You are on page 1of 13

Catatan Blog Lama : Mengapa sesetengah kanak-kanak lembab dalam

pelajaran?
0
Ditulis oleh Nurulhilyati Abdul Halim pada 30/9/2005
“Eh! Kamu, kenapa baca perlahan sangat? cikgu suruh kamu baca supaya semua ahli kelas dengar.
Bukan kamu seorang saje yang dengar,” marah seorang cikguku kepada kawan sekelasku yang bernama
Salmiza bila diminta membaca cerita di dalam buku teks di hadapan kelas.
“Aku tak tau la pasai apa Salmiza tu tak mau bercakap sangat dengan kita. Dok diam sorang-sorang je.
Ajak main pun tak mau. Pelik la dia ni, lain dari orang,” sungut rakan sekelasku kepada ku.
Tahukah kita kanak-kanak yang lambat atau susah belajar itu sebenarnya sakit? Mereka bukan malas atau
tidak bersungguh semasa belajar sama ada dalam kelas mahupun di mana saja. Mereka mungkin ada
masalah semasa belajar, bersosial, fizikal dan sebagainya. Mengapa saya memilih hendak menulis topik
ini? Sebab selepas saya mengedit 3 buku berkaitan anak istimewa dan pendidikan khas, baru saya sedar
apa yang dialami oleh kawan saya masa saya kecil dulu. Mungkin dia tergolong dalam kanak-kanak
bermasalah seperti ini. Nampak macam tak bersungguh masa belajar dan tak mahu berkawan dengan
rakan lain. Dari segi fizikal biasanya kanak-kanak yang bermasalah ini normal. Sebab itu mereka tidak
dihantar oleh ibu bapa ke sekolah pendidikan khas. Kebanyakan orang tidak sedar ia berlaku pada anak
sendiri.
Jadi kita perlu jadi ibu bapa yang perihatin dan berilmu pengetahuan. Macam mana nak kesan anak kita
bermasalah ataupun tidak andainya fizikalnya sempurna? Cuba kesan di mana kelainan yang ada pada
anak kita berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya. Adakah dia ada kekurangan yang pelik dari
segi kemahiran membaca, mengira ataupun bersosial. Andainya dia terlalu lain daripada kanak-kanak
biasa, bawa dia berjumpa doktor.
Kadang-kadang kanak bermasalah ini cemerlang dalam bidang membaca, tetapi sangat bermasalah dalam
mengira ataupun yang perkara berkaitan nombor. Bila diminta menulis nombor, mereka menulisnya dalam
keadaan terbalik ataupun tak dapat menyelesaikan pengiraan yang mudah. Ini pun perlu diberi perhatian.
Ia mungkin tidak dapat dikesan semasa kecil. Tetapi ia dapat dikesan seawal usia 5 tahun. Kadanag-
kadang mereka sangat mahir belajar tetapi sangat bermasalah dalam pergaulan. Ada jugak yang sudah 10
tahun pun tak pandai membaca, tetapi sangat cantik lukisan yang dihasilkan. Mereka juga ada kelebihan
lain. Kebanyakan cikgu biasa tidak sedar akan masalah ini. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu sedar
akan keadaan anak kita.
Antara situasi teruk yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak ini adalah, nampak huruf-huruf pada tekas
yang tercetak di atas buku tenggelam timbul, kabur dan berselerakan. Sedangkan kita dan kanak-kanak
normal nampak huruf itu teratur dan mudah dibaca. Kadang-kadang mereka pergi ke ke pasar raya besar
seorang diri, tak tahu pulak jalan keluarnya. Bila nampak perkataan ‘KELUAR’ je. huruf-huruf tu
berterbangan pada pintu. Haa… macam pelik kan! Itulah realitinya. Tetapi kanak-kanak tak sedar masalah
yang mereka hadapi, sebab mereka fikir ini situasi biasa yang dialami oleh orang lain. Tanda-tanda ini
dapat dikesan oleh ibu bapa bila mereka mengadu tak dapat membaca seperti kawan sekelas yang lain,
tak nak ke sekolah sebab cikgu marah tak tahu nak selesaikan pengiraan dan sebagainya.
Apabila kanak-kanak ini dibawa bertemu doktor, mereka akan diuji dengan ujian yang khusus bagi
mengesan masalah atau penyakit ini. Andainya ujian ini menunjukkan mereka bermasalah, ibu bapa
dinasihatkan menghantar anak ke sekolah pendidikan khas. Sekolah pendidikan khas bukan untuk kanak-
kanak yang cacat fizikal sahaja, tetapi juga untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Keistimewaan Sekolah Pendidikan Khas
Di sekolah ini, mereka diajar dengan teknik yang berlainan daripada teknik mengajar biasa. Layanan juga
lebih. Kanak-kanak tidak ditekan bagi menguasi sesuatu pelajaran atau kemahiran. Andainya mereka
diajar mengira dan tiba masanya mereka berasa bosan ataupun tertekan kerana tidak dapat
menyelesaikan masalah yang diberi, guru akan memberi tugasan yang lebih ringan seperti mewarna
ataupun melukis. Emmm… seronokkan! Bagi sesiapa yang ingin menjadi guru pendidikan khas ni perlu
tabah, sabar dan penyayang. Respect abis aku pada cikgu pendidikan khas ni.
A’ha! dah panjang rupanya penulisan aku nih. Ni tak masuk bab apa faktornya, adakah keturunan ataupun
tidak? Autisme? Hiperaktif? Disleksia? Sebenarnya setiap kali mengedit dan ada benda baru yang saya
dapat, memang teringin sangat nak syer dengan orang lain. Tak pe, kalau nak tahu lanjut berkaitan kanak-
kanak ini, dapatkan buku-buku pendidikan khas keluaran PTS Professional Publishing S/B. Buku ini bukan
untuk guru saje, tp juga untuk ibu bapa. Banyak lagi yang perlu kita tahu sebagai pendidikan keibubapaan
supaya kita bersedia menghadapi situasi ini andainya berlaku pada kita dan yang penting anak kita
mendapat pendidikan dan bimbingan yang wajar dengan keupayaan dirinya.
Rujukan:

Soalan:

Saya mempunyai satu masalah, sehingga hari ini masih belum dapat Diselesaikan. Saya mempunyai
seorang anak lelaki yang sangat lambat untuk bertindak balas. Untuk bercakap juga sangat pelat
walaupun umurnya sudah 6 tahun pada mac lalu. Saya telah membawanya berjumpa pakar namun
kata pakar tersebut, anak saya tidak mengalami sebarang masalah. Sudah bermacam-macam
makanan dan vitammin yang mampu merangsang otak telah saya berikan namun, tiada perubahan.
Saya buntu. Harap doktor dapat membantu.

Sekian terima kasih.

Dari,

Muhamad Irwanizam Ibrahim

Ampang,Selangor.

JAWAPAN:

Terima kasih diatas soalan tersebut. Saya kira dari apa yang saudara jelaskan, anak saudara boleh
dikategorikan di dalam golongan rencatan mentalnya yang mana disusuli oleh rencatan tindak balas
badan. Antara punca rencatan mental yang utama adalah:-

1. Dilahirkan dengan otak yang kecil dan tidak membesar mengikut perkembanganyang
normal.

2. Pemasalahan genetik sepertisindrom down.


3. Ibu yang tidak mendapat nutrisi yang sempurna ketika mengandung seperti galian

4. iodin dalam Kretinisme.

4. KEROSAKAN PADA OTAK . PUNCANYA TERMASUKLAH:-

 Demam campak dihidapi oleh si-ibu ketika mengandung. Meningitis atau jangkitan
radang otak ketika bayi.

 Hydrocephalus (Kepala yang semakin membesar disebabkan oleh pengumpulan cecair


otak).

 Kecedaraan atau trouma pada kepala,kadang-kadang disebabkan oleh enjutan yang

 kuat semasa menimang bayi.

 Ketumbuhan/tumor otak.

 Keracunan dari plumbum dan racun serangga.

 Kesan sampingan dari bahan kimia,toksid dan ubatan.

 Demam panas.

 Hipoksia atau kekurangan oksigen ketika lemas waktu dilahirkan.

5. SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DIKETAHUI

Dari sudut rawatan moden, tidak ada rawatan yang khas bagi masaalah rencatan mental.
Bagaimanapun, keadaan minda boleh dibantu dengan latihan minda yang berterusan. Dari sudut
yang lain, pemakanan kanak-kanak perlu dititik beratkan. Makanan segera terutamanya yang
mengandungi bahan perwarna, perisa dan pengawet perlulah dielakkan. Pastikan anak saudara
mengamalkan pemakanan yang seimbang yang kaya dengan nutrisi. Usia dari bayi sehingga 12tahun
amat penting kerana ini merupakan tempoh waktu dimana berlakunya tumbesaran otak. Diwaktu
inilah saya yakin, peranan pemakanan kesihatan yang sempurna dapat membantu masalah yang
dialami oleh anak saudara. Saya ingin mengesyorkan sejenis produk khusus untuk tumbesaran yang
sihat dan perkembangan minda kanak-kanak yang dihasilkan oleh Gamat eMas Sdn..yang
dinamakan Bio.B Plus.

BIO-B PLUS DIRUMUSKAN ISTIMEWA MENGANDUNGI

Asid Dokosaheksanoik(DHA). Sejenis asid lemak mustahak yang membentuk 60peratus


dari struktur otak. Badan manusia tidak berupaya menghasilkan asid lemak ini dan ia hanya
boleh didapati dari pemakanan tertentu sahaja seperti ikan,kekacang dan buah zaitun. Bagi
ayam dan lembu tidak mengandungi DHA. Ia penting bagi tugas transmisi implus saraf otak,
meningkatkan kandungan serotonin iaitu sejenis neurotransmitter yang memberi kecerian
(kekurangannya menyebabkan kanak-kanak bersifat baran, ganas dan tertekan), melindungi
otak dengan cara mengurangkan bahan yang menyebabkan kerengsaan pada otak,
meningkatkan acetylcholine iaitu sejenis bahan kimia untuk merangsang daya ingatan,
meningkatkan kelajuan gelombang p300 supaya memudahkan pembelajaran dan
penghafalan maklumat

Lisine. sejenis asid amino mustahak yang kekurangannya menyebabkan kanak-kanak


kurang berselera, namun ia tidak mempengaruhi kanak-kanak yang sudah berselera.

Multivitamin.
Dan Garam Galian. penting untuk keperluan tumbesaran yang sihat dan sempurna.

Kolostrum. atau susu awal lembu. Kaya dengan factor antibodi yang boleh membantu
meningkatkan sistem imun kanak-kanak supaya tidak mudah mendapat jangkitan kuman.

Ekstrak bilberi. membantu daya pemfokusan dan penglihatan kanak-kanak bagi


memudahkan proses pembelajaran.

6. Alamin. Merupakan sumber zat kalsium yang kaya dan mudah serap. ia memastikan
pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat.

7. Ekstrak Gamat. Membantu menyihat dan melancarkan sistem aliran darah. kesan


merangsang pertumbuhan sel cukup berkesan untuk memulihkan keadaan dalaman

August 26th, 2008

No comments yetMENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG


LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini telah
meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding
masapmasa lalu. Bilngan  anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa
semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka .
Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun
(pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak
menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat
fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya .
Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan
dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu
bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka
terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan
lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan
anak jiran  tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain
dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka
lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari
berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak
langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab
jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa
tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek
anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan
anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa
, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti
makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak
di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek .
Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak
tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu
kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga
penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang
bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap
,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai
baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua
kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah
mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran  bertutur , berdikari , bersosial dan
sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi
intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan
dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya
. Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk
membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian
telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang
dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka )
dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang
kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi
yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal
-awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui
kekutan  -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para
profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya
intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui


sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi
pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini,
pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau
bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti
Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang
kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics
medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi,
patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota
diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula
berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau
perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap
sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama
ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan
atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan
menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah
disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang
bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional
dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.
Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk
menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana
seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain
keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang
dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belumpandai
bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia
mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor
untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang
mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti
sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan
hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak
-kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada
pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang
pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar
tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang
menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan
terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu
kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak
berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang
diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen -
cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering
menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa
ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti .
Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia
tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakanibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat
mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka akan
mengambil perhatian berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera tidaklah dapat
dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang dikenal pasti lembab dan
diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil . Golongan yang mempunyai taraf
sosioekonomi rendah biasanya mempunyai reratusan kanak -kanak prasekolah lembab yang lebih
tinggi dibandingkan dengan golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang tinggi .

Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah ini perlu di
perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika mereka
pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal aspyxia ) atau
penyakit kuning yang serius (septicaemia )  

1.   Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2.   Mereka yang sering berpenyakit

3.   Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan perhatian (attenspan


deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi

4.   Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang kucar -kacir
sehingga mereka berasa kurang tenteram .
.  Bagaiman menilai kanak -kanak prasekolah yang lembab ? 

 Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu
doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran dan
sebab -sebab timbulnya masalah tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah
perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh memahami
dan mengikut arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan hanya setaraf
dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan aktiviti -aktiviti
harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya adalah memuaskan . Dia
dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja  dan telah disahkan menghidap sawan pada hari pertama
kelahirannya . Ini di sebabkan  oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya pada masa itu.
Maklumat ini penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak ini. Pakar kanak-
kanak  sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang disebabkan oleh
kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak itu lembab pemikirannya
apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi yang dilahirkan prematur diawasi supaya
tahap glukos dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa
berjumpa doktor kerana  didapati tahap pemikirannya lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara
terperinci, didapati bahawa dia pernah mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia
tiga tahun. Penyakit meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat seseorang
kanak-

kanak itu untuk mengatahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya lembab.  

Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana kanak
-kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran  apabila
dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang kanak -kanak yang normal sudah boleh
bercakap menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus , nak minum air oren ".
Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh bertutur satu atau dua patah
perkataan sahaja .

 Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap .
Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi dengan orang
di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian otak yang menguasai fungsi
pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap walaupun dia boleh
memahami dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak yang sebegini seolah -olah
kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa
masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan pada alat pertuturan  dan sebagainya .
Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila dikaji riwayat keluarganya , didapati
bahawa ayahnya , didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu .Olehitu ,
masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan dengan baka dan tidak perlu
bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal apabila dewasa sedikit kelak . Memang tepat
seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat dalam tempoh masa beberapa bulan
kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk
menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran
kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti
kurang tumpuan perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik
bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan
perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan daripada kanak -kanak lain ,
perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis , meniru gambar lukisan atau membuat sesuatu
bentuk dengan kiub boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya . Umpamanya , kanak
-kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan dengan pensil jika
disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar -gambar binatang dengan tepat seperti yang
di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya dari
berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami bahasa yang
digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka bentuk
model, meniru susunan kiub  dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam acuannya. Dari
bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu mengaggarkan tahap
pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak  itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti
kanak-kanak biasa, ujian-ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran seorang
kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa boleh diukur
berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan
menyuruh  dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu cara lagi ialah dengan
menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta, botol susu  dan sebagainya.  Gambar-gambar
yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-kanak dan pakar
psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap perkembangan seseorang
kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan memerhatikan kanak-kanak itu menjalani ujian-ujian
yang diaturkan, meneliti tingkah lakunya.  Dalam pergaulan dan cara dia berinteraksi dengan orang
lain. Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain
-main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak lain dan juga dengan mendengar pertuturannya
yang secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang apa yangterkandung dalam
pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah yang saya gunakan untuk kanak -kanak yang berusia
dua hingga tiga tahun iailah dengan menunjukkannya gambar -gambar serta menyuruh dia bercerita
tentang setiap gambar itu . Gambar -gambar yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan
di tepi laut , lapangan terbang , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan
sebagainya . Kanak -kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik
tentang setiap gambar itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti perkembangan
kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat pendiagnosan
masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli psikologi untuk
mendapat keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran kanak
-kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan yang
kanak -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak yang
bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya .

 Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental


examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya tanpa
rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak normal . Dia
juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau tidak dan sama ada
kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) , cara memproses sesuatu
maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu memuaskan atau tidak .

 Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan
-kelainan tertentu seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun ( undescended testis ) ,
masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan tidak
membesar ( failure to thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum penilaian
intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan . Kanak -kanak
yang pucat (anaemic) mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing  kerawit dan sebagainya .
dia sering mengantuk , tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk belajar.

Intervensi awal 
Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program
-program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan untuk
setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan kanak
-kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami
oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi untuk
bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan memberi dia
peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan  . Kanak
-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan kemahiran
pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan bahasanya lemah
, dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas
untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan
pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan  terhadap
perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.  

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak  yang sering mendapat


sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod
(hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang
hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi
membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk
mengurangkan keresahan anak itu sewaktu  menjalani program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi
kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-
bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.

  Kesimpulan

Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya pendiagnosan
dapat dibuat dan ciri-ciri  kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting
agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-
kanak itu dapat diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan mempamerkan ciri-
ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati lambat bercakap perlulah
mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa pencapaian bahasa  amatlah penting
kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis .

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para
profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan disekolah
biasa, disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian yang
mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

Leave a Comment

Bagaimana nasib anak-anak lembap?

Rahsia hati seorang ibu, catatan saya minggu lalu mengundang pelbagai reaksi. Ada ibu yang menangis
menelefon bercerita tentang anak-anak mereka.

Begitu dengan kaum bapa ada yang tersentuh hati. Semuanya kerana anak. Dalam banyak reaksi yang
diterima saya terpanggil memetik e-mel kiriman seorang wanita yang menamakan dirinya Mama Prihatin.
"Teruskanlah usaha membantu mereka yang memerlukan, kerana jika tidak di buat begini, kita tidak tahu
ada orang lain yang susah lagi daripada kita.

"Jika ada kesempatan Allah memberi rezeki yang lebih kepada saya, saya teringin membawa anak-anak
melawat dan membantu mereka yang memerlukan. Saya mahu anak-anak saya sedar dan insaf dengan
ketentuan Allah.

"Saya tidak mengharap coretan saya disiarkan memadai jika puan membalas e-mel saya sahaja pun, saya
sudah berbesar hati."

Kata-katanya menyentuh hati saya. Keinginannya mencabar minda saya untuk menghargai pandangan
wanita yang telus dan ikhlas ini. Semangat dan kecekalannya harus dijadikan contoh.

Maafkan saya Mama Prihatin. Kisah anda amat menarik untuk disiarkan buat teladan ibu-ibu lain. Mohon
izin disiarkan.

Kita ikuti kisah Mama Prihatin.

"Saya ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak yang berumur 7, 9 dan 10 tahun,(Darjah 1, 3 dan 4 ).

"Saya cuma ingin berkongsi pandangan dan idea kerana mempunyai dua orang anak lembap. Saya tidak
mampu untuk menghantar mereka ke mana-mana pusat pembelajaran khas kerana kos yang mahal
kerana hanya saya seorang sahaja yang menyara anak-anak.

"Kini saya dalam proses untuk menghantar anak ke sekolah pendidikan khas.

"Cuma apa yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai nasib kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran ini. Kini kita lihat kerajaan telah mewujudkan Permata Pintar dan sebagainya.

"Memang bagus, tetapi adakah semua kanak-kanak dapat mengikutinya?

"Kemudian di wujudkan pula sekolah pintar. Itu juga bagus.

"Tetapi saya ingin bertanya, bagaimana pula nasib kanak-kanak lembap ini. Memang ada pusat untuk
anak-anak tersebut, tetapi semuanya diasaskan oleh NGO atau syarikat swasta yang mengenakan kos
yang tinggi.

"Kalau yang berpendapatan tinggi mereka mampu menghantar anak ke situ, bagaimana dengan golongan
macam saya.

"Mahu tidak mahu kami terpaksa menghantar anak ke sekolah pendidikan khas sahaja, tetapi adakah
memadai dengan sukatan pelajarannya dengan keadaan masa kini.

"Bagaimana pula bila cuti sekolah dan nasib mereka bila sudah dewasa kelak? Sebab mereka bukan
kanak-kanak 'istimewa'.
"Doktor pernah sarankan anak saya di tempatkan di pusat Dilyxsie, tetapi saya tidak mampu kerana kos
tinggi dan jauh dari rumah.

"Saya tidak pernah membawa anak-anak bercuti atau makan angin walaupun ke Zoo Negara sebab saya
lebih memikirkan wang untuk ke arah itu boleh digunakan bagi membantu persekolahan dua anak saya
yang lembap tadi.

"Bagaimanapun kadang-kadang ada saudara mara yang sudi membawa mereka makan angin untuk
mengambil hati mereka.

"Orang-orang yang hidup susah juga menghadapi masalah yang sama seperti saya. Cuba tanya mereka,
ke mana mereka hendak menghantar anak mereka belajar sekiranya anak-anak tersebut ada masalah
pembelajaran.

"Saya ingin bertanya, adakah apa-apa program khusus bagi keluarga kurang mampu untuk anak-anak
mereka?

"Pada pandangan saya tidak cukup hanya dengan menziarah, memberi wang dan keperluan harian, yang
penting pendidikan anak-anak mereka.

"Saya juga berharap dapat diberi nasihat dan panduan mengenai perkara ini.

"Sebagai ibu yang mempunyai anak-anak lembab saya mengharapkan masa depan yang lebih terjamin
untuk anak-anak saya. Saya mahu mereka menerima pendidikan seperti anak-anak sempurna yang lain.

"Saya berharap impian saya akan tercapai dan anak-anak saya mampu bersaing dengan anak-anak
sempurna lain untuk merebut tempat dalam sebuah kehidupan yang baik, aman dan membahagiakan
mereka di negara ini.

"Adakah hajat saya akan tercapai? Hanya Allah sahaja yang tahu tetapi saya tidak pernah putus berdoa,
mudah-mudahan segala harapan dan impian saya sebagai ibu akan di makbulkanNya. Insya-Allah."

Demikian Mama Prihatin menamatkan ceritanya. Saya pasti luahan perasaan Mama prihatin menarik
perhatian anda semua. Kesedarannya terhadap masa depan anaknya yang lembap amat mengharukan.

Sifatnya saya sanjung tinggi, mudah-mudahan ada lagi ibu-ibu yang berpandangan jauh sepertinya.

Saya menyokong penuh usaha Mama Prihatin menghantar anak-anak ke Sekolah Pendidikan Khas.
Sekurang-kurangnya buat sementara mereka akan menerima pelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

Pada masa sama, berusahalah untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada pihak sekolah
khas itu mengenai langkah seterusnya yang perlu diambil berhubung masa depan anak-anak anda.

Anda juga boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor, kaunselor atau persatuan yang
mahir tentang kanak-kanak lembap. Internet juga boleh membantu anda mendapatkan panduan mengenai
perkara yang sama.
Pesanan saya jangan putus asa, teruskan berusaha. Kata-kata dan hajat seorang ibu adalah doa yang
tidak pernah dihampakan oleh Allah SWT

Doa saya semoga Allah memelihara dan melindungi kehidupan Mama Prihatin dan anak-anaknya di dunia
dan akhirat.

Menutup catatan, kemuliaan hanya milik mereka yang bersabar kerana di hati mereka itu, ada cahaya
yang terlindung.

Salam

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:


• Ilham Sari seri kediaman

Jenis
Soalan Jawapan
Soalan
Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah
pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas,
LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lemah(berkenaan kemampuan seorang murid
lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam menerima pelajaran). Untuk  mengetahui kategori Makna
kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu
lembam berada? TQ menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh
menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.     
LEMBAP dan LEMBAM?? yang mana lagi sesuai untuk
soalan klu,kanak2 TIDAK CERGAS,LEMAH..ianya
Kedua-dua perkataan lembap dan lembam boleh
membawa maksud yang sama bukan? jika jawapan nya
digunakan untuk maksud kanak-kanak yang tidak
salah satu dari di atas,boleh kah saya nak mengajukan Tatabaha
cergas dan lemah dalam pelajaran. Sila rujuk Kamus
bantahan kepada yang buat soalan kerana jawapan nya
Dewan Edisi ke-4 untuk keterangan lanjut.
sama saya ingin merujuk kepada pihak tuan terlebih
dahulu thanks.
Akum tuan / puan Di sini saya rasa keliru tentang ejaan
yang betul bagi perkataan engkar - ingkar, lembap-
Ejaan yang betul ialah ingkar, lembap, lembam, dan
lembab - lembam (lawan bagi perkataan cerdas), Ejaan
berbahaya.
bahaya-merbahaya. Mana satu ejaan yang betul? Sila
bantu saya cgu simah.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ,  perkataan
Maksud cikgu perkataan lembab tidak wujud? adakah lembap bermaksud masih basah, tidak rancak, lambat
lembap boleh disaling tukar penggunaannya utk atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah,
Makna
membawa maksud tidak bijak/kurang kemajuan? lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang
terima kasih. atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi
Keempat, halaman 916. 
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat yang wujud
perkataan lembap dengan maksud masih basah, tidak
wujud tak perkataan lembab atau lembap? yg mana
rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan,
membawa maksud keadaan yg berair dan yg mana Makna
tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang
membawa maksud kurang/tidak bijak? terima kasih.
membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah
lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. 
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi Tatabaha
alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu KNBDBP.
tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk
ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi perhatian Sdr.
masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-  1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi
kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari
cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta
menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi
menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak
ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti
keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil
menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan
menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini
sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas,
menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-
mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku
harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40
pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak- kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya
kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan empat orang sahaja kanak-kanak perempuan.
kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak
sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang daripada semua bangsa dan kedudukan
menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang
terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering
Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga
penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang
punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak
pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku.
congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang
sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit
baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous
mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal
sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu
asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau
dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang
lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak
Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi
menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak
pendiagnosan. menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses
diagnosis.
 

1
©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2010 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan
kerugian yang disebabkan oleh penggu

You might also like