You are on page 1of 9

1

TEORI TEORI OTAK DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

Oleh : Zainuddin Bin Mamat


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Artikal ini membincangkan sejauh mana kefahaman seseorang guru terhadap teori otak boleh
meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam proses perkembangan pembelajaran.
teori otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak
pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak
Truine yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini
mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia
(bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem
limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap
bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah
perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus, manakala Dr. Roger Sperry
dari Institut Teknologi California pada tahun 1965, bahawa teori otak kiri dan otak kanan boleh
dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul D. Maclean mendapati
manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak dan 90% lagi sentiasa menanti untuk
dikembangkan. Teori Kecerdasan Pelbagai pula telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and
understanding life’.

1.0 Pengenalan

Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada seseorang
pendidik.? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ibubapa
beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan tentang
otak dan proses pembelajaran. Sebenarnya pendidik tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana
dalam latihan perguruan, para pendidik hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi.
Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara
2

pelajar belajar. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuan hands-on tentang perkembangan
otak dan proses pembelajaran pelajar. Sungguhpun pelbagai cara termasuk janji-janji, ganjaran,
ugutan, nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh
pendidik dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar tetapi kenapa masih
berlaku kepincangan?. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa pendidik sendiri kurang faham
tentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna pendidik hari ini
tidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja. Malah pelajar perlu
belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn).

2.0 Teori Otak Truine Oleh Paul D. MacLean, Teori Otak Roger Sperry Dan Teori Pelbagai
Kecerdasan oleh Haward Gardner serta perkaitan Perkembangan Pembelajaran.

Gambarajah 1 : Paul D. MacLean - The Triune Brain


(Illustration from The three units of the human Brain)

Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak
pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak
Truine, yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini
mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia
3

(bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem
limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap
bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah
perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus.
Otak Reptilia MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dalam
evolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak. Ia digelar
otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen
pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Fungsi utamanya
ialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari, kelakuan kelima-lima motor deria
pancaindera seseorang. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubungan dengan
kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. Otak reptilia menggerakkan
manusia berikhtiar untuk memperolehi makanan , perlindungan, keselamatan dan pengekalan
kewujudan spesies manusia. Umpamanya, apabila kita berdepan dengan seekor ular, otak reptilia
akan diaktifkan. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untuk
mempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut. Respon ini amatlah penting dalam
keadaan bahaya dan terancam. Namun begitu, oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan
paling rendah, manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi. Malangnya, keadaan
ini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon reaktif otak reptilia.
Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuman oleh guru,
secara automatik, otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" atau
"mendiamkan diri". Dalam keadaan ini, pelajar tidak mungkin dapat memberi perhatian kepada
pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya,
jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks, selesa dan
tenang, pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Pemprosesan maklumat dan
pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di
pertengahan otak manusia. Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem limbik akan
berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi.
Menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 pula telah
memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan seperti dalam gambarajah 2 di bawah.
4

Gambarajah 2

Roger Sperry menemui bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfer (bagian), iaitu otak kanan
dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeza. Atas jasanya ini, beliau telah menerima
hadiah Nobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahawa pada saat otak kanan
sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.
Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreatif, bentuk atau ruang, emosi,
muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi
kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang
terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.
Otak kiri berfungsi dalam hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan
logika. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan
pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan
matematika.
Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap individu mempunyai
kecenderungan untuk menggunakan sebelah bahagian otak yang lebih dominan dalam
menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam
menjalankan aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.
Selain dari itu, otak juga boleh dikembangkan melalui ransangan bersepadu otak secara
menyeluruh. Analoginya begini: Apabila kita melihat rakan kita makan aiskrim dengan selera
5

sekali hingga menjilat-jilat jari pasti minda dan nafsu kita akan teransang untuk membelinya,
walaupun kita tidak mencukupi wang untuk membelinya. Otak juga begitu, otak perlukan
ransangan untuk dikembangkan. Ransangan disini bukan bermaksud tekanan yang berlebihan
sehinggakan tidak termampu diterima, dengan kata lain ransangan yang positif. Jensen (1998)
pula mencadangkan bahawa tekanan berlebihan atau perasaan terancam memberi kesan negatif
kepada pemikiran dan ingatan dan seterusnya menyebabkan pembelajaran merosot. Namun
begitu, bukan kesemua jenis dan tahap tekanan membawa kesan yang buruk. Tiada tekanan
langsung juga tidak membawa kesan yang baik. Kesannya nanti, tahap pencapaian pelajar atau
perkembangan adalah rendah. Lazimnya, julat tahap tekanan yang sedikit kepada yang
sederhana adalah sesuai bagi peningkatan prestasi atau keupayaan pelajar untuk belajar .
Di sini pendidik memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi tahap tekanan
yang sesuai di samping mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa dan tenang yang boleh
menggalakkan pelajar mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Melalui cara ini, barulah
pemprosesan maklumat dan pembelajaran dapat diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem
limbik yang terletak di pertengahan otak manusia.
Otak Mamalia atau Sistem Limbik, Sama seperti penjelasan mengenai otak reptilia, otak
mamalia digelar "mamalia" memandangkan ia mempunyai persamaan dengan elemen-elemen
reaksi pemikiran dalam kesemua haiwan mamalia. Fungsi utamanya ialah kognitif dan emosi
iaitu ia mengandungi perasaan, pengalaman yang seronok dan bermakna, ingatan dan kebolehan
serta daya belajar. Selain itu, ia juga berfungsi mengawal pola-pola bioritma seperti pola-pola
tidur, kelaparan, dahaga, tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu badan, kadar metabolisma,
sistem imuniti dan lain-lain fungsi badan. Oleh kerana bahagian otak ini mengawal emosi maka
dapat dijelaskan mengapa apabila kita sedih, keadaan fizikal kita turut terjejas.
Otak mamalia merupakan pusat pemeliharaan atau pengekalan manusia. Ia akan
mentafsir kesemua maklumat yang diterima daripada pancaindera kita dan menghantar maklumat
tersebut ke bahagian pemikiran otak iaitu neokorteks.
6

Gambarajah 3 : Neocortex

Neokorteks terletak di bahagian atas otak dan terdiri 80% jumlah jirim otak. Bahagian
otak ini merupakan pusat pemikiran dan kecerdasan manusia. Antara fungsi utamanya adalah
mentafsir, menyusun, menterjemah maklumat melalui proses penaakulan, membuat keputusan,
kelakuan, bahasa dan pemikiran tahap tinggi. Dipercayai kecerdasan tahap tinggi dalam
manusialah yang memberi keunikan kepada spesis manusia dan membezakannya daripada
makhluk lain. Sebagai contoh, ahli psikologi, Howard Gardner telah mengenalpasti kecerdasan-
kecerdasan yang khusus yang mungkin diperkembangkan dalam manusia, antaranya:
i. kecerdasan linguistik,
ii. matematikal,
iii. visual/spatial,
iv. kinestatik,
v. muzik,
vi. naturalistik,
vii. interpersonal
viii. intrapersonal.
Perkaitan otak dan proses pembelajaran, keyakinan Gardner bahawa kecerdasan manusia
boleh diperkembangkan. Persoalan ini membawa kita kepada perbicaraan sama ada kecerdasan
diperturunkan oleh nenek moyang kita atau ia boleh dibangunkan? Ia juga menimbulkan
persoalan lain seperti apakah yang boleh mempertingkatkan kecerdasan seseorang. Ramai
7

ibubapa serta pendidik masih "mengukur" kecerdasan seseorang kanak-kanak mengikut saiz
otak. Contoh yang Sering kedengaran, ibubapa memberi komen bahawa anak si Ali tu lebih
pandai kerana otaknya besar dan dahinya tinggi. Pada hari ini, bidang sains telah
memperjelaskan bahawa saiz otak ikan lumba-lumba lebih besar berbanding saiz otak manusia
tetapi tidak sepandai manusia. Ada pula yang percaya bahawa kepadatan sel-sel otak setiap meter
padu turut mempengaruhi kebolehan seseorang itu berfikir. Namun begitu telah dibuktikan
bahawa otak tikus mempunyai kepadatan sel otak yang lebih tinggi tetapi kecerdasan jauh lebih
rendah daripada kecerdasan manusia. Pandangan Jane M. Healy (1990) pula menyatakan bahawa
untuk memahami proses-proses perkembangan mental seseorang, kita harus memahami proses
pembelajaran seseorang. Ini bermakna bahawa kunci kepada pemahaman perkembangan
kecerdasan otak ialah memahami bagaimana sinaps otak menjalinkan hubungan atau membina
rangkaian antara sel-sel otak tanpa kehilangan rangkaian yang terdahulu dan sedia wujud.
Rangkaian-rangkaian inilah yang membolehkan kita memahami fenomena-fenomena masalah
dan seterusnya mencari penyelesaian kepadanya.

3.0 Proses Neuron, Glia dan implikasi kepada perkembangan Minda.

Gambarajah 6 : neurospheres, massa kompak sel prekursor neuron, berasal dari sel-sel induk
embrionik manusia, seperti yang digambarkan oleh mikroskop fluorescent. Differentiated
neuron, teras yang dipaparkan dalam warna merah, sudah mula untuk melanjutkan proses
neuronal (hijau) terhadap satu sama lain, membentuk hubungan.
8

Otak kita mempunyai dua jenis sel otak iaitu neuron dan glia. Walaupun kebanyakan sel
otak terdiri dari glia (90%), yang lebih jelas difahami ialah mengenai sel-sel neuron (yang hanya
10%). Neokorteks menusia mempunyai 12 hingga 15 bilion neuron atau sel saraf. Setiap neuron
terdiri daripada jasad atau badan sel, cabang-cabang halus iaitu dendrit dan akson. Walalupun
setiap neuron mempunyai banyak dendrit, ia hanya mempunyai hanya satu akson. Akson
berbentuk tiub panjang dan menganjur dari sel neuron sehingga hampir bersentuh dengan dendrit
neuron lain. Di hujung akson, terdapat terminal akson yang berbentuk butang. Ruang di antara
terminal akson dan dendrit dipanggil sinaps. Semasa proses penghantaran maklumat, apabila
dendrit-dendrit sesuatu neuron menerima maklumat maklumat dalam bentuk impuls atau
rangsangan elektrikal, ia akan dihantar ke jasad sel neuron dan seterusnya dipindahkan secara
sehala dari akson ke sinaps. Getaran elektrikal mudah diterima dari jurang sinaps oleh dendrit-
dendrit neuron lain kerana wujudnya neurotransmiter, sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh
terminal akson.
Neurotransmitter ini berfungsi sebagai jambatan pada jurang sinaps bagi membolehkan
hubungan dan komunikasi dijalinkan. Mielin, sejenis selaput protein berlemak yang menutupi
akson akan mempercepatkan perpindahan rangsangan elektrikal terutamanya bagi maklumat
baru yang diterima. Contohnya, apabila seseorang baru mempelajari kemahiran komputer,
mielen akan dikeluarkan dan meliputi akson. Sekiranya seseorang membuat latihan berulangan
dalam penggunaan komputer, lebih banyak mielen akan dikeluarkan menjadikan lapisan mielen
yang sedia ada semakin tebal. Proses ini boleh disamakan dengan usaha melebarkan jalan raya.
Lebih lebar sesuatu jalan maka lebih laju dan cekap perjalanan trafik. Perkara yang sama juga
boleh diaplikasikan kepada proses pengmielenan. Semakin tebal lapisan mielan, semakin licin
dan cepat perjalinan rangkaian neural. Ini menjelaskan kepada kita mengapa lebih banyak kita
mengulangi sesuatu pembelajaran, maka lebih senang bagi kita mengusai dan mengingatinya.

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga teori ini menggambarkan kehebatan kejadian minda manusia .
Selain unik tentang kejadiannya, ianya juga dapat digunakan merentasi pelbagai bidang
terutamanya dalam pendidikan. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana kurnianya, jadi untuk
9

menghargai kehebatan yang tidak ternilai ini sama-samalah kita menambah ilmu pengetahuan
yang ada dan sentiasa berfikiran secara positif.

Rujukan :

Dr. Roger Sperry .(1981) Right Side Brain Functions. Rerieved from
http://www.ehow.com/facts_5476023_right-side-brain-functions.html

Gardner, H. 1993. Multiple Intelligence: The Theory in Practice. New York: BasicBooks.

Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed: Multiple Intelligence for the 21st Century. New
York: Basic Books.

Kuan Wai Bing & Omar Karim. 2005. Pemikiran & Kreativiti. Aplikasi dalam Latihan dan
Pembangunan. Aras Mage (M) Sdn. Bhd.

Paul D. MacLean August 12, 1997 (Hardcover - January 31, 1990) The Triune Brain In
Evelution : Role In Paleocerebral Function. Rerieved from http://www.kheper.net/topics/
topics/intelligence/MacLean.htm

Triune Brain Theory Motivate. Rerieved from http://www.ehow.com/how_4995005_triune-


brain-theory-motivate-students.html

Copyright | Disclaimer

Copyright © ZAINUDDIN MAMAT (D-1033527)


BACHELOR OF EDUCATION (EDUCATION MANAGEMENT) WITH HONOURS
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010,
Tanjung Malim, Perak. Malaysia
All Rights Reserved

You might also like