You are on page 1of 4

Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat

di kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah ini
tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan
majalah atau menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah
merokok ini dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat
memberikan satu persepsi kelekaan dan kelpaan masyarakat terhadap tanggungjawab
mendidik, mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini
masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian
Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.

Kelalaian ibu bapa juga merupakan faktor perdana yang menimbulkan masalah ini. Kini
sudah menjadi lumrah ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar kemewahan dan
kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga sanggup mengabaikan
anak sendiri. Adakah kita ingin melihat generasi hari ini yang akan menjadi nadi negara,
menjadi penagih rokok pada masa depan? Ibu bapa masa ini menyerahkan tugas menjaga
anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Bertitik tolak dari sinilah, remaja mengambil
kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah
kerana mereka merasakan jiwa mereka kosong akibat keperluan emosi mereka yang tidak
dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa. Akibat kekurangan dan ketandusan
kasih sayang serta goyah pegangan agama, remaja mudah bergaul dengan kumpulan
samseng yang mengheret mereka untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti
merokok.

Di samping itu, pengaruh media massa turut menyumbang dan meninggalkan kesan yang
mendalam dalam sanubari remaja akibat kegiatan penagihan merokok semakin
meningkat. Akibat penyelewengn dalam proses penyaluran maklumat, paparan aksi–aksi
yang melampau mengenai rokok boleh menarik minat remaja untuk mencuba. Hal ini
demikian kerana rancangan tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negatif yang
secara tidak langsung mempengaruhi minda pelajar.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan penagihan


merokok yang berleluasa. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan
menebal di jiwa mereka. Jika remaja terlibat dalam kumpulan sebaya yang menyimpang,
pengaruh rakan sebaya beginilah yang akan mengheret remaja ke lembah penagihan
rokok. Pada kebiasaanya, pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan anak
remaja. Segala aktiviti yang dipandang tidak baik oleh ibu bapa tidak pula dipandang
sedemikian oleh rakan sebaya. Remaja juga akan lebih menurut kata-kata atau ajakan
rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun , demi menjaga budaya remaja
dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja berkenaan tidak teragak-agak untuk
bertindaksebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulannya. Tambahan pula, mereka
lebih suka memberikan tindak balas kepada soal prestij di dalam kumpulan agar mereka
dapat bergaul dan berinteraksi.
Oleh itu, siapakah yang harus diperslahkan dalam hal ini? Persoalan mengapakah dan
bagaimanakah tentulah tidak mudah untuk dijawab. Jadi masyarakat haruslah
berganding bahu dan memainkan peranan yamg penting bagi menangani senerio ini. Ibu
bapa haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama anak
untuk mendengar maslah dan menyedarkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh
mereka. Ibu bapa mestilah melengkapkan remaja hari ini denagn didikan agama yang
secukupnya dan sempurna sejak dari kecil lagi. Hal ini bolah diumpamakan seperti
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara
mestilah berjuang untuk membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh kegiatan
merokok. Natijah daripada senario-senario ini, kerjasama yang erat, dan persefahaman
yang wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan dan kelengkapan masa depan
negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin negara ini merypakan tonggak dan
harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi menzahirkan wawasan 2020.

 Selain itu, pihak sekolah perlu memantapkan lagi peraturan dan penguatkuasaan
undang-undang sekolah. Terdapat sebilangan pelajar yang semakin berani merokok di
kawasan sekolah seperti di tandas tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan
mereka. Hal sedemikian berlaku kerana mereka tidak takut akan tindakan disiplin yang
akan dikenakan terhadap mereka. Oleh itu, guru-guru disiplin perlu peka terhadap
tindakan pelajar yang merokok dan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada
mereka. Pihak sekolah juga seharusnya menjalankan operasi pemeriksaan beg sekolah
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hal ini adalah kerana masih ada pelajar yang
cuba menyorok rokok untuk dihisap selepas waktu persekolahan. Situasi ini memang
selalu berlaku apabila kita melihat sekumpulan pelajar yang merokok di belakang
lorong bangunan, stor, tangga sekolah atau di kedai kopi.

saya berpendapat bahawa kerajaan juga perlu memainkan peranannya dalam usaha
menangani gejala merokok ini. Dalam konteks ini, pihak kerajaan patut mengadakan
lebih banyak kempen antirokok. Kebanyakan daripada kempen antirokok seperti
Kempen Tak Nak Merokok, Kempen Hari Tanpa Rokok dan sebagainya hanya dijalankan
buat sementara waktu sahaja dan tidak mencapai objektif kempen tersebut. Oleh hal
yang demikian, kerajaan patut mempergiat kempen tersebut dari semasa ke semasa
dan bukan seperti “hangat-hangat tahi ayam sahaja”. Kempen yang dijalankan pula
perlu menarik perhatian orang yang melihat dan mendengarnya dan dijalankan di
kawasan tumpuan orang ramai. Untuk melahirkan masyarakat yang bebas merokok,
kerajaan Malaysia perlu mengurangkan eksport dan import tembakau sama ada dari
dalam atau luar negara.. Pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu
berganding bahu dengan kerajaan dengan mengadakan ceramah atau pameran . Untuk
melahirkan masyarakat yang bebas merokok, kerajaan Malaysia perlu mengurangkan
eksport dan import tembakau sama ada dari dalam atau luar negara. Di samping itu,
saya beraggapan bahawa kerajaan sepatutnya mengharamkan penjualan rokok di
negara ini. Kenaikan harga rokok sahaja tidak dapat mengurangkan bilangan perokok
kerana perokok-perokok tersebut sanggup membazirkan wang untuk membeli rokok.

kawasan larangan merokok patut ditambahkan dan dendaan yang lebih tinggi harus
dikenakan kepada perokok yang melanggar arahan tersebut. Hukuman melakukan kerja
sosial seperti membasuh tandas awam, menyapu sampah sarap di jalan raya, bekerja di
rumah badan kebajikan dan sebagainya patut dilaksanakan oleh kerajaan agar perokok
takut dan tidak merokok lagi di kawasan-kawasan larangan tersebut. Pihak hospital
pula boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bertemakan “gaya hidup sihat tanpa
rokok” kepada masyarakat umum. Program-program seperti ‘larian merentas desa’,
sukaneka dan senaman aerobik mampu memupuk masyarakat ke arah kehidupan yang
lebih sihat tanpa rokok. Ahli-ahli keluarga perokok pula seharusnya menasihati perokok
agar berhenti merokok. Sokongan padu daripada kalangan ahli keluarga dapat
memberhentikan seseorang itu daripada merokok.

1. Masyarakat
Saya berpendapat bahawa pemimpin masyarakat memainkan peranan yang penting
dalam masalah sebab mereka merupakan pemimpin dan harus memimpin anggota
masayarakat yang lain untuk menangani masalah tersebut. Oleh itu, pemimpin-
pemimpin masyarakat ini haruslah sentiasa mencari jalan supaya semua anggota
masyarakat dapat berganding bahu sesama sendiri untuk membendung masalah
merokok yang semakin serius ini. Masyarakat ini boleh membendung masalah ini
bermula daripada orang yang rapat dengan meraka Contohnya, masyarakat boleh
memberi perhatian dan mengambil berat orang yang di sekeliling mereka seperti
keluarga dan rakan-rakan yang kini mempunyai tabiat merokok dengan memberi
nasihat dan amaran mereka supaya tabiat buruk mereka tidak menjejaskan kesihatan
dan keselesaan orang lain,terutama jejaskan kesihatan wanita yang mengandung dan
kanak-kanak. Masyarakat boleh menanagani masalah ini dengan melaporkan kes-kes
merokok yang di bawah 18 tahun kepada pihak yang berkenaan seperti sekolah atau
polis.Masyarakat juga boleh memberitahu pihak yang menawarkan perkhidmatannya di
tempat awam seperti restoran dan sebagainya atas tidak selesa terhadap orang yang
merokok di tempat tersebut dan mahu pihak berkenaan sentiasa memaparkan notis di
mana non-smoking area dan smoking area adalah secara berasingan supaya tidak
menjejaskan orang lain dan memberi amaran kepada sesiapa yang melanggar peraturan
ini. Selain itu, masyarakat juga boleh menyampaikan mesej ketidakpuas hati tentang
merokok di tempat awam seperti hospital, restoran, pawagam dan lain-lain melalui
artikel-atikel majalah atau suratkhabar untuk menyampai perasaan sendiri melalui
media massa tersebut. Masyarakat juga perlu benar-benar komited untuk menangani
masalah ini supaya masalah merokok dapat berkurang pada masa yang akan datang.

2. Kerajaan
Saya rasa kerajaan haruslah memberi tumpu perhatian yang sepenuhnya terhadap
masalah ini sebab amat berkaitan dengan kesihatan rakyat di negara kita dan
pertumbuhan kebajikan negara. Selain itu, golongan yang merokok juga semakin muda
terutamanya golongan remaja dan pelajar. Kalau masalah ini tidak dibendungkan oleh
kerajaan dengan teliti, mungkin golongan remaja dan pelajar akan terdedah dengan
sebuah masyarakat yang kebanyakkan mempunyai tabiat merokok. Oleh itu, pelbagai
masalah berkaitan dengan merokok perlu diambil perhatian oleh kerajaan selain dengan
menaikkan harga rokok untuk menambahkan pendapatan negara. Saya rasa pihak
kerajaan haruslah menghalang atau melakukan sekatan import rokok daripada luar
negara sebab mungkin ia mengandungi bahan yang berbahaya yang belum diperiksa
oleh kementerian kesihatan terhadap kesihatan rakyat. Di samping itu, kerajaan juga
perlu mengalakkan rakyat negara kita mengubah tabiat merokok dengan memberi
ganjaran kepada mereka, ia boleh berbentuk ganjaran wang atau faedah dari segi yang
lain. Oleh itu, mungkin ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh kerajaan dapat
menarik minat perokok-perokok untuk berhenti merokok. Saya rasa langkah ini
mungkin lebih berkesan di kalangan perokok kerana mereka akan berhenti merokok
untuk kebaikan keluarganya dan ganjaran tersebut dapat mengalakkan mereka untuk
berhenti demi keluarganya. Selain itu, Jabatan Kesihatan Malaysia boleh membuat
promosi yang giat tentang berhenti merokok atau mengelakkan merokok melalui
memberi pendidikan, mengadakan kempen, memberi ceramah dan sebagainya di
kalangan pelajar2 di sekolah,pekerja2 di firma2, dan tempat awam seperti pusat beli-
belah yang tertumpu kepada orang awam.

€,′ ,€,′ ,水,Д,? 0337aaebfd5719 2008 年 9 月 12 日 0:02

 Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan


tebing" memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat
bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif
kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara. Ibu bapa
wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-
anak agar menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan,
pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan
peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat
dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan." Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar
diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok
berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan
Bahagia." Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan
suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada
kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut.
"Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."

You might also like