You are on page 1of 22

APAKAH YANG ANDA PERLU

TAHU MENGENAI DENGGI?


o * Apa itu penyakit denggi?
o * Jenis-jenis demam denggi.
o * Agen penyebab penyakit
denggi.
o * Pembawa agen penyakit
denggi.
o * Cara jangkitan penyakit
denggi.
o * Tempat pembiakan pembawa
agen penyakit denggi.
o * Tanda-tanda/gejala-gejala
penyakit denggi.
o * Diagnosis penyakit denggi.
o * Rawatan penyakit denggi.
o * Cara pencegahan dan
kawalan penyakit denggi.

APA ITU PENYAKIT


DENGGI?
Penyakit denggi adalah suatu
penyakit berjangkit yang merbahaya
yang boleh membawa maut kerana
sehingga kini belum ada ubat untuk
mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan
orang dewasa dan kanak-kanak akibat
dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung
selama 10 hari dan kadang-kadang
memerlukan masa yang lama untuk
sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di
kawasan bandar jika dibandingkan
dengan luar bandar.

JENIS-JENIS PENYAKIT
DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi
iaitu:
a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala
demam, ruam, sakit badan, sakit
sendi dan sakit otot. Gejala
penyakit ini biasanya tidak teruk
dan jarang menyebabkan
kematian. Demam jenis ini juga
pernah dinamakan 'demam patah
tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan
kanak-kanak terutama dalam
lingkungan umur 2-13 tahun.
Pada tahap awal (selama 2-4 hari)
gejala yang dihidapi adalah sama
seperti demam denggi klasikal
dan diikuti oleh tahap yang lebih
teruk dengan gejala seperti
tekanan darah rendah, ruam dan
bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, berak berdarah
(najis berwarna hitam) disertai
dengan sawan dan tidak sedar diri.
Ia sering menyebabkan kematian
jika rawatan tidak diberikan
dengan segera. Ia juga dipanggil
sebagai 'demam berdarah
Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT


DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh
sejenis kuman virus yang dipanggil
virus denggi. Virus ini tergolong di
dalam keluarga Togaviridae. Ia
merupakan virus yang berkembang
biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis
'serotype' virus yang telah
dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den
3 dan den 4. Semua jenis serotype ini
boleh meransang pembentukan
antibodi yang berbeza-beza. Namun
begitu kekebalan yang dihasilkan
oleh pertahanan badan tidak
menyeluruh terhadap semua jenis
virus denggi. Ia akan hanya
melindungi individu untuk jenis virus
tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran
darah manusia melalui gigitan
nyamuk Aedes dan boleh didapati
dalam tempoh yang singkat sahaja
iaitu 4-5 hari pada tahap awal
penyakit.

PEMBAWA AGEN PENYAKIT


DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa
bagi kuman virus denggi. Gigitan
nyamuk merupakan satu cara
penyebaran virus denggi dari seorang
ke seorang yang lain. Daripada 1
gigitan ia boleh menghisap darah
sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali
berat badannya.Nyamuk Aedes ini
boleh dikenali dengan tanda belang
hitam dan putih di kaki.Terdapat 2
jenis nyamuk Aedes yang membawa
virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak
bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictus
Ciri-ciri: garisan putih-perak
disepanjang pertengahan
kepala dan badan.
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan
di sekitar rumah dan tinggal di
tempat-tempat gelap di dalam rumah.
Ia bertelur dan berkembang biak di
dalam bekas buatan di dalam dan di
luar rumah.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di
kawasan perumahan di bandar, kebun
dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di
luar rumah pada tumbuh-tumbuhan
dan menggigit manusia di luar rumah.
Kadang-kadang ia memasuki rumah
untuk menggigit manusia. Disamping
bekas buatan nyamuk ini juga boleh
berkembang biak dalam berbagai-
bagai bekas alamiah seperti lubang
pada pokok, tunggul pokok, buluh,
ketiak daun seperti daun pandan dan
nenas dan lain-lain tempat yang boleh
air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis
nyamuk ini biasanya tidak melebihi
350 meter.

CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus
denggi melalui gigitan nyamuk. Virus
denggi ini hidup dan berkembang
biak di dalam air liur nyamuk. Ia
memerlukan masa pengeraman
selama 8-10 hari untuk berkembang
biak dan terkumpul di dalam air liur
nyamuk. Nyamuk yang telah
dijangkiti akan terus membawa virus
denggi sepanjang hidupnya. Apabila
nyamuk Aedes betina menggigit
manusia atau haiwan ia akan
memasukkan sekali virus denggi
yang ada di dalam air liurnya ke
dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk Aedes betina
menghisap darah manusia yang
mengandungi virus denggi ia akan
melengkapi kitaran hidup virus
tersebut dan menyebarkan kepada
orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga
terjadi apabila nyamuk aedes betina
sedang menghisap darah orang yang
dijangkiti virus denggi diganggu dan
nyamuk itu dengan segera menggigit
orang lain pula. Ini akan
menyebabkan virus yang terdapat
dalam belalai nyamuk tersdebut akan
masuk ke dalam peredaran darah
orang kedua tanpa memerlukan masa
pengeraman. Cara ini dipanggil
'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan
virus denggi boleh juga berlaku
melalui penularan transovari dimana
ia merupakan suatu proses penularan
agen penyakit daripada serangga
betina melalui telur, jentik-jentik
hingga kepada serangga dewasa
generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting
bagi virus denggi kerana proses ini
membolehkan virus tersebut
berkekalan di persekitaran. Melalui
proses penularan ini nyamuk bukan
sahaja berperanan sebagai agen
pembawa tetapi juga sebagai
perumah kepada agen penyakit.
Cara jangkitan penyakit denggi

TEMPAT PEMBIAKAN
Nyamuk Aedes membiak di dalam
takungan air jernih di dalam dan di
luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air
yang kotor.
A. Di dalam rumah
1. Ia membiak di dalam piring alas
pasu bunga.
2. Tadahan air seperti kolah mandi,
tempayan atau baldi.
3. Perangkap semut.
B. Di luar rumah
1. Di dalam tayar buruk.
2. Saluran air hujan.
3. Tin-tin kosong atau botol.
4. Bata bangunan atau kawasan
pembinaan
5. Cawan getah
6. Lubang pokok
7. Tunggul buluh
8. Ketiak daun seperti -pandan dan
nenas
AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA
JIKA DIDAPATI MEMBIAK
NYAMUK AEDES DI KAWASAN
RUMAH.
TANDA-TANDA ATAU GEJALA
1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini
bergantung kepada usia pengidap
tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak
ciri utama ialah ruam yang disertai
oleh demam panas. bagi orang
dewasa dan remaja pula demam kuat
yang muncul dengan tiba-tiba yang
berlangsung selama 2-7 hari, sakit
kepala, sakit di belakang mata, sakit
otot dan sendi yang diikuti oleh ruam
yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-
bintik merah di bawah kulit juga
boleh didapati.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit
dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai
4 ciri klinikal yang utama seperti
demam yang sangat panas,
perdarahan, pembesaran hati dan
kegagalan sistem peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah
seperti bintik-bintik merah di bawah
kulit, perdarahan hidung, gusi, darah
dalam najis(najis berwarna hitam),
kencing berdarah dan kadang kala
mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada
peringkat awal penyakit. Pembesaran
hati ini boleh mencapai 2-4cm di
bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran
ditunjukkan melalui tanda-tanda
seperti kesejukan dan kongesti kulit,
kebiruan dan peningkatan kadar nadi.
Mereka juga kelihatan resah dan
lemah dan kemudian dengan cepat
mengalami renjatan atau sawan.
Keadaan ini juga dipanggil sebagai
'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
Penemuan makmal:
Thrombositopenia yang disertai
dengan hemokonsentrasi yang
ditunjukkan oleh peningkatan nilai
hematokrit.

DIAGNOSIS PENYAKIT
DENGGI
Diagnosis demam denggi secara
klinikal kadangkala menyebabkan
kekeliruan . Oleh itu diagnosis
makmal adalah sangat penting.
Terdapat 3 teknik untuk
mendiagnosis denggi di makmal iaitu
secara isolasi virus, serologi dan
mengenalpasti DNA virus denggi.
Kini terdapat satu peralatan komersial
yang dipanggil 'Dengue Blot' yang
digunakan untuk tujuan yang sama.
1. Isolasi virus denggi
Isolasi virus denggi dari darah atau
spesimen tisu adalah cara yang paling
konklusif untuk diagnosis denggi.
Walaubagaimanapun tatacara ini
bukanlah mudah kerana virus ini
tidak hidup dengan baik di dalam
binatang dan kultur sel. Satu cara
yang telah dimodifikasikan supaya
keputusan didapati dengan mudah
dan lebih cepat adalah dengan
mengisolasikan virus melalui
inokulasi larva 'Toxorhynchites
splendens' (Lam 1993). Pusat Demam
Denggi dan Demam Denggi berdarah
di Universiti Malaya dengan
kerjasama WHO telah menggunakan
teknik kombinasi inokulasi nyamuk
dan kultur sel nyamuk
2. Serologi
Kebanyakan makmal menggunakan
teknik serologi bagi mengenalpasti
penyakit denggi. Ujian piawaian bagi
penyakit denggi adalah
'Haemagglutination Inhibition
Test'(HI). Ujian ini berdasarkan
kepada keupayaan antibodi seseorang
menghalang virus denggi dari
mengaglutinasikan sel-sel darah
merah yang tertentu. Selain dari
memastikan jangkitan denggi ujian
HI ini juga berupaya memastikan
samada jangkitan adalah primer atau
sekunder berdasar kepada tahap
antibodi. WHO telah menetapkan
titer bagi jangkitan sekunder sebagai
1:2560, manakala Malaysia pula
menggunakan titer1:1280.
Ujian yang lebih cepat ialah
pengesanan denggi IgM melalui
'Enzyme-Linked Immunoabsorbent
Assay'(ELISA). IgM ini didapati
hanya seketika pada jagkitan primer
dan sekunder dan pengesanan IgM di
dalam serum menunjukkan kepada
jangkitan aktif atau jangkitan yang
baru. Lebih dari 6,000 sampel serum
telah diuji dengan ujian HI dan
ELISA dan didapati kedua-dua ujian
adalah sama dari segi spesifisiti dan
sensitiviti. Namun begitu ELISA
lebih cepat, hanya memakan masa
beberapa jam bagi jangkitan sekunder
dan 7 hari untuk jangkitan primer.
3. Dengue Blot
Dengue Blot adalah satu peralatan
komersial yang telah dimodifiaksikan
dari ujian ELISA. Kajian yang telah
dilakukan bagi mengetahui
keberkesanan Dengue Blot mendapati
ia mempunyai sensitiviti 100% bagi
jangkitan sekunder dan hanya 28.6%
bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian
ini berguna sebagai ujian saringan
terutama sekali di negeri-negeri yang
endemik dimana sebilangan besar
penduduk telah dijangkiti virus
denggi. Sampel-sampel yang negatif
perlu dibuat ujian serologi yang lain
(Lam 1993).
4. Pengesanan asid nuklik virus
Ini merupakan satu teknik yang baru
dengan menggunakan teknik
'Polymerase Chain reaction'(PCR).
PCR telah dapat memastikan
beberapa kematian akibat denggi
apabila teknik-teknik lain gagal
berbuat demikian.

RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang
spesifik bagi membunuh virus
denggi.
1. Rawatan Demam Denggi
Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk
menstabilkan pesakit bergantung
kepada keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu
badan)
b. mengelakkan dari perdarahan
berlaku
2. Rawatan Demam Denggi
Berdarah
a. Demam yang sangat panas,
kehilangan selera makan dan muntah
menyebabkan dehidrasi. Pesakit
digalakkan supaya minum air lebih
banyak.
b. Demam yang sangat panas
meningkatkan risiko terjadinya
sawan, oleh itu demam patut dikawal
dengan antipiretik.
c. Pesakit juga diawasi supaya gejala
perdarahan dan sawan dapat dikesan
awal. Masa yang paling genting ialah
pada hari ke-3 hingga hari ke7.
d. Pemberian aliran intravena perlu
jika sekiranya kiraan hematokrit
meningkat kerana ia menggambarkan
darjah kehilangan plasma.

You might also like