You are on page 1of 2

TEORI RASIONAL-EMOTIF (RATIONAL-EMOTIVE THERAPHY/RET)

PENGENALAN

Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai Rational-Emotive Theraphy atau RET. Teori ini diasaskan
oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukakan melalui bukunya Reason and Emotion in Psychotherapy.
Walaupun Ellis terlatih sebagai seorang ahli terapi psikoanalisis tetapi beliau telah membina satu
pendekatan baru yang bersifat action-oriented dalam kaunselingnya. Menurut Ellis, RET merupakan
satu teori personaliti, satu system falsafah dan satu teknik rawatan psikologi. Teori yang bersifat
pendidikan ini lebih menekankan peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai punca
masalah-masalah peribadi. Oleh itu, manusia berkeupayaan bertindak sama ada dalam bentuk
rasional (positif) ataupun tidak rasional (negatif). Teori ini turut mengakui bahawa berkemampuan
untuk mengubah dan mengawal tingkah lakunya seperti yang dijelaskan melalui personality “A-B-C.”
Melalui RET, kaunselor perlu aktif, berani, bijak dan berkeupayaan menggunakan pelbagai teknik
kaunseling dalam merasionalkan sistem kepercayaan klien yang sedang “bercelaru” (tidak rasional)
akibat masalah yang sedang dialami itu. Tegasnya sebagai seorang pendidik, kita perlu sabar dan
menggunakan segala pengalaman yang ada untuk mengikis perasaan klien atau pelajar yang tidak
rasional itu.

KONSEP ASAS TEORI RASIONAL-EMOTIF (RET)

1. Teori RET merupakan satu teori personaliti, berfalsafah dan lebih berbentuk pendidikan
daripada perubatan.
2. Teori RET menganggap setiap manusia mempunyai potensi bertindak sama ada secara
rasional atau tidak rasional.
3. Teori RET juga bergantung kepada konsep rasionalisasi dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau persoalan-persoalan diri yang sedang dihadapi akibat sistem kepercayaan
negatif atau tidak rasional.
4. Teori RET mengemukakan kaunselor yang aktif, berwibawa, berkeyakinan dan mampu
mengaplikasikan pelbagai teknik kauseling dalam mengubah sistem kepercayaan klien.
5. Teori RET yang berfokuskan aspek kognitif ini mengajar klien atau pelajar untuk mempunyai
keyakinan semula dalam menangani masalah yang sedang dihadapinya itu.

PANDANGAN TEORI RASIONAL-EMOTIF (RET) TERHADAP MANUSIA.

1. Teori Rasional-Emotif berandaian bahawa manusia yang mempunyai potensi untuk


bertindak atau bertingkah laku dalam bentuk rasional dianggap sebagai individu yang sihat,
manakala tidak rasional pula dianggap pula sebagai individu yang tidak sihat.
2. Teori Rasional-Emotif menganggap diri manusia berkebolehan dan mempunyai keyakinan
untuk menggunakan rasional mereka sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini
kerana tidak ada sesuatu perkara atau masalah yang timbul dal diri yang tidak dapat
diselesaikan.
3. Teori Rasional-Emotif percaya bahawa manusia berfungsi secara menyeluruh (holistik). Ini
disebabkan manusia pada asasnya mempunyai empat proses utama yang saling berkaitan
antara satu sama lain untuk hidup dalam suasana yang gembira iaitu;
a) Berprihatin
b) Berperasaan
c) Bergerak dan
d) Bertaakul atau berfikir.

4. Teori Rasional-Emotif menganggap proses pemikiran manusia mempunyai perkaitan yang


rapat dengan proses emosi dan bertingkah laku. Jika salah satu daripadanya dirawat atau
“diubati” sehingga sempurna, maka proses-proses lain juga akan sempurna.
5. Teori Rasional-Emotif menganggap segala masalah yang timbul pada diri manusia bukannya
berpunca daripada faktor luaran, tetapi hasil daripada pemikiran yang tidak rasional
terhadap sesuatu peristiwa yang dialaminya.
6. Teori Rasional-Emotif percaya bahawa manusia berfikir tentang sesuatu perkara atau
masalah yang menimpa ke atas diri dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk perkataan,frasa,
ayat,imej,fantasi dan mimpi. Oleh itu, kognitif berbentuk bukan lisan boleh meninggalkan
kesan yang signifikan terhadap tingkah laku dan emosi individu berkenaan.
7. Teori Rasional-Emitif percaya kebanyakan idea individu yang tidak logic wujud paling ketara
ketika masih kecil lagi. Di

You might also like