P. 1
folio sejarah wau PMR 08

folio sejarah wau PMR 08

4.7

|Views: 4,566|Likes:
Published by rahmat fitri
folio sejarah wau..complete, tp xde rujukn..:P
folio sejarah wau..complete, tp xde rujukn..:P

More info:

Published by: rahmat fitri on Jun 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

Tajuk Kajian PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT NEGARA KITA

- WAU -

Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian ; 1.Nama permainan 2.Latar Belakang 3.Tujuan Dimainkan 4.Alat-alat yang digunakan 5.Cara dimainkan Rumusan Lampiran Rujukan HALAMAN

Penghargaan
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang” Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2008. Saya Rahmat Fitri Bin Abdul Rachman mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini. Ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Encik Lam Kok Hong yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Penghargaan saya kepada kedua ibu bapa dan keluarga yag sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukan. Selain itu terima kasih juga kepada rakan kumpulan saya, iaitu Ashraf, Fahuji, Awie, Yusuff, Fitri, Asyari, Farid dan Adha yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti asal – usul permainan tradisi seperti wau yang melambangkan identiti masyarakat melayu. 2. Menyedari kepentingan serta tujuan permainan ini dimainkan sekaligus meneruskan tradisi nenek moyang kita. 3. Memupuk semangat cintakan tradisi dan budaya masyarakat melayu melalui permainan tradisional. 4. Menyedari tentang kepentingan permainan tradisional dahulu kepada masyarakat melayu kini. 5. Membincangkan kesan permainan tradisional kepada masyarakat melayu kini.

Kaedah Kajian

Ketika menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama untuk memperoleh maklumat, antaranya kaedah rujukan, temu ramah, pemerhatian dan penyelidikan. 1. Kaedah Rujukan Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku – buku yang berkaitan, majalah dan surat khabar.Saya juga telah melayari beberapa laman web untuk mendapat maklumat tentang permainan wau.

2. Kaedah Temu Ramah Saya telah menemu ramah orang ramai yang sedang bermain wau di kawasan lapang.Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang permainan wau, tujuan dimainkan dan lain – lain maklumat yang berkaitan.

3. Kaedah Pemerhatian Kaedah ini dilakukan sekitar tempat pembuatan wau tradisional.Kaedah ini dipilih bertujuan melihat alat – alat yang digunakan untuk membuat wau, keadaan fizikalnya dan cara dimainkan permainan ini.

4. Kaedah Penyelidikan Kami telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, Perpustakaan Negara, merujuk majalah dan surat khabar yang berkaitan.Semua maklumat yang diperolehi dianalisis agar bersesuaian untuk dimuatkan dalam laporan kajian yang dijalankan.

Hasil Kajian
1. Nama Permainan
- Wau,alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.Wau diperbuat daripada kertas atawu gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor, dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang – layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

2. Latar Belakang  Asal – usul
- Terdapat beberapa pendapat tentang asal – usul kewujudan wau di dunia ini. Menurut pendapat pertama, wau dipercayai di cipta oleh seorang yang bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji.

Pendapat kedua menyatakan wau telah bermula di Negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu, wau bukan sahaja di cipta untuk tujuan hiburan, sebaliknya untuk menerbangan kepada mereka yang terperangkap di bukit – bukit atau gunung – gunung semasa banjir.

Ada juga berpendapat, wau bukan sahaja sudah dimainkan malah sudah mempunyai pelbagai bentuk dan rupa pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Perkara ini dapat dibuktikan melalui ‘Sejarah Melayu’ yang menceritakan perihal pertandingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad, iaitu

Putera Sultan Mahmud ini menunjukkan permainan yang menjadi kebanggaan bagi anak- anak raja dan golongan istana.

Pendapat ketiga pula menyatakan permainan wau pada awalnya tiada nama. Wau dimainkan oleh kanak – kanak dan diperbuat daripada daun yang diikatkan pada tulang belakang dengna menggunakan tali daripada kelopak pisang atau urat nanas. Permainan ini dimainkan di kawasan lapang dan berangin. Apabila permainan tersebut terputus, anak – anak yang memainkan permainan ini akan menangis. Bunyi tangisan “wa, wa, wa” akan kedengaran dan lahirlah perkataan wau.

Selain itu ada juga berpendapat asal – usul permainan ini dikatakan dipelopori oleh masyarakat di negara Tiongkok. Sebagai negara yang memulakan pengeluaran kertas di dunia. Mungkin lebihan kertas yang dibuang berterbangan ditiup angin ke udara, iaitu pekerjanya melihat keadaan itu sesuatu yang menjadi minat mereka, lantas terfikir untuk menjadikannya wau.

 Tarian Siti Wau Bulan
- Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling.

 Dikir Barat
- Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :1. Karut Selampit 2. Karut Menora 3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets) Eh Wau Bulan 2X (“Wau Bulan” is a specially shaped kite) Wau Bulan teraju tiga (“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying) Ini malam sama-sama (Tonight, all of us together) Sama-sama bersuka-ria (Together, we all have a good time)

 Sejarah Wau Malaysia
- Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsurunsur kebudayaan dari negara China.

 Mitos Permainan Wau
- Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di

baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

3. Negeri Yang Mempopularkan Permainan Ini
- Wau dimainkan secara meluas di Malaysia. Wau pada mulanya di popularkan oleh masyarakat negeri Kelantan melalui pertandingan wau yang dianjurkan. Setelah sekian lama, permainan ini mula dimainkan di negeri – negeri melayu yang lain seperti negeri Perlis, Selangor, Terengganu, Johor, Sabah, Melaka, dan di Negeri Sembilan.

4. Kaum / Etnik Yang Terlibat

- Permainan ini kebanyakannnya dimainkan oleh masyarakat melayu. Tetapi, pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1500, permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh rakyat biasa, bahkan permainan ini juga dimainkan oleh putera – putera raja dan pembesar – pembesar istana.

Selain itu juga, permainan ini juga telah dimainkan bukan sahaja di kalangan orang – melayu tetapi orang asing juga. Ini jelas kerana sambutan yang diterima daripada negara – negara Jepun, Jerman Barat, Singapura dan Thailand ketika Kelantan mengadakan pesta wau antarabangsa ke 2 pada 6 April 1988 yang lalu.

5. Tujuan Dimainkan
- Terdapat beberapa tujuan wau dimainkan pada masa dahulu dan pada masa kini. Pada awalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara. Wau digunakan sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga dikatakan menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain.

Selepas berjaya dalam serangan, pesta menyambut kemenangan diadakan dengan menaikkan wau. Lama – kelamaan wau dijadikan permainan mengisi masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula.

Selain itu juga, wau biasanya dimainkan selepas musim menuai padi, iaitu antara bulan April hingga Mei. Pada masa dahulu, permainan ini tertumpu di kawasan tanaman padi. Keadaan inin berlaku kerana masyarakkat percaya malapetaka dapat dihindari dengan memberikan hiburan pada dewa semangat padi.

Disesetengah tempat pula, permainan wau ini menjadi satu permainan melepas niat atau nazar orang – orang yang sembuh daripada penyakit.

Wau yang juga dikenali sebagai layang – layang banyak digunakan dalam eksperimen sains oleh ahli cendekiawan terdahulu. Antaranya adalah untuk menguji kehadiran arus elektrik dengan menerbangkannya ketika hujan atau ribut petir.

Kini wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan perlis.

6. Alat –Alat Yang Digunakan
- Seperti permainan yang lain, wau juga memerlukan pelbagai peralatan untuk menghasilkannya. Ini disebabkan penghasilan wau lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding alat permainan yang lain.

Peralatan yang digunakan untuk membuat wau ialah buluh, pisau, kertas, pensil, gunting, gam dan tali. Buluh merupakan bahan asas yang digunakan untuk membuat wau. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh minyak, buluh beliung dan buluh duri. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas yang panjang dan tahan lama bergantung terhadap usia buluh tersebut.

Pisau yang digunakan pula adalah pisau raut untuk meraut buluh. Pisau tersebut perlu tajam supaya dapat meraut buluh dengan mudah. Namun begitu, pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak

terlalu baik. Pisau kecil juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan corak yang menarik. Pisau kecil mempunyai mata yang cukup tajam untuk memotong atau mengguris bentuk corak yang terdapat pada permukaan kertas.

Di samping itu, kertas merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau. Kertas bewarna digunakan untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada pelbagai warna sama ada merah, biru, hijau, kuning dan sebagainya. Namun begitu pemilihan warna yang sesuai dengan corak ukiran akan melambangkan kemahiran pembuatnya.

Pensil pula digunakan untuk melakar lukisan. Pensil digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di atas kertas warna. Lazimnya pensil yang bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang dihasilkan juga halus dan menarik.

Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan gambar ataw corak kertas digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas perlu digunting dengan cermat mengikut saiz rangka wau supaya tidak berlebihan. Oleh itu mata gunting perlu tajam untuk memastikan kehalusan wau tersebut.

Gam digunakan untuk melekatkan kertas warna yang dicorak pada kertas asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik supaya tidak berkedut. Oleh itu gam yang digunakan perlu baik dan tidak berketul – ketul. Gam juga perlu cair supaya boleh dilekatkan dengan mudah sekali. Gam juga perlu kuat kerana dilekatkan kertas pada bingkai wau. Sekuranya gam tidak kuat lekatannya, sudah pasti akan merosakkan wau atau mudah tertanggal apabila diterbangkan ke udara.

Tali adalah pelengkap terakhir untuk membentuk wau. Tali yang digunakan adalah berbenang kasar yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Tali tersebut mampu menarik wauu dengan baik dan tidak mudah putus. Ini penting disebabkan wau mudah melayang apabila angin bertiup dengan kencang ke udara.

 Bahagian Perincian Wau
- Secara ringkasnya, terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

 Bahagian Utama Wau
- Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau cara tradisional adalah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh, terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. Pemilihan buluh yang bakal digunakan juga ada petua serta pentang larangnya.

 Antara petua dan pantang larang pemilihan buluh.
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Cara Bermain Wau
- Pelbagai cara serta teknik untuk bermain wau ini. Bagi yang belum pernah menaikkan wau, jangan memandang rendah akan perkara ini kerana bukan mudah untuk menaikkan wau. Lazimnya wau akan dimainkan oleh dua orang pemain di tempat yang lapang seperti di sawah padi. Ini kerana di kawasan yang lapang tiada banyak halangan seperti pokok yang menggangu wau ini dari tersangkut apabila wau tersebut diterbangkan ke udara. Namun apa yang penting adalah di kawasan ini angin bertiup dengan baik yang seterusnya membantu menerbangkan wau tinggi ke udara. Seorang daripada mereka akan memegang wau dan orang ini akan dikenali sebagai juru tarik dan

seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan berperanan memegang tali wau. Juru anjung akan menolak wau ke udara dan dalam waktu yang sama,wau ini akan ditarik oleh juru tarik sehingga wau yang diterbangkan ke udara itu melayang tinggi. Juru tarik juga berperanan mengawasi wau yang dilayangkan. Angin yang bertiup merupakan masa yang sesuai untuk bermain wau. Apabila angin bertiup maka tali wau akan ditarik melawan arus angin iaitu dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara. Ketinggian sesebuah wau adalah bergantung kepada panjang atau benang yang diikat pada badan dan Kilauan cahaya matahari yang memancar akan menambah kecantikan wau yang dihiasi berwarnawarni. Wau perlu dikawal dengan baik agar wau tersebut tidak terbang rendah serta tali yang digunakan perlu kuat agar tidak terputus sewaktu wau ditarik di udara. Dalam sesuatu pertandingan wau, beberapa aspek penting dititikberatkan seperti kedudukan wau, ketinggian wau, kekuatan bunyi dengungan yang regu yang mahir merupakan syarat-syarat yang terpenting dalam sesuatu pertandingan wau bagi menentukan siapakah yang bakal memenangi pertandingan tersebut.

Wau yang mempunyai busar akan mengeluarkan bunyi semasa wau tersebut diterbangkan di udara atau angkasa yang mampu menggamit pendegaran sesiapa sahaja yang mendengarnya. Menurut kepercayaan masyarakat zaman dahulu, bunyi dengung wau kononnya mempunyai kuasa yang mampu untuk menghalau hantu jembalang yang ada pada sekitar tempat bermain. Sama ada ia mempunyai kebenaran atau tidak, ia hanyalah sebagai suatu kepercayaan yang kadangkala mungkin sebagai suatu gurauan.

8. Cara Pembuatan Wau - Pada zaman dahulu, wau dihasilkan adalah diperbuat dengan menggunakan daun pokok yang ringan dan dilekatkan pada rangka yang diperbuat daripada buluh yang telah diraut halus. Wau yang bermutu tinggi hanya boleh dihasilkan oleh pembuat wau yang cukup mahir serta berpengalaman luas dan mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan wau. Antara negeri yang mahir dalam pembuatan wau yang berkualiti adalah dari negeri Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim dan juga dari Terengganu Darul Iman. Membuat wau sebenarnya adalah satu

proses yang rumit yang memerlukan kreativiti yang tinggi di samping mempunyai daya cermat serta berhati-hati dalam proses pembuatan wau agar wau yang dihasilkan kelihatan cantik dan gah terbang di awan. Pembuat wau juga perlu bijak dalam seni lukis serta pandai memilih dan memadankan warna yang bakal digunakan. Wau yang hendak dihasilkan mestilah ditentukan bentuk terlebih dahulu bagaiman rupa dan bentuknya. Pembuatan wau juga mengambil masa yang agak lama bergantung pada saiz, kemahiran, serta corak yang mahu dihasilkan. Pengambilan masa yang lama ini termasuk dari meraut buluh sehinggalah kepada kerja-kerja melekatkan kertas pada rangka wau tersebut yang kadangkala mengambil masa dua minggu.

 Meraut Buluh
- Langkah pertama dalam pembuatan wau adalah meraut buluh. Buluh perlulah diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau agar tidak terhayun-hayang apabila diterbangkan. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada

kesilapan.Kesilapan kecil boleh mengakibatkan masalah besar berlaku pada wau.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap pada kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. 3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.

 Proses Memasang Tanah Wau
- Proses memasang tanah wau merupakan proses kedua dalam pembuatan wau. Satu lapisan iaitu ’tanah’, lapisan asas yang akan dipasang pada wau agar wau tersebut tahan lasak keran sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan pula melibatkan beberapa langkah sebelum siapnya wau tersebut. Langkah tersebut adalah ukur kertas dengan saiz bingkai wau kemudian kertas yang ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi

dipotong dalam bentuk ’V’.lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

 Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
- Unik atau keistimewaan sesebuah wau terletak pada ukiran lukisan pada badan wau. Proses ini adalah proses terakhir dalam pembuatan wau dan dalam proses ini, kreativiti dan cermat adalah perkara yang memainkan peranan agar wau yang dihasilkan kelihatan cantik, unik, istimewa dan tersendiri. Langkah-langkah terakhir tersebut adalah:

- Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.Mulakan lukisan dari bahagian dada wau sehingga ke

hujung sayap dengan menggosokkan satu ruang kosong untuk tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama denga corak di bahagian sayap. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.Corak akan ditampal pada kertas warna lain dan biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.Potong semula corak yang hemdak disobek dan ditampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

a) Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat

dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

 Proses Membuat Serta Memasang Jambul Atau Rambu

- Jambul atau rambu dipasang dengan ditilitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kerta ’crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

 Proses Membuat Serta Memasang Belalai
- Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau mempunyai keunikannya yang tersendiri dan istimewa. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan negara. Kini permainan wau mulai popular dan tidak terhad kepada luar bandar sahaja malah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

 Jenis-jenis Wau
- Terdapat pelbagai jenis wau yang terdapat dalam negara kita. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Sehingga kini masih ada pihak yang sanggup mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.  Wau Bulan: - Wau bulan merupakan wau yang sebahagiannya ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.  Wau Jala Budi: - Wau Jala Budi merupakan wau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini juga dikenali kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.

 Wau Kuching: - Wau yang bahagiannya ekornya menyerupai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik  Wau Merak: - Wau yang menyerupai bentuk burung merak.  Wau Payang: - Wau yang menyerupai bentuk perahu payang  Wau Sobek: - Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan faedah meretas, menebuk, melorek atau tampal cantum bertujuan untuk dipamerkan dan bukan untuk dinaikkan. Ia memang direka khas untuk perkhiasan.  Wau Lenggang Kebayak: - Merupakan wau kucing yang berekor  Wau Kapal:

- Wau ini merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layer dan berasal dari negeri Selangor.  Wau Daun: - Wau ini pula merupakan wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin yang sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani. Ia juga dikenali sebagai wau barat.

 Wau Helang:
- Wau yang terakhir ini pula merupakan wau yang menyerupai bentuk burung khususnya pada bahagian ekor dan berasal dari Perlis.

Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursu Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa

melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang permainan tradisional ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan nenek moyang kita dan menghargai dan berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan permainan ini yang menyebabkannya diminati oleh rakyat asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan – rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul derta menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Lampiran

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan Wau kucing Wau daun

Wau helang Wau Jalabudi Wau kenyalang

Negeri Kelantan popular dengan permainan wau

Wau yang semakin popular dimainkan dalam dan luar negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->