You are on page 1of 1

Peranan Remaja Dalam Mengekalkan Kemerdekaan Negara Malaysia

            Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya
kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut
kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan
mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang
tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka
dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.

            Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-


anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita
yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa
hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk
mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di
negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada
negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

          Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan
kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-
kobar.Di antara cara untuk remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan
menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan
boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara
dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

          Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah
membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.
Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat
juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan
Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk
sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

          Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan
remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin
dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus
dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk
dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti
Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera
Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

          Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih
berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih
tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti
berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin
kedaulatan negara.

You might also like