You are on page 1of 35

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Teks kecil' Teks tebal'

Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa
Nama rasmi
Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr
Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran
Juga
(Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
dinamakan
Ramazan Bayramı (Turki)
Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim
Diraikan oleh
di negara Muslim
Jenis Perayaan agama
Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,
Keutamaan
bulan puasa
Tarikh 1 Syawal
Tarikh 2009 21 September
Tarikh 2010 10 September
Tarikh 2011 31 Ogos
Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat
Perayaan taulan, memasang lampu pelita, balik
kampung
Amalan Solat
Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam
dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian
Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh
umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

== Zakat fitrah dan takbir ==Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh
untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih
hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah
meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah
semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat
sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara
terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Simbol
 2 Persiapan
 3 Amalan lazim
 4 Pakaian
 5 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 6 Perayaan lain
 7 Rujukan
 8 Pautan luar

[sunting] Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur
haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

[sunting] Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-
rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik
Kampung.

[sunting] Amalan lazim


Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang
Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai
saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz
yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit
Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir
kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan
bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi
menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu
gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada
kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka


Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan
menyebabkan jalan sesak.

[sunting] Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

[sunting] Aidilfitri dalam Kalendar Masihi


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh
berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.

[sunting] Perayaan lain


Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali
dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut
kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah
terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena
"DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi
dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya"
serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali
oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud "
Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

[sunting] Rujukan
1. ↑ Tiga perspektif berbeza malam tujuh likur
2. ↑ SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG
SOHIH
3. ↑ SOAL MALAIKAT MUNKAR NAKIR, DAN AZAB/NIKMAT KUBUR.

[sunting] Pautan luar


 Cara solat hari raya
 Haram merayakan perayaan orang-orang kafir. Dicapai 19 Oktober 2009. /
Menggantikan "Haram merayakan perayaan orang-orang kafir". Dicapai 2 Nov. 2005.
 "Malaysia feasts after the fast, but clerics disapprove". (2 Nov. 2005). AFP.

Hari Raya Aidiladha


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ‫' عيد األضحى‬Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke
sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan
Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah
Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-
sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib
menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13
Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri
kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana
Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih,
dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan
mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah
pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-
bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi
umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim
untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan
orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda
akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah
pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis


 Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada
Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka
sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari
apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari
pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT
telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu
iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada
Anas)
 Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai
Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang
dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan
kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu
jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban
yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
 Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi
dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha
akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-
tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka
hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
 Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy
r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu
Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi
sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab
dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak
ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau
sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[1]

[sunting] Pautan luar


 http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanAidilAdha.htm
 http://www.mymasjid.com.my/hadith/result.asp?str=Aidiladha&sa=Search&r=c

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina
Tulisan Tradisional: 農曆新年
Dari Wikipedia Bahasa
Tulisan Ringkas : Melayu, ensiklopedia bebas.
农历新年
Lompat Maksud harfiah:
ke: pandu arah, gelintar tahun baru takwim
qamari
[papar]Transliterasi
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional: 春節
Tulisan Ringkas: 春节
Maksud harfiah: perayaan musim bunga
[papar]Transliterasi

Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim


Juga dinamakan
Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2009 26 Januari
Tarikh 2010 14 Februari
Tarikh 2011 3 Februari
sambutan Tahun Baru, perhimpunan
Perayaan
keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan Perayaan Tanglung yang mengakhiri
dengan perayaan ini
Halaman ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda
mempunyai sokongan perisian. Lebih...

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-
rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan
limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang
pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas
perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap
Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Tarikh perayaan
 2 Sejarah
 3 Mitos
 4 Sambutan perayaan
o 4.1 Sebelum Tahun Baru
o 4.2 Hari pertama
o 4.3 Hari ke-2
o 4.4 Hari ke-3
o 4.5 Hari ke-5
o 4.6 Hari ke-7
o 4.7 Hari ke-9
o 4.8 Hari ke-15
 5 Hidangan Tahun Baru
o 5.1 Jamuan pertemuan semula
o 5.2 Intisari makanan
 6 Amalan Tahun Baru
o 6.1 Ang pau
o 6.2 Pasar Tahun Baru
o 6.3 Bunga api
 6.3.1 Larangan mercun
o 6.4 Pakaian
o 6.5 Shou Sui
o 6.6 Simbol
o 6.7 Bunga
o 6.8 Ikon dan hiasan
o 6.9 Balik kampung
o 6.10 Rumah terbuka
 7 Ucapan
o 7.1 Selamat Tahun Baru
o 7.2 Gong xi fa cai
o 7.3 Ucapan lain
 8 Pantang-larang sewaktu perayaan
o 8.1 Tuah baik
o 8.2 Nasib Malang ("Tuah buruk")
 9 Rujukan
 10 Pautan luar

Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang
dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-
haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh


Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika
Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa
"bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari,
sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang
masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang
menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru
diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104
SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal
tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,
Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa
Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan
letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang
membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina
Ringkas: 过 年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah
raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda
dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas
yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang
terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.
Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan
orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada
memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan
lanjut usia.[4]
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina
Ringkas: 开 年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi
ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin
tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam
jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺 子, jiǎozi) dijadikan
sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai
Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut
dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat),
iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar
qamari Cina.[7]

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi
jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed
di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur
kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan
untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina
Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元 宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa
Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas:
汤 圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan
Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air
untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.
Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari
yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru


Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团 圆饭 tuányuán fàn)
diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya
diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan
makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina
Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya,
bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有
餘, Cina Ringkas: 年 年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang
sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan

Bahasa
Nama Huraian
Cina [*]
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18
bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut
羅漢齋 (罗
Luohan berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis
汉斋)
zhai sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain,
luóhàn zhāi
kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum
Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan
Ikan 魚 (鱼) yú perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘;
pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.
魚生 (鱼生) Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung
Yee sang
yúshēng untuk menyambut tuah.[8]
Ladu 餃子 (饺子) Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan
jiaozi jiǎozi tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa
金橘 jīnjú; perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat
Limau
atau Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial,
mandarin
柑 gān buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan
kemewahan.
Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan
Kuih 年糕
Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian
bakul niángāo
tinggi".[2]
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,
Mi
namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula
Gula-gula
Cina berwarna merah atau hitam.
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam,
Tikoy air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding
ini (putih atau perang).
[*]
: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk
tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru


Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红 包,
pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau
利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina,
oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah
satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó
jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama
bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara
itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu
didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura


Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau
sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula,
kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya
diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam
kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.
Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang
dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa
yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun


Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-
undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih
digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan
pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar
China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.[13]
Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan
yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis
yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari
1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan
pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada
waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan
terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang
membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan
lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.
 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika
Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya
bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di
beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi
sosial antara kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun
dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守 岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun
yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya
bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan,
yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping
bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian
dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik",
berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah,
kegembiraan dan kemakmuran.[19]

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud


Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi


Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang
memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan
Ikan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup
pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年 有餘
(niánnián yǒuyú).[9]
Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang
Jongkong dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Yuanbao merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman
silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada


tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan.
Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur.
Tanglung
Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun
Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang,
berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-
Perhiasan
hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan
kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah


dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi
Tarian simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari
singa dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa
juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang
Cina.

Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财 神)


merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
Cai Shen
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam
kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak
saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,
Cina Ringkas: 春 运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu
masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali
daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan
raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan
ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉 祥
话, pinyin: jíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快
乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ):
Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini
diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat.
Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过
年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa,
boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong


"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财;
pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ):
Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan
semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim
dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama
ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan
tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis
ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20];
manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan
konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini
kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di
beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk
komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru
dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya
golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa
mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru
dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲
歲平安, Cina Ringkas: 岁 岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan
berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"),
sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam
bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil
setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan
utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada
dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar
hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan
Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包


拿來, Cina Ringkas: 恭 喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang
diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil
kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk
menambah kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga
sama bunyinya dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil
dalam bahasa Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun
Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Rujukan
1. ↑ "Nian". About.com. http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa010900a.htm.
Dipetik 2008-01-21.
2. ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 "春节 CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the 1st
month)". huayinet.org. http://www.huayinet.org/culture/culture_chunjie.htm. Dipetik
2008-01-21.
3. ↑ 3.0 3.1 "Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner". Everything2. 2004-01-
20. http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200. Dipetik 2008-01-21.
4. ↑ "Chinese New Year Customs Around the World". Quick Brown Fox. 2006-03.
http://www.pscscholarships.gov.sg/pscscholarshipscms/ezinehtml/2006-03/6etc.html.
Dipetik 2008-01-21.
5. ↑ 5.0 5.1 "Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way".
http://www.newsgd.com/specials/springfestival07. Dipetik 2008-01-21.
6. ↑ "Chinese New Year". Kiwi Families for Passionate Parents.
http://www.kiwifamilies.co.nz/Topics/Festivals/Chinese+New+Year.html. Dipetik
2008-01-21.
7. ↑ 7.0 7.1 "Yan Yat: Everybody’s Birthday". Christine O'Keeffe's New Year Legends.
http://www.tartanplace.com/newyear/newyrlegend/birthday.html. Dipetik 2008-01-21.
8. ↑ 8.0 8.1 "Lo Hei". Mana Makan - The Feast Crusade. 2006-01-28.
http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei.html. Dipetik 2008-01-21.
9. ↑ 9.0 9.1 9.2 "Yu San (Chinese New Year Fish Salad)". DimSum. 2001-01-01.
http://www.dimsum.co.uk/community/yu-san-chinese-new-year-fish-salad.html.
Dipetik 2008-01-21.
10. ↑ "Chinese New Year". HK Information. http://www.hk-info.net/newsshow.php?
pid=942. Dipetik 2008-01-21.
11. ↑ Firecrackers Singapore
12. ↑ Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune,
2006-01-27. 
13. ↑ Book soul 1970
14. ↑ Chingay Past
15. ↑ Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, 100,
Angkatan Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.
16. ↑ "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan", Equator
Online, Kalbar, 2003-01-30.  Dipetik 2008-01-21.
17. ↑ "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York Post,
2007-02-17. 
18. ↑ "HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003". 2003-02-03.
http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.shtml. Dipetik 2008-01-21
19. ↑ "fu dao". Everything2. 2002-12-23. http://everything2.com/index.pl?
node_id=1405424. Dipetik 2008-01-21.
20. ↑ "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17.  Dipetik
2008-01-21.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Tahun Baru Cina

 Perayaan Tahun Baru Cina


 Halaman fakta mengenai Tahun Baru China
 Makanan dan hiasan tradisional untuk Tahun Baru

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina"


Kategori: Rencana pilihan | Rencana yang mengandungi teks bahasa Cina | Sambutan Tahun
Baru | Kalendar Cina | Perayaan Cina | Perayaan berskala besar

Hari Deepavali
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Diwali/Deepavali
Juga Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta
dinamakan Cahaya
Diraikan oleh Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu,
dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-
aspek budayanya.
Jenis Kegamaan, India
Meraikan kemenangan terhadap kejahatan,
Keutamaan
dan penanggalan kegelapan rohani
Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan
Tarikh bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua
hari selepas hari itu
Menghiasi rumah dengan pelita, mercun,
Perayaan
mengagihan gula-gula dan hadiah.
Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat
Amalan
puja, prasad)

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली, bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai
Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua
manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka
yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar


 2 Kepentingan dalam agama Hindu
o 2.1 Cerita berkaitan Deepavali
o 2.2 Kepentingan esoterik
o 2.3 Lima hari Diwali
 3 Sambutan Deepavali di Malaysia
 4 Rujukan
 5 Pautan luar

[sunting] Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar


Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan
Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-
hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India,
namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada
versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak
bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini
yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari
empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama
bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di
India utara, Diwali jatih pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar
Gregorian, Deepavali biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

[sunting] Kepentingan dalam agama Hindu


Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam
Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan


kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot,
nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan
ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali,
maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

[sunting] Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:

 Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama,


Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah
14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama
membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala
pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab
Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi
bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih
awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir
kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar
Annakut.
 Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum
hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam
bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama,
isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini
dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta
rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu
Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya
berwarna-warni.
 Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan
bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan)
untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai
kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja
Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai
Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata
21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis
persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
 Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali.
Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah,
Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada
Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang
dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka
adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu
perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus
mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan
sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk
kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu.
Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat
Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan
lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui
keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai,
namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara
terperinci dalam Bhagavad Gita.
 Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana,
Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi
setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan
'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

[sunting] Kepentingan esoterik


Flowers are an integral part of Divali as are many decorations.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang
terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang
menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman.
Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya
Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan
(menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu
akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi,
tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang
sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa
kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan


sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun
intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti
yang mendasari segalanya (Brahman).

[sunting] Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari
kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi


bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh
pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-
belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri
yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura
dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan
(bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh
lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai
pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis
kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan
persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan
dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum
matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan
bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu
pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu.
Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari
secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita
dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari
ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan)
istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali,
apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh
semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling
rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna
menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan
gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut
sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki
memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik
bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati:
Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan
keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari
ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan
mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut
kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

 Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada
subuh.
 Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan
Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

[sunting] Sambutan Deepavali di Malaysia


Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan
cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang
dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
"kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.

[sunting] Rujukan
1. ↑ Dhanvantri Jayanti

[sunting] Pautan luar


 http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanDeepavali.htm
 Sweets and Desserts for Diwali

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Hari Deepavali

 All About The Festival of Diwali


 Hindustan Times Special
 Know more about Divali
 Celebrate Deepavali
 Divali Lanterns (Foto)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali"


Kategori: Perayaan Hindu | Perayaan India | Perayaan berskala besar

Sejarah Hari Krismas


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus yang disebut sebagai Hari Krismas atau
Hari Natal pada 25 Disember pada setiap tahun.

Sarjana Kristian menyatakan tahun sebenar Jesus ialah pada tahun 6 atau 7 sebelum masehi.
Mungkin juga pada tahun 8 dan 6 sebelum tarikh masehi. Ketidakpastian tarikh ini tidaklah
menghairankan kerana gereja Kristian zaman dahulu tidak mementingkan tarikh. [1]

Hari raya yang terbesar dalam agama Kristian ialah Paskah bukan Hari Natal. Hari Natal itu
baru dirayakan di Persidangan Rome tahun 354 m , di Contantinople 376 m dan di Antiochia
388 m Menurut Usener, mulanya Hari lahir Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus
Liberius menukar kepada 25 Disember. Gereja-gereja Katholik merayakan hari lahir Jesus
pada 7 Januari sehingga sekarang.

Hanya pada 530 masehi tarikh lahir lahir Jesus ditetapkan . Pendeta bangsa Scythian juga ahli
nujum bernama Dionzysius Eziguus menetapkan pada 25 Disember , tanpa sebarang alasan
munasabah .
Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari. Dewa
Mithra dilahirkan pada 25 Disember juga . Plitach menyatakan dewa Orisis iaitu dewa orang
Mesir lahir pada 27 Disember. Dewa Horus dan dewa Apollo dilahirkan pada 28 Disember.
Semua dewa di atas adalah nama dewa matahari.

Dr JJ Ch. Abinene menyatakan hari lahir Jesus mulanya tidak dirayakan kerana perayaan ini
menyerupai kebiasaan orang kafir.Dalam Perjanjian Baru tidak pernah disebut perayaan hari
natal ini. Namun akhirnya hari lahir Jesus dirayakan juga iaitu pada 6 Januari di Mesir sekitar
abad ke-3, di Galilea 360 m dan di Sepanyol 380 m. Kemudian di Rome tetapi tarikhnya 25
disember.

[sunting] Rujukan
 HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru,
Kuala Lumpur, 1983 , hlm 93.

Hari Wesak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak
melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak
juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura,
Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha
seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga
akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk
memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian
ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan
duniawi.

 Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru


Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

 Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha


untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

 Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama


umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai
sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari
Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para
sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri
ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari
kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati
tiga peristiwa penting, iaitu:

1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.


2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada
usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

[sunting] Pautan luar


 http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanWesak.htm
 http://www.ksridhammananda.com/pictures/PUBLI/PERAYAAN%20WESAK.pdf

Hari Thaipusam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di
seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai
Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari
Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Tujuan
 2 Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
 3 Perbandingan Malaysia dan India
 4 Cuti
 5 Pautan luar

[sunting] Tujuan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun
di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap
paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium.
Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga
ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua
penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala
dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan
bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau
dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi
atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi
ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini
bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh
beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan
kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa,
pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah
berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk
panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang
lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata
pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata
pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah
menggunakan bahan-bahan tertentu .

[sunting] Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia


Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di
Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut
India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan
dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil
Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia
bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan
dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan
Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.

Patung Dewa Murugan

[sunting] Perbandingan Malaysia dan India


Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada
zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil-kuil Hindu
dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah
begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk
Intan, Hutan Melintang , Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta
Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua
penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu
yang besar sahaja.

[sunting] Cuti
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena
hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka
belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

[sunting] Pautan luar


 http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanThaipusam.htm

 KAUL DAN INTERPRESTASINYA   

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari
dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai
upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan"
untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu
tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau
sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah
berlalu.

Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi
dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul
yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih
terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang
masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini
menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian,
kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua
lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai
pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik
tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran
kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang
menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan
komuniti.

You might also like