You are on page 1of 13

AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Isi Kandungan

PENGENALAN...........................................................................................................................2
SABAH.......................................................................................................................................3
Kaum Kadazan-Dusun...........................................................................................................3
Pakaian Tradisi Orang Kadazan.........................................................................................3
Kraft Tangan Orang Kadazan.............................................................................................5
Perayaan Orang Kadazan..................................................................................................6
SARAWAK.................................................................................................................................7
Kaum Iban.............................................................................................................................7
Kegiatan ekonomi Orang Iban..........................................................................................7
Tempat Menetap...............................................................................................................8
Tarian Orang Iban.............................................................................................................9
Perayaan Orang Iban........................................................................................................9
KESIMPULAN...........................................................................................................................10
LAMPIRAN..............................................................................................................................11
Bibligrafi..................................................................................................................................13

1
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

PENGENALAN
Q3. Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat resam, seni, budaya, dan pantang
larang masing-masing. Pilih satu kaum yang ada di Sabah dan satu kaum yang ada di
Sarawak. Bincangkan tentang keunikan budaya kaum tersebut yg menarik perhatian
anda.

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup
dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India
telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Di malaysia,kita sedia maklum bahawa negara in memiliki kaum dan etnik


yang pelbagai yang hidup dibawah satu tampik pemerintahhan yang
sama.Namun,sehingga kini kita masih jarang mendengar berita mengenai
pertelingkahan antara kaum dan etnik tersebut.Sesungguhnya,usaha untuk mewujud
dan mengekalkan suasana aman ini sentiasa giat dilakukan melalui pelbagai medium
perpaduan.

Kaum di malaysia berbeza daripada cara hidup sendiri.Semua kaum biasanya


mempunyai pakaian, makanan,permainan,alat muzik,perayaan,tarian,kepercayaan dan
bahasa masing-masing.

Kumpulan kami telah memilih Kaum Iban dari sarawak dan kaum kadazan
dari sabah sebagai tajuk kami untuk dikaji.Sebab-sebab kami memilih 2 kaum ini
kerana mereka mempunyai kebudayaan yang sangat unik dan sesuai untuk dipelajari
oleh kumpulan kami.

2
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

SABAH
Kaum Kadazan-Dusun

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar


di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai
bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat
27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara,
Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. 1

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu
pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti
Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di
lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam
padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan
sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan
kawasan pendalaman.2

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan
Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan
politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza
dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan
bahasa Indonesia.3

Pakaian Tradisi Orang Kadazan

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai
melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri
pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si
pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih
berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat.
Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut
peredaran zaman.

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun
2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan
3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan

3
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Keunikan pakaian Kadazan adalah wananya, dan pengunaan warna hitam


untuk membuat pakaian kadazan ada maksud ia. Kebanyakan suku kaum di Sabah
memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam
asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau
warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk
halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna
hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.4
Contoh-contoh pakaian tradisi orang kadazan adalah seperti Kihongon, dan
Sinuangga.

Kihongon berbentuk Blaus lengan panjang yang dipakai oleh wanita-wanita


masyarakat Kadazan yang telah berumur atau mereka yang menjalankan istiadat
keagamaan atau acara-acara ritual (bobohizan). Sulaman pada blaus ini menyerupai
sulaman padasinuangga.5

Sinuangga berbentuk Blaus lengan pendek dan kolar berbentuk U dipakai


oleh wanita muda. Bersulam disepanjang lipatan lengan, di sisi dan di belakang. Ia
menggunakan benang kain bewarna merah, kuning dan krim. Jahitan utama ialah
sinisuk bulus iaitu jahitan rantai atau rangkaian. Teknik jahitan berbulu juga
digunakan untuk membuatbinuunsi.

Pakaian tradisi kardazan menarik perhatian kami desebabkan olen keunikan


and reka-bentuk ia. Pakaian tidak sahaja meberi perindungan tetapi juga meberi
pengetahuan yang sangat mendalam, walaupun teknologi sekalang dapat
menghasilkan berbagai jenis pakaian yang menarik, tetapi tidak dapat mehasilkan
pakaian tradisi kadazan yang original. Sebab itu, ilmu pakaian tardisi ini hendalah
setiasa diingatin dan dipelajari oleh generasi yang baru.

Nama: Yap Jun Feng

4
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/kesenian.asp
5
http://malaysiana.pnm.my/02/0205010102sbhkdzan_pakaiwanita.htm

4
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Kraft Tangan Orang Kadazan

Kraftangan di kalangan masyarakat Kadazan bermula dalam usaha mereka


untuk berteduh, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik
sekali. Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan
menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan.
Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan
di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan
kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi
budaya.6

Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis


kraftangan. Di pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat terendak,
anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil
untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar, parang,
alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata.
Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran
kayu, alat penangkap ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam
tikar dan lain-lain.

Kraft tangan Kadazan memrupakan satu kesenian yang amat menarik dan unik
di Malaysia. Bahan yang diguna untuk membuat kraft tangan adalah bahan tempatan,
sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah dan
pagar sangat luas di kalangan masyarakat Kadazan. 7 Selain itu, rotan, kulit kayu dan
kapas juga merupakan bahan utama kraft tangan

Kecantikan bahan kraft tangan adalah salah satu faktor yang menarik pehatian
kami. Kebanyakan kraft tangan Kadazan boleh diguna dan dihias dalam tempat
duduk, seperti bakul yang dihasilkan untuk menuai juga boleh dihiaskan dalam
rumah. Pembuatan kraft tangan ini memakan masa yang lama, dan menuji kebakatan
orang yang menhasilnya. daripada apa yang kita dapat lihat hari ini, hasil kraft tangan
kaum Kadazan menunjudkan stamina dan kreativitas yang ungur, ini juga adalah
kebangaran kami sebagai sebahagia daripada warga Negara Malaysia.

6
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/intro_kraftangan.asp
7
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/intro_kraftangan.asp

5
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Perayaan Orang Kadazan

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan


tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan
31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk
ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua
pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'
dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai
terdapat lima makhluk halus: Kinoringan Rusod, Koududuwo, Tombiruo, dan Rogon

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan yang


dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada
kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi.
Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."8

Biasanya, dalam menyambut pesta menuai, beberapa acara akan diadakan


seperti magavau (semangat padi), tarian, pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta
pameran barang-barang tradisional hasil kerja tangan suku kaum di negeri Sabah.
Pada hari tersebut juga, tapai yang dipanggil 'Kinomoi' akan dihidangkan secara
percuma kepada masyarakat yang berkunjung meraikan pesta menuai ini. Pesta
menuai ini biasanya akan dimulakan dengan upacara magavau. Seorang dukun wanita
yang dipanggil 'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang dilakukan ketika matahari
hampir terbenam, sehari sebelum perayaan pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan
membaca jampi serapah yang dipanggil 'Momurinait' di dalam bilik khas.9

Perayaan menuai Kadazan adalah acara yang amat penting dan istimewa,
perayaan ini dijalankan oleh semua kaum kadazan, juga kaum-kaum lain juga. Kami
minat pada perayaan ini kerana, kami dapat lihat perbagai jenis tradisi kaum Kadazan
dalam satu perayaan, conthnya tarian kadazan, pakain yang unik kaum kaum sabah,
dan juga muzik muzik yang istimewa dimainkan oleh meleka.
Nama: Chong Ming Han

8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan#Pakaian_Tradisional
9
http://kebudayaan.blogspot.com/2007/03/pesta-menuai.html

6
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

SARAWAK

Kaum Iban

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak
576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak10, kaum Iban merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian
negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi
kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei,
Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah
panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah
bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama
lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-
larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat
antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama
kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai
adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.11

Kegiatan ekonomi Orang Iban


Kegiatan ekonomi yang berbagai-bagai telah menarik perhatian kumpulan
kami.Pada masa dahulu kebanyakan kaum Iban menanam padi,memburu bintang
untuk menyara diri sendiri dan pada masa kini kebanyakan orang iban telah menukar
perkerjaan dan tidak lagi menjadi penanam padi.

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang


dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di
seluruh negeri Sarawak, Segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam
kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman
dahulu merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan rimba bagi tujuan
penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang
termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih
banyak. Orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti

10
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3242:kaum-
kaum-di-malaysia&catid=185:masyarakat-majmuk
11
http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

7
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan


dan perubatan.

Pada hari ini sebahagian orang Iban mula menetap di bandar- bandar besar di
sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan
pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta

Tempat Menetap
Tempat tinggal yang berada di sarawak merupakan bangunan yang unik dan
hanya boleh dilihat di negeri sarawak dan sabah.Keunikan rumah panjang telah
menarik perhatian kumpulan kami .Biasanya rumah di malaysia adalah merupa
rumah teres,kondomium dan sebagainya tetapi rumah di sarawak merupakan rumah
panjang dan ia adalah 1 sampai 10 kali panjang daripada perumahan biasa yang boleh
dinampak di malaysia.

Rumah panjang merupakan suatu bentuk rumah tradisi yang mempunyai corak
dan kehidupan yang tersendiri.Sebuah rumah panjang dibahagikan kepada beberapa
bilik.Setiap bilik didiami oleh sebuah keluarga. Semua bilik adalah menghadap ke
suatu ruang luas yang dipanggil ruai di mana penghuni-penghuni rumah panjang
membuat kerja seperti menganyam bakul,mengukir kayu dan menyambut tetamu.Ada
juga rumah panjang yang mempunyai 160 buah bilik.Setiap rumah mempunyai
seorang ketua yang digelar sebagai tuai rumah.Berikut adalah gambar tentang rumah
panjang

Dalam gambar kita boleh melihat keunikan rumah panjang orang Iban.Ia merupakan
rumah yang panjang dan terdiri daripada beberapa generasi.semua anggota keluarga
tinggal di rumah panjang

Nama: Tan Chee Wei

8
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Tarian Orang Iban


Tarian orang iban yang sangat istimewa telah menarik perhatian kumpulan
kami.Salah satu tarian yang telah menarik perhatian kami ialah tarian Tarian Ngajat.
Tarian Ngajat merupakan tarian yang sangat popular di sarawak.Tarian ngajat boleh
dibahagi kepada beberapa jenis iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong,
Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat Ngemai antu pala.12

Ngajat ialah tarian yang dipersembahkan semasa menyambut Hari Gawai


orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu
tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.
Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan
sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan dan kanannya

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan
adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah
dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk
ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari
akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari
seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke
kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil,
gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Perayaan Orang Iban


Perayaan orang Iban adalah sangat unik.Orang Iban biasanya akan meraikan
hari menuai dan ia dikenali sebagai Hari Gawai. Hari Gawai merupakan perayaan
yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan
Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-
besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai
hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun
196513
12
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Ngajat
13
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak

9
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan


rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada
dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk
upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.
Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan
dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan
sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan
perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan
Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup
berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya kami mendapati kebudayaan orang iban dan kadazan
yang unik dan mempunyai unsur-unsur yang boleh dipelajari.Melalui kerja khusus
Tamadun Islam kami rasa kita telah faham tentang semua kebudayaan orang Iban dan
kazadan yang berada di Sarawak dan sabah.Keunikan kebudayan orang Iban dan
Kazadan boleh dipelajari dan diguna oleh kami.

Nama: Chia Kong Haw

10
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

LAMPIRAN

Pakaian Orang Kadazan

Kraft Tangan Orang Kadazan.

Bakul yang dihasil oleh orang Kadazan.

Talian orang Kadazan semasa Pesta Kaamatan

11
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Kaum Iban

Kebanyakan kegiatan harian akan dilakukan di Ruai(disini orang iban boleh


menyambut tetamu yang datang ke rumah mereka)

Talian Oran Iban

12
AEMS1612 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Bibligrafi
Gawai Dayak. (t.t). Diambil pada March 15, 2010, Dipetik daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak

Iban. (t.t). Diambil pada March 14, 2010, Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

Kadazan-Dusun. (t.t). Diambil pada March 13, 2010, Dipetik daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun

Kadazan-Dusun. (t.t). Diambil pada March 13, 2010, Dipetik daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan

Kaum-kaum di Malaysia . (t.t). Diambil pada March 15, 2010, Dipetik daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=3242:kaum-kaum-di-
malaysia&catid=185:masyarakat-majmuk

Kesenian Kebudayaan. (t.t). Diambil pada March 12, 2010, Dipetik daripada
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/kesenian.asp

Kraft Tangan Tradisional. (t.t). Diambil pada March 15, 2010, Dipetik daripada
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/intro_kraftangan.asp

Pakaian dan Penghiasan. (t.t). Diambil pada March 14, 2010, Dipetik daripada
http://malaysiana.pnm.my/02/0205010102sbhkdzan_pakaiwanita.htm

Perayaan. (t.t). Diambil pada March 13, 2010, Dipetik daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan#Pakaian_Tradisional

Pesta Menuai. (t.t). Diambil pada March 13, 2010, Dipetik daripada
http://kebudayaan.blogspot.com/2007/03/pesta-menuai.html

Tarian Ngajat. (t.t). Diambil pada March 15, 2010, Dipetik daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Ngajat

13

You might also like