana tubuhnya
didapati terlalu pendek bagi usianya. Dia juga didapati terencat akal. Dari rawayat yang telah
diperoleh , jelas bahawa pada usia lapan bulan , dia telah dikenal pasti mengalami keadaan yang
dinamakan congenitl hypotthyroidism dan rawatan menggunakan ubat hormon tiroksida diberikan
. Doktor pakar di kuantan telah merawatnya selama empat tahun si anak tidak mendapat bekalan
tiroksina yang amat penting bagi pertumbuhan dan perkembangan inteleknya . Wajahnya pada
ketika itu menunjukkan ciri kanak -kanak yang menghidap congenital hypothyroidism..
Selepasbeberapa bulan ubat ini diberikan semula , wajahnya mula kelihatan lebih sempurna dan
tubuhnya kelihatan lebih tinggi. Tetapi , prestasi inteleknya hanya setaraf dengan kanak -kanak
yang berusia satu setengah tahun sahaja. Dia cuma boleh menuturkan dua atau tiga patah
perkataan sahaja. Keadaan ini amat menyedihkan kerana dia sudah pasti akan mempunyai susuk
tubuh yang lebih tinggi , wajah yang lebih sempurna serta prestasi intelek yang lebih baik jika
bekalan ubat tiroksina itu tidak terputus sebegitu lama.

KES 5 

Sara berusia lima tahun dan menghidap penyakit lelah. Dia sering batuk pada waktu malam
menyebabkan dia tidak dapat tidur nyenyak. Dia telah diberikan beberapa jenis ubat untuk
melegakan lelahnya tetapi pakar kanak -kanak yang merawatnya telah mencadangkan
penggunaan sejenis ubat dalam kumpulan theophyline. Dari pengalaman pakar tersebut , ubatini
adalah mujarab untuk mengurangkan batuk pada waktu malam. Dia telah berpesan pada ibu bapa
sara supaya berhubung balik melalui telefon jikaada apa - apa masalah. Pada keesokan hari ,
bapanya telah menelefon pakartersebut menyatakan anaknya sakit perut dan tidak dapat tidur
malam. Pakar kanak -kanak itu telah menyuruh bapa sara menghentikan pemberianubat tersebut
untuk sementara waktu dan memebawa anaknya ke klinik semula jika sakit perutnya tidak reda.
Kebetulan, sakit perut anak itumula reda dari sibapa telah membuat temujanji untuk berjumpa
doktorsekali lagi pada lain hari.
KES 6 

Seorang bayi berusia lapan bulan dibawa oleh ibunya ke linik kerana matanya merah. Doktor telah
menyarankan rawatan bunat titik.Dua hari kemudian, siibu telah membawa anaknya kelinik semula
kerana mendapati kedua-dua belah mata anaknya bernanah.Apabila sisoal ibunya telah
menyatakan bahawa dia sebenarnya tidakberjaya menitikan ubat ke mata anaknya. Bayi itu telah
dimasukkan ke wad untuk rawatan yang lebih agresif dan penyakit matanya mula reda setelah
ubat titik digunakan. Ibunya berasa lebih yakinsetelah ditunjuk ajar oleh jururawat. Rawatan
seterusnya dapat dilakukan dirumah.

KES 7 

Seorang bayi lelaki yang berusia empat bulan telahdibawa oleh ibunyake klinik kerana menghidap
batuk selesema. Doktor telah memberikanubat batuk dan bayi itu telah sembuh dalam masa tiga
hari. Tetapi hampirsebulan kemudian , batuknya berulang kembali dan si ibu telah
menggunakanubat lama yang masih ada lagi di rumahnya untuk merawat batuk anaknya itu.Batuk
bayi itu tidak reda ; sebaliknya menjadi semakin teruk. Tiga hari kemudian ,si ibu membawa
anaknya ke klinik semula. Doktor mengesyaki bayi tersebut menghidapbatuk kokol ( whooping
cough ) dan telah memasukknanya ke wad untuk mendapatrawatan intensif. Doktor mendapati
bahawa bayi itu hanya mendapat satu dos perlaliansahaja untuk mencegah penyakit kokol. Oleh
itu , dia masih lagi belum mendapat perlindungan yang mencukupi. Ibu itu tidak sepatutnya
bertindak merawat bayinyasendiri sehingga menyebabkan rawatan untuk penyakit kokol oleh
doktor dilengahkan.

Kekurangan hormon tiroksina di dalam tubuh bayi akan menjejaskan pertumbuhan dan
perkembangan inteleknya. Setiap kanak-kanak yang telah dikenal pasti mengalami masalah
kekurangan hormon ini perlu mendapatkan bekalan ubat seumur hidup dan memerlukan penilaian
pakar dari semasa kesemasa untuk memastikan ubat yang diberikan mencukupi bagi
pertumbuhan perkembangan inteleknya. Di sini, saya ingin membentangkan satu kes benar yang
tidak seharusnya berlaku jika ibu bapa faham tentang masalah ynga timbul dan mendapat nasihat
doktor dari semasa kesemasa.

Hubungan di antara ibu bapa dan doktor amatlah penting dan bukan sahaja akan menyenangkan
hati ibu bapa malah doktor juga. Kes dibawah menunjukkan bagaimana hubungan rapat di antara
ibu bapa dan doktor boleh mengatasi perasaan khuatir ibu bapa.

Penggunaan antibiotik 

Antibiotik digunakan untuk membunuh kuman bakteria. Ibu bapa sering berasa khuatir kalau-kalau
anaak mereka diberikan terlalu banyak antibiotik dan sering bertanya sendiri sama ada amalan ini
sihat atau tidak. Kanak-kanak tidak seharusnya diberikan rawatan antibioyik setiap kali dia
menghidap penyakit virus selesema. Anatibiotik tidak akan membunuh kuman bakteria tetapi
doktor mungkin menyarankan penggunaan anatibiotik jika penyakit si anak itu kelihatan teruk.
Penyakit lembam tonsil, lembam tekak atau sakit telinga boleh disebabkan oleh kuman bakteria
atau virus.
Kadangkala sukar untuk membezakan antara satu penyakit dengan yang lain. Ujian makmal untuk
mengenal pasti virus dan bakteria memakan masa dan juga menelan belanja yang tinggi. Oleh itu
kadangkala doktor perlu menggunakan budi bicaranya untuk memutuskan sama ada antibiotik
perlu digunakan atau tidak. Penggunaan antibiotik bergantung pada pernilaian doktor keatas
keadaan bayi atau kanak-kanak tersebut. Risiko kesan sampingan antibiotik perlu sentiasa
dipertimbangkan. Jangka masa antibiotik digunakan serta kosnya juga perlu diambil perhatian.
Rasional penggunaan antibiotik perlu dijelaskan kepada ibu bapa supaya mereka dapat mematuhi
arahan doktor. Seringkali, antibiotik yang dibekalkan tidak diberi kepada pesakit. Ini bukan sahaja
membazir malah boleh meyebabkan kuman bakteria pada tubuh badan sianak itu lali terhadap
antibiotik itu.

Keputusan menggunakan antibiotik akan dibuat oleh doktor setelah menimbangkan setiap faktor
yang berkaitan dengan sesuatu penyakit yang dirawat.

Kesimpulan

Peranan ibu bapa amat penting bagi menjayakan rawatan keatas kanak-kanak. Mereka perlu
mendapatkan penjelasan daripada doktor supaya dapat memahami penyakit yang dihidapi oleh
anak mereka dan program rawatan yang disarankan. Dengan ini, ibu bapa akan dapat
meneruskan program rawatan anak dirumah.Komunikasi yang rapat diantara ibu paba dan doktor
amat penting kerana ini boleh mengelakkan berbagai-bagai masalah yang boleh mengakibatkan
pembaziran tenaga, masa dan wang.

Tekanan Emosi Terhadap Kanak kanak

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap
menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh
masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian.
Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan
akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan
di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress
dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi
kepada seseorang individu.

 Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang
dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia
tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. Ini
menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak ,
tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang
sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang
dialaminya.
Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh
sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada
perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan
jayanya.

Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana
sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati
memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si
ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan
ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan.
Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang
kawan -kawannya ditadika.

Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera
makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang
berura -ura untuk berpisah.

Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan
dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan
menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital ,
ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang
asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit
sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap
sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan
tidak subur.

Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik
dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada
ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah
atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati
belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat
mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih
mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya
ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku
kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak
berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan
emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala ,
pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing
malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.

Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera
makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang
disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud
dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan
psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi
tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan
tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek
tekanan emosi.

Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah ,
aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si
anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai
usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi
intelek yang kurang memuasakan.

Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak
memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan
perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak
ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka
hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan
ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang
terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang
menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung
dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.

Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability )
yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini
perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi
membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang
dihadapinya itu.

Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka
tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada
sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain
secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya
pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau
sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta
tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama
apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain
peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa
dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan
pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara
percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung ,
merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang
menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka
mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan
berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau
yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan
emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan
mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan
galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran
hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul.
Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan
mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ? 

Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan
ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi
lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari
semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan
yang terdapat pada dirinya.

Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan
sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara
untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan
kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar
merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang
yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu
mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya.


Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya
melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.

Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak.
Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan
berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina
keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam
darjah satu lagi.

Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang
sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi
akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya
dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin
merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila
berhadapan dengan sesuatu cabaran.
Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan
apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan ,
sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam
pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan
keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak ,
menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.

Kesimpulan 

Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan
berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri
-ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.

Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala
punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan
kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.

Kanak-kanak yang hiperaktif


Daripada pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah
hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju seperti Eropah dan
Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap
berlaku di kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan
didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang
menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar
kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di
tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu
aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive
Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang
pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana
perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada
pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup
masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah
menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan
kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

 Kebanyakan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para
profesionalmenjelang usia 5 tahun.Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibubapa mula cemas memikirkan
bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan
melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?

Ibubapa sedar bahawa keadaan ini telah mula membenih dari mereka kecil
lagi,mungkin disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi.Ada yang telah
merasakan pergerakan janin yang terlalu aktifsejak dalam kandungan lagi dan
dari bayi tersebut dilahirkan ibu telah merasakan keunikan dari segi tingkah
lakunya.
Pencegahan lebih penting dari   rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke
tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang
rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini
memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian
perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk
meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak
seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan
kesabaran,pengorbananmasa,tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan
terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar
yangterlibat perlu dijalinkan.
Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri
memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang
ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah
laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk
mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang
pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta
terapi manakala yang mempunyaimasalah pembelajaran diberi latihan khas.
Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah
dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka.
Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas
hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa
dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan
menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak
mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan
ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk
melaksanakan progrem pemulihan.
Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di
sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi
intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa
kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai
dengan usia serta keadaan .
Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa
perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal
mereka sendiri untuk menghindar penyakit-penyakit pada zuriat mereka.Saya
sarankan agar mereka menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu
keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi
kaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi
oleh sifat cemas dan was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti
Sindrom Hiperaktif, Sindrom Down, Autisme,kecacatan dan penyakit-penyakit
yang dihidapi oleh anak orang lain. Dapatkan penjelasan dan kaunseling dari
para profesyenel yang arif. Insyaallah dengan ilmu,sikap yang positif serta
amalan hidup yang sihat,keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.
 Berdoalah sentiasa agar dianugerahi zuriat yang sempurna. Lakukanlah apa
yang dituntut oleh ALLAH s.w.t dan juga RASULULLAH s.a.w dan jauhilah
daripada kesemua larangan yang dituntut oleh hukum syarak.

Prinsip-prinsip kejayaan
Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia
keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai
salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis
tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah
'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa
mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan
adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka
orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan
kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari
pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam
bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh
di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam
sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia
mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau
seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana
kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti
lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu
yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat
manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang
bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan
menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip
kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah”
(Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan
rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap
individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan
rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan
menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan
menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah.
Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu
pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat
membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek,
rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat
Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat
dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka
yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita
dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur
dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah
beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk
terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda,
isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara
Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil
sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan
bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca
mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah
Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak
musuh.

Prinsip keenam
Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan
untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam
berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang ,
setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w.
membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan” .

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai
samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan
ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali
tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi
menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah
berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di
sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan
dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil
dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan
tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi
s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh
tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan
untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan
perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua
tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak
dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam
Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-
Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk
ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru
umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak
bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang
jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari
revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja
rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah
s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat
itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-
pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk
mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji
sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba
mencontohi kebijaksanaan beliau.
'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan
mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)

You might also like