You are on page 1of 18

Pendahuluan

Kajian kerja khursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk
Pensijilan Penilaian Rendah Menengah(PMR).Saya dan dua orang rakan saya
Muhammad Fadhil dan Muhammad Fakhrul Aimi telah bersepakat untuk
memilih tajuk Migrasi dalaman penduduk di kawasan Pulai Impian untuk
Projek kerja Khursus geografi.Saya dapat mengkaji tentang konsep migrasi
dalaman penduduk dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi migrasi
dalaman penduduk serta merumus kesan-kesan migrasi dalaman
penduduk.Saya memilih kawasan ini kerana menepati tema kajian dan
kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya.Masa yang diberikan untuk
menyiapkan kajian ini kira-kira 4 bulan iaitu dari bulan Mei hingga Julai.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :-

-Menghuraikan konsep migrasi dalaman penduduk.

-Menyatakan pola migrasi dalaman.

-Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk.

-Merumus kesan migrasi dalaman penduduk.

-Menghuraikan cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk.

-Merumus penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


Penghargaan
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya berjaya
juga saya menyiapkan kerja khursus geografi PMR 2010.Namun tanpa usaha
yang utuh dan bantuan dari guru mata pelajaran,Ibu bapa dan rakan-rakan
kajian ini mungkin tidak akan siap.

Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


guru matapelajaran goegrafi saya,Puan Khalidah Omar kerana tidak pernah
jemu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang
menjayakan kerja khursus geografi ini.

Selain itu,sekalung budi kepada ibu bapa saya kerana sokongan dan
bimbingan.Mereka juga telah banyak meluangkan masa untuk saya serta
mengeluarkan wang untuk membeli bahan kerja khursus geografi ini.

Seterusnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan


yang banyak membantu saya semasa membuat kerja khursus geografi ini.Saya
berharap agar kerja khursus geografi ini akan dijadikan panduan untuk
generasi yang akan datang.
Kaedah kajian
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang
akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci
dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk
menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti


pola migrasi yang berlaku di kawasan kajian saya.

Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang
penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola
migrasi di kawasan kajian saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang
telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang
keadaan kawasan ini.

Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang
perlu diisi oleh penduduk kawasan ini yang akan menjadi responden terhadap
kajian yang akan dilakukan.

Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan melalui buku-buku
teks,di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.
Rumusan
Saya menyedari bahawa betapa banyak faktor yang mempengaruhi migrasi
migrasi penduduk di kawasan kajian.Faktor-faktor ini telah menarik banyak
migrasi untuk berhijrah ke kawasan ini.Kebanyakkan migrasi berasal daripada
luar bandar dan bandar .Saya juga dapat merumus atau mengenalpasti kesan-
kesan migrasi dalaman penduduk.Migrasi dalaman penduduk ini banyak
mendatangkan kesan negatif dan positif.Saya juga dapat mengumpul
maklumat dan menghuraikan cara-cara atau langkah-langkah untuk mengatasi
kesan negatif migrasi dalaman ini.Akhir sekali saya dapat mengumpul
maklumat tentang nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian ini.
DAPATAN
KAJIAN
Konsep Migrasi
Migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan sama
ada kekal atau sementara.Penghijrahan tanpa melintasi sempadan di namakan
pergerakan setempat atau insitu.Migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.Migrasi dalaman membawa maksud
penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau di dalam negeri
manakala migrasi antarabangsa bermaksud penghijrahan yang melintasi
sempadan Negara atau antarabangsa.Merujuk kepada kajian ini migrasi yang
dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk
dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pola Migrasi
Setelah kajian dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa pola migrasi yang
berlaku di kawasan kajian ini. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

Migrasi Luar Bandar Ke Bandar

Migrasi ini berlaku disebabkan oleh faktor tolakan dan tarikan. Faktor tolakan
disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak
lumayan dan tidak tetap di luar bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana
kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di
sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan
perkhidmatan.

Migrasi Bandar Ke bandar

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor pendidikan ramai penduduk berhijrah
ke kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran.Selain itu arahan
majikan,perkahwinan juga antara faktor migrasi Bandar ke Bandar ini berlaku.
Faktor Yang Mempengaruhi
Migrasi Dalaman Penduduk di
Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kajian saya ini disebabkan oleh
beberapa faktor. Antara faktornya ialah:-

Migrasi Luar bandar ke Bandar

melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan


kediaman mereka untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sini
menawarkan banyak peluang pendidikan yang boleh memberikan masa depan
kepada pelajar.

peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang


pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja
dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah
yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar berpindah ke
kawasan bandar.

Migrasi Bandar ke Bandar

Governan

- migrasi ini berlaku disebabkan mungkin berlaku akibat dari arahan majikan.ini
kerana disebabkan kurangnya pekerja di kawasan yang dinyatakan oleh majikan.
Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa
buah keluarga yang datang kawasan kajian saya ini disebabkan kerana mengikut
keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kawasan kajian.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di taman perumahan ini mempunyai penduduk


yang hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni walaupun bilangan
penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
Kesan Migrasi Dalaman
Penduduk di Kawasan Kajian
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan taman perumahan saya  sebenarnya
telah memberi yang positif dan negatif di kawasan taman perumahan saya.
Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

KESAN POSITIF

Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di


kawasan kajian saya telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah
berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh
faktor-faktor seperti peluang pekerjaan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau
bagaimanapun penduduk di taman perumahan ini masih stabil dan masih lagi ada
kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

Peluang Pekerjaan Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan peluang pekerjaan telah bertambah
disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan
sektor industri.

KESAN NEGATIF

Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing
yang di bawa oleh penduduk bandar untuk bekerja dalam sektor industri dan
pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah
di kawasan kajian saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial
seperti kes pecah rumah dan sebagainya.
Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan kajian saya telah
menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang
berhijrah ialah golongan tua. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan tua
semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta belia terus bertambah.

Masalah perumahan

-akibat terlalu banyak migrasi yang masuk ke kawasan ini masalah perumahan
telah timbul seperti kekurangan rumah.Ini telah mewujudkan kawasan setinggan.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap penduduk bandar berusaha untuk meningkatkan taraf hidup,


kemakmuran bandar juga perlu dipelihara. Penduduk bandar perlulah saling
bekerjasama untuk memastikan keadaan bandar sentiasa selamat untuk dihuni.
Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan bandar daripada
sebarang masalah sosial daripada terus berlaku. Walau bagaimanapun, saya
bersyukur kerana kawasan kajian ini masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.
Lampiran
Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi
Dalaman Penduduk
Bagi memastikan keadaan kawasan kajian ini selamat daripada sebarang masalah
beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah :-

Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kawasan kajian ini untuk memastikan
kawasan bandar sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah.
Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk bandar bagi
memastikan keadaan bandar sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

Membina rumah kos rendah

-pihak kerajaan harus membuat rumah kos rendah untuk penduduk disini agar
kawasan setinggan ini dapat dikurangkan

Meningkatkan kemudahan kesihatan

-kemudahan kesihatan ini perlu ditingkatkan untuk golongan tua.ini dapat


mengurangkan kadar kematian.pihak kerajaan juga harus membuat sebuah pusat
rawatan di kawasan ini.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang
dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Justeru, saya amat
mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
menjaga kawasan bandar ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat
kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk bandar
saya ini.
Migrasi Dalaman Penduduk di Taman
Pulai Impian,Seremban,Negeri
Sembilan
Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Taman Pulai Impian,Negeri Sembilan. Lokasi kawasan
kajian ini terletak kira-kira.Jarak kawasan ini dari sekolah kira-kira empat
kilometer.Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke
sekolah ialah RM 0.50 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa
15minit untuk sampai ke sekolah.Kawasan ini juga mempunyai pelbagai
perkhidmatan seperti kedai dan sebagainya.
Rujukan
-Buku teks tingkatan tiga dan buku teks tingkatan 1

-Internet:-www.scribd.com
Senarai kandungan
Penghargaan 1

Pendahuluan 2

Objektif kajian 3

Kawasan kajian 4~6

Kaedah kajian 7

Dapatan Kajian 8~17

Rumusan 18

Lampiran 22

Rujukan 1

You might also like