You are on page 1of 7

ISU KEKELUARGAAN

1.0 Pengenalan

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru

dunia ini tentang isu keluarga. Pada sosial saat ini, banyak keluarga mengalami kesulitan

menangani karena kurangnya pengetahuan, kemampuan, dan fleksibilitas untuk berubah.

Keluarga yang mengalami kesulitan beradaptasi seringkali berkutat pada halangan-halangan

yang ada dalam keluarga , iaitu sikap dan tingkah laku yang manghambat fleksibilitas dan

menghalangi penyesuaian kembali dengan situasi yang baru. Keluarga bermasalah

merupakan keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat

daripada masalah keluarga. Masalah-masalah yang mengalami dalam sebuah keluarga

seperti penceraian ibu bapa, penjagaan anak-anak, penderaaan kanak-kanak, keganasan

rumah tangga, keluarga tunggal, ibu bapa bekerja sepenuh masa, konflik keluarga dan

sebagainya. Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul pelbagai keadaaan

negatif dalam perhubungan ahli-ahli keluarga tersebut.

2.0 Faktor-Faktor

2.1 Kemiskinan

Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah keluarga tidak

memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan

asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga perubatan serta

pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka


menjalankan kegiatan harian dengan baik. Ketua keluarga yang tidak memperolehi

pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah keluarga akan

berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti

persekolahan juga terganggu. Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat

juga membebankan perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak

mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak.Keluarga

miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan setinggan.

Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak

kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan

kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat

membuang sampah. Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang

masalah social seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di

kawasan setinggan juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit yang mendatangkan

masalah kepada keluarga. Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan

rumah serta persekitaran tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan

emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri

berpunca daripada kekurangan wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan

keadaan keluarga menjadi tidak tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang

lain, seperti penceraian dan keganasan rumahtangga.

2.2 Pengangguran

Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi

ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Suami
tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan

kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna. Apabila suami tidak bekerja, beban

untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga diserahkan kepada isteri dan anak-

anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, pengurusan anak-anak

dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh mengakibatkan anak-anak tidak

mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal. Keadaan ini membawa

anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga timbul bermacam-

macam masalah keluarga.

2.3 Pengabaian Tanggungjawab

Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan

pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab

ditakrifkan sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian

kepada kewajipan yang dipikul oleh ahli keluarga. Ibu bapa yang tidak menjaga

disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai

remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan

serta perhatian sewajarnya daripada ibu.Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan

tanggungjawab utama seperti memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan

memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk memikirkan cara

mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan. Pengabaian

tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang sempurna pada

anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti sekolah

untuk memberi didikan kepada anak-anak.Ibu bapa juga kurang memberi didikan
agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan kehidupan anak-anak

terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman

kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum agama dan

mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.

2.4 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni

Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan

yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian

atau persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain.Perpecahan

atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan keadaan kucar-

kacir. Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati

antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak

menghormati ibu bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah

kelaurga kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak

(isteri) tidak berpuas hati. Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi

persefahaman yang wujud dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang

mendapat kasih sayang dan panduan. Setiap individu di dalam keluarga tidak

mempedulikan hal ahli keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi

semakin renggang dan tidak harmoni. Apabila setiap anggota dalam sesuatu

keluarga tidak memeperdulikan hal ahli yang lain, dan tidak pula memberi galakan

kepada anggota keluarga yang lain, contohnya bapa tidak mengucapkan tahniah

apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan, maka perhubungan tidak

harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat menerima kelemahan
isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan. Maka hubungan

harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

3.0 Cara-cara

3.1 Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga

Daripada segi peranan yang dimainkan oleh pasangan keluarga, secara

keseluruhannya suami memiliki sifat tegas, menitikberatkan pendidikan akademik

dan agama kepada anak-anak, berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, sering

member galakan kepada isteri, menjadi perancang ekonomi keluarga, prihatin

terhadap masalah keluarga, mempunyai cogan kata dalam keluarga, bersifat terbuka

dan sering member ingatan terhadap peneguhan agama kepada ahli-ahli keluarga.

Antara pesanan yang diperlihatkan oleh isteri ini ialah menjalankan tanggungjawab

terhadap suami dan keluarga dengan tabah dan sabar, bekerjasama dengan suami

dalam soal pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak, membantu dari segi

kewangan, memberi sumbangan fikiran, memantau soal-soal keluarga dan

mempunyai matlamat yang positif dalam kehidupan.


3.2 Cara Mendidik Anak

Pasangan ibu bapa harus berganding bahu dalam mendidik anak-anak, memberikan

asuhan atau didikan akademik dan agama yang seimbang, bersifat terbuka dan

toleransi, komunikasi yang baik sesama ahli keluarga, meluangkan masa bersama

ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan atau kebaikan ahli-ahli

keluarganya.. Di samping itu, kesemua anak-anaknya mendapat pendidikan agama

secara formal sebagai mengimbangi pencapaian akademik mereka sekurang-

kurangnya darjah tiga sekolah agama. Ibu bapa juga memperlihatkan sifat-sifat

keistimewaan sehingga mereka ini berjaya mewujudkan rumah tangga yang

harmoni.

3.3 Sifat-sifat Keistimewaan

Bagi pihak suami, mereka sering menjadi sumber rujukan keluarga dan masyarakat,

berpandangan jauh dan memiliki misi dan visi, dalam keluarga memiliki gaya

kepimpinan yang baik, komunikasi yang berkesan dan pengurusan masa yang cekap.

Bagi pihak isteri pula, pasangan keluarga ini mempunyai sikap yang positif dan

berpandangan jauh, bertanggungjawab, penyayang dan pendidikan agama yang baik.

Kesemua sifat-sifat istimewa ini membantu ke arah menjadikan pasangan hidup

dalam harmoni dan bahagia. Keluarga yang bahagia akan menyebabkan sesuatu

tugas dan kerja yang dijalankan dapat dilakukan dengan dengan sempurna dan

efisien. Secara ikhtisarnya, ibu bapa yang bijaksana dalam merancang dan mengurus

kehidupan keluarga. Konsep “Rumahku Syurgaku” perlu dijadikan budaya dan

falsafah hidup keluarga.


3.4 Hubungan Kejiranan

Setiap pasangan keluarga harus menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling

mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah mesra, dan saling tolong-menolong

antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran. Pada hari ini, hidup berjiran

merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat hari ini. Tanpa kehidupan

yang baik dengan jiran, kecacatan sebenarnya telah berlaku dalam keperibadian

seseorang manusia. Semangat kejiranan harus dipupuk dalam minda setiap ahli

keluarga, sekiranya jiran sebelah atau diri-sendiri mengalami sebarang kesusahan,

boleh mendapat bantuan antara satu sama lain.

4.0 Kesimpulan

“Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara”. Demikianlah sebuah slogan yang

meletakkan keluarga sebagai nukleus untuk membangunkan sesebuah negara. Keluarga

merupakan entiti terkecil dalam masyarakat yang akan bergabung dan berkembang menjadi

sebuah bangsa dan negara. Ibu bapa patut bergigih usaha untuk menyelesaikan segala

masalah yang dihadapi dalam keluarganya dengan mengutamakan pemupukan keluarga

bahagia. Dengan ini, keluargalah yang terlebih dahulu menjadi penjananya. “Utamakan

Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang.”

You might also like