You are on page 1of 2

Laporan Perkhemahan SUKBEL

Hari Pertama

Kontinjen Selangor telah berkumpul di IPK untuk bertolak ke Pahang. Kami sampai
dengan selamat di Kem Tango, Tanjung Gosong yang bertempat di Pekan, Pahang pada
pukul 4.00 petang. Semua peserta Selangor mendaftarkan diri di kawasan urus setia.
Dengan arahan ketua kontinjen Selangor, Abang Dino dan guru-guru pengiring, Encik
Saragunan dan Kak Sharmila, kami telah diarah untuk mencari kawasan untuk
mendirikan khemah. Pada waktu malam, peserta telah diberi taklimat tentang peraturan
perkhemahan dan seterusnya menjalani sesi Ice Breaking atau sesi pengenalan diri.

Hari Kedua

Kesemua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya telah didaftarkan ke
dalam kumpulan C. Terdapat pelbagai aktiviti atau ‘skill station’ yang akan dijalankan
untuk semua peserta Sukbel. Setiap kumpulan harus bergerak ke aktiviti masing-masing
mengikut arahan yang telah diberikan. Skill station yang pertama telah saya lalui ialah
Kawad Kebakaran. Di situ, saya telah mengetahui bagaimana ahli bomba bekerja dan
alat-alat yang mereka gunakan untuk menyelamatkan mangsa seperti kereta bomba.
Selepas itu, kami ke skill station yang seterusnya iaitu Pengurusan Bencana. Kami telah
mengetahui cara-cara pengurusan bencana semasa bencana alam berlaku dari segi
penyiapan makanan, penginapan dan tempat rawatan untuk mangsa bencana. Untuk skill
station yang seterusnya iaitu Pertolongan Cemas, saya telah belajar cara-cara melakukan
CPR dan membalut kain anduh yang betul dan cara mengangkat mangsa menggunakan
stretcher. Pada waktu petang pula, kumpulan kami bergerak untuk mempelajari tarian
zapin yang berasal dari negeri Pahang dan tarian tradisional masyarakat orang asli
Pahang. Seterusnya, kami bergerak ke bahagian pembinaan gajet yang dikendalikan oleh
fasilitator dari bahagian pengakap. Mereka mengajar kami cara membuat beberapa ikatan
asas dan cara membina asas tripod. Pada waktu malam pula, kontinjen Selangor telah
membuat lakonan yang bertajuk ‘Humanity’.

Hari Ketiga

Majlis pembukaan perkhemahan SUKBEL telah dirasmikan dengan jayanya pada waktu
pagi. Aktiviti perkhemahan telah diteruskan seperti biasa selepas tamat perasmian
pembukaan perkhemahan. Kumpulan kami bergerak ke bahagian Undang-Undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dimana kami telah bermain dua jenis permain yang
melibatkan tentang UUKA. Selepas itu, kami bergerak ke bahagian Agensi Antidadah
Kebangsaan. Di situ, kami mengetahui tentang dadah dan akibat mengambil dadah. Pada
waktu petang, kami ke bahagian Radio Komunikasi. Di situ, kami mendapat pelbagai
maklumat tentang radio amatur dan cara untuk menggunakannya. Pada waktu malam,
semua peserta telah dihiburkan dengan beberapa pesembahan.
Hari Keempat

Kesemua peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan aktiviti yang
seterusnya. Saya telah dimasukkan dalam kumpulan yang akan membuat demonstrasi
bencana yang akan diadakan pada waktu petang. Objektif aktiviti ini ialah mendedahkan
kepada semua peserta bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku semasa bencana
berlaku dan bagaimana para penyelamat bertindak menyelamatkan mangsa bencana.
Sebelum satu simulasi bencana yang betul dijalankan, kami telah diajar beberapa teknik
dan cara untuk menyelamatkan mangsa dengan betul. Saya telah diajar cara
menggunakan stretcher yang betul semasa bencana berlaku. Demonstrasi bencana itu
telah dilakukan dengan jayanya pada waktu petang. Pada waktu malam, kontinjen
Selangor telah membuat persembahan kebudayaan yang berasaskan tiga tarian dari kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Hari Kelima

Pada hari kelima semasa perkhemahan, tiada aktiviti yang dijalankan. Gotong royong
telah dilakukan untuk membersihkan kawasan perkhemahan. Pada waktu malam, kami
dihiburkan dengan persembahan dari negara luar iaitu Korea,Bangladesh,Hong Kong,
Vietnam dan lain-lain.

Hari Keenam

Hari terakhir perkhemahan. Pada waktu pagi, perasmian penutupan telah dilakukan
dengan jayanya. Selepas perasmian, semua peserta bertolak dari perkhemahan dan balik.
Kontinjen Selangor telah bertolak dari Kem Tango ke IPK pada pukul 12.00 tengahari.
Semua peserta telah selamat sampai dan pulang ke rumah.

You might also like