Professional Documents
Culture Documents
Konsep Hukum Jenayah Islam iaitu Qisas, Hudud, Diyat dan Ta’zir
sememangnya adalah paling tepat dan bersesuaian dengan umat Islam. Semua
undang-undang yang diperintahkan oleh Allah bertujuan untuk membentuk akhlak
manusia supaya berasa insaf dengan kesalahan yang dilakukan.
Justeru itu, tugasan ini akan menerangkan lebih lanjut dan secara
mendalam perincian tentang :
1
1.1 Hukum Jenayah Islam : Qisas
Pengertian Qisas
Menurut Dr. Wahbah Zuhaili (2004) Qisas dari sudut bahasa beerti
perturutan kesan dan ia digunakan dengan makna pembalasan kerana orang
yang menjalankan Qisas akan menurut kesan jenayah seseorang
penjenayah, lalu memperlakukannya sama seperti jenayahnya. Ia juga beerti
bersamaan. Daripada pengertian ini pembalasan Qisas dipakai menurut
syara’. Ia adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya iaitu
bunuh.
Pandangan Hashim Mehat.( t.thn), dari segi bahasa Qisas bermaksud
memotong dua secara sama banyak seperti gunting memotong kain atau
kertas secara sama banyak atau sama ukuran luasnya. Manakala dari segi
istilah pula, Qisas bermaksud hukuman balas yang boleh disamakan dengan
"law of retailiation" atau "law of revenge or Vengeance."
Dari segi sudut syara’ pula, hukuman yang ditetapkan oleh syarak
melalui nas-nas al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-
kesalahan yang melibatkan hak individu. Dari sudut perundangan Islam,
takrifan Qisas merujuk kepada suatu undang-undang yang wajib
dilaksanakan untuk menunaikan hak manusia.
Qisas ialah kesamaan dan adil, dinamakan qisas ialah untuk mengadili
pihak1. Ahmad Fathi Bahansi (1983) berkata qisas diambil dari perkataan
"qassa" yang memberi maksud mengikut. perbuatannya iaitu membunuh.
1
). Al-Qurtubi dalam Kitab Jami’ al-Ahkam al-Qur’an.
2
Qisas juga diertikan sebagai kesalahan yang dikenakan hukuman
balas iaitu membunuh dibalas dengan bunuh (hutang nyawa dibayar dengan
nyawa), menghilangkan salah satu dari anggota orang lain, atau
melukakannnya, atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut
jenis kesalahan yang dilakukannya. (Kitab al-Fiqhu`alal Mazahibil Aba`ah:
5/244)
Inilah dia definasi qisas secara umum. Ianya satu hukuman yang
dikenakan dengan balasan yang seimbang. Sebagai contohnya, kalau ia
melibatkan pembunuhan, maka ia akan dibalas dengan bunuh. Kalau ia
melibatkan kehilangan anggota badan, maka balasannya juga adalah
menghilangkan anggota badan si penjinayah yang terbabit. 2
Hukuman Qisas
ii. Orang yang menghilangkan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
3
Mengikut peruntukkan yang disebutkan dalam qanun jinayah syar`iyah,
mereka yang melakukan pembunuhan wajib dikenakan ke atasnya hukuman
qisas, iaitu pembunuh tadi dibalas dengan hukuman bunuh. Hukuman ini
adalah berlandaskan firman-firman Allah Taala berikut:
Jenis-jenis pembunuhan
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara Hudud dan Qisas dari
segi pelaksanaan. Hukuman Hudud bersifat kekal. Tiada siapa pun boleh
mengurang, menambah atau membatalkan hukuman tersebut sekiranya si
tertuduh telah sabit kesalahannya. Namun bagi kes Qisas, hukumannya boleh
digugurkan sekiranya mendapat pengampunan daripada si mangsa. Ini
kerana dalam Hukuman hudud hak Allah adalah lebih menonjol daripada hak
manusia, sementara dalam Qisas pula hak manusia lebih menonjol daripada
hak Allah.Yang dimaksudkan dengan hak Allah di sini adalah hak masyarakat
umum atau orang ramai. Satu perkara yang menarik dalam hukuman Qisas
adalah si pesalah boleh merayu kepada si mangsa untuk menggantikan
hukuman qisas dengan diat. Diat di sini adalah ganti rugi ataupun pampasan
dalam jumlah tertentu kepada si mangsa. 3
3
). http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html
5
1.2 Hukum Jenayah Islam : Hudud
Pengertian
Perkataan hudud adalah kata jamak dari kata hadd. Pada dasarnya,
hadd bererti pemisah antara dua hal atau yang membezakan antara sesuatu
dengan sesuatu yang lain. Dalam pengertian ini, boleh juga diertikan dinding
rumah atau batas-batas tanah.
5
). Sayid Sabiq (2001), Fiqih Sunnah Jilid 9-11, Kuala Lumpur : Victory Agencie, h.13.
6
). Bahawa telah ditetapkan hukuman tersebut demi kemaslahatan masyarakat dan demi terpeliharanya
ketenteraman umum. Ini merupakan sebahagian tujuan agama Islam sendiri. Oleh sebab hukuman hudud
didasarkan atas hak Allah, maka ia tidak boleh digugurkan oleh mana-mana pihak baik individu ataupun
masyarakat.
6
Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap
perbuatan jahat, iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk
dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan syara’ dan ia mestilah
dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.W.T. dan kepentingan masyarakat
awam.
Kesalahan-kesalahan tersebut :
1. Mencuri
7
Mencuri ialah memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.Mencuri merupakan
perbuatan keji yang ditegah sama sekali. Orang yang didapati bersalah
kerana mencuri akan dipotong tangannya. Firman Allah ;
2. Merompak (hirabah)
3. Berzina
9
keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka
kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan
keluar (dari hukuman itu). (an-Nisa’ : 15)
5. Murtad (riddah)
Jelas melalui firman Allah di bawah bahawa orang yang murtad ialah
orang yang berpaling dari agama Islam dan menjadi kafir.
Maksudnya : ……Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
10
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka yang kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya).(al-Baqarah : 217)
6. Minum arak
Menurut definisi yang diberikan oleh jumhur ulama’, arak ialah segala
bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui
buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik
memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak, minumnya sedikit atau
banyak.
“Setiap benda yang memabukkan itu adalah arak. Dan setiap arak itu
adalah haram.” 8.
7
). Hadith riwayat An-Nasaai dan Abu Daud.
8
). Riwayat Ibn Umar.
11
2.1 Qisas : Jenis-jenis dan hukumannya
Pertama :
Atau memukul orang dengan benda berat dan besar yang boleh
mengakibatkan terbunuhnya orang, seperti benda-benda dari besi.
Contohnya, kayu yang berat, batu besar atau kayu yang besar dan lain-lain.
12
Kedua :
Ketiga :
13
dengan cara memenjarakan seseorang di suatu tempat dan tidak diberi
makan dan minum hingga batas waktu yang seseorang tidak mungkin
bertahan dan akhirnya mangsa meninggal. Perbuatan lainnya adalah seperti
memberikan minuman beracun, atau perbuatan-perbuatan lain yang biasanya
boleh menyebabkan terbunuhnya seseorang.
9
). surah al-Israk : 33
10
). al-Baqarah : 178
11
). al-Baqarah : 179)
14
Qisas adalah sebanding iaitu membunuh si pembunuhnya. Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w.
bersabda :"Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak boleh
meminta tebusan (diyat) atau membunuh si pelakunya".
Kafir harbi12 :
Kafir harbi yang tidak diberi jaminan keamanan, maka seorang muslim
atau kafir zimmi, tidak dihukum bunuh kerana membunuh kafir harbi tersebut.
Kafir harbi fi'lan, iaitu orang kafir yang memusuhi negara Islam secara
langsung contohnya suku-suku semasa zaman Rasulullah s.a.w. yang
mengumumkan perang terhadap mereka. Sebab bagi kafir harbi fi’lan tidak
ada khilaf13 untuk memerangi mereka di mana pun mereka berada.
12
). Kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari daulah Islam, dan juga tidak ada
jaminan khusus bagi orang kafir tersebut dengan kafir zimmi atau dengan kafir musta'min.
13
). perbezaan pendapat
15
Kafir ghairu fi’lan, yakni kafir yang tidak memerangi Islam, jika ia bukan
kafir mu'dhid14, maka jika seorang Muslim membunuhnya, maka seorang
Muslim itu tidak dihukum bunuh kerana membunuh orang kafir tersebut. la
hanya menyerahkan diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.
Diriwayatkan dari `Amru bin Syu'aib dari bapanya dan dari datuknya,
bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang kafir separuh diyatnya seorang
Muslim".
Oleh kerana itu, seorang Muslim secara mutlak tidak dibunuh kerana
membunuh kafir harbi yang tidak memiliki perjanjian. Dalilnya, bahawa
Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan dengan jelas dalam hadithnya, bahwa
seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh karena membunuh seorang
kafir. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali r.a, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
"Perhatikan, seorang mukmin tidak dibunuh karena membunuh seorang kafir,
demikian pula kafir yang memiliki perjanjian".
Maksud dari hadis ini adalah seorang Muslim tidak dibunuh kerana
membunuh orang kafir, sama juga keadaannya seorang kafir yang memiliki
perjanjian (kafir harbi yang terikat dengan perjanjian, baik kafir yang
mendapat jaminan keamanan, mahupun kafir zimmi). Ini adalah dalil, bahwa
seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh kerana membunuh kafir
harbi.
14
). orang kafir yang berada dalam perjanjian dengan negara Islam
16
Kafir zimmi atau Kafir musta'min :
Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Abdullah bin `Amru dari Nabi s.a.w
bersabda: "Barangsiapa yang membunuh kafir mu'ahid, maka dia tidak akan
mencium bau syurga, padahal bau syurga tercium dari jarak 40 tahun
perjalanan".
17
2. Membunuh seumpama sengaja (Qatlul syibhul ‘amad)
Disebut juga 'amad al-khatha', atau khatha' al-'amad, kerana ada unsur
sengaja dan tidak sengaja. Pelakunya sengaja melakukan, dan tidak sengaja
pula membunuhnya. Abu Hurairah berkata: "Dua orang perempuan dari suku
Hudzail saling membunuh, salah satunya melempar pihak yang lain dengan
batu. Kemudian terbunuhlah seseorang di antaranya beserta janin yang ada
di dalam perutnya".
18
Hukuman Membunuh Seumpama Sengaja
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga
pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara
beransur-ansur selama tiga tahun.
Diyat itu boleh dibayar selama 3 tahun dengan ansuran setiap tahun
1/3nya.15
15
). http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html
19
3. Membunuh secara tidak sengaja (Qatlul Khatha’)
20
Pembunuhan secara tidak sengaja bermaksud pembunuhan yang tidak
ada unsur membunuh ialah perbuatan yang tidak ditujukan kepada seseorang
tetapi seseorang mati kerana perbuatannya.
16
). http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasfasal1pembunuhanper1041063/
17
). http://www.bicaramuslim.com/bicara7/index.php?sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94
21
Seseorang memasang jaring atau perangkap di tempat yang tidak
dilalui oleh manusia untuk menangkap binatang buruan, lalu tersangkut atau
terperangkap manusia di dalam jaring atau perangkap tadi, dan orang itu pun
mati di dalamnya.
Maka dalam kes ini kesemua orang yang mati dan terbunuh dalam
kemalangan yang disebutkan di atas adalah termasuk dalam kes
pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) yang tidak boleh dikenakan
hukuman qisas ke atas orang yang memasang jaring atau perangkap itu.
22
tersalah atau pembunuhan secara tidak sengaja (qatlul khata`) yang tidak
boleh dikenakan hukuman qisas ke atas kanak-kanak dan orang yang gila
itu.
Dalam nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w, hukuman yang wajib
dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja
(qatlul `amdi) adalah tertakluk ke atasnya empat jenis hukuman:
c) Kifarah
d) Terhalang daripada mewarisi dan menerima wasiat dari orang yang
dibunuh, sama ada pembunuhan itu sengaja atau tidak sengaja. 19
23
timbangan dan sebagainya. Islam menganggap semua perbuatan yang
disebutkan atau yang ditegah oleh Islam adalah mengambil hak milik orang
lain merupakan suatu kejahatan atau dikira dosa dan memakan hak milik
orang lain adalah haram.
Definisi mencuri
24
Maksudnya : Kecuali syaitan yang mencuri dengar percakapan (malaikat di
langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang
nyata kelihatan.(al-Hijr : 18).
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mencuri ialah mengambil hak
orang dengan tidak setahu atau dengan tidak mendapat kebenaran orang
yang empunya. Kedua, mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu
secara sembunyi-sembunyi atau curian barang atau apa-apa yang dicuri;
hasil mencuri.20
Ibnu Arafah berkata : Pencuri menurut orang Arab adalah orang yang
datang dengan sembunyi-sembunyi ke tempat simpanan barang orang lain
untuk diambil simpanan itu.
Jenis-jenis pencurian
20
). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=curi
25
Rasulullah s.a.w. telah memberi keputusan pada hukum pencuri buah-buahan yang
masih berbuah di pohonnya dan pencuri kambing di tempat ternakan.
Pencurian yang harus dikenakan hukuman hadd pula terbahagi kepada dua
iaitu pencurian sughra23 dan pencurian kubra24.
21
). Ibid,Fikih Sunnah , h. 201.
22
). Ibid, h. 202.
23
). Kecil : yang mana wajib dikenakan hukuman potong tangan.
24
). Besar: yang mana disebut merompak yakni hirabah yang dibincangkan dalam hukum hudud yang lain.
26
iii. Sebab mencuri bukan kerana terlalu lapar atau terlalu miskin.
ii. Pencuri alat muzik seperti gitar, piano, seruling dan lain-lain lagi tidak
dikenakan hukuman potong tangan kerana alat-alat ini sebenarnya
tidak boleh digunakan dalam Islam. Namun ada sebahagian pendapat
ulama’ membolehkan alat-alat muzik digunakan tetapi pencuri alat-alat
tersebut tidak dikenakan hukuman hadd. Alasannya kerana terdapat
syubhah dalam masalah ini dan syubhah boleh menggugurkan hadd.
iii. Mengenai pendapat pencuri itu masih kecil yang merdeka dan belum
mumayyiz, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’e mengatakan,
tidak ada hukuman bagi pencuri kanak-kanak yang merdeka dan belum
mumayyiz kerana tidak menepati syarat-syarat untuk dilaksanakan
hukuman.
27
iv. Imam Malik mengatakan bahawa orang yang mencuri anak kecil yang
merdeka tetap dijatuhkan hukuman potong tangan kerana anak kecil
dianggap harta yang berharga. 25
2. Barang curian yang mencapai satu nisab, satu nisab dikira tetapan
untuk menegakkan hukum hadd. Barang curian ini semestinya barang yang
bernilai untuk dijual atau digunakan.
25
). Ibid, h. 210.
28
dicuri sekiranya di bawah nilai sepuluh dirham tidak dikenakan hukuman
tersebut. Ini berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Baihaqi,
Thahawi dan Nasa’I dari Ibnu Abbas dan Amru bin Syu’iab.
Satu per empat dinar itu mempunyai nilai khusus iaitu tiga dirham.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w, satu dinar bersamaan dua belas
dirham.26Abu Hanifah berpendapat bahawa satu nisab yang dijatuhkan
hukuman potong tangan ialah sepuluh dirham atau satu dinar atau sebanding
nilai tersebut.
29
3. Pengakuan dari pencuri itu (iqrar), cukup hanya sekali pengakuan;
Menurut Imam Malik, Nabi Muhammad s.a.w telah menjatuhkan
hukuman potong tangan terhadap pencuri barang milik Sofwan dan di dalam
sumber ini tidak dinyatakan Baginda menyuruh agar pencuri tersebut
mengaku lebi dari sekali.
Imam Ahmad, Ishak dan Ibnu Abi Laila berpendapat haruslah pencuri
itu membuat pengakuan dua kali bagi dijatuhkan hukuman ke atasnya.
Hukuman mencuri
30
Imam Syafi’e mengatakan sekiranya dia mencuri maka potonglah
tangan kirinya, kemudian mencuri lagi potonglah kaki kanannya, sekiranya
masih mencuri lagi masukkanlah ke dalam penjara.
27
). Syarah Muslim karangan Imam Nawawi.
31
terluput daripada sistem ini dan tiada suatu percanggahan yang merosakkan berlaku
melalui sistem ini.
Hukuman Qisas dalam kes membunuh orang akan menjamin orang lain terus
dapat hidup dengan aman damai. Manakala hukuman Qisas terhadap anggota
badan yang tersirat di dalam firman Allah mata dengan mata, hidung dengan hidung,
telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan segala luka ada qisasnya adalah
menjamin persamaan dalam hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
dan tentu sekali ianya amat adil dan memuaskan semua pihak.
Melaksanakan hukuman Qisas juga terhadap sama ada terhadap nyawa dan
anggota badan menunjukkan bahawa kemuliaan nyawa manusia dan kesucian
tubuh badannya tidak boleh ditukarganti dengan hukuman lain selain dari hutang
nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah dengan darah (Hashim Mehat.
t.thn).Qisas juga menjamin kelangsungan hidup begitu juga hukuman Hudud yang
diperintahkan oleh Allah. Hukuman qisas diadakan untuk melindungi jiwa yang tidak
berdosa.
32
mengulangi kesalahan yang sama dan masyarakat yang melihat tangannya dipotong
akan timbul perasaan gerun untuk melakukan kesalahan yang sama.
Qisas dan Hudud juga mampu dilihat sebagai sesuatu yang sangat baik untuk
dilaksanakan dalam sesebuah pentadbiran kerana ia mampu menolak keburukan,
dosa dan penyakit dari masyarakat, kerana kemaksiatan apabila telah berleluasa
dalam masyarakat maka akan Allah akan menggantikannya dengan bencana dan
musibah menghapuskannya kenikmatan dan ketenangan dan mampu menciptakan
suasana aman dalam masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpegang
kuat dengan hukum-hukum Islam. Untuk menjaga hal ini maka solusi terbaiknya
adalah menegakkan dan menerapkan Hudud dan Qisas.
33
PENUTUP
34
REFLEKSI
35
3. Sumber-sumber rujukan
BIBLIOGRAFI
Apakah Itu Hukum Hudud. (2001, Mac 13). Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=1475
Alfian. (2010, Januari 10). Definisi Jinayat. Diakses pada 24 Mac 2010,
dari http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 106(4) - 107(2)(i). Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://alkhatab.tripod.com/bahibab3qisasfasal1pembunuhanper10641072i/
Fauwaz Fadzil Noor. (2009, May 29). Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja.
Diakses pada 23 Mac 2010, dari http://fauwazfadzil.blogspot.com/2009/05/hukum-kaffarah-
pembunuhan-tidak-sengaja.html
Hukum Jenayah Islam. Diakses pada 26 Mac 2010 dari http://www.tranungkite.cjb.net/
Hukum Qisas. Diakses pada 27 Mac 2010, dari
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=6954&start=0&st=0&sk=t&s
d=a&sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94
Ilmu Islam ; Jenayah ; Pengertian Jenayah. Diakses pada 24 Mac 2010,
dari http://www.islamgrid.gov.my/articles/law/jenayah-pengertian-hukum.php
Mahir Danial, (2009, Disember 21), Fiqh Jenayah : Qisas dan Diyat Menurut Islam dan Undang-
Undang Tort Sivil: Suatu Kajian, Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html
Membunuh mukmin dan hukum Qisas. (2009, Julai 3). Diakses pada 27 Mac 2010, dari
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/07/03/membunuh-mukmin-dan-hukum-q
isas/
Nur Dewi Ratih, Rahma Fitriana Sari, Faeruzy Arnandi, Viki Suryo Bawono, Ria Huriah. ( 2008, Jun 5).
Hukum Qishash. Diakses pada 24 Mac 2010, dari
http://tafany.wordpress.com/2008/06/05/hukum-qishash/
36
Sayid Sabiq terjemahan oleh Moh. Nabhah Husein. (1987). Fikih Sunnah Jilih 9-11. Kuala Lumpur :
Victory Agencie.
Sheikh M. Abdul Athi Buhairi terjemahan oleh Juhan Che Yaman. (2008). Tafsiran Ayat-ayat Yaa
Ayyuhal-Laziina Aamanuu. Kuala Lumpur : Al-Hidayah.
Siri 4 Undang2 Jenayah Islam- Qisas,Di'at Dan Takzir . (2009, September 6).
Diakses pada 27 Mac 2010, dari http://ibnuzack.blogspot.com/2007/09/siri-4-undang2-
jenayah-islam-qisasdiat.html
Tahukah Anda Apa itu Hudud? (2010, Mac 4). Diakses pada 26 Mac 2010,
dari http://ekonomisyariat.com/belajar-islam/tahukah-anda-apa-itu-hudud.html
Tengku Zulkarnain. (2009, April 16). Membunuh Tidak Sengaja. Diakses pada 22 Mac 2010,
dari http://tengkuzulkarnain.net/index.php/artikel/index/17/Membunuh-tidak-sengaja
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 7. Atlas Al-Quran ; Kisah Nabi Musa.
Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 15. Jinayat ; Pelaksanaan Hukum Berkenaan
Qisas. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 16. Jinayat ; Qisas selain Nyawa.
Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
37
38