You are on page 1of 21

TOPIK 7 : REHAT, ISTIREHAT,

TIDUR DAN SENGGANG


Definisi dan Konsep

• Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil


untuk berhenti daripada melakukan sesuatu
aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun
aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk
mengurangkan rasa penat dan letih serta
menghilangkan rasa lapar dan dahaga.
• Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian (2002)
Definisi dan Konsep

• Istirehat pula  dapat memberi kelegaan dan


ketenangan di waktu ketegangan dan stres. Ia
membawa erti satu tempoh masa terluang yang
diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak
aktif seperti mendengar muzik, melukis, melihat
pemandangan alam flora dan lain- lain.
• Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa
di mana kita boleh melelapkan mata dan
merehatkan badan sepenuhnya.  
Definisi dan Konsep

• Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan


sebagai waktu terluang yang diisi dengan melakukan
sebarang jenis aktiviti yang  anda gemari. Ia mempunyai
fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu
memulihkan keadaan badan dan otak yang sudah letih
bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu
senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti
membaca, menggubah lagu, bermain alat muzik dan
berhobi.  
Jenis-jenis Rehat

• Rehat pasif : rehat tanpa melakukan


pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot
berlaku
• Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah
yang menggunakan latihan mental,
pembayangan gambaran, istirehat jasmani
• Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam
keadaan pasif dan dalam kedudukan postur
tubuh yang selesa
Jenis-jenis Rehat
• Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk
rehat melalui latihan fizikal yang masih
melibatkan proses regangan dan kontraksi otot.
• Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan
seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman
bunga bersama keluarga adalah contoh baik
rehat aktif.
Aktiviti

Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan


aktiviti ringan seperti berikut:
• Mendengar muzik
• Membaca majalah atau surat khabar
• Bermain congkak dan carrom
• Bersiar-siar di taman/berjoging
Semasa beristirehat, anda digalakkan untuk melakukan
aktiviti-aktiviti ringan dan tidak aktif seperti berikut:

• Melukis
• Menyanyi
• Menggubah lagu
• Melihat gelagat burung dan binatang lain di
taman
• Tidur sekejap (nap)
TIDUR
Definisi dan Konsep Tidur

• Satu proses di mana kita melelapkan mata dan


merehatkan badan sepenuhnya
• Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak
sedarkan diri buat sementara waktu. Di dalam fasa ini,
badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada
sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar
tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung 
rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi
rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi
rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006)
Definisi dan Konsep Tidur
• Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot
serta menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan
metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).
• Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat
sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu
membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi
keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa
sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses
semasa tidur berjalan dengan lancar.
Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk
tidur secukupnya adalah berbeza:
• Bayi perlu tidur 16 jam sehari (Shamsudin et al., 2002).
• Remaja memerlukan 7 jam tidur (Norlaila Hamima
Jamaluddin, 2006).
• Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur
(Shamsudin et al., 2002)
Peringkat-peringkat Tidur
Peringkat bukan REM
• Dalam peringkat bukan REM, individu yang
sedang tidur tidak membuat pergerakan mata
yang nyata, anggota badan boleh digerakkan
manakala aktiviti otak pula adalah perlahan.
• Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru
bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula
rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh
mengejutkan anda dari tidur.

• Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini,


mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun
kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh
mengejutkan anda.

• Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Pernafasan anda


perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat
tidur paling nyenyak.
• Stage 5 REM (rapid eye movement) - Peringkat inilah
dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut
gelombang otak. Walaupun mata bergerak, badan kita
tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM mengambil
masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan
semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu.
Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk
keseluruhan
stage REM.
Masalah tidur
• Obstructive Sleep Apnea atau henti
nafas semasa tidur untuk beberapa ketika
• Hypopnea iaitu separa tersekat sehingga
menyebabkan paras oksigen berkurangan
sehingga 30-50%
• insomnia
Ciri-ciri Insomnia
Keperluan tidur
• Membantu badan berfungsi dengan baik untuk
bekerja keesokan harinya.
• Meningkatkan daya ingatan.
• Memberi peluang badan memperbaiki
kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
• Menghilangkan tekanan.
• Menghilangkan rasa penat dan mengantuk
semasa membawa kenderaan. Keadaan ini
boleh membahayakan nyawa anda dan orang
lain.
KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT

• Individu
• Kerjaya
• Persekitaran

You might also like